Agenda tersembunyi Zahra di jam 1 pagi !

Aku gi gym semalam jam 11 malam. Saja aku lari keluar rumah sebab anak anak belum tidur. Kalau aku ada rumah , lagi lewat la memasing nak tidur ! Sebelum tu , aku berbuka puasa dengan adik beradik di Utan Cafe, Sepang. Berbaloi giler ! Mak aku pun happy je dapat berkumpul semua. Yelah , raya nanti , memasing dah sibuk. 

Aku balik awal. Mood bersenam hilang. Mungkin dah lewat malam dan badan pun dah letih. Sesampainya di rumah , aku dapati Zahra belum tidur ! Padahal seharian dia tak tidur lagi. Terkejut aku tapi sebenarnya aku tak hairan... Selagi aku belum balik rumah , dialah satu satunya insan yang menunggu aku. Huhuh..

Aku jejak je kaki aku dalam rumah , Zahra berbunyi... 

" Daddy.. Aara nak maggie.. lapar laaa.. ". Sewaktu berbuka puasa tu , dia sibuk bermain dengan sepupu sepupu dia. Tak nak makan sangat. Haa.. kan dah lapar ! 

" Tu laa.. masa orang makan , Aara main. Camana tak lapar ?? ". Aku nak mula bebel. Tapi lepas dia buat muka kesian , aku jadi simpati lak.. Tapi yang buat aku pelik , kenapa dia nak maggie ? Aku tak ajar dia makan maggie bila lapar ! Biasanya mak dia akan buatkan telur rebus atau makan roti jer. Nasi di malam hari, jarang sangat.

" Aara nak roti canai ke maggie ? " Tanya aku lagi. Cam pelik lak dia ni. 

" Maaagggieee.. ". Jawab dia pantas sambil sengih. Kira wat muka cun la tuuu.. 

" Hurmm... Ok. Jom gi mamak.. ". Ajak aku.

" Yeeeeaayyyyyyy.. " Jerit dia. Yang lain , dah lena ! 

Hidupkan kereta. Dan ke restoran mamak yang tak sampai 1 minit perjalanan. Dekat jer tapi aku tak nak jalan kaki untuk elak Zahra kena embun.

Sampai. Zahra sengih. Dia cakap sesuatu. Aku pandang dia ! Terlepas cakap la tuu ! 

" Haaa.. Zahra ni nak makan maggie atau nak beli gula gula ni ??? ". Tanya aku. Berkali kali. Untuk dapatkan kepastian. 

" Makaan. Aara lapar . " Dia cuba menyakinkan aku. 

Ok.. Turun. Dan di dalam restoran , aku order dua mangkuk maggie. Aku sendiri lama tak makan. Huhuh.. Air untuk dia , milo ais. 

Muka ada happy tapi sebenarnya daddy bakal terkena ! 

Dia mula makan lepas maggie tu sejuk. 3-4 kali suap , dia berhenti. Dia memandang ke arah kaunter. Ahh , sudahhhhh... Dia senyum. 

" Kenyang dah daddy. ". Katanya.

Apaaa ???? Sapa nak makan ??? Aku dah abiskan semangkuk dah ni. Ececece... Walhal happy sebab mana cukup semangkuk untuk aku ! Hahahaha... Yess.. boleh abiskan Zahra punya. 

No Zahra ! ". Tegas aku. Dan dia bangun berjalan ke arah kaunter. Dia pandang aku. Aku geleng kepala. Dia acuh tak acuh.  Terpaksa aku gi jugak. 

Dia menunjuk ke arah balang berisi gula gula. 

" Ibu marah nanti. Rosak gigi ! ". Masih berusaha untuk gagalkan niat Zahra dapatkan gula gula. 

" Aara nak simpan jer. Tak makan pun. Rosak gigi. ". Jawab dia. Seperti biasa. 

Aku tanya mana dia nak. Dia pun tunjuk. Aku bayar semua. Baki dan aku tambahkan lagi beberapa wang kertas , masukkan ke dalam tabung sumbangan di situ. Dah jadi tabiat aku gitu. Berusaha bersihkan hati dari hasad dengki dengan cara begitu. Banyakkan bersedekah. 

Dapat je apa dia nak... dia menyanyi nyanyi. Terus berjalan ke arah kereta. Hidupkan kereta dan pulang. Dan di rumah... aku perhatikan dia. Apa dia nak buat dengan gula gula dia. Hurmm... disimpanya dalam beg ! Huhuhu.. Dia nak makan kat tadika dia dengan kawan kawan dia rupanya. Bukan pertama kali. Dan beberapa kali dia buat gitu. Tersenyum aku. 

Terus aku naik ke bilik atas. Mandi dan solat. Selesai je kerja aku... turun bawah semula. Dia dah lena. Bila tengok anak dara ni tidur , jatuh kesian lak. Huhu... Sian dia. Berusaha menagih kasih sayang dari daddy dia. 

8 ulasan:

  1. Anak daddy betul lah. daddy 2x mangkuk..maggie..huhh

    BalasPadam
  2. ala cutenyaaaaaaaaaaaaaaa

    BalasPadam
  3. Hajat dah kesampaian mesti tidur takda mimpi tu hehe..ginilah anak perempuan kalau nak tahu. Kalau dapat layan ,layankan je sebab moment tu akan hilang bila dia dah besar , dah kawin nanti. Masatu kita cuma mampu rindu kenangan waktu dia masih kanak kanak jek.. :')

    BalasPadam
  4. Psikologi anak perempuan ni lain..bagi anak perempuan..hero pertama..lelaki pertama dan kekasih pertama dia adalah bapanya sebelum suami..

    BalasPadam
  5. Alololo aara nak mkn dgn kawan2 gula tu ye...hehhe bijak sangat ni pandai pujuk daddy...daddy mana boleh ayat2 memujuk ni...cair situuu gak hahaha

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.