"Daddy , Qhaliff tak nak balik rumah.. "

by - Isnin, Mei 27, 2019

Gambar 2017

Gi jemput dia balik petang tadi. Zahra asyik dok kata boring dan Aariz ketara takda geng nak main Beyblade. Zahra langsung tak menangis ari ni. Kalau tidak , asyik menangis je dia. Bergaduh dengan abang dia.Hal kecil pun boleh jadi isu dan aku gak yang pening. 

Sampai depan pagar rumah adik ipar , nampak Qhaliff memerhati dari dalam rumah. Terus dia geleng kepala. Hurm...Nak je aku masuk gear R dan pulang. Duduklah kat situ sampai bila bila. Tercalar hati ni. Huk huk.. Sedih. 

Pelik kan ? Ngan budak pun leh terasa. Hahahaha.. Yelah , aku kan jaga dia dari dia kecik lagi. Hingga ke usia 7 tahun , dia mana pernah duduk di rumah orang semalaman. Kecuali bila aku ada trip ke luar negara.. Yang tu je la.

Wife dah buat muka garang. Aku buat tak tau jer.  Bila masuk je dalam rumah , dia terus cakap berkali kali yang dia tak nak balik. Aku cuba la umpan dia dengan bagitau tadi gi Alamanda , jumpa Bumblee Bee gitu. Dan dia jawab..." Tak kisah pun.. ". 

Hurm.. Dia nak main psikologi ngan aku eh.. Tak peee... tak peee...Berbuka di situ. Lepak jap hingga jam 10 malam. Dia masih dok kata tak nak balik. Akhirnya aku guna kuasa veto. Nak atau tidak , jom balik ! Esok semua orang ada banyak kerja nak kena buat ! 

Nak tak nak..dia ikut. Dan dalam kereta , dia borak ngan Zahra. Si minah tu cuba provoke dia dengan mengatakan daddy belikan dia mainan.. Dan Qhaliff masih dengan ego dia..  " Tak kisah pun ! ". Pastu Qhaliff cuba provoke Zahra semula... 

" Eleh.. abang semalam gi makan KFC. Besttttt ! Aara tak ikut pun.. ". Katanya. Dan tau apa Zahra jawab ? 

" Tak kisah punnnnn.. ". Terus dia gelak. Aku dan wife bantai ketawa dengan kuat. Nah kauuu.. kena balik tepat kat muka ! 

" Zahra.. Gimme 5 !! ". Kata aku dan tepukan kedengaran. Qhaliff sentap dan mula nak menangis. Hahaha.. Amboi , dia cakap tak peee... Orang lain tak boleh ??? Zahra masih ulang perkataan tu. Aku tak sangka sama sekali la yang Zahra akan gunakan perkataan tu untuk serang balas ! Hahaha.. Cepat betul dia tangkap. 

Beberapa minit kemudian... Qhaliff terlena. Seharian bermain, dan ini baru dia nak tidur ! Tinggi gak harga nak bawak dia balik ! Kena janji beli Beyblade terbaru !! Dan aku la gak yang kena belikan. Huhuh.. 

You May Also Like

4 comments

  1. Zahra memang awesome...heheh tapi qhaliff dpat beyblade...best lah main dgn Aariz...

    BalasPadam
  2. Tahun ni budak2 raya degan bayblade. Un pun sabaq ja lah..baybalde osh bayblade

    BalasPadam
  3. Seronok main dengan sepupu ya Qhaliff.Beyblade pun beyblade la..

    BalasPadam