Blog tak relevan lagi ! Sila bertukar..

by - Sabtu, Julai 14, 2018

Terima satu tawaran. Alhamdulillah. Rezeki untuk anak anak. Boleh laa hidup untuk sehari dua lagi. Begitulah kais pagi makan pagi. Kais petang , untuk esok lak. Kena berjimat cermat. Tak boleh membazir di zaman ni. Walaupun nampak ok tapi hakikatnya... mereka saja yag tau. 

Beberapa hari kemudian... aku dimaklumkan client tukar hasrat. Mereka nak guna medium sosial media yang cepat viral. Aku senyum. Redha. Begitulah. Persaingan memang dasyat di zaman ni. Kena terima hakikat. Dulu orang layan piring hitam. Kemudian kaset. Bertukar CD. Pastu MP3. Dan sekarang , streaming jer terus ! Nah....Kalau tak sediakan payung , memang akan terduduk la bila hujan menimpa.
Katanya nak cepat dan lebih pantas viralnya. Begitulah sikap orang sekarang. Bukak gerai hari ni , esok harap laris dah ! Cara dan bagaimana , tu bergantung pada kos. Tidak lagi main tampal tampal poster di pokok. Atau canang dari mulut ke mulut. Viralkan saja melalui media sosial. Copywriting atau ayat perlu ada tarikan. Nak lagi best , ciptalah kontroversi. Jika banyak duit , panggil je artis artis yang ada jutaan followers datang. InshaAllah laris.

Sekadar gambar hiasan

Aku tak persoalkan cara. Tu hak masing masing. Walaupun ada yang tak kisahkan dosa pahala , tapi bagi insan yang mementingkan keberkatan rezekinya , dia akan fikir segala sudut. Soal untung rugi , biarlah Allah yang tentukan. Yang penting , kita peka dan amik tindakan. Jangan kejar keuntungan semata mata. 

Tadi , abang ipar aku datang rumah. Dia ada urusan di Sepang. Kemudian dia bertanyakan pada aku mengenai Pesuruhjaya Sumpah. Ada tak yang buka pada hari Sabtu ? Hurm.. mana nak dapat info begini eh ?

Terus aku google... Tak sampai 5 minit , dapat ! Dan seleai. Ada dua tempat. Satu di Keramat dan satu lagi di Kajang. Hasil dari penulisan blog yang santai ! Artikal yang ditulis pada tahun 2016 dan ianya masih relevan di tahun 2018 ! Nah , sapa yang kata blog tidak relevan lagi tu.. bagi aku dia adalah insan yang malas membaca. Dia hanya tau tekan LIKE dan SHARE saja. 

Dan selesai masalah abang ipar aku. Pada awalnya pening kepala nak pergi sampai ke Keramat dari Sepang , akhirnya cuma perlu ke Kajang saja. Cuma 30 minit dari rumah aku. Alhamdulillah..

You May Also Like

6 comments

  1. Well said! Pada saya blog sentiasa relevan kerana mudah dicapai melalui internet dan applicable sebagai medium penyampaian info bermaklumat kepada pembaca.

    BalasPadam
  2. hehehehe.biarlah apa orang nak kata..janji ben ashaari follow blog kita!tq! hahahha.. excited kauu..

    BalasPadam
  3. Betul, infor yang dikongsikan di blog ni orang akan baca selagi mana benda tu ada. Lepas tgk iklan kat tv ka medium lain pun, kebanyakan org akan still google cari infor atau review kat blog gak.

    BalasPadam
  4. Blog sentiasa relevan sampai bila-bila.. Sebab dalam blog lah infonya lebih tepat dan padat. Dan blog merupakan platform jangka masa panjang yang terbaik

    BalasPadam
  5. hehehe..blog masih berbisa lah ..tetap nak blog..dalam masa sama gunakan meda sosial yg lain jg..terbaik ..lastly ceruta buat kita happy membaca blog Bro Ben

    BalasPadam
  6. Suka cari info dari blog sebab lebih lengkap maklumatnya.

    BalasPadam