Air masih berkarat tapi ada hati nak naikkan lagi tarif air di Selangor !

by - Isnin, Mac 24, 2025

Pembersihan penapis air setiap 2 minggu dilakukan di rumah aku


Termenung jap aku bila baca posting yang viral di Facebook yang mengatakan tarif air di Selangor akan naik lagi. Ari tu dah naik. Ni nak naik lagi ? Dulu air percuma jer.. sekarang ni asyik nak naik jer. Elektrik dan petrol Ron95 pun dah mengintai nak naik ! Apa citer weh ! 

Bagi aku , kalau nak naik seiring dengan hasil yang dah dibuat tu , ok la gak. Ni bayangkan... air kat rumah aku ni kalau tak letak water filter , mau gatal badan weh bila mandi ! Muka jangan citer la. Tu belum lagi part baju sekolah warna putih. Confirm kuning punya ! 

Masa wife aku citer , aku tak caya la. Tapi bila dia tunjuk baju baju putih menjadi kekuningan termasuk baju aku , memang aku hangin laa ! Nak tak nak, kena keluar duit pasang water filter ! Bukan murah weh. Kalau aku ni bergaji besar , boleh la citer. Ni aku pun dah tergolong dalam golongan kais pagi makan pagi dah sekarang ni. Hahahaha.. Nanti RON95 naik, pening aku berganda. 

Dua water filter dah dipasang dalam rumah ni ! Aduh... semata mata nak dapatkan air lebih bersih dan selamat untuk digunakan ! Setakat ni , yang boleh dibanggakan ialah takda masalah air kecuali bila ada isu isu tertentu. Tapi itu tak bermakna tarif air boleh dinaikkan lagi ! Kalau dinaikkan , pasti akan melibatkan kenaikan harga barang punya. 

Dua water filter dipasang dalam rumah ni ! Aduh... semata mata nak dapatkan air lebih bersih dan selamat untuk digunakan ! 


" Tak dapat bayangkan macam mana PH akan mengamuk kalau bill air naik sebanyak 54% atau 64% ini berlaku semasa zaman Najib. Silap-silap dah ada demo jalanan, hashtag trending, dan ceramah bertalu-talu kononnya rakyat dizalimi. Tapi bila kena pada zaman sendiri? Sunyi sepi, siap pertahan pula.

Kerajaan Madani akan benarkan tarif air pada Julai 2025 iaitu kenaikan bagi dua tahun berturut. Bukan semua negeri akan terkesan dan bergantung kepada kerajaan negeri. Tetapi yang telah disebut termasuk Selangor dan Johor.

Antara negeri yang rancang akan naik termasuk negeri Selangor maka tarif Air Selangor bagi Selangor, KL dan Putrajaya akan naik seperti berikut. 

Kenaikan Tarif Air untuk Pengguna Domestik (50 m³ sebulan)
2023: RM56.86
2024: RM72.25 (Naik 27.1%)
2025 (dirancang): RM87.63 (Naik lagi 21.3%)

Jumlah kenaikan 2023 - 2025 (dua tahun): 54.12%

Bil air tahunan isi rumah meningkat daripada RM682.32 (2023) kepada RM1,051.56 (2025 dirancang) - kenaikan sebanyak RM369 dalam tempoh dua tahun.

Kenaikan Tarif Air untuk Pengguna Bukan Domestik/perniagaan (100 m³ sebulan) pula akan naik 3 kali dalam tempoh 3 tahun iaitu pada Ogos 2022, Feb 2024 dan Julai 2025

2022 (sebelum 1 Ogos) : RM220.65
2022 (selepas 1 Ogos) : RM277.60 (Naik 25.81%)
2024: RM285.60 (Naik 2.9%)
2025 (dirancang) : RM361.15 (Naik lagi 26.5%)

Jumlah kenaikan 2022 - 2025: 63.7%

Kos tahunan meningkat daripada RM2,647.80 (2021) kepada RM4,333.80 (2025) - tambahan RM1,686 dalam tempoh 3 tahun dari Ogos 2022 ke Julai 2025. "


Sumber : Lim Sian See

Jangan kasi janji janji manis lagi, Air Selangor ! Buat kerja terus. Bila janji dah ditunaikan , baru boleh cerita pasal nak naikkan tarif bagai. Selagi belum , harap fikir semula nak naikkan tarif air ! Kalau tak reti buat kerja, tukar la orang lain yang reti buat kerja. Maklumlah , kerajaan baru ni katanya lebih efisien berbanding yang lama terutama part naikkan cukai.  Kan kan ? 

Kerja dulu.. kasi siap ! 

You May Also Like

0 comments