Avillion Admiral Cove Port Dickson , memang terbaik !

by - Ahad, Julai 08, 2018

Tak jauh dari ibukota , Kuala Lumpur dan bandar bandar yang terletak di selatan tanah air , Port Dickson sememangnya terkenal sejak dari aku kecil lagi. Kalau nak main pasir di pantai , nah.. Port Dicksonlah tempatnya ! Dan sememangnya ramai tau banyak hotel dan resort ada di sini dengan harga yang mampu dibayar. 

Kali ni , aku sekeluarga memilih untuk bercuti di Avillion Admiral Cove Port Dickson. Lama dah aku tengok hotel ni tapi tak berkesempatan lagi. Kali ni aku nak manfaatkan cuti aku bersama keluarga sesungguhnya.

4 hari 3 malam di sini. Anak-anak sangat gembira. Makan dan mandi kolam adalah agenda utama aku dan anak anak. Ada banyak aktiviti  darat yang boleh dilakukan di sini. Buat mereka yang tercari tempat nak bersukan air serta mengadakan team building dengan harga yang berpatutan, Avillion Admiral Cove Port Dickson ada menyediakannya. 



Avillion Admiral Cove Port Dickson luas dan seronok untuk anak anak. Puas diorang nak berjalan jalan. Bergabung dengan Admiral Marina & Leisure Club , pastinya mereka yang tercari tempat nak buat kursus singkat, mesyuarat serta makan malam yang hebat adalah tempat yang sangat sesuai ! 

Disambut dengan kakitangan hotel yang sangat peramah, tak terasa pun kita ni di'anaktirikan' seperti ada yang pernah berlaku pada aku. Yelah , datang bukan dengan kereta mewah pun. Tapi di sini , senyuman senantiasa dilemparkan. Aku berpuashati ! 



Masa untuk check in bergantung pada tetamu yang hadir ketika tu. Aku yang masuk pada hari Khamis di kala tak ramai orang , urusan aku sangat dipermudahkan. Heheheh.. Untung la yer ? Hahaha.. Rezeki.. Alhamdulillah.

Bertaraf 4 bintang , sesuai dengan 'bintangnya' , hotel ni pada awalnya aku anggap ' biasa-biasa' je tetapi rupanya luar biasa ! Salah sama sekali tanggapan aku. Huhuhu.. 



Selesai. Jom masuk bilik !  Sejujurnya aku boleh katakan , harga bilik sangatlah berpatutan. Paling mahal pun RM500 semalam. Bilik aku . Executive Studio baru je RM300 semalam tapi sangat selesa. Sesekali berehat di tempat yang selesa dan mendamaikan , apa salahnya kan ? Heee.. Best ! 

Untuk tengok bilik lain serta harga , boleh ke web Avillion Admiral Cove Port Disckson. Tempah terus pon ok. Heee..





Permandangan ? Fuh , memang terbaik sungguh sini. Mereka yang suka bergambar pastinya tempat ni satu kelainan. Dengan berlatar belakangkan kapal layar serta mentari yang sedang terbenam , jurugambar yang kreatif pasti dapat hasilkan gambar gambar yang menarik terutama buat mereka yang nak buat pre wedding punya photoshoot. Kan ?  Hee. 

Nasib dah kawin. Hahaha.. 







Banyak aktiviti dan menarik ! 

Jika anda datang dengan keluarga , korang patut cuba aktiviti air dan darat. Memang gerenti puashati la. Banyak pilihan. Antaranya ialah memanah, wall climbing , berbasikal , beach soccer , volleyball , kayak , ATV dan jika buat company trip , nah...layan terus team building ! 

Fuh , memang mencabar. Jangan risau , aspek keselamatan amat diutamakan di sini. 




  




Aku 'tak berani' nak layan wall climbing dan aktiviti lasak yang lain sebab masalah kecederaan lutut. Dalam proses recovery gitu. Tak berani nak lasak sangat. Kang sakit balik. Tapi sayang sungguh la. Boleh mencuba kelasakan aku kan ? Hehehe.. 

Gym dan bilik permainan kanak kanak turut disediakan. Gym nampak simple tapi bagi aku , ni pun dah ok dah. Cukup untuk mengeluarkan peluh dan menguatkan otot. Hahahaha.. 




Kolam renang yang luas. Puas budak budak bermandi manda. Orang tua cam aku pun puas. Ok la bagi aku. Janji anak anak happy main air ok la kan ? Nak ke laut , dengan usia budak gini.. aku lom berani lagi la. Takut terlepas pandang nanti. Heee.. Mandi kolam je la.. 





Makanan yang cukup melazatkan !

Hehehe.. Jarang aku gi hotel untuk makan saja. Biasanya aku teruja dengan fasiliti yang ada tapi entah kali ni , aku nak cuba makanan makanan yang ada di sini. Gemuk ? Hahaha.. tak pe ! Asalkan berbaloi... kan ? 

Ok.. Dinner aku , ala carte. Aku pilih nak makan nasi goreng pineapple. Dan ternyata pilihan aku tu , wow ! Dan makanan yang lain pon wow ! Hahahaa.. Giler laaaa.. sedap sedap aihhhh ! Pandai sungguh chef hotel ni. Beruntung sungguh dapat chef pandai masak ni. Menepati sangat selera tekak aku. 





Dan disebabkan dinner aku yang melazatkan walaupun sekadar makanan tempatan , aku nak cuba lunch ala carte lak. Tak nak buffet lagi ! Hahahaa..  Nak makan tepi kapal layar gitu.. 

Harga berpatutan... rasanya , yummmy ! 




Kalau boleh , aku nak rasa semua masakan yang ada dalam menu tu. Hahaha.. Sedap sedap aih. Aku boroi pon tak pe la. Balik nanti boleh workout balik. Huhuh... Berbaloi makanan di sini. Dan aku mencuba juga buffet untuk makan tengahari. Memang aku setuju dengan kawan aku. Dia kata sedap makanan kat sini. 

Bermakna aku tak perlu keluar dari hotel untuk mencari makanan di restoran atau kedai kedai makan berhampiran. Dalam hotel saja dah mencukupi buat aku. Huhuh.. 

Saturday Night Street Food Fare meriah !

Setiap hari Sabtu , malamnya ada Saturday Night Street Food Fare. Banyak kuih muih tempatan dan makanan tempatan disajikan. Hehehe.. tak tau nak letak perkataan yang nak menunjukkan betapa.. arghhhh , sedapnya ! Aku try makan kuih muih dan lain lain. Hahaha.. Wife terpaksa marah aku suruh stop makan. Hehehe.. Terlupa dunia aku jap. 







Amacam ? Menarik ? Hehehehe... Untuk info terkini boleh tengok di : 


You May Also Like

20 comments

  1. Selalu lalu je.. lepas ni kena singgah sini jg la. Sebab cantik menarik tertarik pulak tgk tempat dia ni.

    BalasPadam
  2. Seronok baca pengalaman Ben di Avillion ni. Aktiviti ATV berjaya menarik perhatian eiza. Dan banyak juga aktiviti lain yang sesuai untuk seisi keluarga. Thanks for the sharing. Boleh masuk dalam agenda percutian keluarga seterusnya.

    BalasPadam
  3. Nak pi jugakkk! Dah lama dok usha ja, konpem kena masuk list cuti cuti malaysia ngan anak anak ni

    BalasPadam
  4. Wah.. dah ada macam2 kat sini. Datang sini dalam 6 tahun lepas. Suka sangat view kat admiral cove, tengok kapal layar tu macam bercuti kat oversea jer..

    BalasPadam
  5. Cantik permandangan. ambil gambar pon lawa lawa semua

    BalasPadam
  6. puas hati tengoknya..pasni p aviliion pd lak..fuh best

    BalasPadam
  7. Ingat biasa2 je tmpt ni.. rupanya menarik jugak! Siap ade kapal layar tu.. cantiknyaa view!..

    BalasPadam
  8. Bestnyaaaa, dari dulu teringin nak pi sana...

    BalasPadam
  9. Saturday night street food fare tu menarik sangat.. Terpaksa lupakan diet kalau dtg sini..

    BalasPadam
  10. bestnya.. teringin nak belanja satu family datang sini nanti. InsyaAllah :)

    BalasPadam
  11. Aduduhhh. .. Jelesnya! Selalu dok intai jer dari jauh. Teringin sangat nak stay sini
    Tengok gambar Aben, terserlah keindahan Avillion Admiral Cove Port Dickson.

    BalasPadam
  12. Lawa hotel ni serius lama dh nak ke sini...wahh ben naik atv...okey set wishlist akan datang.

    BalasPadam
  13. Cantiknya hotel ni, memang familiar dengar nama hotel..tapi tak berkesempatan nak stay sini lagi...

    BalasPadam
  14. Saya pun suka stay kat sini. Suka sebab macam rasa enang jer tengok kapal layar. hahahha

    BalasPadam
  15. harga mampu milik,view cantik,sesuai tuk berehat,...

    BalasPadam
  16. Terus masuk dalam wishlist tempat cuti², tempat cantik.

    BalasPadam
  17. Hari tu dah lalu, jenguk-jenguk masa sunyi je dari luar. Tapi baca review ni, dan terkini jugakla kiranya..kena proceed la. Dah nak dekat MATTA Fair ni boleh grab baucer.

    BalasPadam