Welcome to Kids Secret Wholesale! We have collections such as Guess, Hackett, Baby Gap, Carter's, Old Navy, Burbery, Netx and many more. To qualify for wholesale price, a minimum order quantity (MOQ) must be meet .. Pls click > KSW
Welcome to Kids Secret Wholesale! We have collections such as Guess, Hackett, Baby Gap, Carter's, Old Navy, Burbery, Netx and many more. To qualify for wholesale price, a minimum order quantity (MOQ) must be meet .. Pls click > KSW
Beringat semasa di atas .. Itulah kata kata dari pemain badminton no 1 dunia ... Hari ini hari mereka. Mana tahu nanti dia pula , kan ?
Mmg aku kagum dan terharu bila atlit membantu atlit yang lain.. Yelah kan , sementara berkemampuan .. apa salahnya memberi pertolongan ..
JAGUH badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mungkin sudah bergelar pemain nombor satu dunia tetapi status itu tidak membuatkannya lupa diri sebaliknya tampil membantu bekas atlit yang pernah mengharumkan nama negara.
Malah Chong Wei, yang digelar atlit contoh oleh Pengerusi Eksekutif Yayasan Kebajikan Atlit Kebangsaan (YAKEB), Datuk Paduka Dr Mumtaz Jaafar, setakat hari ini sudah pun menyumbang lebih RM300,000 kepada yayasan itu.
Kita tidak boleh melupakan bekas atlit dan apa yang boleh kita bantu, kita bantu. Mana tahu bila saya bersara nanti, ada orang akan tolong saya balik,” kata Chong Wei yang ditemui pada majlis sambutan perayaan atlit 1 Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam.
Sumbangan Chong Wei terhasil hasil usaha bersama syarikat swasta, Iris Corporation Berhad, penaja, yang mampu menaikkan lagi semangat dirinya melakukan yang terbaik dalam setiap kejohanan.
“Iris akan memberikan saya tambahan 50 peratus daripada wang kemenangan yang saya perolehi dalam setiap kejohanan disertai,” kata pemain nombor satu dunia itu.
“Contohnya jika saya menang RM80,000 pada satu pertandingan Iris akan memberikan saya RM40,000 lagi sebagai insentif dan saya pula akan terus menyalurkan kesemua wang yang diperoleh kepada YAKEB,” kata Chong Wei pemenang pingat emas perseorangan lelaki di Sukan Komanwel, New Delhi, baru-baru ini.
BA : Ni baru dikatakan JUARA DUNIA !!
Mulai 19 - 23hb ni , PWTC akan dipenuhi dengan ramai ahli ahli UMNO dan juga pemerhati politik.
Aku , antara mereka yang senantiasa berulang alik dari PWTC - Putrajaya , pasti akan tersenyum simpul .. Kenapa ? Macam macam gelagat yang akan dapat aku 'nikmati' .. Serius ..
Tersenyum sudah pasti .. Geleng kepala pon , dah mmg iyer .. Kesian pon ada .. Menangis ? Dalam hati jer la .. Nak sertai mereka ? Erk ... belum masanya dan tak tau bila nak sertai ..
Kenapa ? Entahlah.. aku boleh nampak muka muka hipokrit yang mengatakan mereka itu pejuang bangsa .. Yeker ????? Kalaulah kita boleh selami niat mereka semua itu sudah pastinya ada antara mereka-mereka yang hadir itu , ke wad ICU ..
Maaf .. aku bukan anti UMNO .. Aku bukan ahli pembangkang .. Cuma aku antara mereka yang berdiri di tengah tengah .. Nak terjun ke arah mana satu .. Yang di sana sama jer yang sebelah sini .. Kenapa aku kata begini , sebabnya aku tak nampak mereka ini benar benar berjuang untuk bangsa dan agama .. Beria bila ada media .. Terjerit jerit bila ada 'kamera' .. Belakang kalu ???
Kepada semua perwakilan UMNO yang akan hadir.. ikhlaskanlah ucapan anda itu .. Jangan sekadar mengharapkan sorakan ahli tapi kosong semata .. Cuba buka mata ... berapa ramaikah anak muda yang akan hadir kerana ingin hadir kerana INGIN HADIR dan bukan kerana sebaliknya..
Gerai gerai jualan di situ ... cubalah tanya berapa harga satu tapak ??? Heheh.. masuk akal ke harga itu ? Pelik .. sampai bila melayu nak maju gini kalau asyik melayu tipu melayu ?
Maaflah yer.. inilah hakikat sebenar mengapa ramai anak muda masih belum menurunkan tandatangan di atas borang keahlian UMNO .. Mereka masih belum nampak 'perjuangan' UMNO .. Dari puck pimpinan sehinggalah ke wakil bahagian .. Semua ada agenda tersendiri..
Salah siapakah ? Anak muda yang celik mata atau orang atasan ? Hurm.. Aku teringin nak berjuang ... tapi masih belum mampu kerana aku takut kecundang sebelum bertarung .. Terlalu kuat dugaan dan bisikan syaitan tika ini. Ikut atau sila undur ! Huh.. di manakah bangsa dan agama yang menjadi tonggak kekuatan semangat yang dilaungkan oleh kita ? Atau ... berkuasa demi untuk ?
Walaupun bukan semua tapi jumlah yang berkhidmat demi bangsa ini , boleh dibilang jari .. Dan jumlah yang kecil ini tidak mampu mengubah keadaan .. Tapi siapa tahu ? Allah Maha Berkuasa.. Apa saja boleh berlaku ..
UMNO perlu lakukan sesuatu untuk pilihanraya akan datang agar tidak tumbang terus ..
Wahai perwakilan , SENYUMLAH.. SENYUMLAH ... SENYUMLAH DARI HATI ! ANDA CUMA WAKIL BAHAGIAN .. Tanpa ahli , ANDA TIDAK BERMAKNA !
BA : UMNO .. perjuanganmu dulu , aku sanjungi .. tapi sekarang ? Umpama menonton drama di tv1 ..
Kecewa .. itulah perasaan aku setiap kali bila baca suratkhabar .. Wanita sering menjadi mangsa tanpa mengira umur dan bangsa .. Dirogol , dibunuh atau diculik . Bagaimana semua ini boleh berlaku ? Nak salahkan siapa ??
Terbaru , seorang gadis yang bakal mendirikan rumahtangga , pula diculik ! Bukannya budak lagi.. dah umur 20 tahun pon .. Kalau budak tu mungkin la sbb dia kecik dan takde kederat nak melawat ..
Kelmarin , di Teluk Intan pula seorang budak dirogol dan dibunuh .. Apa ni ???? Dah hilang sifat keperimanusiaan ke ??? Kalau tak tahan sangat , g la cari pelacur .. Yang dijadikan budak tak berdosa tu sbg mangsa kenapa ???
Apakah terlalu ramai orang gila atau semakin ramai manusia hilang kewarasan dek kerana ketamadunan manusia sudah sampai ke penghujungnya ???
BA : Sendiri tengah kecewa ..
SMS tunang diekori dua lelaki ketika beli-belah kelengkapan majlis kahwin
BANDAR CHENEH BARU: Seorang gadis yang bakal melangsungkan perkahwinannya pada 12 November ini dilaporkan hilang dipercayai diculik ketika membeli-belah di bandar Kuantan, Pahang, Rabu lalu.
Mangsa, Rozaliya Mat Lazim, 20, dikatakan keluar dari rumah keluarganya di bandar ini, bersama tunangnya untuk membeli kelengkapan majlis perkahwinan mereka kira-kira jam 11 pagi.
Ibunya, Sabariah Mansor, 42, berkata pada hari itu anak gadisnya yang berpakaian blaus warna hitam dan seluar jeans gelap menaiki kereta tunangnya bernama Mohd Helmi Mohd Nor, 24, untuk ke bandar Kuantan.
Dia berkata, selepas membeli-belah di sebuah kedai peralatan pengantin berhampiran Pasar Kuantan, Helmi pulang ke pejabatnya di Bandar Baru Cheneh seketika kerana ada urusan penting untuk diselesaikan.
Sabariah berkata, Helmi memberitahunya dia meminta Rozaliya menunggunya di depan Pasar Raya Besar Mydin berhampiran lokasi mereka membeli-belah dan berjanji bertemu semula kira-kira jam 3 petang.
“Sebelum itu mereka berdua sering berhubung melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan Helmi memberitahu Rozaliya ada menghantar dua SMS berbunyi ‘ada dua lelaki sedang mengekorinya’ dan ‘abang datang cepat, saya takut. Berdasarkan SMS ini, kami mengesyaki Rozaliya diculik,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Sabariah berkata, selepas itu Rozaliya terus tidak dapat dihubungi dan bakal menantunya berusaha mencari anaknya itu di beberapa kedai berhampiran termasuk pasar raya tempat mereka membeli-belah sehingga jam 6 petang, bagaimanapun gagal menemui Rozaliya.
“Helmi menghubungi kami memaklumkan kehilangan Rozaliya dan kami sekeluarga terus bergegas ke bandar Kuantan untuk mencari anak saya itu, tetapi sehingga jam 11 malam dia masih gagal ditemui,” katanya.
Sabariah berkata, setelah menemui jalan buntu, mereka mengambil keputusan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan kira-kira jam 12 tengah malam hari sama.
Sehubungan itu, Sabariah merayu orang ramai yang mengenali atau mengetahui di mana Rozaliya berada supaya segera menghubunginya di talian 019-9418016 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Di KUANTAN: Pegawai penyiasat di IPD ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kehilangan Rozaliya dan meminta orang ramai yang mengetahui kejadian itu supaya menghubungi IPD di talian 09-5132222
sumber : Bharian
Aku pasti ramai tau dah kegunaan bilik berkaca tu .. BILIK MAUT untuk PEROKOK .. Amacam ?? Nak masuk ? Cuba laa..
Aku cadangkan perbanyakkan lagi bilik begini ditempat tempat awam .. Bagi mereka yang nak masuk , sila bayar RM1 .. Kalau tak jaga kebersihan , denda RM 1000 .. Pastu bagi mereka yang merokok di tempat terbuka , denda RM10,000 atau 10 tahun kerja keras ... haaa
Pasni mesti ramai tension punya .. termasuk menteri menteri mahupun rakyat jelata .. lama lama , insyaAllah ramai akan berenti sbb takde duit jer ...kan kan ?
1107 km !!!! Tu diaa... tu lah dia kiraan pergerakkan kami dari Putrajaya - Kelantan - Terengganu - Putrajaya yang mana akhirnya tiba ke sarang kami tepat jam 1 pagi .. huhu ... cukup 12 jam perjalanan pulang ! Mabeles !!
Punya la jauh perjalanan , xcident hampir berlaku di Tol Gombak bila mana kereta ni dengan angkuhnya memotong queue tanpa memberi signal !!! Aku honkan ajaa !! Huh !!
Kenal ??? Tak tau la sapa tuan punya kereta ni .. harap lebih bersopan lain kali yer ..
Singgah di Cheras , bagi bahagian mak dan ayah aku pastu terus pulang ke Putrajaya .. Amacam , penat tak ??? Giler laaa... aku nak demam dah ni.. kalau suruh aku drive lagi tadi , mmg aku muntah darah punya arrr...
Nasib baik cash dah abis .. abis beli batik .. huhu.. kalau tak , sah sah borong keropok lekor.. ramai tadi mintak kan ?? heheh... duit abis la geng.. situ takde atm atau tak terima credit card... terima alasan ni tak ? hehe
Hairan ? Jangan hairan .. Sekarang ni macam macam ada .. Yang pelik tapi benar .. Yang benar tapi ajaib .. Yang dusta tapi realiti .. Yang dosa tapi pahala .. Yang pahala tapi dosa .. Yang haram tapi halal .. Yang halal jadi makruh .. Yang jahat tapi baik .. yang baik tapi nakal .. Macam macam ... Pening ? Jangan pening ..
Yang membuatkan aku rasa bosan bila aku lihat ceritanya gempak tapi haprak .. Bila cakap serupa ada isi tapi angin semata mata .. Bila berteriak umpama singa rupanya lipas dapur jer .. Yang garang umpama helang tapi rupanya hering tunggu bangkai .. Haih.. Korang heran ? Jangan heran .. Inilah realiti dunia yang kita berada sekarang ini ..
Hampa ?? Jgn hampa .. masih terlalu jauh perjalanan hidup kita .. Masih terlalu luas dunia kita ini .. Macam macam ragam dan karenah manusia yang belum kita jumpa dan kenal .. Ada umpama zirafah tapi gajah rupanya .. Ada yang sekacak panda tapi rupa rupanyanya tapir !
Yang paling best yang akan korang jumpa , mulianya dia seperti ulama tapi rupanya main mak mak jer ! Haa.. jenis ni mmg la bahaya dan menakutkan .. boleh bertukar jadi vampire bila bila masa ..