Tahniah McDonald's dan PPZ-Maiwp !

by - Ahad, Mei 19, 2019



Alhamdulillah... baru-baru ni aku ke Masjid Usamah Bin Zain di Wangsa Maju , Kuala Lumpur bagi memeriahkan Majlis Iftar Bersama Anak-Anak Yatim Anjuran McDonald's Malaysia ( RMHC) dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia dengan kerjasama  Pusat Pungutan Zakat (PPZ) -Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan ( MAIWP ). 

Seramai 500 orang anak anak yatim dari Rumah Kanak-Kanak  Tengku Budriah , Rumah Perlindungan Nur Qaseh , Rumah Anak Yatim Nur Ian Danau Kota Setapak , Tititan Kasih , Pusat Jagaan  Kasih Murni , Darul Fikir , Baitul Hasanah , Pertubuhan Rumah Anak Yatim Ulin Nuha , Rumah Penyayang Darul Ilmi dan Baitul Ehsan bertuah kerana terpilih untuk menerima sumbangan  dari RMHC. Setiap rumah kebajian menerima RM 5 ribu. Terbaik ! 

Mungkin ada pembaca yang berkata sikitnya tetapi ketahuilah, di zaman ekonomi yang tak menentu ni , setiap sumbangan dari badan badan koperat mahupun individu amatlah besar  ertinya buat mereka kerana mereka perlu berdikari untuk mencari dana kewangan untuk terus membesarkan anak anak yatim supaya menjadi insan yang cemerlang dan terbilang ! 

Majlis dimulakan dengan ucapan serta tazkirah dari Sahibus Samahah Dato' Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri , Mufti Wilayah Persekutuan yang kagum serta terharu dengan inisiatif yang dilakukan oleh McDonald's ini.






Majlis diteruskan lagi dengan ucapan dari Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff , Ketua PEgawai Eksekutif PPZ-MAIWP dan En.Azhar Darbi , Pengarah Kanan  Sumber Manusia dan PEngerusi JawatanKuasa Halal Dalaman McDonald's Malaysia. 

Buat pengetahuan rakan pembaca , McDonald's Malaysia merupakan pembayar zakat perniagaan di PPZ-MAIWP  dan juga menerima skim wakalah. Skim Wakalah adalah Dasar Pengembalian Semula Wang Zakat yang diperkenalkan oleh pihak PPZ-MAIWP sejak tahun 2010. Wakalah ini diberikan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan kepada entiti seperti individu , syarikat atau organisasi , majikan serta IPT yang membayar zakat kepada PPZ-MAIWP untuk diagihkan sendiri kepada asnaf yang layak. 

Majlis ini juga adalah sebagai tanda keprihatinan McDonald's dan PPZ-MAIWP dengan meraikan Ramadan bersama sama insan insan yang kurang bernasib baik disamping menyemarakkan budaya bersedekah.  McDonald's Malaysia komited meneruskan lagi pelbagai aktiviti tahunan lain sempena sambutan bulan Ramadan seperti tajaan moreh di surau surau sertau masjid  di sekitar lokasi restorannya termasuklah juga di IPT IPT di seluruh Malaysia yang mana telah dimulakan sejak dari tahun 2016.



Tahniah buat McDonald's Malaysia yang tidak putus putus membuat kebajikan ! Moga lebih banyak syarikat syarikat besar selepas ini membuat aktiviti aktiviti positif seperti ini dan tidak semestinya hanya di bulan Ramadan saja.


You May Also Like

0 comments