Cendol Power di Seri Kembangan !

Terima satu jemputan dari kawan Facebook aku. Katanya dia ada buka gerai jual cendol di Seri Kembangan. Apakah cedol durian turut dijual ? Dia kata ada. Terus terliur aku. Nak rasa gak cendol durian air tangan dia. Apakah power seperti nama gerai dia , Cendol Power ? Maka semalam , lepas Asar , aku ajak keluarga aku ke sana. Tak jauh pun dari Sepang. Dalam 35 minit jer. 

Nak ke sini tak susah pun.. Waze jer Cendol Power Taman Lestari Perdana. InshaAllah , sampai. Perjalanan aku dipermudahkan Allah. Alhamdulillah. Berhampiran gerai Cendol Power ni ada dua lagi gerai yang turut jual cendol. Menariknya Cendol Power ni adalah resepi dia. Memang buatan sendiri. Haaaa.... Korang boleh makan kat situ atau tapau bawa balik. Dua dua memang power rasanya. 

Harga ? Memang berpatutan bagi aku. Kalau ada yang persoalkan kata mahal, sememangnya dia baru kuar dari gua. Maaafkanlah dia. Oh ya, selain cendol .. laksa Kedah pun ada ! Fuh , berasap woii ! Zahra makan laksa kat situ tak pandang kiri kanan dah ! Hahahaha.. Sedap katanya. Aku dan wife , makan semua cendol yang ada kat situ. Ada cendol jagung , cendol kacang merah , cendol pulut dan cendol durian.






Alhamdulillah. Memang sedap ahhh ! Aku sekeluarga pulang dengan rasa berbaloi. Ingatkan nak singgah Pasar Borong tapi malas dah. Hahaha.. Terus je balik.  InshaAllah datang balik nanti.

Buka jam 11.30 pagi hingga 7 petang. Follow Facebook Cendol Power

12 ulasan:

  1. Wahh...ini tempat Admin tinggal... Kenapa Admin sendiri tak perasan ni.. Ok..petang ni boleh terjah

    BalasPadam
  2. adumak..semalam tengok kat FB, hari ni tengok kat sini pulakkk

    BalasPadam
  3. Hahahah dkt rmh azni. Mmg sedap. Lama plak tak pergi.. laksa pun sodap

    BalasPadam
  4. waduuu teringat cendol di Tganu hari tu..nampak lagi cendol ada nasi pulut teringat masa di Kuantan pahang baru2 ni.memang power lah

    BalasPadam
  5. mmg sdp...sape yg blm cuba, elok cuba..

    BalasPadam
  6. Ok leh pi nnt, kembaq suka cendol

    BalasPadam
  7. Menarik, boleh cuba nanti. Lama dah tak makan cendol ni.

    BalasPadam
  8. terliur bro dibuatnya.. bro memang suka cendol

    BalasPadam
  9. Memang nampak power sgt ni...pekena laksa kt sebelah fuhhhhhhh

    BalasPadam

Entri Pilihan !

Sebak melihat mereka gembira dapat cermin mata dari Eyes Smart Group , Sungei Wang.

Aku 'berkawan' dengan founder Pusat Jagaan Rumah Amal Titian Baiti Al-Jannah lama dah. Dah hampir 7 tahun atau lebih kot. Statusny...

Dikuasakan oleh Blogger.