BEN ASHAARI






Ramai anak muda anggap tidur lewat tu cool ! Layan game , movie , live bola melepak kedai mamak dan merayau sana sini. Yelah.. siang hari sibuk dengan belajar atau kerja. Malam je ada masa panjang. Takkan nak tidur kan ? Hehehe.. macam aku dulu laa. 

Masalahnya bila lewat tidur malam ni , kita akan pakejkan dengan makan minum yang tak sihat dan tinggi gula serta kalori. Nah... sudahnya menjemput pelbagai jenis penyakit. Penyakit datang bukan hari esok tapi nun bila usia menjangkau 40an. Tapi sekarang ni, 30an pun ramai dah kena penyakit terutama 3 serangkai. 

Ni ayat dari ChatGpt. Maaf la ya, aku tak sempat nah olah sangat. 

Tidur lewat atau tidur tak cukup boleh mengganggu fungsi seksual lelaki, termasuk selepas umur 40-an. Biasanya kesannya berlaku kerana jumlah dan kualiti tidur yang kurang, bukan semata-mata kerana jam tidur tertentu.

Antara sebabnya:
  • Testosteron banyak dihasilkan semasa tidur. Tidur yang pendek atau kerap terganggu boleh menurunkan paras testosteron dan keinginan seks.
  • Keletihan dan tekanan meningkat. Ini boleh mengurangkan minat, tumpuan dan keupayaan untuk mendapat atau mengekalkan ereksi.
  • Tidur terganggu boleh menjejaskan salur darah dan metabolisme. Ereksi bergantung pada aliran darah; kesannya lebih ketara jika ada tekanan darah tinggi, diabetes, berat badan berlebihan atau merokok.
  • Apnea tidur berdengkur kuat, nafas terhenti ketika tidur, atau mengantuk teruk pada siang hari juga dikaitkan dengan masalah ereksi.
  • Usia 40-an bukan punca tunggal, tetapi risiko masalah kesihatan dan gangguan tidur yang mempengaruhi ereksi meningkat dengan usia.
  • Cuba sasarkan 7–9 jam tidur yang teratur, dan dapatkan penilaian doktor jika masalah ereksi atau nafsu berterusan selama beberapa minggu, berlaku secara tiba-tiba, atau disertai gejala lain. Masalah ereksi kadangkala menjadi tanda awal diabetes atau penyakit salur darah. Jika anda berdengkur kuat atau kerap terjaga tercungap-cungap, beritahu doktor juga.
Waktu tidur yang disyorkan... 

Untuk lelaki 40-an, aku syorkan sasaran mudah:
🌙 Tidur: 10.00 – 10.30 malam
☀️ Bangun: 5.30 – 6.30 pagi
⏰ Sasarkan 7–9 jam tidur setiap malam.

Kalau perlu bangun 5.30 pagi, cuba sudah tidur sekitar 9.30–10.00 malam.
Untuk hormon & seksualiti: bukan semata-mata “mesti tidur sebelum 10 malam”. Yang lebih penting ialah cukup jam tidur, konsisten dan tidur berkualiti.


Kalau kerja syif malam, tak semestinya kena paksa tidur pukul 10 malam. Yang penting ialah cukup 7–9 jam dan jadual tidur konsisten.
Contoh kalau kerja 8 malam–5 pagi:
🌅 Balik kerja: 5.30–6.00 pagi
😴 Tidur: 6.30 pagi – 1.30/2.30 petang
🌙 Sebelum kerja: kalau perlu, tidur tambahan 30–90 minit sekitar 5–7 petang.

Untuk lelaki 40-an & seksualiti :
  • Utamakan 7–9 jam jumlah tidur dalam 24 jam
  • Gelapkan bilik dan gunakan langsir blackout
  • Elakkan kafein beberapa jam sebelum waktu tidur
  • Kurangkan cahaya terang selepas balik kerja
  • Cuba kekalkan waktu tidur yang hampir sama ketika syif malam
  • Jangan anggap tidur siang sebagai “tidur kurang berkualiti” . Tidur siang boleh tetap memulihkan, walaupun kerja malam memang boleh mengganggu ritma badan.
Paling penting: kalau kerja syif malam, jangan rasa bersalah sebab tak tidur malam. Fokus kepada jumlah tidur + kualiti + konsistensi.

Kesimpulannya... hargailah masa dan kesihatan ! Hidup memang sekali tapi biarlah hidup yang berkualiti dan yang penting.. jangan susahkan orang lain dek kerana kesilapan kita. 
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Pergh.... lama aku tak update blog. Sibuk dengan Tik Tok dan Facebook. Tertanya juga.. masih ada yang sudi nak baca blog ke ? Tak kisah la. Sapa tak membaca dia rugi kan ? Heee... Ok ok.  Jom ke isu sebenar kali ni iaitu ketagihan kopi. 

Tau tak ada bahaya menanti jika kita ketagihan kopi ? Ke korang tak perasan yang korang ketagihan kopi ni ? Nak tau.. senang je. Jangan minum kopi untuk 2 - 3 hari. Kalau korang rasa lain macam je , tu tanda korang ketagihan. Kalau korang tenang , tahniah. Tu tanda kopi tak menguasai diri. 

Kesilapan ramai orang termasuk aku bab kopi ni ialah yang ada campuran 3 dalam 1. Kan ? Awal awal minum , satu sachet ok dah tapi lama kelamaan akan bertambah. Sekali jalan , mau masuk 2 - 3 sachet baru puas. Ya, itulah kesilapan bila dah ketagihan. Sedap tapi merbahaya.

Aku ni bukanlah pengemar kopi sebelum bergelar blogger. Tapi minuman aku ketika tu pun dah ada kafein dalam aku tak sedar dan kurang ilmu mengenainya. Minuman tenaga dan minuman bergas seperti  Coke dan Pepsi kegemaran aku. Adeh.. 

Bila jadi blogger , aku banyak berjaga malam dan aktif sebelah siang. Jadi faham fahamlahkan apa yang diminum untuk berjaga malam dan kekal aktif. Haih... Dalam tak sedar badan jadi rosak ! Ya , di zaman muda tak rasa.. dah masuk 40an baru terasa perubahan ! 

Ketagihan kafein ni jangan buat main main ya. Boleh semakin teruk jika tidak dijaga. Antaranya boleh dapat tekanan darah tinggi , gerd , gastrik dan akhirnya anxiety ! Fuh.. aku dah kena. Wife aku pun dah. Sebab tu aku buat perubahan dalam hidup aku. Walaupu ada yang kata mengarut , aku tak kisah. Badan aku.. kesihatan aku. Aku ubah , aku je tahu kesannya. Yang cakap banyak tu , ok la.. dia kenal badan dia atau belum merasa lagi tapi aku harap dia tak merasa la sebab ianya bikin derita jika tidak dielakkan. 


Kebaikan kafein
☕ Meningkatkan kewaspadaan – membantu mengurangkan rasa mengantuk dan meningkatkan fokus buat sementara waktu.

🧠 Meningkatkan prestasi mental – boleh membantu perhatian dan masa tindak balas.

🏃 Menyokong prestasi fizikal – kafein boleh meningkatkan daya tahan dan mengurangkan persepsi terhadap keletihan ketika bersenam.

😊 Meningkatkan tenaga dan mood sementara – sesetengah orang berasa lebih bertenaga selepas mengambil kafein.

Keburukan kafein
😴 Mengganggu tidur – terutama jika diambil pada lewat petang atau malam.

❤️ Jantung berdebar – pengambilan banyak boleh menyebabkan degupan jantung terasa laju pada sesetengah individu.

😰 Gelisah atau cemas – dos tinggi boleh menyebabkan rasa resah, menggigil atau sukar bertenang.

🤢 Masalah perut – sesetengah orang mengalami pedih ulu hati, loya atau ketidakselesaan perut.

🤕 Sakit kepala – pengambilan berlebihan atau berhenti secara mendadak selepas penggunaan biasa boleh menyebabkan sakit kepala.

🔄 Kebergantungan – penggunaan harian boleh menyebabkan badan terbiasa dengan kafein dan mengalami gejala seperti mengantuk, sakit kepala atau mudah marah apabila pengambilan dihentikan.
 

 

Nak tahu lebih lanjut , korang boleh cari aku di Facebook dan juga Tiktok. Kalau berminat nak ubah la. Takda bayaran pun. Takda kelas. Aku selalu je cerita kat dua medium ni.. 

Facebook : https://www.facebook.com/share/1FSE146i2P/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@benashaari
Wasp : https://BenJualKokoPowder.wasap.my

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

2 tahun tanpa whey protein 

Whey protein antara makanan tambahan yang sering ambil dulu. Sebulan mesti 1 botol. Tak kira la jenama apa , mesti akan aku cuba guna pakai. Bermakna macam macam dah aku cuba. Dari yang murah hinggalah ke yang mahal. Tapi bukanlah semuanya aku dah cuba. Mau parah juga jadinya. 

Ada kesan positif ke ? Kalau tanya aku , nampak la besar size aku tapi bukanlah dengan satu tong tu dah nampak kesan. Kena makan juga makanan sebenar seperti telur , daging dan sebagainya. Masa tu susu pun aku balun juga. Memang jadilah. Nasi pun jadi sebahagian diet utama harian aku.

Tapi setiap kali aku balik kampung wife aku nun di Kelantan , aku tak amik whey. Kalau seminggu balik , seminggulah aku tak usik. Terasa gian jugalah. Dalam kepala aku , mengecutlah otot otot aku ni. Huhuhuh.. 

Namun yang berlaku adalah sebaliknya... aku terasa badan aku lebih lean dan 'kering'. Sedap je rasa. Setiap pagi tengok cermin , nampak kemas lak terutama di bahagian abs. Dan ketika ni aku lebih fokuskan telur dan ayam golek. Heheee... 

Kali terakhir aku beli whey protein , Ogos 2024. Kawan aku yang jual bagitau whey akan naik lagi harga. Fuh , berdarah weh ! Dan memang naik la. Dan terus naik. Terbaru pun dia cakap aku whey akan naik lagi harga. Nasib baik aku dah berhenti amik. Kalau tak.. boleh pening la jugak. 

Sekarang ni , aku fokus je pada pemakanan yang lebih kenyang dan nampak berbaloi. Hahaha.. Bukan la kata whey tak berbaloi.. berbaloi juga tapi tetap kena makan makanan sebenar. Nah... dari aku beli whey , baik aku beli makanan je kan ? Kenyang pun kenyang.. 

Dan bila aku 'outstation' aku tak perlu risau dah bab pemakanan otot aku ni. Aku cari je telur dan buat telur rebus di dalam bilik hotel aku. Kalau turun sarapan pagi... cari dulu telur dan juga buah buahan. Nah... takda masalah. Pastu baru cari karbohidrat kegemaran aku. Heeheee.. 

Yang paling penting... bersenam tetap kena buat. Kasi fit badan walaupun usia dah cecah 50 tahun. 



Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Dulu aku tak hairan pun dengan cacao ni. Aku anggap dia ni sama je macam coklat yang aku ketagihan yakni Cadburry. Hehehe.. Sejujurnya aku memang kaki coklat kerana coklat beri aku 'kegembiraan' di kala stress. Maklumlah , aku ada darah tinggi masa di penghujung 20an. Kerja aku bikin aku stress. 

Ada satu hari tu , aku tertonton satu video dari satu influencer ni berkenaan Cacao ! Bila dia sebut part stem cell tu , aku cam.. ' Biar benar  ? Takkan la cacao sampai gitu sekali manfaat dia ? " 

Sejak tu aku buat sedikit bacaan dan carian mengenai khasiat cacao ni. Kemudian aku cuba beli produk dia dan amalkan. Ternyata ada beri sedikit kesan positif pada aku. Bila dah abis , aku cari di luar sebab nak order masa tu dah abis stok. Kemudian kawan aku mesej dan tawar produk yang dia jual. Aku pun cubalah... 

Aku tak faham awalnya. Aku ingat sama je cacao n cocoa ni. Beza dari sudut ada gula dengan takda gula jer. Tapi rupa rupanya ada beza dan juga khasiatnya. Barulah aku berhenti amik cocoa (taknak ada gula sebab nak elakkan lonjakan gula ) dan amalkan cacao. 


Sejarah Buah Koko 

Koko pertama kali ditemui oleh kaum Maya dan Aztek di Amerika Selatan. Koko ketika itu dikaitkan dengan ketuhanan iaitu penyembahan dilakukan setiap kali pokok koko ditanam. Bagi kaum Aztek pula, koko dianggap sebagai minuman maharaja.

Pada masa dulu, biji koko digunakan dalam upacara-upacara keagamaan, sebagai mata wang, dan sebagai hadiah yang bernilai tinggi. Masyarakat Aztek telah mengadunkan biji koko dengan air dan tepung jagung untuk membuat minuman pahit yang mereka namakan chocolat.

Sejak itu, minuman coklat menjadi terkenal. Pada peringkat permulaan, minuman ini hanya dihidang di istana sahaja. Setelah beberapa lama, koko mula berkembang ke Sepanyol apabila biji koko dibawa pulang oleh pengembara-pengembara Eropah. Minuman coklat telah ditambah dengan perasa-perasa baru iaitu vanila dan kayu manis.

Selepas itu, penanaman koko mula tersebar ke serata dunia. Pada kurun ke-17, koko dibawa ke Asia Tenggara oleh orang Sepanyol. Di Malaysia pula, tempat penanaman koko yang pertama ialah di Melaka dalam tahun 1778.

Kajian menunjukkan pengambilan koko tulen (cacao) yang kaya dengan flavanol boleh membantu merangsang dan meningkatkan jumlah sel stem (stem cell) yang beredar di dalam darah untuk membaiki tisu badan. - wikipedia


Kebaikan Koko untuk Sel Stem

Merangsang Sel Stem: Flavanol dalam koko membantu menggerakkan sel stem dari sumsum tulang ke dalam darah bagi membantu proses pemulihan.

Membaiki Saluran Darah: Peningkatan sel stem yang beredar membantu menyokong kesihatan jantung serta memperbaiki saluran darah yang rosak.

Mengurangkan Keradangan: Ciri antioksidan tinggi di dalam koko mengurangkan keradangan dan melindungi sel daripada rosak.

Perkara Penting yang Perlu Diingat

  • Pilih Koko Tulen: Khasiat ini datang daripada koko asli atau coklat hitam (dark chocolate) yang rendah gula dan tinggi kandungan flavanol, bukan coklat susu biasa yang manis.
  • Isu Logam Berat: Pokok koko boleh menyerap logam berat dari tanah, jadi pastikan anda memilih produk koko berkualiti tinggi yang diuji selamat.


Perbezaan Cacao dengan Cocoa :
Cacao:
•Kurang diproses / lebih “raw” (kadang tak dipanggang)
•Nutrien lebih tinggi: antioksidan, magnesium, zat besi
•Rasa: pahit, ‘earthy’
•Kafein/teobromin: sedikit lebih tinggi
•Sesuai: minuman sihat, campur halia/madu, smoothie 


Cocoa :
•Lebih diproses & dipanggang pada suhu tinggi
•Nutrien berkurang sebab haba
•Rasa: lebih lembut & ‘chocolatey’
•Kafein/teobromin: biasanya lebih rendah
•Sesuai: baking, minuman coklat panas



Anak anak aku , awalnya memang susah nak minum cacao ni sebab takda gula. Tapi bila aku buat campuran bersama yogurt greek atau minum bersama susu kambing dan sedikit madu serta halia , masing masing dah kira wajib minum ketika belajar kelas online atau buat kerja sekolah. Ternyata memberi ketenangan dan bertambah fokus. 

Manakala aku pulak , kalau minum sebelum gym.. aku akan campur dengan sedikit halia dan jika minum selepas workout, aku tambah serbuk spirulina sebab spirulina ni tinggi dengan protein. 

Yup..aku dah berhenti ambil whey protein dah fokus pada real food yang lebih mengenyangkan dan memang punya khasiat serta khasiat pada tubuh badan. Walaupun ada yang kata sedikit tinggi kos tapi bagi aku , kesihatan adalah lebih utama. Dah sakit baru nak jaga kesihatan terutama perut tu , memang lagi tinggi kosnya. 



Wasp : https://BenJualKokoPowder.wasap.my


Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Dulu aku sering gelakkan isteri aku yang mana dia memang spesis tidur awal. Jam 9 lebih tu , dia akan tertidur sendiri. Sedang layan movie di Netflix pun dia akan tertidur lena. Dan dia akan bangun jam 2-3 pagi. Aku lak memang spesis bertentangan dengan dia. Tidur lewat sebab nak layan tv atau kerja blogging. 

Tapi bila umur semakin meningkat , ditambah pula badan sering sengal sana sini terutama lepas bersenam.. aku perlu ubah waktu tidur aku. Tambahan pula nak bangun awal untuk ke surau atau masjid untuk solat berjemaah. Huhuh.. baru ada kesedaran. Alhamdulillah. Nasib baik Allah panjangkan umur. Sempat la nak berubah. 

Bila aku ubah waktu tidur aku , aku dapati banyak perubahan pada aku terutama dari sudut kesihatan. Badan cepat pulih dan keradangan pun cepat sembuh. Bangun tidur tak sakit kepala dan perut pun terasa slim gitu haaa ! 

Aku teruskan gaya hidup aku ni walaupun bila aku gi bercuti di tempat orang. Kalau dulu , bila pergi bercuti.. aku akan cari gym berhampiran. Tapi sekarang , aku akan kenal pasti surau atau masjid berhampiran dengan hotel agar aku dapat pergi solat berjemaah. Gitulah... Disiplin terbentuk sebab aktiviti gym. Maksudnya kalau aku boleh pergi gym.. aku mesti lagi boleh pergi solat berjemaah ! Haa.. takda alasan ! 



Tidur awal bangun awal..

Banyak manfaat.

Kebaikan tidur awal & bangun awal

🌙 1. Hormon lebih seimbang
Penghasilan hormon melatonin berlaku secara semula jadi pada waktu malam.
Hormon pertumbuhan (growth hormone) yang membantu pemulihan otot dan tisu banyak dirembes ketika tidur nyenyak.

💪 2. Pemulihan otot lebih baik
Sesuai untuk mereka yang aktif bersenam.
Membantu pembaikan otot, mengurangkan keletihan dan meningkatkan prestasi latihan.

🧠 3. Otak lebih cergas
Meningkatkan fokus, daya ingatan dan keupayaan membuat keputusan.
Mengurangkan rasa mengantuk pada siang hari.

❤️ 4. Menyokong kesihatan jantung
Membantu menstabilkan tekanan darah..
Mengurangkan tekanan pada sistem kardiovaskular.

⚖️ 5. Membantu kawal berat badan
Tidur mencukupi membantu mengimbangi hormon lapar (ghrelin) dan hormon kenyang (leptin).
Mengurangkan keinginan terhadap makanan manis dan tinggi kalori.

🩸 6. Membantu kawalan gula dalam darah
Tidur yang berkualiti meningkatkan sensitiviti insulin.
Berpotensi mengurangkan risiko diabetes jenis 2..

🛡️ 7. Menguatkan sistem imun
Badan menghasilkan dan mengaktifkan sel imun dengan lebih berkesan semasa tidur.

😊 8. Mood lebih stabil
Mengurangkan risiko stres, keresahan dan mudah marah.
Membantu emosi lebih terkawal.

☀️ 9. Lebih mudah mendapat cahaya matahari pagi
Cahaya matahari awal pagi membantu menghasilkan vitamin D (melalui pendedahan kulit) dan menyelaraskan jam biologi badan.

⚡ 10. Tenaga lebih konsisten sepanjang hari
Kurang bergantung kepada kafein.
Badan terasa lebih segar dan bertenaga.

Tidur awal sangat membantu kerana ia menyokong pemulihan otot, keseimbangan hormon, kawalan lemak viseral (belly fat) dan prestasi senaman pada hari berikutnya.


Kalau korang ada masalah dunia , cubalah dengan amalkan solat subuh berjemaah selama 40 hari. InshaAllah akan ada jalan keluar. Kena mintaklah ! Sujud , berdoa dan merayu padaNya. Bukan layan media sosial cari jalan keluar. 

Tidurlah awal ! Sesungguhnya kesihatan kita ni tak ternilai harganya.... 



 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments


4 tahun lebih dah berhenti minum kopi , susu dan juga minuman dari tin , kotak dan juga botol. Air mineral tu , aku minum la. Maksud aku selain dari air mineral yang dijual di pasaraya tu. 

Kenapa ? Apa salah kopi ? 

Takda salah pun. Yang salahnya aku. Aku yang jadi ketagihan. Puncanya berlebihan. Camana tak berlebihan.. benda sedap kan ! Hahahaa.. Dan aku yakin , ramai juga yang ketagihan kopi ni. Bukan sangat nak manfaat dia tapi sebab dah jadi 'wajib' minum setiap pagi petang malam bagai.. Berlebihan itulah punca kepada kenapa aku berhenti minum kopi. 



Apa jadi dengan aku ? Hurm... aku tak kata segalanya sebab kopi tapi kopi antara penyebab aku ada masalah kesihatan dan bila aku berhenti mengambilnya , perubahan ketara berlaku pada aku. 

Aku ada tekanan darah tinggi , Gerd dan juga Anxiety. Prediabetis pun aku rasa dah seberang jalan kalau diikutkan pada simptom simptom yang ada pada diri aku ketika tu. Selepas aku behenti mengambil kopi termasuk beberapa jenis makanan lain , ternyata segalanya boleh 'dipulihkan' dan dikawal tanpa perlu makan ubat doktor pun. 

Ya.. aku tau ! Ramai nak berhenti minum kopi tapi tak tau nak minum apa untuk hilangkan ketagihan atau habit tu ! Aku bertukar kepada minum cacao. Itu pun selepas aku tonton sebuah video di Tiktok akan manfaat cacao ni pada tubuh badan terutama buat mereka yang dah berumur atas 40 tahun.

Ternuyata ianya berbaloi ! Selain memberi kelegaan pada otot selepas workout dan ketenangan sebelum tidur , cacao juga bagus diminum ketika keletihan dan juga boleh panaskan badan selepas  terkena hujan. Rasa panas lain macam apatah lagi bila minum bersama halia. Fuh , sedap ! 


Antara kelebihan cacao ni , kalau tak minum sehari pun ok jer. Takda rasa ketagih macam kopi yang mana pagi pagi dah mencari nak kopi. Kalau terbau aroma kopi pun dah bikin perut mengeletar nak kopi. Kan ? Heee.. 

Masalah aku bila minum kopi tak kira la ada gula atau tidak , jantung jadi laju. Pastu kembung perut. Duluuuuu , takda masalah ni pun tapi bila dah masuk 40an , mula terasa. Betullah kata orang tua , kalau kita tak jaga kesihatan tubuh badan.. kesannya akan dirasai bila usia cecah 40an. Tapi ramai tak nak percaya. Huhuh...
 


Kesimpulan mudah... kalau perut takda masalah , maka bolehlah terus minum kopi. Tapi kalau ada masalah seperti Gerd , Gastrik.. maka aku nasihatkan belajar kurangkan dan berhenti atau tukar ke minuman lain yang rendah dengan kafein.  Selamat dan jimat ! 

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments


Satu soalan yang aku terima di whatsapp ketika aku 'menemubual' seorang kenalan yang ingin membeli cacao. Pelbagai soalan diajukan dan yang satu ni membuatkan aku tersenyum. 

" Ada tak cara nak kurus cepat ? " tanya dia. 

Aku tahu. Sekarang ni ada suntikan yang boleh diambil untuk menurunkan berat badan dengan cepat. Macam macam orang dah jual jarum tu. Macam macam nama ada. Tapi aku tak syorkan sama sekali. Benda buatan makmal ni , kita tak tau kesan jangka panjang. Kajian menyeluruh pun katanya belum sempurna tapi berebut orang kita nak gunakan dek kerana ada testimoni positif. Yang ambil tu katanya berjaya turunkan berat badan dan kurus ! Heheee.. itu yang manis kita dengar tapi yang tak manis , ada dia cerita ? Haaa... 

Tak susah pun sebenarnya nak turunkan berat badan dan hilangkan lemak dalam badan kita ni. Hanya perlu buat 3 perkara ni saja...

1. Jaga stress. Tidur awal , bangun awal. Tidur awal tu bermakna kena tidur antara jam 9 hingga 10 malam. Kalau jam 11 tu , dah boleh dikira lewat dan pastinya sukar untuk bangun seawal jam 5 pagi. Kalau dapat bangun jam 5 pagi , itu cukup bagus. Dapat bangun sebelum 5 , itu lagi bagus. 

Bila dah bangun , kita pastikan terus cergas. Mandi , solat sunat dan buatlah sedikit regangan sebelum bersedia untuk solat subuh. Pastu aktiflah sepanjang hari contoh seperti briskwalk , hiking ringkas , bersenam di gym dan sebagainya. Jika kerja , berjalanlah naik turun tangga di pejabat sebelum mula bekerja.  Tengahari , dapatkan lelap seketika. Recharge kata orang Cheras. Gitu. 


Petang.. berjalan di kawasan lapang dan dapatkan cahaya matahari di waktu petang. Ini akan memudahkan kita tidur nyenyak di malam hari. Tak percaya..cubalah ! 

2. Perbetulkan cara pemakanan. Kena dapatkan sedikit sebanyak ilmu nutrisi pemakanan. Sekarang ni tak susah dah. Tiktok, Instragram , Threads , Facebook ada. Ramai dah kongsi pengetahuan , pengalaman malam doktor doktor pakar pun ada turunkan ilmu mereka. Nak atau tidak je kita cari dan amalkan. 

3. Rajin bergerak. Lepas makan.. bergerak ! Bergerak dan bergerak. Bukan lepas makan ,duduk dan ngadap skrin. Tu punca ramai yang semakin obes. Lepas makan , duduk jer. Perasan atau tidak , lelaki zaman sekarang ni pun semakin ramai yang besar di bahagian bawah ! Tu tandanya apa ? 




 Susah ? Bukan susah sebenarnya. Mulakan dengan yang paling mudah iaitu betulkan gaya hidup. Jauhi mereka yang membawa aura negatif. Yang sering mematahkan semangat kita. Berkawan dengan mereka yang senantiasa memberi kata kata positif.

Cabaran sebenar bermula bila kita dah berjaya dapatkan berat badan yang diinginkan iaitu mengekalkannya . Di sinilah ramai gagal dan kembali ke bentuk badan yang lama malah lebih teruk lagi. Kenapa boleh terjadi ? 

Jawapannya ialah.. Nafsu ! Nak kawal nafsu bukan mudah melainkan kalau kita ada ilmu mengenai nutrisi. Sebelum nak makan , kena tahu apa kandungan dalam makanan tu dan kesan pada diri kita sendiri. Bukan orang lain tau.. pada diri kita ! Contohnya aku.. aku jauhi nasi kerana aku suka nasi, Aku tak boleh kawal nafsu bila dah mula sentuh nasi. Heee.. korang camana lak ? Kopi ? Nescafe ? Roti ? Ayam goreng ? Mee segera ? Cer kongsikan... 

Dapatkan blender yang sering aku guna ni untuk bikin smoothie yang tinggi dengan khasiat. Gabungan bahan bahan seperti yogurt greek , cacao , kurma , walnut , chia seed , pisang pastinya memudahkan mereka yang tak sempat nak makan berat dan elakkan makan makanan sampah ! 

Klik sini : https://vt.tiktok.com/ZS927aeDuM2bv-Y2Rox/
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Dah jadi rutin kalau jalan jauh , aku akan minta wife jangan lupa bawakan barang barang ni. Aku sediakan terlebih dahulu. Sangat penting kedua dua ni ya. Hahaha.. Apakah dan kenapakah penting sangat ? 

Kedua duanya ada untuk kesihatan perut aku sekeluarga. Yang pertama tu adalah remedi campuran dari bahan herba yang sangat berkesan pada kesihatan usus atau perut. Jika anak anak mandi kolam renang , selepas mandi tu aku akan bancuh air suam panas dan campurkan sesudu gabungan ni dan berikan mereka minum. Seorang seteguk dua saja. Cukup dah. Tujuan untuk panaskan badan dan elak demam mahupun selsema batuk . Alhamdulillah , dengan izin Allah.. berkesan buat mereka. Jika tidak , pasti akan selsema dan kemudian demam. Mereka yang ada Gerd dan Gastrik juga sesuai ambil di waktu pagi. 

Gabungan ni terdiri dari serbuk kunyit yang dicampur bersama lada hitam , habbatus sauda dan serbuk halia. Kemudian ada madu tualang , kulit kayu manis dan cayenne pepper. Gabungan ni akan terasa pedas sedikit tapi memang bagus hasilnya. Mereka yang ada masalah sendi dan saraf pun boleh cuba amalkan. Nak lagi sedap , perah sedikit lemon dan  juga masukkan chia seed. Boleh kenyang terus di pagi hari. Heheee... 

Remedi ni aku dapat dari geng mat salleh yang amalkan gaya hidup sihat secara alami atau natural. Dah bertahun aku amalkan.. sesuai untuk seisi keluarga. 



Telur rebus... Aku tahu, ramai risau pasal kuning telur yang dikatakan tinggi dengan kolestrol. Aku rasa mereka yang risau ni dah lama kot tak mendapatkan info info terkini pasal telur ni. Korang tak perlu makan banyak pun setiap hari melainkan korang tu bodybuilder atau memang hari hari angkat beban di gym. Memang perlukan protein yang tinggi untuk pemulihan otot dan sememangnya perlukan pemakanan sebenar. 

Aku tak macam dulu. Kalau dulu sehari tu 20 biji aku bedal tapi sekarang 10 biji je dah cukup. Aku tak nak buat badan besar besar dah macam dulu. Hahaha.. Cukup je size XL yang comel macam sekarang ni. Ada cutting yang lebih lean dan smart. Sesuai dengan umur yang dah masuk separuh abad. Alhamdulillah. Nak bela otot ni bukan mudah ya.. kos tinggi ! Ditambah dengan keadaan ekonomi sekarang ni dan anak anak semakin membesar , aku memang perlulah berjmat cermat. 

Aku buat telur rebus guna electric kettle jer. Aku tak makan dah separuh masak. Risau kembung perut. Maklumlah , awak tu ada Gerd. Walaupun terkawal tapi jaga tetap kena jaga. Jangan sampai kena. Tak comel nanti mental ! Hehee.. orang yang ada Gerd je tau camana rasa kalau kena trigger ni.

Selain bikin telur rebus dengan electric kettle warna putih tu , malam malam anak akan buat green tea atau teh herba. Minum secawan sebelum tidur. Memang banyak la fungsi dia. Boleh tengok terus kat Tiktok dia. 

Beli elecktric kettle  :  https://vt.tiktok.com/ZS9YaBey25MEq-Fon1C/
 

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Aku tak nak guna orang lain sebagai contoh. Aku guna aku dah la. Lagi pun korang yang dah follow aku bertahun tahun lamanya mesti perasan akan perubahan pada diri aku. Dari kurus , berisi dan kembali kurus. 

Aku tak salahkan perkahwinan tu bikin pasangan tu berisi. Gaya hidup tu sebenarnya. Yelah.. dah nikah kan ! Ada 'geng'  kan ! Halal lak tu. Ke mana saja akan berdua. Sebelum bertiga dan berempat dan seterusnya. 

Dalam kes aku ni , aku terbawa bawa gaya hidup zaman bujang. Suka keluar lepak makan malam. Wife pun terjebak la juga. Makan makanan segera satu hal lagi. Maklumlah , masa bujang dulu kena masak sendiri. Sekarang wife masak lagi sedap. Ada banyak bahan dalam tu. 

Dan paling ketara.. lepas 'projek' malam hari.. lapar ! Jom g makan. Tak ke naya ! Kalau tak ubah gaya hidup.. hurm. Memang bahaya ! Penyakit dan paling naya ialah 'layu' di hujung mekar. Baru nak bertarung , dah tewas ! Naya pak karim. 




 Antara sebab utama:

1.Makan lebih kerap & sedap 
  • Selalu makan berdua (dating versi halal )
  • Lepas 'bersama' terutama malam hari , makan makanan berat di luar rumah !
  • Kerap “reward” diri dengan makanan
    2. Kurang kawal pemakanan
    • Masa bujang mungkin jaga penampilan lebih ketat
    • Lepas kahwin rasa lebih selesa → kurang disiplin diet
    3. Aktiviti fizikal menurunKurang bersukan atau gym
    • Lebih banyak masa di rumah (Netflix, rehat, dll)

    4. Perubahan hormon & rutin
    • Untuk wanita, hormon boleh berubah (terutama kalau hamil)
    • Lelaki pula kadang tahap testosteron turun sikit bila lebih settle hidup
    5. Kurang stress (ini bagus sebenarnya)
    • Bila bahagia, hormon stress macam kortisol turun
    • Tapi selera makan boleh meningkat.

    Cara elak naik berat lepas kahwin:
    • Masak sihat sama-sama (kurang minyak & gula)
    • Aktiviti bersama: jogging, hiking, gym
    • Kawal portion makan walaupun sedap
    • Set “goal kesihatan” sebagai pasangan
    • Kurangkan  'berdating' di malam hari luar rumah. 



    Share
    Tweet
    Pin
    Share
    No comments


    Aku tau , aku dah cerita banyak kali pasal ni dalam blog aku tapi aku nak cerita lagi sebab ada kawan kawan yang 'memerlukan' bantuan dan sokongan dari mereka yang berpengalaman seperti aku. Nak kata aku pandai dan berilmu tu takda la tapi kalau sekadar nak berkongsi pengalaman , inshaAllah aku kongsi. Bukan apa.. aku sendiri tak sangka aku ada Gerd. Dulu dok dengar cerita orang jer.. sekali , pakej ngan Anxiety ! 

    Macam aku cerita sebelum ni, aku tak tau pun aku ada Gerd tapi aku tahu wife aku ada Gastrik dan kitorang pandang ringan bab ni sehinggalah dia teruk diserang gastrik manakala aku pulak jadi 'penakut' tak tentu arah. Nak keluar rumah pun takut. Nak dekat ngan anak anak balik dari sekolah pun takut ! Haaa..gitu ! 

    Bila dah tau ada penyakit tu , jangan tunggu lagi ! Terus ubah gaya hidup. Pemakanan , aktiviti harian segalanya kena ubah. Contohnya , aku takda dah nak lepak malam makan makanan tak berhasiat seperti burger , aiskrim , kopi , nasi kandar , roti canai , roti putih ( berkrim , letak coklat bagai ) dan macam macam lagi la.. Adeh. 

    Manakala aktiviti yang tak sihat aku buat seperti workout malam hari sampai berjam jam , pastu lepak mamak , tidur lewat layan komputer ( blogging ) atau layan movie sampai kul 1-2 pagi. Sememangnya bila bangun tidur akan bikin sakit kepala. Tak cukup rehat la kan ! 

    Rehat kena cukup bila ada penyakit gini ha. Tidur awal , bangun awal pastu bergerak. Jangan terus makan berat. Gi solat subuh berjemaah pastu briskwalk kejap. Balik tu barulah makan jika terasa lapar benar. Kalau sekadar lapar sedikit , tahan dulu. Tunggu jam 9 pagi gitu.. makan la telur rebus sebutir dua bersama pisang. Air kopi aku tukar ke air cacao. Aku tak boleh minum kopi sebab jantung jadi laju.

    Tapi sebelum nak makan minum , aku layan air remedi natural aku. Alhamdulillah , sangat sangat membantu. Ada tumeric , black pepper , habbatus sauda , ginger , cinnamon , cayenne pepper dan madu. Bagus untuk kesihatan perut.  





    Bila jaga perut / usus , inshAllah badan kita seperti buat pembaharuan tapi takdelah seperti dulu dulu. Masih perlu jaga pemakanan dan juga aktiviti harian. Jangan buat perangai macam dulu dulu main belasah je nak makan apa kita teringin ! Nah... zaman tu dah berlalu pun. Jagalah nafsu makan. Yang tak perlu makan , jangan makan. Tolak ke tepi. 

    Dan.. tolong rajin bersenam. Bukan untuk sado atau tunjuk kuat bagai tapi kita perlukan otot yang sihat untuk pastikan kita sihat dan paling utama , tak nak susahkan orang lain. InshaAllah.. Selain dari tu, bonus ! 






    Share
    Tweet
    Pin
    Share
    1 comments


    Ada yang tanya camana aku boleh tak makan nasi bertahun ? Camana aku boleh berhenti minum kopi walhal kopi tu kegemaran aku satu tika dulu ? Begitu juga dengan makanan segera seperti megi , burger dan sebagainya. 

    Tak susah sebenarnya. Kalau kita belajar pasal nutrisi dan kesan pada tubuh badan, kita akan takut dan risau. Bukan takut mati tapi nak elak dari tanggung derita berpenyakit. Ya, sakit itu ujian tapi kalau kita tak berusaha menjauhi , memanglah kita menjemputnya. 

    Makan itu nikmat. Seronok untuk kepala otak tapi belum tentu pada perut kita. Apa yang kita makan umpama apa yang kita nampak dengan mata kita. Cantik , menarik tapi belum tentu berkhasiat. Kan... Serupa tengok kereta mewah atau perempuan cantik / lelaki kacak seperti aku. Belum tentu bahagia jika memiliknya. Haaa , gitu. 

    Nak ubah gaya hidup.. kena belajar konsisten. Paling mudah nak konsisten dan disiplin , kita mulakan dengan bangun solat subuh berjemaah. Tak kisah la nak ke surau masjid tapi bangun.. bersihkan diri dan berjalanlah ke sana. 

    Jika berjaya konsisten , pasti takkan ada masalah untuk konsisten bersenam atau gi gym. Seterusnya tak isu bab penjagaan pemakanan sihat. Sebelum nak telan , akan pikir dulu baik buruk pada tubuh badan, Sama seperti solat subuh berjemaah. Kalau kita tau akan kenikmatannya , pasti akan terasa kerugian bila meninggalkannya. 

    Nak berjaya di dunia dan akhirat... ubahlah... konsisten dan disiplin. Takda sapa akan lakukan untuk kita. Tapi kita sendiri kena ubah.. 

    Share
    Tweet
    Pin
    Share
    No comments

    Briskwalk antara senaman wajib aku buat setiap hari. Ya, memang kena hari hari berjalan walaupun sekejap. Kalau nak pergi surau masjid area taman , kita jalan je kaki. Janganlah naik motor melainkan kalau dah terlewat tu. Hahaha.. tapi jangan sekadar berjalan kaki sebagai senaman jer ya ! Kita kena juga berlatih angkat beban. Kuatkan otot tangan dan kaki. 

    Setiap hari ada je benda kita kena angkat walaupun ringan. Jika salah angkat atau otot tak kuat , nah boleh tangkap bahagian bawah badan dan akan mengakibatkan kecederaan berpanjangan yang mana akan melibatkan kos yang tinggi serta rasa tak sedap badan yang boleh bikin hilang mood harian. 

    Seperkara lagi ,  otot kaki perlu kuat utk elak dari tergelincir di tandas. Ya , aku sendiri pun beberapa hampir tergelincir di tandas. Alhamdulillah.. Allah lindungi. Otot tangan... Perlu kuat utk pikul barang seperti nak angkat beras , tong gas.

    Malah menyapu rumah pun sebenarnya memerlukan kekuatan otot pinggang. Gabungan briskwalk dan  latihan beban sangat bagus utk kesihatan tubuh badan. Tak perlu sado bagai pun. Memadai sekadar melatih otot otot agar tidak kecut dan kuat untuk melakukan tugas harian. Kalau dapat bentuk badan maskulin tu bonus la. Yang perempuan lain , awet muda. Badan serupa anak dara. Baru sang suami jeles gitu.. 




     Angkat beban (strength training) umur 40an memang sangat digalakkan, bukan sekadar untuk nampak fit tapi untuk kesihatan jangka panjang. Masuk usia ni, badan mula alami penurunan otot dan hormon, jadi latihan beban bantu “lawan” proses tu.

    Ni antara manfaat utama :

    1. Kekalkan & tambah jisim otot terutama bagi mereka yang dah berumur 40 ke atas, badan akan alami sarcopenia (otot makin susut).

    Angkat beban bantu:
    • Kekalkan kekuatan
    • Elak badan cepat lemah
    • Mudah buat kerja harian
    2. Bakar lemak & kawal berat 
    Otot lebih banyak = metabolisme lebih laju.
    Maknanya:
    Senang bakar kalori walaupun rehat
    Kurangkan lemak perut (yang biasa naik umur 40an)

    3. Kuatkan tulang (cegah osteoporosis).
    Latihan beban rangsang tulang jadi lebih padat membantu mengurangkan risiko osteoporosis .

    4. Bagus untuk jantung.
    Walaupun nampak macam “gym je”, ia bantu:
    • Turunkan tekanan darah
    • Kurangkan kolesterol jahat
    • Sokong kesihatan jantung
    5. Tingkatkan fokus & kurangkan stres .
    Angkat beban bantu keluarkan hormon “happy” yang mana mampu membantu mengurangkan stres,  tidur lebih lena, mood lebih stabil. 

    6. Kawal gula dalam darah sangat penting  pada mereka yang berumur 40+.
    •  Otot guna gula sebagai tenaga
    •  Bantu kurangkan risiko Type 2 Diabetes
    7. Stabilkan hormon
    Untuk lelaki & wanita:
    Lelaki: bantu kekalkan testosteron
    Wanita: bantu seimbangkan hormon (terutamanya pre-menopause)

    8. Baiki postur & kurangkan sakit badan
    Kurang sakit pada bahagian pinggang , lutut , bahu dan sesuai kalau kerja duduk lama

    Tips penting (umur 40 ke atas)
    • Start slow & konsisten (2–3 kali seminggu pun cukup)
    • Fokus teknik, bukan berat sangat
    • Warm-up wajib
    • Rehat cukup (recovery penting)

    Share
    Tweet
    Pin
    Share
    No comments

    Teringat zaman aku kecil kecil dulu.. kalau nak raya jer , mak ayah mesti bawa ke ibu kota untuk membeli belah pakaian raya. Suasana sangat meriah. Dengan lagu raya yang berkemundang di corong corong speaker membuatkan mood memilih pakaian tu lain macam walhal puasa tu ! Hahaha.. tak terasa dahaga dan kepenatan. 

    Suasana yang sama juga aku berikan pada anak anak aku sekarang ni. Walaupun berpuluh tahun beza tapi aku nak mereka rasainya sedikit sebanyak apa yang aku rasai. Seronok dapat beraya sementara ada ibu dan ayah di sisi. Begitu juga dengan ada adik beradik disamping sebelum masing masing membawa diri bila dah dewasa nanti. Huhu.. tak mungkin terasa dah semua ni. 

    Kenapa Pusat Pakaian Hari Hari ?  Bagi aku , lokasi sangat penting. Tempat letak kereta , berhawa dingin , layan mesra staff , harga dan kualiti memainkan peranan. Ada orang suka free gift jika beli banyak dan Pusat Pakaian Hari Hari ada sediakan juga setiap kali jualan perayaan mereka adakan. Hahahaa.. Terbaik. 

    Reka bentuk pakaian raya di sini masih menekankan konsep tradisional. Takda merapu meraban punya design. Kemas dan cantik terletak jer bila disarung. Harga pun berbaloi. Sesuai untuk golongan macam aku yang tak pentingkan jenama. Aku tak suka ada jenama di depan baju raya aku pakai. Serabut. Kalau t shirt tu lainlah. Ni baju melayu kot.. 

    Selain koleksi pakaian raya lelaki dan perempuan , pakaian beraya yang lain pun kelihatan menarik dan kemas jer bila dipakai untuk berkunjung ke rumah sanak saudara mahupun teman teman. Nampak menarik dan gempak gitu. Kemas sudah semestinya. Untuk setiap pembelian RM120 dan ke atas, korang akan menerima Freegift Paket Raya. Manakala pembelian RM200 dan ke atas pula akan mendapat Freegift Woven Beg eksklusif, sementara stok masih ada.






    Bagi yang merancang nak berjimat , ada clearance stock juga dengan harga yang berbaloi, bermula serendah RM5, RM10 dan RM25 sahaja. Memang boleh jimat banyak la bagi yang memang merancang nak berjimat. Maklumlah , lepas raya nak pakai duit banyak kan ? Exam dah dekat. Nak beli buku tambahan kan ? Maka , merancanglah betul betul dan pada masa yang sama jangan matikan mood anak anak nak beraya dengan pakaian baru di Pusat Pakaian Hari Hari.. 

    Tak sempat nak pergi ? Jangan risau.. Boleh beli secara online di www.hari.com.my atau mencari lokasti terdekat dengan korang , boleh ke https://hari.com.my/locator/
    Share
    Tweet
    Pin
    Share
    5 comments


    Tetap beraktiviti

     Alhamdulillah.. dah masuk Ramadan ke 5. Setakat aku bersahur seperti tahun tahun lepas. Dah stop ambil nasi , kopi , susu , makanan makanan ultra proses yang mana dulu adalah kegemaran aku , 4 tahun. Bukan mudah tapi itulah. Bila Allah turunkan ujian, masa tu baru sedar. Rupa rupanya gaya hidup aku dulu sangatlah tidak sihat. Duit ada tapi abis ke doktor jer. Huhuh.. Termasuklah anak anak juga. Salah aku. Aku yang ajar mereka. 


    Bila dah faham camana nak jaga diri dan keluarga , nak ubah tu bukanlah mudah. Ambil masa dan mencabar. Aku faham.. ramai nak ubah tapi banyak faktor yang menghalang. Ada yang dah mula tapi separuh jalan. Ada yang belum mula , dah gagal. Hurm..

    Aku senantiasa kongsikan tips dan pengalaman aku di media sosial. Bukan nak tunjuk pandai atau nak mengajar  tapi sekadar nak membantu berdasarkan pengalaman sendiri. Benda gini kena cuba buat baru tau. Aku tahu... ramai takut nak cuba cuba memandangkan diorang ada Anxiety. Cara terbaik ialah berhenti semua dan mulakan dari bawah ! 

    Macam aku buat.. aku berhenti ambil gula putih terlebih dahulu. Kemudian berhenti makanan ultra proses seperti burger , hotdog , nugget , mee segera yang mana semua ni dulu adalah makanan kegemaran. Pastu aku berhenti tepung gandum. Fuh , ni memang mencabar. Roti canai bro ! Hahaha.. Roti putih disalut coklat ! Aiyok... pastu cicah ngan kopi 3 in 1. Nayaaa badan. 

    Dan paling mencabar berhenti makan nasi. Kenapa nasi ?? Nasi tak bersalah ! Kan ? Aku tahu.. panjang nak hurai bab nasi ni tapi cukuplah aku katakan nasi zaman sekarang berbeza dengan nasi zaman dulu. Kualiti dan khasiat ke laut dalam kecuali beras mahal. Nah... nampak perbezaan ? Makan secara sederhana ? Hahaha.. Baik tak payah makan. Boleh je pun hidup. Fokus pada lauk pauk. 

    Aku tahu.. ramai je tak setuju part nasi tapi syukur Alhamdulillah , selesa perut aku tanpa nasi. Aku bukan anti karbohidrat tapi aku cuma tak mampu beli beras mahal untuk dinikmati. Anak anak dan isteri, diorang makan tapi sangat sederhana. Itulah yang sepatutnya aku buat dulu tapi sayangnya dah terlambat. Perut dah tak sihat. Jadi aku elakkan. 

    Bagi mereka yang ada masalah kesihatan seperti Gastrik dan Gerd ni , diorang hanya perlu tahu apa yang perlu dielakkan dan dimasukkan terlebih dahulu ke dalam perut ketika sahur dan berbuka. Bagi aku , sebaiknya elakkanlah masukkan karbohidrat . Minum dulu air suam panas atau air halia untuk tenangkan usus dan perut sebelum nak makan. 

    Lepas makan.. banyakkan bergerak. Tidur awal... bangun awal ! Belajar kawal pernafasan. 




    Share
    Tweet
    Pin
    Share
    1 comments


    Ramadan tiba. Mereka yang ada masalah dengan usus ni pasti risau. Macam aku dan isteri sebelum ni la terutama sang isteri tu la. Huhu.. Alhamdulillah , media sosial berjaya dimanfaatkan sebaiknya. Kalau tak , jenuh gak kami. 

    Aku, ada gerd sebelum ni dapat rasa kelemauan setiap kali puasa. Wife yang ada gastrik , lagilah. Dulu gelak je dengar orang tak puasa sebab gastrik. Bila dah kena kat diri sendiri , baru tau camana rasa. Automatik dapat pakej anxiety ! 

    Ada yang kata sebab vaksin ! Entahla. Aku sebenarnya dah ada simptom sebelum Covid lagi. Cuma masa tu tak teruk lagi la. Bila PKP tu baru aku perasan aku makin teruk terutama lepas membaca berita berita kematian disebabkan virus tu. 

    Apa yang aku buat ialah ubah gaya hidup sekeluarga. Bukan mudah. Bukan sehari dua tapi itulah cabarannya. Kawal pemakanan bermula dari dapur. Mak ayah memainkan peranan penting. Seterusnya kena betulkan GUT yakni perut dan usus ! 

    Masalah kita ialah bila masuk waktu makan , apa yang perlu ditelan terlebih dahulu. Ni yang menjadi punca kepada kerosakkan usus ! Jika salah ajaran , memang meranalah. Telan air milo manis , roti , nasi dan macam macam lagi yang tinggi gula ! Tu belum lagi makanan segera. Haish.. Sian anak anak kita. Aku sendiri pun ada lakukan dulu. Salah mak ayah. 

    Alhamdulillah... dah tau cara betulkan. Maka betulkan. Sebab tulah aku sekarang ni buat awarenss di media sosial. Kalau ada yang pikir aku nak niaga , aku rasa cam.. tak pe la. Ikut sukalah. Cuma apa yang aku jual tu adalah apa yang aku guna. Takkan nak sorang sorang je sihat kan ? 

    Jika diamalkan serta buang gaya hidup yang tak sihat , inshaAllah kita ada harapan untuk kembali normal.. Nak atau tidak jer. 




     Wasp : https://BenJualKokoPowder.wasap.my

    SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN DAN SELAMAT BERPUASA

    Share
    Tweet
    Pin
    Share
    No comments
    Newer Posts
    Older Posts

    Blog Stats

    Blog Archive

    • ▼  2026 (19)
      • ▼  September 2026 (2)
        • Lelaki umur 40an kena tidur awal !
        • Sapa yang ketagihan kopi macam aku ?
      • ►  Ogos 2026 (1)
      • ►  Julai 2026 (2)
      • ►  Jun 2026 (2)
      • ►  Mei 2026 (2)
      • ►  April 2026 (2)
      • ►  Mac 2026 (2)
      • ►  Februari 2026 (3)
      • ►  Januari 2026 (3)
    • ►  2025 (63)
      • ►  Disember 2025 (4)
      • ►  November 2025 (2)
      • ►  Oktober 2025 (2)
      • ►  September 2025 (5)
      • ►  Ogos 2025 (3)
      • ►  Julai 2025 (6)
      • ►  Jun 2025 (4)
      • ►  Mei 2025 (5)
      • ►  April 2025 (5)
      • ►  Mac 2025 (8)
      • ►  Februari 2025 (10)
      • ►  Januari 2025 (9)
    • ►  2024 (170)
      • ►  Disember 2024 (9)
      • ►  November 2024 (11)
      • ►  Oktober 2024 (13)
      • ►  September 2024 (10)
      • ►  Ogos 2024 (15)
      • ►  Julai 2024 (20)
      • ►  Jun 2024 (16)
      • ►  Mei 2024 (22)
      • ►  April 2024 (16)
      • ►  Mac 2024 (14)
      • ►  Februari 2024 (10)
      • ►  Januari 2024 (14)
    • ►  2023 (171)
      • ►  Disember 2023 (12)
      • ►  November 2023 (14)
      • ►  Oktober 2023 (16)
      • ►  September 2023 (13)
      • ►  Ogos 2023 (16)
      • ►  Julai 2023 (14)
      • ►  Jun 2023 (17)
      • ►  Mei 2023 (14)
      • ►  April 2023 (10)
      • ►  Mac 2023 (18)
      • ►  Februari 2023 (13)
      • ►  Januari 2023 (14)
    • ►  2022 (182)
      • ►  Disember 2022 (22)
      • ►  November 2022 (9)
      • ►  Oktober 2022 (12)
      • ►  September 2022 (9)
      • ►  Ogos 2022 (11)
      • ►  Julai 2022 (10)
      • ►  Jun 2022 (10)
      • ►  Mei 2022 (13)
      • ►  April 2022 (14)
      • ►  Mac 2022 (21)
      • ►  Februari 2022 (21)
      • ►  Januari 2022 (30)
    • ►  2021 (389)
      • ►  Disember 2021 (26)
      • ►  November 2021 (23)
      • ►  Oktober 2021 (23)
      • ►  September 2021 (26)
      • ►  Ogos 2021 (26)
      • ►  Julai 2021 (29)
      • ►  Jun 2021 (27)
      • ►  Mei 2021 (30)
      • ►  April 2021 (36)
      • ►  Mac 2021 (56)
      • ►  Februari 2021 (42)
      • ►  Januari 2021 (45)
    • ►  2020 (329)
      • ►  Disember 2020 (39)
      • ►  November 2020 (36)
      • ►  Oktober 2020 (28)
      • ►  September 2020 (29)
      • ►  Ogos 2020 (36)
      • ►  Julai 2020 (24)
      • ►  Jun 2020 (30)
      • ►  Mei 2020 (28)
      • ►  April 2020 (23)
      • ►  Mac 2020 (23)
      • ►  Februari 2020 (18)
      • ►  Januari 2020 (15)
    • ►  2019 (407)
      • ►  Disember 2019 (22)
      • ►  November 2019 (30)
      • ►  Oktober 2019 (44)
      • ►  September 2019 (34)
      • ►  Ogos 2019 (48)
      • ►  Julai 2019 (27)
      • ►  Jun 2019 (30)
      • ►  Mei 2019 (42)
      • ►  April 2019 (37)
      • ►  Mac 2019 (43)
      • ►  Februari 2019 (25)
      • ►  Januari 2019 (25)
    • ►  2018 (420)
      • ►  Disember 2018 (24)
      • ►  November 2018 (32)
      • ►  Oktober 2018 (32)
      • ►  September 2018 (36)
      • ►  Ogos 2018 (29)
      • ►  Julai 2018 (30)
      • ►  Jun 2018 (38)
      • ►  Mei 2018 (38)
      • ►  April 2018 (46)
      • ►  Mac 2018 (36)
      • ►  Februari 2018 (33)
      • ►  Januari 2018 (46)
    • ►  2017 (648)
      • ►  Disember 2017 (47)
      • ►  November 2017 (44)
      • ►  Oktober 2017 (49)
      • ►  September 2017 (51)
      • ►  Ogos 2017 (56)
      • ►  Julai 2017 (46)
      • ►  Jun 2017 (47)
      • ►  Mei 2017 (58)
      • ►  April 2017 (75)
      • ►  Mac 2017 (80)
      • ►  Februari 2017 (49)
      • ►  Januari 2017 (46)
    • ►  2016 (788)
      • ►  Disember 2016 (57)
      • ►  November 2016 (65)
      • ►  Oktober 2016 (77)
      • ►  September 2016 (64)
      • ►  Ogos 2016 (75)
      • ►  Julai 2016 (80)
      • ►  Jun 2016 (69)
      • ►  Mei 2016 (58)
      • ►  April 2016 (58)
      • ►  Mac 2016 (68)
      • ►  Februari 2016 (50)
      • ►  Januari 2016 (67)
    • ►  2015 (1019)
      • ►  Disember 2015 (68)
      • ►  November 2015 (78)
      • ►  Oktober 2015 (66)
      • ►  September 2015 (57)
      • ►  Ogos 2015 (63)
      • ►  Julai 2015 (86)
      • ►  Jun 2015 (89)
      • ►  Mei 2015 (105)
      • ►  April 2015 (91)
      • ►  Mac 2015 (104)
      • ►  Februari 2015 (104)
      • ►  Januari 2015 (108)
    • ►  2014 (1504)
      • ►  Disember 2014 (130)
      • ►  November 2014 (119)
      • ►  Oktober 2014 (137)
      • ►  September 2014 (121)
      • ►  Ogos 2014 (119)
      • ►  Julai 2014 (103)
      • ►  Jun 2014 (104)
      • ►  Mei 2014 (106)
      • ►  April 2014 (121)
      • ►  Mac 2014 (132)
      • ►  Februari 2014 (139)
      • ►  Januari 2014 (173)
    • ►  2013 (2151)
      • ►  Disember 2013 (169)
      • ►  November 2013 (180)
      • ►  Oktober 2013 (160)
      • ►  September 2013 (138)
      • ►  Ogos 2013 (182)
      • ►  Julai 2013 (220)
      • ►  Jun 2013 (199)
      • ►  Mei 2013 (186)
      • ►  April 2013 (149)
      • ►  Mac 2013 (184)
      • ►  Februari 2013 (188)
      • ►  Januari 2013 (196)
    • ►  2012 (2986)
      • ►  Disember 2012 (194)
      • ►  November 2012 (211)
      • ►  Oktober 2012 (285)
      • ►  September 2012 (260)
      • ►  Ogos 2012 (210)
      • ►  Julai 2012 (239)
      • ►  Jun 2012 (220)
      • ►  Mei 2012 (281)
      • ►  April 2012 (240)
      • ►  Mac 2012 (299)
      • ►  Februari 2012 (283)
      • ►  Januari 2012 (264)
    • ►  2011 (4966)
      • ►  Disember 2011 (303)
      • ►  November 2011 (299)
      • ►  Oktober 2011 (418)
      • ►  September 2011 (390)
      • ►  Ogos 2011 (350)
      • ►  Julai 2011 (396)
      • ►  Jun 2011 (424)
      • ►  Mei 2011 (424)
      • ►  April 2011 (481)
      • ►  Mac 2011 (483)
      • ►  Februari 2011 (488)
      • ►  Januari 2011 (510)
    • ►  2010 (4406)
      • ►  Disember 2010 (559)
      • ►  November 2010 (502)
      • ►  Oktober 2010 (453)
      • ►  September 2010 (387)
      • ►  Ogos 2010 (389)
      • ►  Julai 2010 (429)
      • ►  Jun 2010 (439)
      • ►  Mei 2010 (416)
      • ►  April 2010 (473)
      • ►  Mac 2010 (202)
      • ►  Februari 2010 (89)
      • ►  Januari 2010 (68)
    • ►  2009 (167)
      • ►  Disember 2009 (52)
      • ►  November 2009 (27)
      • ►  Oktober 2009 (67)
      • ►  September 2009 (21)

    Kelab Blogger BenAshaari

    Kelab Blogger BenAshaari

    Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes