An Exclusive Preview oleh ARIANI
Semalam , aku dan beberapa rakan blogger memenuhi jemputan GALERI ARIANI ke majlis ‘ An Exclusive Preview ‘ dan Penyampaian Hadiah yang bertempat di The Intermark , Jalan Ampang.
Sewaktu tiba di lokasi majlis ni terus terang aku rasa cam sedikit ‘segan’ sebab majlis ni nampak terlalu formal dan ekslusif ! Aku lak nampak santai jer.. Hehehhe ..
Aku rasa selesa setelah mendaftarkan diri. Layanan dari urusetia Galeri Ariani bagi aku ‘tip top’ ! Mereka ok sangat . Takde la pulak nak sombong atau berlagak gitu. Kita tanya , mereka jawab. Malah bila cari nama kita pun , mereka tenang jer .. Yelah , kita ni cuma blogger je pon.. Bukan VVIP ponnn .. hehehe..
Selesai daftar .. Masa untuk bergambar sementara menunggu masuk ke dewan. Sebelum tu , solat la dulu kan.. Hehehe.. Awal lagi ..
Bila masuk ke dewan majlis ni , aku tergamam seketika. Lama betul aku tak tengok majlis sebegini gah … dan menariknya , ianya tetap cool.. Maksud aku , takde la nak ala ala VVIP sangat.. Haaa..
Berkaitan dengan tudung ARIANI ni .. wife aku yang gemar pakai tudung ni kerana selesa dan tidak mudah rosak. Harga ? Mampu beli la.. Ikut kemampuan masing masing. Kalau nak mahal , ada yang mahal.. Nak yang biasa biasa , pon ada .. Kualiti kainya tetap terjamin.
Ok .. masa yang ditunggu-tunggu. Setelah ucapan alu-aluan dari Pengarah Eksekutif Galeri Ariani dan juga ucapan dari bekas Duta ARIANI , Wardina maka pertujukan fesyen tudung terkini dari Galeri Ariani..
Cantik cantik tudung terbaru ni.. Rekaannya aku rasa pasti akan menambat hati ramai wanita tak kira usia ..
Hehehehe … Pertunjukan fesyen disambung selepas pengenalan Duta baru ARIANI … Nurul Syuhada.. Personaliti TV3 yang dah dikenali ramai ni .. Tenang je orangnya. Sesuai sungguh dengan konsep ARIANI yang tenang dan menarik hati ..
Sambung balik.. Aku pun bergegas amik gambar.. Terpaksa berdiri di belakang photographer profesional . Nasib baik ada kamera baru yang .. hehehe.. Best !
Haa… Lupa lak.. Ada cabutan bertuah utk pembeli tudung ARIANI ..
Hadiahnya ? Baucer tunai RM1000 , Carpet bernilai RM5,500 dan iPhone. Ada 66 pemenang kesemuanya ! Perghhh.. rugi tak beli tudung masa tu.. huhuhu ..
Ok.. sambung tengok fesyen show.. heee..
Ok .. bahagian ni aku tak pernah saksikan sendiri ! Menarik ! Lelongan tudung utk kebajikan. Duit lelongan tu akan didermakan .. hehehe..
3 helai tudung ekslusif yang mana hanya ada sehelai setiap satu di dunia ni , dilelong dengan harga ribuan ringgit dan ada yang cecah puluhan ribu.. hehehe.. Baiknya hati ..
Kemunculan istimewa Dato Siti Nurhaliza menjawab segala teka teki. Apakah dia diundngan menjadi penyanyi saja ? Tentu sekali tidak .. Rupanya dia secara rasmi menjadi ikon ARIANI dan juga telah menandatangai satu usahasama bersama ARINI ..
Gambar kat atas ni adalah Koleksi tudung Dato Siti Nurhaliza yang dikeluarkan oleh Galeri Ariani. Tak lama lagi akan berada di pasaran. Cantik ..
Hurmm… Majlis selesai tepat pada masanya. Aku tengok rakan rakan blogger yang keluar dari majlis tu semuanya gembira. Termasuk aku .. Event yang menarik , tudung yang cantik , layanan yang tip top dan paling penting .. semuanya berjalan dengan lancar !
Semoga GALERI ARINI terus maju !
6 comments
Salam Ben..tak mampu nak beli tudung Ariani,tp klu dapat sehelai best gak(^_^)
BalasPadamBestnya dapat jumpa Dato' Siti depan2. Siti pakai pe2 pn cantik. Siti makin cun skrg ni. Suka tgk Siti.
BalasPadamnak bergambar dengan abang beng semalam. tapi takde pun :'(
BalasPadamtudung ariani memang cantik dan hebat... tetapi buat masa ni belum lagi mampu milik... huhuhu
BalasPadamcuma mampu beli inner dia je pun...huhu..
BalasPadamLawa tudung tu.Tapi harga mahal.
BalasPadam