Zenfone 3 Max , bateri tahan lama !


Yer.. aku tau ! Korang mesti tercari cari telefon pintar yang baterinya , memang tahan lama ! Kan kan ? Yer , aku tau sebab aku pon memang tercari gak telefon pintar sebegitu gempak ! Banyak dah telefon yang aku rasa , punya bateri yang tahan lama kuasanya tapi sebenarnya bergantung pada pengguna tu jugak.. camana dia punya guna , kan ? Haaa..
ASUS , seperti yang ramai tau.. telefon dia memang tahan lasak ! Dan menariknya , harga mampu milik ! Tak semahal telefon pintar yang lain. Memang ada perbezaan tetapi bagi aku , Zenfone 3 Max ni punya kelebihan tersendiri !
Sebelum kita pergi ke baterinya , kita tengok dulu rekabentuk ZenFone 3 Max ni..
image
image
image
ZenFone 3 Max ni berharga RM799 ! Di bawah harga RM1 ribu , telefon pintar yang punya rekabentuk ekslusif ni memang sukar dipercayai sama sekali ! Pada awal aku pegang telefon pintar ni , aku jangkakan harganya melebihi RM1,500 tetapi jangkaan aku meleset sama sekali !
Kelebihan kali ni ZenFone 3 Max ni terletak pada baterinya ! Baterinya yang berkuasa 4100maH yang mana menurut ASUS mampu berada dalam mode standby selama 30 hari atau 20 jam masa bercakap ( 3G ) , 18 jam melayari internet atau 87 jam mendengar muzik  tanpa henti !!
Dan paling menarik , ianya mampu menjadi seperti powerbank ! Reverse charging kata mereka.. Heheheh.. Tak susah pon nak buat reverse charging ni..
image
image
Bayangkan.. dalam keadaan terdesak , telefon pintar gini mampu menyelamatkan keadaan ! Hehehe. Untunglah sapa ada Zenfone 3 Max ni ! Tak perlu nak usung power bank dah ke mana mana.. heeee.. kan ?
2 sebab utama , kenapa Zenfone 3 Max patut jadi pilihan. Yang pertama , dengan harganya yang begitu murah tetapi kualitinya seperti telefon pintar yang mahal harganya dan satu lagi alasan , seperti yang aku jelaskan sebelum ni .. baterinya yang gempak !

5 ulasan:

  1. sangat sepakat jika baterai ZENFON 3 Max memang sangat kuat dan tahan lama..sudah terbukti

    BalasPadam
  2. pergh. mmg bateri ni satu kperluan paling utama lah. harga plak mampu milik. bab kamera cmna aben?

    BalasPadam
  3. nak...tak teringin fon lain dah selain asus...

    BalasPadam
  4. wahh! part reverse charging tu. macam menarik je! sekarang ni, ramai yang punya lebih dari 1 telefon kan. bagus juga kalau boleh dijadikan seperti powerbank tu. wow!

    www.ceritaejoy.com

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009