Perbezaan selepas amalkan pemakanan seimbang !

 

Heee… berdetox dah lepas ari tu kat Phuket. Aku memang terasa perbezaan sangat terutama pada pernafasan yang mana sebelum ni ada kawan tegur dan juga doktor seperti aku punya semput. Begitu juga dengan tekanan darah tinggi dan juga penglihatan aku.

Selesai berdetox , aku amalkan pemakanan seimbang. Tak makan nasi ? Aishh.. ngarut laa.. Makan la tapi dalam jumlah yang kecil jer. Tu pun belah tengahari. Awal pagi dan malam , aku makan salad.

image

image

Sekarang ni , pernafasan aku pun tak berbau.. Mulut pun dah tak berbau berbanding dulu , walaupun gosok gigi pun , terpaksa cari Listerin dan kumur ! Segan nak berbual dengan orang ..

Dan yang paling penting , aku tak lagi picit kepala ! Skit skit pening.. pening dan pening ! Haish.. punca dari garam ! Maggi banyak dulu aku haaa..

Korang cuba la.. tak yah detox pon ok.. cuma amalkan pemakanan seimbang.. Sayur ( yang tak digoreng atau stim ) dan buah-buahan setiap pagi dann malam. Tengahari , makan la nasi. Tapi kalau boleh , elakkan makanan yang ada minyak , gula , garam serta lemak ! Kalau aku , cari nasi putih , sup sedkit dan ayam bakar.. Kalau teringin sangat la.. Hee…

3 ulasan:

  1. lin tengah mencuba amik makanan seimbang juga sekarang ni. Dan tak lupa senam... yeah... chaiyok aben...

    BalasPadam
  2. detox di Thailand no cheap, my dear's bos went for a week.

    BalasPadam
  3. sedap pulak tengok sayur itu. Permakanan yang sihat memang sangat baik untuk penghadaman dan kesihatan.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009