Hurmmm .. bila terima job advertorial , bayaran lumayan tapi masalahnya ialah … kesan pada pembaca ! Camana nak bercerita dengan ikhlas dan jujur sedangkan client meminta kita bercerita untuk menarik para pembaca melanggan produk mereka !
Masalah wooo ! Bukan senang . Satu , punca rezeki kita .. Satu lagi , rakan rakan kita ni !! Nak ditemberangkan , kawan kita sendiri .. Nak ditolak , perghhh … banyak tuuu bayaran .. Dah tu camana ? Kalau korang camana ?
Mungkin ada yg kata .. Ala , tolak je la Ben . Rezeki ada di mana mana ! Benar tapi andai terjadi pada anda sendiri bagaimana ? Contoh la kan.. Korang tau korang kerja dengan syarikat kewangan yang terang terang dok cekik darah orang .. Mengenakan bunga yang tinggi .. Atau kontraktor perumahan yang terang teranng menipu pembeli rumah dengan buat rumah gunakan bahan murah tetapi dia kenakan charge dengan harga mahal ! Camana tu ? Korang nak report pihak berkuasa atau berenti keja .. atau butakan mata je ? Asal tiap bulan , gaji dibayar ..dah laa !
Apa pendapat korang ? Hurmm.. tolak rugi , terima .. rasa bersalah lak .. Kecuali terms and conditions meminta aku bercerita mengenai pengalaman je.. Haa , yang tu ok laaa … Kan kan ?