Alhamdulillah ... dan terima kasih buat rakan rakan yang telah menyokong aku dalam kempen KATAKAN TAKNAK PADA ROKOK ... Mereka yang telah memberi sokongan secara langsung ialah Miss Ran , cikbintang ,fRaMe+LenSeS , Johari Hamzah , ayu jazari , sya azleen , sya azleen , Eza Boom Boom :) , ♥yaya budak suka embun♥ , Tehuzz , || A Lady Named .. Yantiey ||, Azzah , Ku_yah ,Dzarief Zuhdi , ELENA , NUR FARIZA UMAIRA , CiK EmMa ,Honey Barney , Eja GaNu , aida4eva , ADZA IRDAWATI aka MAK DARA dan ramai lagi ... pergh .. tak larat aku nak copy paste .. rujuk entri INI ..
Tapi kalau korang rujuk pada ruangan komen tu , korang akan nampak kenapa mereka tak suka pada rokok .. haaa... mmg ada alasan tersendiri ..
Macam aku ... aku sokong akan Kempen Hari Tanpa Tembakau ni kerana aku amat anti pada rokok .. aku tak tau la kenapa perlu merokok... Bagi aku merokok ni teramatlah membazirnya .. Kalau bazir sorang tak pe.. tapi ni siap membahayakan nyawa mereka yang tak bersalah ..
Seperkara yang menyakitkan hati ialah , bila menegur mereka yang merokok tanpa mengendahkan orang ramai ni , reti la pulak melenting .. haih.. ego betul ... Tapi ada jugak yang berperikemanusiaan .. Tau la nak hembus kat mana atau nak merokok bila kena tempatnya ..
Dan aku nak kerajaan kalau boleh la kan .. kuatkuasakan undang undang tidak membenarkan merokok pada waktu pejabat di mana mana saja terutamanya di pejabat kerajaan !!! Haaa.... Ni pantang ada rehat skit jer , terus jadi naga buana.. hembuss sampai nak rentung paru paru tu.. pastu bila masuk balik pejabat , badan bau busuk.. nak berkomuninasi dengan orang tu pon dah jadi pening ..
Hurm.. panjang sebenarnya kalau nak bebel bab rokok .. Bagi aku , segalanya bermula pada kerajaan sendiri.. Jangan buang duit dok kempen.. tapi kuatkuasakan undang undang .. tu perlu .. kalau benar tak nak tengok anak cucu kita semakin menghancurkan paru paru mereka , maka buatlah sesuatu dengan tegas .. Setakat letak gambar kat kotak rokok tu tak membantu dah !
Dan.. kalau nak buat kempen gak , panggil mereka yang pernah jadi perokok tegar dan suruh bagi ceramah skit .. ajar bagaimana nak berenti merokok dan kesannya pada diri sendiri dan keluarga .. Tu yang sepatutnya .. Bukan panggil artis pastu suruh menyanyi lagu anti rokok... adeh..
Eh lupa lak.. klik SINI sat ..