Hurm… Wife aku banyak kali pesan kat aku , jangan terlalu mudah percaya kat orang dan lembut hati ! Tapi aku degil !! Bagi aku , rezeki tu hak Allah.. Kalau orang nak menipu sekali pon , aku redha dan aku terima tu bukan rezeki aku untuk kali itu. Aku beri kepercayaan pada orang tu tapi kalau dia berniat nak menipu , tak pe la.. Tu antara dia dengan Allah ..
Tu bukan kali pertama aku kena tipu sejak jadi blogger ni dan jumlahnya bukanlah sedikit ! Bukan seratus dua tiga pat ratus tauuu … Haa… Tak pe laa..
Apa kes ??? Wife pesan kat aku , lain kali kalau orang nak letak iklan kat blog , pastikan orang tu dah bayar atau amik la setengah bayaran dulu. Aku tak suka sebenarnya cara gitu ! Mana la tau aku dah amik duit orang pastu aku mati ! Haaa..camana tu ? Tak ke naya kat orang tu ? Hurmm ..
Entah laa… aku rasa pasni aku kena amik duit gak la ! Dari aku mengumpat marah kat orang tu , baik aku amik jer dulu selepas dia bagi papan iklan dia. Selagi tak bayar , aku tak up.. kan ? Hurmm..
Kalau takde duit , bagitau jer.. Aku ok je nak promote free.. Jangan buat cara gini.. Hurmm…
Sewaktu wife beli dan bawak balik rumah , aku happy sangat sangat ! Kenapa ?
Oh tidak sama sekali .. Aku happy sebab ingat dia belikan aku robot ! Sekali bukan daaaa … Dia beli periuk Noxxa. Hahahaha .. Aku syok sendiri rupanyaaa .. Lalalala ..
Ni la periuk Noxxa yang top tu ! Siap ada group khas yang tertutup untuk mereka berkongsi rahsia masakan mereka yang menggunakan periuk ni !
Dan wife banyak kali dah masak makanan yang sedap sedap dengan menggunakan periuk ni .. Adeh , iklan percuma la periuk ni ! Rugi rugi.. Hahahha.. Tak pe , aku ikhlas ! Menda bagus , kena kongsi kan.. Kalau bayar lagi bagus kan ? Hahahaha .. Gurau…
Dan semalam dia buat nasi goreng special ! Serius , mmg lain sangat rasanya.. Menambah aku makan . Ok , fine.. sebelum ni pon mmg aku menambah tapi yag ni lain skit..
Kesedapannya telah membuatkan aku cancel nak gi makan Kenny Rogers semalam ! Haaa
Hurmmmm… Bila post di Facebook, tak sangka ramai mintak resepi dan dapat LIKE yang cukup banyak ! Tapi tak leh lawan Mat Gebu la kan.. Jiran aku tuuuuu .. Tu lagi power ranger of the year ! Haaa ..
Resepi ayam tu ? Hurm.. nanti aku try tanya kat wife.. Oh ya , dia pon ada beli buku resepi.. Dua buku.. RM40 gak tuuu ! Perghhh !! Orang perempuan dan dapur ni , mmg berhantu tul ! Duit abis banyak pon tak pe laaa …
Suami tak kisah.. perut sendiri gak untung kan ! Tapi kalau duit tak de , jangan dera diri sendiri yer.. Bersederhanalah.. Lebih baik makan nasi kosong dari melarat membayar hutang !
Sejak balik dari Paris hari tu , aku non stop update blog ! Hurmmm .. Ditambah dengan masalah masalah di kiri kanan , aku semakin kehilangan rentak dan mood untuk menulis..
Masalah peribadi ,masalah rakan rakan ,masalah itu ini .Segalanya di benak aku ! Aku kadang kadang pon hilang punca ! Dah tak tau apa nak buat !
Hurm… Kadang kadang , aku takut ! Aku beri madu , dibalas tuba dalam diam ! Bukan tak pernah kena .. banyak kali dah ! Aku cuma mampu geleng kepala jer ..
Apakah aku sudah tidak relevan lagi untuk berblogging ? Atau aku sudah lari dari motif sebenar hingga tiada rasa seronok lagi berblogging ? Hurmm ..
Hanya ‘mereka’ ni saja menguatkan aku semangat dan alasan utk terus menulis ..
Hurm… mmg mood kelaut sungguh ! Aku perlukan percutian sekeluarga … Kasi tenang dan kembalikan mood menulis !
“ Dulu kami pernah guna blogger .. dah bayar mahal tapi hasilnya ? “
“ Nak job .. dah bagi dateline tapi tak buat kerja. Marah la client. Camana ni ? “
Hurm…. Banyak kali dah aku dengar sendiri atau kawan sampaikan. Adoi ! Betol kacau line la blogger camni Bila dah jadi mcm ni , diorang dah mula takut nak gunakan blogger untuk buat kempen atau promosi. Hurmmm .. Kesannya ??
Ada blogger yang suka makan kenyang kenyang untuk sehari dua pastu mula terkial cari lagi.. Bila jumpa , makan kenyang kenyang .. Tapi hasil ? Gebang pandai.. Janji itu ini.. Terutama menjanjikan trafik atau LIKE yang banyak ! Tergoda la si pelanggan tu… Lepas bayar setengah atau penuh , hasil kerja ??
Hurm… Kawan , jangan gitu.. Gara gara ‘kamu’ , ramai blogger terkena tempias ! Ramai berusaha nak jaga nama tapi disebabkan kamu tu , BLOGGER dapat nama busuk ! Orang tak percaya dah nak kasi job pada blogger !
Pada mereka yang cari makan dengan blog ni , buat la kerja dengan ikhlas hati.. Jangan pandai amik duit orang tapi tak buat kerja dengan sungguh sungguh.
Hurm..
Dua tahun beberapa bulan yang lepas !
Orang kata , kalau baby kita tu dah mula gigit kaki .. tanda nak dapat adik tu ! Orang kata laaa .. Setakat ni tak de la pulak aku dengar monyet atau Ultraman yang kata .. Heheehe..
Benarkah ??
Tak lama kemudian .. Tadaaa … Muncul sorang lagi ! Tak sempat Qhaliff belajar lompat bintang , dia dah ada adik..
Dan , tak sempat cecah 4 bulan.. si adik mula sibuk nak gigit kaki ! Apakah nak adik juga ???
Jangan ! Kasi daddy tarik nafas dalam dalam dulu yer.. Baru gigit kaki tu ! Kalau rasa tak sampai , boleh je gigit kaki daddy .. Sila abaikan bulu kaki daddy tu ! Hahaha ..
Yer , aku tak percaya la cerita dongeng ni.. Takkan la gigit kaki tu tanda nak adik.. Tanda nak adik begini ..
“ Daddy , daddy tak nak kasi kitorang adik ke ? Asyik dok tengok laptop dan handphone tu jer.. Acaner tu ? “ .
Pergh.. Jawab daddy ketika tu..
“ Yelah , masa ni mmg la dok tengok handphone dan laptop.. Bila kamu berdua dah tidur , barulah daddy tengok ibu kamu lak.. Haaaa.. “ . Sambil kenyit mata ..
Kalau dia menjawab lagi ??
“ Daddy , kalau boleh .. nak adik kembar yer ? Baru seronok ! “ .
Dan daddy dah standby dengan jawapan ..
“ Kamu ingat mak kamu tu mesin vendor ? Masuk duit , keluar air apa nak ? Eh ? “.
Kalau dia nak menjawab lagi.. Cepat cepat guna kuasa veto !
“ Dah.. gi masuk tidur.. Esok ngantuk nak gi sekolah ! “
Kalau dia menjawab gini ..
“ Daddy , esok cuti sekolah dah laa .. Sebulan cuti ! Jom gi Paris ! Takkan daddy je nak rasa kan ? Anak anak baca kat blog je keee ?? Mana aci kan ? “ .
Ok fineee ! Daddy mirgrain !!
Hurm.. Bila aku terpandang gambar gambar ni , betapa kerdilnya aku ini jika nak dibandingkan dengan alam ni ! SubhanAllah.. terlalu luas alam ini !
Dulu aku selalu terfikir.. Sampai bila aku nak hidup macam ni ? Bangun pagi , gi kerja.. buat kerja , pastu balik.. Sampai rumah , tidur ! Esok gi kerja .. Hari Sabtu dan Ahad , baru nampak dunia ! Iskhh… takkan la ni kehidupan yang aku nak sampai ke tua ??
Aku perlu mengubah diri aku menjadi lebih menghargai masa sebelum aku kehilangan masa ! Camana ? Langkah pertama , berkawin dan enjoylah laki bini .. Gi la ke mana mana saja , berdua !
Kemudian dapatkan zuriat. Pada awalnya , mmg ada konflik sedikit tapi alhamdulillah .. berkat usaha kami berdua terutama wife yang sanggup dibedah , memberikan kami rezeki tak berbelah bagi ..
Bila dah ada anak.. takkan aku nak biar kan anak aku tu membesar dengan orang lain ? Takkan la tu motif aku nak ada waris ? Memadai ada anak dan berbin kan aku ? Haihhh .. Takkan tu tujuan hidup aku ?
Aku fikir dan fikir .. aku perlu lebih bijak gunakan masa dan ruang sepenuhnya. Dulu aku banyak abiskan masa dah harap cepat sampai ke hujung minggu pastu boleh berehat sepuas puasnya ..
Betapa ruginya aku ! Bayangkan waktu yang terluang tu diabiskan dengan tidur , usia meningkat begitu saja tanpa ada sebarang nota !! Ruginya !!
Fikir dan fikir .. terus berfikir .. Ke mana hala tuju hidup kita dan apakah kita nak pengakhiran hidup ini , tiada memberi manfaat pada insan lain ?
Sampai bila nak kerja dengan orang ? Sampai bila aku nak ‘Yes’ saja walaupun ‘No’ ? Terpaksa angguk demi sesuap nasi ..
Itulah yang aku selalu fikir dan aku ambik keputusan membuat apa yang aku suka , sejak kecil lagi .. Sukar jika kita tak mulakan langkah ! Payah jika kita tak reti merayu meminta pada DIA !
Alhamdulillah.. selesai satu lagi mesyuarat hari ni ! Satu lagi impian wife , inshaAllah tercapai ! Bila aku jadi blogger ni , banyak impian dia di luar jangkaan tercapai !
Qhaliff dah rasa sewaktu dia lahir dulu. Tapi kali ni lebih menakjubkan dan daddy pon tumpang merasa sekali ! Mana tau , kali ni rezeki sekali lagi dapat menjejakkan kaki ke benua Eropah atas tiket blogger! Ahaaaa .. Standby duit yer kalau nak order barang ..
Beberapa persetujuan dicapai dan aku pun berpuashati dengan apa yang dinyatakan. Konsep win win digunakan di sini dan aku berjanji memberikan komitmen yang sebaik mungkin ! Maklumlah , ada blogger dah buat taik dengan diorang ! Bayar beribu ribu tapi hasil ? Hurm… tak memuaskan langsung ! Jauh dari yag dijanjikan.. Hurmm..
Nampaknya nanti Zahra dan Qhaliff akan dapat stroller baru.. car seat baru .. barangan bayi baru.. baju baru.. semuanya ditaja… alhamdulillah ..
Tunggu nak tandatangan dua kontrak ! Dua dua adalah kontrak yang menakjubkan ! Aku sendiri tak sangka boleh sampai tahap gini , sebagai seorang blogger !
Sedih.. Benarlah kata seorang rakan blogger , kak Yati Kapoor pada salah satu status FB aku semalam ..
“ Time anak2 tidur akk suka tenung wajah diorng...timbul rasa unsaf..teringat anak2 yg didera...apalah yang budak sekecil ini tahu apa-apa...tu yg dtngnya rasa kesian bila tgk anak2 kecil tidur...rasa hiba “ ..
Semalam , Qhaliff bikin sepah rumah. Aku pulak dok pening kepala.. ditambah dengan Zahra buat kelaku yang aku rasakan kerana dia lapar tapi tak nak susu botol walaupun dipaksa ! Hurmm..
Aku marah Qhaliff kerana dia teraburkan baju yang mak dia dah seterika. Dia menangis.. pastu merajuk masuk bilik.. Dia baru 2 tahun dan dah tahu erti merajuk..
Alahai .. Nak nangis rasa bila dia buat gitu. Aku panggil dan pujuk balik.. Dia kembali ceria dan buat balik perangai dia .. Redha je la… Tak kisah.. Aku terlupa dia nak explore perasaan dia dan nak tau macam macam perkara ..
Bila aku tengok kembali gambar gambar lama dia sewaktu berusia beberapa bulan .. aku jadi sayu.. Anak yang aku sayang sangat tu dah pandai buat macam macam karenah .. dan kerap kali buat aku tersenyum.
Antara yang membanggakan aku , dia gemar ucap terima kasih bila kita bagi sesuatu kat dia dan gemar lemparkan senyuman yang mana aku ‘terpaksa’ membalasnya dengan ikhlas juga..disusuli dengan pelukan dari dia .. Huhuh..
Dia nakal tapi bijak.. Aku bukan puji dia sebab dia anak aku tapi sebab mmg betul gitu ! Pantas belajar dengan hanya melihat perbuatan aku dengan sekali saja ! Budak kan ?
Bila kawan kawan kata aku ni bapa mithali , bapa yang baik .. aku malu ! Aku bukanlah seperti yang mereka kata .. masih terlalu jauh untuk jadi begitu.. Masih terlalu jauh !!
Aku harap aku masih punya masa dan peluang untuk perbaiki segala kelemahan aku. Aku bertuah ada 2orang anak yang comel dan bijak.. Hurm..
Bila jadi Mr.Mama ni .. tiada cuti di hari biasa ! Kalau sakit kepala , sakit perut … pasti sukar ! Sapa nak jaga budak budak tu ? Sakit kepala bukan mudah tau ! Ahaaaa ..
Semalam.. aku dah rasa dah.. Sakit kepala yang menyucuk nyucuk ! Dah makan ubat pon tak beri kesan ! Hanya satu je permintaan aku ketika itu !
“ Sayangkuuuuu.. pulanglahhhh .. pulanglahhhhh segeraaa ! “
Setiap saat , bergerak terlalu lama ! Kalau tak , masa begitu pantas berlalu. Nak tunggu jam 530 petang itu satu penyiksaan .. Hahahaha ..
Aku bukanlah mengeluh tapi sekadar memberitahu pada kawan kawan.. Bukanlah mudah seperti yang disangka bila memilih jawatan ini , Mr.Mama.. Tu belum part kena masak setiap hari.. Baru kena jaga anak.. dah mengigil kepala lutut !
Teringat beberapa orang kawan yang meninggalkan komen di Facebook baru baru ni .. Kata mereka , suami mereka dah pakat pakat berdiri depan pintu rumah bila si isteri abis kerja ! Hahahah ..
Dan semalam… aku up status di Facebook..
“ Skang aku antara suami suami yang dukung anak , berdiri depan pintu rumah pada jam 530 petang..menanti isterinya sampai rumah !! Dengan anak di pangkuan meraung meminta susu dada..
Argghhh.. Leh mendtgkan histeria mendengar suara si kecil meraung.. “
Maksud susu dada tu ialah susu ibu yer.. yang direct ! Bukan melalui botol.. Zahra petang petang , mmg dah tau .. ibunya balik dan masa tu dia akan menyusu puas puas !
Bila wife amik je Zahra , aku terus ringan kepala dan Zassss… terus lena atas tilam ! Macam main bola 10 jam tanpa henti lak rasanya ! Huhuh…
Sayup kedengaran .. Suara Zahra dalam bilik. Dok ‘memanggil’ mak dia .. Hahaha.. Mak dia tidur dah.. Memang dia akan wat tak tau jer.. Zahra akan tidur sendirinya. Bukan tak menyusukan dia tapi dia dah fresh ! Puas tidur siang kot tadi ? Semalam , lenaaa sampai ke subuh..
Aku ? Dengar suara dia ? Apa respon ? Apakah aku akan gi amik dia ? Perghhhhh .. Tunjuk muka pon tamo wooo… Nanti menjerit dia nampak muka aku ! Sure suh dukung. Aku ni dah la lembut hati !
Tapi dah terlalu lembut hati , makan diri sendiri ! Baru padan dengan muka ini .. Haaaa..
Hurm.. Zahra ni , lain skit dari Qhaliff.. Aku tak tau la kot dia berperangai sebab nak masuk bulan baru.. Apakah bila masuk bulan baru , perangai bertukar ? Eh , macam Werewolf lak ! Haahah ..
Apa pon , hari ni mmg satu ujian bagi aku membesarkan anak perempuan ! Bukan mudah wooo .. Sila hargai mak ayah anda..
Ya Allah … baru aku faham perasaan mak aku bila anak anak lelakinya tidur ! Kalau tak tidur , pakat bergaduh la , bertekak la.. pastu ditambah dengan main kat luar .. hahaha ..
Ingat lagi masa aku kecik dulu.. Kecik tak kecik la.. dalam sekolah rendah .. Tinggal di kawasan flat jer .. asal nak panggil balik ke rumah , mak aku jerit kuat kuat ! Abis satu flat dengar ! Hahaha.. Best part ialah.. bukan mak aku je buat gitu ! Hahahaha ..
Sekarang aku tau camana rasa .. bila anak main sendirian .. bila anak mengubah deco rumah .. bila anak buat screen test atau buat konsert di kala adiknya tidur !
Dan sekarang aku tau betapa nikmatnya bila anak anak tidur ! Bukannya kita akan turut tidur tapi dapatlah buat kerja lain.. Kalau tak , dah macam Tarzan jer … huhu …
Sokong penyusuan ibu ! Er , kalau ibu yang takde susu , camana ? Atau kurang susu ? Hurm.. Rileks , rileks.. ada banyak jalan penyelesaian yang Allah beri.. Kita cuba satu persatu .. Jangan pening pening.. Pucuk pangkalnya , kita usaha ..kan ?
Ibu mana tak mahu menyusukan anak sendiri. Naluri keibuan pasti mahu memeluk dan merasa anak menyusu dan membesar dengan susu badan sendiri. Namun bukan semua ibu ‘ bernasib baik ‘. Ramai yang mengatakan susu tiada, dan beberapa factor lain mengganggu. Kenapa susu ibu menjadi kurang dan Apa tips untuk banyakkan susu ibu yang boleh membantu anda?
Salah satu daripada masalah penyusuan susu ibu adalah susu yang tidak mencukupi. Masalah ini kerap berlaku terutamanya terhadap ibu yang terpaksa berjauhan dengan bayinya dan terpaksa mengepam setiap 2 jam apabila berada di tempat kerja.
Perkara yang utama yang perlu kita tahu adalah, betulkah susu kita tidak mencukupi untuk sicomel kita… atau ada punca lain?
Antara punca susu kita tidak mencukupi adalah:-
- Teknik penyusuan yang salah.
- Tidak cukup rangsangan daripada bayi;
- Pemakanan ibu yang tidak seimbang;
- Tekanan perasaan sama ada di tempat kerja ataupun kerja-kerja rumah tertangguh
- Kurang berehat atau tidur
- Masalah hormon dan juga masalah kesihatan lain seperti thyroid, demam, anemia;
- Penggunaan pil perancang atau ubat-ubatan yang tidak sesuai untuk penyusuan;
- Teknik mengepam atau memerah susu tidak betul;
- Faktor Pemakanan yang tidak seimbang.
Petua Banyakkan Susu Badan
Terdapat beberapa sebab berlakunya keadaan dimana ibu merasakan susu yang dihasilkan semakin berkurangan. Keadaan ini mungkin disebabkan si ibu tidak memulakan penyusuan awal atau tidak menyusukan bayi dengan kerap.
Sekiranya si ibu menyusukan anak secara eksklusif bermula sebaik sahaja bayi dilahirkan, susu akan keluar melimpah-limpah dan payudara sentiasa penuh walaupun baby sedang menyusu, ini kerana semasa baru melahirkan (berpantang), badan ibu belum adjust dgn hormon yg dihasilkan.
Namun, setelah beberapa bulan, badan ibu sudah adjust sepenuhnya pada hormon dan susu yang dihasilkan akan mengikut keperluan baby, kalau ibu menyusukan anak secara eksklusif dan anak menghisap kedua2 belah payudara, maka susu yg terhasil banyak(walaupun tak sebanyak semasa berpantang).
Ada berbagai2 cara untuk menambahkan penghasilan susu badan, antaranya ialah :
- Susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar : Lebih banyak bayi menyusu lebih banyak susu yang akan terhasil.
- Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara sehingga bayi itu sendiri yang melepaskan puting setelah dia kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu.
- Jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Susukan sekerap yang boleh, berikan bayi peluang untuk menghisap dari payudara untuk merangsang penghasilan susu
- Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi. Ini kerana perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan untuk menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan. Dapatkan rehat yang secukupnya.
- Dinasihatkan tidak memberi bayi makanan lain selain daripada susu badan terlalu awal, seperti makanan tambahan, jus2, air masak atau buah buahan kepada bayi berumur kurang 6 bulan, kerana apabila baby mendapat makanan tambahan, bayi akan kurang menyusu dan ini sekaligus akan mengurangkan penghasilan susu pada ibu.
- Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan anda makan dengan betul, anda boleh melakukan perkara-perkara berikut:
- Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan.
- Banyakkan minum air (digalakkan air Kosong suam) sepanjang hari.
- Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien.
- Ambil suplemen/ makanan tambahan seperti EPHYRA ~ Sangat bagus untuk merangsang penghasilan susu yang banyak dan pada masa yang sama mengatasi sembelit dan menghilangkan sakit pinggang dan lenguh badan.
-
- 7. Amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 atau surah hujurat dan sapu di kedua belah payudara. Sambil menyusukan, sentiasalah usap rambut bayi, cium bayi.
Dapatkan Makanan Tambahan/ Supplement Yang Disahkan Halal serta Terhindar dari sebarang Racun
Setakat ini EPHYRA telah mendapat banyak testimoni yang mengatakan mereka berjaya menghasilkan susu yang banyak untuk simanja mereka..
Nak tahu apa kelebihan EPHYRA?
Kepada ibu-ibu yang mahu menyusukan simanja secara tegar atau sedang mencari petua tambah susu ibu EPHYRA adalah pilihan yang bijak!
- EPHYRA juga bertindak sebagai Energy Booster
- EPHYRA mampu menganjalkan semula badan ibu-ibu yang menggeleber selepas bersalin
- EPHYRA mengembalikan kepejalan otot yang boleh membentuk semula badan ibu-ibu yang menyusukan baby supaya kembali cantik
- EPHYRA memperbaiki kesan strech mark serta luka semasa bersalin
- EPHYRA mengekalkan rasa kenyang kepada mak-mak yang nak jaga badan selepas bersalin juga
- EPHYRA ~ baby juga dapat manfaatnya ! Ephyra membantu untuk mencerahkan kulit bayi yang disusui – hasilnya baby jadi gebu dan sihat!
- EPHYRA membantu menstabilkan hormon ibu
EPHYRA sangat bagus dalam membantu menjadikan kulit berseri dan anjal. Ia merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka dan menghilangkan parut. EPHYRA mampu memulihkan pigmentasi. melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.
MENARIK KAN??
Jom tengok antara testimoni terpilih mengatakan susu badan mereka menjadi lebih banyak setelah mengamalkan ephyra!
*** testimoni ehsan pengedar Ephyra dari facebook & instagram***
✫ Rahsia Susu Jadi Meriah Terbongkar ✫ -
Ribuan Ibu Yang Menyusu badan Mengatakan Susu Mereka
" Penuh Melimpah Ruah Dan Menitis-Nitis " >> Selepas Mengamalkan EPHYRA.
Memey Suhaiza juga masih lagi menyusu badan > Hasilnya susu badan sentiasa penuh, kulit Memey makin GLOWING dan baby Awish pun turut mendapat khasiat sihat, aktif dan kulit makin gebu & cerah!!
Pengguna Ephyra yang menyusu badan melaporkan >>>>
- Selepas 3 - 5 hari Mula Merasa Perubahan Dimana Susu Badan menjadi Lebih Meriah!
- Baby Tidak Menangis Pada Waktu Malam Lagi kerana kenyang cepat!
- Stok Susu Dapat Disimpan Degan Banyak
- Baby Sentiasa Kenyang dan ceria
- Demam Kuning Baby Hilang Serta Merta
- Membantu Mencantikkan kulit Ibu ( glowing dan gebu ) selepas Bersalin
- baby pun dapat manfaat > kulit baby jadi lebih cerah & gebu !
- Masalah rambut gugur ibu tiada lagi!
Ephyra sesuai diminum oleh ibu semasa berpantang. Ephyra mendapat kelulusan KKM dan disahkan Halal oleh Jakim.
Dapatkan Ephyra anda hari ini daripada pengedar kami yang sah berdekatan anda.
Ingin ORDER?
SMS < SUSU IBU > jarak < KAWASAN ANDA < ke 019 3999 238
Nak tgk beribu testimoni kami?
Jom follow OFFICIAL EPHYRA INSTAGRAM : @ephyra2u
WEBSITE : www.oceanlife2u.com
Hotline : 019 3999 238 / 03 41417889
PENGUMUMAN :
UNTUK MEREKA YANG BERADA DI SEKITAR LEMBAH KLANG, EPHYRA AKAN MENYERTAI HALFEST ~ EKSO HALAL TERBESAR DI MALAYSIA (dengan kerjasama Jakim)
EPHYRA DI HALFEST 2014
Halfest - EKSPO HALAL TERBESAR DI MALAYSIA pada 3 Sept - 7 Sept >>> SAVE THE DATE!!
Tarikh : 3 Sept – 7 Sept 2014
Tempat : Mines Convention Centre
Waktu : 10 pagi – 7 malam
Booth No: 495 & 504
Jom ramai-ramai meriahkan lagi booth EPHYRA. EPHYRA terbukti HALAL dan SELAMAT ~ status HALAL Ephyra takperlu diragui lagi kerana mmg terbukti mendapat kelulusan JAKIM.
Ekspo HALFEST hanya membenarkan peserta utk sertai dengan sijil kelulusan Halal Jakim.
Jom jumpa kami di sana! Dapatkan EPHYRA dengan harga menarik & banyak FREE GIFT menanti anda!
Nak jumpa duta EPHYRA?
Anda juga berpeluang temui Duta Ephyra ; Memey Suhaiza & Norman Hakim pada 6 SEPT (SABTU) & 7 SEPT (AHAD) di Booth Ephyra no 495 & 504
SEE U GUYS THERE!!
Dua dua tidur akhirnya !! Perghhh.. kalau aku tau , dari awal lagi aku buat camni ! Kan senang !! Tapi dok ikut kata orang sangat.. haaaa… sendiri dah susah !
Lepas mandikan Zahra , dia pasti nak susu.. Ok , takde masalah.. Lepas bagi susu .. dia nak tidur ! Camana nak tidur ? Aku kena buaikan dia.. Caranya , duduk atas bola gym .. Kesannya , aku sakit bahagian pinggang sbb hentakan bertali arus .. huhu.. Sakit tu mmg mendatangkan stress ..
Qhaliff buat bising.. biasa la kan , budak ! Aku nak salahkan dia tak leh.. dia dok aktif.. Tu lebih baik dari dia dok mengadap depan tv , diam seribu bahasa.. hurmm ..
Zahra tak nak lepaskan aku.. dok pk camana nak kasi dia tidur.. Aku dah mula sakit kepala.. Pening .. Sebenarnya ada cara tapi cara ni ramai tak galakkan !
Aku tak kira dah.. Aku naik bilik atas .. turunkan buaian.. Zahra tengok je aku.. Hahahaha… Aku dah jadi Hulk time ni .. Huhuhu.. Serius , stress gile ditambah dengan sakit kepala.. Qhaliff , dah tidur time ni ..
Aku pasang buaian.. pastikan keselamatan.. letak tilam kat bahagian bawah.. Dan masukkan Zahra.. Terus senyap koooo !! Aku buai dalam 15-20 minit.. terus lenaa !!
Ya Allahhhhh.. kalau aku tauuuuu , lama dah aku buat gini !! Kan senang ! Wife pon tak yah kalut balik rumah belah tengahari semata mata nak tidurkan diorang !
Alhamdulillah.. aku rasa pasni takde masalah dah .. InshaAllah ..
Aku dah terlalu penat ! Silap aku sendiri sebenarnya. Aku jaga terlalu awal.. Kul 4 pagi tak silap aku. Tapi bukanlah jaga pastu tengok tv ke apa.. Aku buat kerja ! Kena settlekan dua tiga advertorial aku. Hurmm..
Lepas tu tak tidur dah sampai ke petang. Mengantuk tapi kena tahan gak sebab Qhaliff atau Zahra tak tidur ! Mereka saling bergilir tidur.. Aku ??? Hahahah..
Kesannya .. mmg buruk ! Aku jadi stress ! Harap wife kena balik segera atau balik waktu lunch. Hurmmm.. Ditambah lagi dengan Zahra yang dah terlalu mengantuk , tak dapat tidur nyenyak gara gara abang dia buat bising .. mengamuk sepanjang petang .. Menangis sampai bengkak mata ! Puas pujuk , diam jap.. tertidur dan abang dia sambung bising ! Arghhhhh…
Bila wife sampai je rumah , terpaksa aku bagi dia dan aku , masuk bilik .. recharge ! Terpaksa !!!
Sedar dari tidur ..
Siap dah makan malam ! Hurmmm.. Respek betul orang perempuan.. Camana punya sibuk , makan malam tetap disediakan.. Kalau harap aku , jaga anak.. jaga anak je la.. Nak wat menda lain pon tak leh dah ..
Benarlah kata orang .. orang perempuan ni , kalau shopping , dia takkan beli beg tangan jer . pasti akan bawak balik kasut gak ! Maksudnya , diorang ni akan pastikan sempurna baru boleh tidur ! Hurmm..
Pesanan .. kalau nak cari isteri , jangan cari yang suka makan luar memanjang.. Boleh bankrukpt woiii !!