" By now, your baby weighs 3.75 pounds (pick up a large jicama) and is about 16.7 inches long, taking up a lot of space in your uterus. You're gaining about a pound a week and roughly half of that goes right to your baby. In fact, your little one will gain a third to half of his or her birth weight during the next seven weeks as he or she fattens up for survival outside the womb.
Your baby now has toenails, fingernails, and real hair (or at least respectable peach fuzz). The skin on your baby's body is becoming soft and smooth as he or she plumps up in preparation for birth. "
Check up sekali lagi ari ni . Patutnya tadi aku dan wife g kelas antenatal .. Takde kaitan dengan Hari Natal yer ..
Kelas tu kat Hospital Serdang , kul 10 pagi tadi . Dlm 9 lebih gitu dah g sana. Bila sampai , terkedu aku tgk kereta yg bersepah kt sana .. Parking di mana mana saja termasuk kat tepi longkang atau jalan besar ! Aku tak berani amik risiko tu . Merbahayakan nyawa orang lain .
Lalu aku kenselkan je kelas tu (free jer) dan plan nak cari kelas swasta. Bayar pon bayar laaa ..
Dan , skang kat klinik Dr.Hamid Arshat. Menunggu masa utk masuk dan scan ..
Aku pernah gak kerja kat kaunter perkhidmatan awam ni . Apatah lagi yang datang biasanya nun orang dari luar negara yang kaya raya ! Jadi diorg punya karenah ni , lain skit . Maklumlah ada duit , pangkat dan gelaran .
Sakit hati ? Hari-hari ! Bermula 8.30 pagi – 5.30 petang. Balik rumah , legaaa woo .. lepas geram kat gym ! Kat opis , senyum sokmo. Kalau geram pun tetap senyum .
Bayangkan keje aku masa tu dok menjelaskan menda yang sama pada mereka yang datang untuk mendapatkan maklumat . Semua menda yang sama . Kena jelaskan guna mulut woo.. Penat bercakap sampai aku malas bercakap dengan orang lepas kerja ! Hahaha ..
Kalau takat bagi informasi tu tak pe la. Ni siap ada yg bertekak untuk membolehkan apa yang tak boleh ! Siap ada yang ugut nak lapor pada menteri , perdana menteri pon ada ! Haa.. Dan mmg aku pernah dapat pon email aduan dari pihak atasan . Mereka terus menyalahkan aku. Nasib baik bos tau keadaan sebenar ..
Geram nak belasah ? Hahaha .. Sapa aku nak belasah orang weh ? Bukan soal kalah menang. Soal menyesal selepas itu. Kalau aku meringkuk dalam penjara? Kalau aku kena sama ? Puashati ke dengan sedas tumbukan atau penerajang ? Cerr pk ? Mak bapak aku tak malu ke dengan jiran yang ada kerjanya sebagai wartawan hiburan tak bergaji ni ? Cer pk ?
Aku geram , aku masuk dalam. Tanya bos .. Apa yang patut aku buat.. Nasib baik dapat bos yang bijak mengawal situasi. Haaa.. Kalau tak dapat bos gitu camana ? Aku terus terang .. Aku berenti kerja seperti mana yang aku buat sekarang ni. Dosa pon kurang kan ?
Kita jangan cakap la sapa salah sapa betul. Aku pernah tanya pada kawan aku yang bertugas di jabatan siasatan jenayah yang kerjanya hari hari meyoal siasat orang ..
“ Kalau aku sakit hati kat orang , aku pukul dia , aku salah kan ? “
Betul katanya ..
“ Kalau dia sakitkan hati aku .. maki hamun aku , aku pukul dia dulu , boleh kan ? “
Tak boleh katanya .. Kecuali jika kita mempertahankan diri .. Faham tak ? Maksudnya jika dia pukul kita . Kalau dia pukul pun , kita tak leh la pukul dia sampai mati. Cukuplah sekadar mempertahankan diri. Pastu buat laporan polis .
Negara kita ada undang-undang. Ini Malaysia. Agama rasminya Islam. Nabi Muhammad s.a.w pun pernah di maki hamun. Malah lebih teruk dari itu. Bukankah kita disuruh mencontohi sifat-sifat terpuji Rasulullah s.a.w ? Takkan masa Maulidur Rasul je kot nak ikut ?
Kalau tak tahan tekanan di tempat kerja , berenti saja .. Buat bisnis sendiri. Baru tau camana perasaan sendiri bos sendiri kuli ..
Istighfar banyak – banyak. Sesal dahulu berpendapatan. Sesal kemudian ? Tak guna dah …
Video Kakitangan KFC yang kurang ajar yang panas di internet sekarang ini .
Tajuk akhbar , Kosmo hari ini yg mana membuatkan aku tak jadi mandi dan terus update kat blog .
Kejadian tersebut yang didakwa berlaku di salah sebuah cawangan restoran makanan segera tersebut di Shah Alam itu sempat dirakam oleh orang ramai yang mana seorang pelanggan bukan sahaja ditumbuk malah turut ditendang oleh seorang kakitangan KFC gara-gara tidak sabar menunggu ayam goreng yang dipesan. – Kosmo
Hurm .. Aku tak berani nak kata salah sapa tapi bagi pihak KFC yang pastinya nak jaga nama baiknya , akan mengambil tindakan terhadap mana mana kakitanganya yang melanggar peraturan. Kalau kita pon pasti buat gitu kan ?
Bab lambat ni aku rasa ramai tau punya la kan .. Bukan kat dalam video tu jer .. Baru-baru ni pon terjadi kat aku di KFC Stadium Bolasepak Cheras. Sejam tunggu ! Pelanggan lain yang datang lambat , pon leh dapat awal dari kitorang . Dah la tu , dia kata nak hantar , last last adik aku g amik sendiri ! Baru dapat woo .. Sejam okeh ! Kalau nak kata baru masak , kenapa yang lain dapat ? Yang sama gak tuu .. Order ayam jer tuu .. Bukan mintak nasi minyak atau nasi kandar ! haaa .. Bayangkan kalau aku yang g mintak ? Mulut aku celupar skit tapi tak sampai hati nak lafazkan ..
Aku tau .. kerja kat restoran segera ni perlukan mental yang kuat . Mereka yang datang makan kat situ , nak cepat punya .. Mestilah kan ? Nama pon segera. Orang dah lapar , nak makan. Jadi , nak cepat la kan .. Harga pon bukan murah kan ?
Di sini aku nak tekankan , mereka yang rasa-rasa panas baran dan tak tahan melayan karenah orang , aku nasihatkan tak perlulah kerja di restoran makanan tak kira segara mahupun lambat. Bukan mudah ! Penat woo .. Penat fizikal dan mental .. Bila dah penat , maka .. Tuu.. dalam video tu la kesannya ..
Hurm .. Pihak syarikat bertanggungjawab pon kena buat satu latihan mental yang betul betul mencabar .. Hanya mereka yang benar benar layak ( sabar , jujur dan pembersih dsbnya ) saja , baru amik .. Untuk masa akan datang ..
Ya ! Inilah yang patut ada pada pelakon di negara kita ! Semangat aku membacanya ..
“Ibadah itu luas dan dalam berkarya juga kita boleh beribadah. Sebab itu saya hanya terlibat dengan projek filem atau drama yang meninggalkan kebaikan kepada masyarakat,”. katanya pada mStar Online.
Nasir Bilal Khan memboikot segelintir pembikin / pengarah beragama Islam yang obses pada ideologi barat dalam berkarya. Ini kerana mereka terlalu taksub untuk menghasilkan karya yang bertujuan untuk melekakan penonton semata-mata.
Yeah ! Tahniah Nasir Bilal Khan ! Anda telah membuktikannya ! Tak semestinya wang ringgit memberikan kepuasan atau anugerah yang dikejar oleh semua pelakon !
Harapnya lebih ramai lagi pelakon kita yang beragama Islam membuka mata mereka . Anda menjadi contoh pada peminat anda .. InsyaAllah .. Bukan susah pon dan takkan rugi laa .. Rezeki Allah ada di mana mana . Yang penting , niat ..
Gulp .. Bertunang dah .. Nak tengok gambar ? Hehe .. Nikah sudah .. Nak tengok gambar ? Heheh .. Tambah lagi , belum .. Heheh.. Nak tengok gambar ?
Nampak dua tapak tangan tu.. kiri kanan kena punya kat pipi aku ! Muhahaha .. Ok sambung … Haaa … Kat mana tadi.. Haa.. Nikah dah .. Tiba saat penting .. si isteri mengandung ( insyaAllah , jika ada rezeki .. ) , maka si suami pasti gembira sakan .. Tapi takat gembira sakan je pon tak guna kan ? Haaa .. Kena tau bahawa tanggungjawab sebagai suami dan juga bakal ayah .. Tak semudah melafazkan kata kata ‘ I LOVE U ,ZARA ! ‘ .. Haaa ..
Tadi , dah g buat check up dan syukur pada Allah , darah wife dah naik sedikit. Kalau tak , sahih aku tidur sorang malam ni .. Kenapa ? Sebab dia kena tahan kat wad untuk pastikan tekanan darah tu naik semula .. Tips nak kasi naik darah ? Ko kawin je lagi .. Hahahah .. Terus naik punya ! Tak laa .. guwau jer .. Makan buah delima ( buat iced blended pon sodap ) , kerang , kurma , ( yang lain tu , google la sendiri eh ) . Dah selesai setelah tunggu 2 jam kat luar tu .. Berpanas ! Nasib baik Milla Jonovich ada temankan aku . Kalau tak , confirm sangap punya .
Dan esok , ada satu lagi check up. Yang ni private punya .. Leh tengok baby sekali .. Hehe..Rindu nak tengok dia .. Last tengok dia , nun 2 bulan lepas ..
Selain tu .. ada satu lagi yang menarik . Sesuatu yang baru untuk aku .. Apakah ? tu kena tunggu esok la eh .. hehe .. Mana bley citer skang .. Tak beshhh arr ..
Dan , tahniah buat rakan blogger , Pembawa Wacana yang baru bergelar ayah .. Dapat baby boy .. Huhu.. Dan dia menceritakan detik detik dan juga tips buat lelaki yang bakal bergelar ayah macam… macam .. macam .. aku dan juga UJANG (anytime) ,..
Korang leh g baca kat blog dia eh nanti .. Aku nak .. aku nak.. Ala.. tak yah tau laa … ke nak aku tweet je nanti ? Hahaha .. Nak mandi pon nak kasi tau kan ? Aparaa ..
Simple kan ? Simple tapi menarik bagi aku ! Bukan la nak puji tapi itulah realitinya .. Haaa ..
Kadang-kadang header yang simple punya maksud yang tersendiri. Mungkin mereka yang buat tak merasainya tapi bagi yg melihat , mungkin dalam mengenali apa yg tersirat walaupun itu bukanlah maksud sebenar. Header itu satu seni. Sebab itu kita dapat lihat header blog lain lain .. Untuk buat , bukan mudah. Perlu ada idea dan skills .. Kreatif satu hal lagi maka sbb itulah aku pilih header ni untuk kali ini ..
Aiyoo .. Apa kes laaa .. Takkan tak leh fikir kot ? Kalau nak fikir positif , takkan semua LELAKI yang dok atas kerusi tu tak sihat dan isterinya pula dok letak pala atas bahu .. kan kan ? Takut isteri boring ? Amboiii … pikiaq la sket ! Orang lain pon ada bini gak dalam tu ..
Serius memalukan .. Di klinik kerajaan tadi tu haaa .. Ramai lelaki duk bantai duduk atas kerusi sedangkan ada perempuan yang hamil berdiri ! Haishh .. Kalau dah bergelar atuk tu lain la.. Ni muda belaka !
Si isteri ni pon satu hal gak .. Takkan tak suruh laki diorang bangun dan tunggu kat luar ? Aku boleh .. Brother tu boleh .. Pakcik tu pon boleh ! Kenapa korang yg lain tak leh ? Ada gout ke ?
Dan pada yang tak tau tu , meh aku bagitau .. Kalau takat nak check up biasa kat klinik kerajaan , si suami tak dibenarkan masuk yer .. Sila tunggu luar .. Kalau korang masuk gak kan , akan ada suara sumbang ..
“ Jap lagi tu kena halau keluar la tu .. “
5 saat kemudian .. mmg akan keluar !
Skang aku kat Klinik Kesihatan Presint 3 , Putrajaya. Dan , aku terkedu melihat ramainya ibu ibu yg sedang mengandung di sini ..
Gulp ! Entah berapa lama laaa aku nak bertapa kat luar ni utk tgu segalanya selesai .. Silap silap aku boleh jadi yogurt woo ..
Nak duduk kat dlm , tak patut la kan .. Bagi pada yg lebih memerlukan .. Haaa.. Jadi , duduk je la aku kat luar ni sambil layan Resident Evil part 5 .. Haaa.. tipu je... Baru 3 .. hehe..
Klinik kerajaan ni , mmg letih la nunggu .. Klinik swasta pon g gak .. Dua klinik skali g .. Yg ni g sbb wife punya darah rendah .. Jadi , kena kerap buat pemeriksaan ..Kalau kali ni rendah gak , jawabnya .. tidur la dlm wad .. haaa.. tak leh tgk gigit telinga petang ni .. hahaha.. Tak layaan pon..
Tp kan , ada kebaikkan .. nanti nak tunggu wife bersalin pon makan masa .. haaa .. korang yg belum kawin tuuu .. Jangan ingat tang sweeeettt jeerr .. Tanggg sweeatt pon kena amik tau gak wooo.. Tak kira laki ke perempuan .. sama sama sweat .. auwww..
Aahh .. Kau fikir kau sapa ? Tak de keje lain ke nak geget geget neh ? Kau fikir kau ..
Zombie ??? Aiyoyoo … Atau kau fikir kau itu ..
Aaahh .. Pelik bukan ? Haahaha .. Main geget geget lak dia .. Kat cuping telinga lak tu.. Auwww.. Geli uuuu .. Gamaknya mereka yang dah kawin tu tau la camana kan ? Kawin yer .. Kawin di zaman ni ada dua versi .. Satu versi neraka .. Satu versi syurga ..
Jadi , jangan jadikan lirik lagu tersebut sebagai tanda cinta anda yer .. Cari pasal namanya tu.. Banyak lagi lagu leh dinyanyikan seperti ..
Tabuh berbunyi gemparkan malam sunyi
Berkumandang suara azan
Mandayu memecah sunyi
Selang seli sahutan ayam
Tapi insan kalaupun hanya ada
Mata yang celik dipejam lagi
Hatinya penuh benci
Berdengkurlah kembali
Begitulah peristiwa di subuh hari
Suara insan di alam mimpi
Lagu apa tu ?? Haa.. cari la sendiri.. hehehe … Ok la.. nak sambung layan citer zombie .. Suh dia geget gegendang aku lak ..
Perghh .. bila baca komen kawan kawan di entri Vanilla Coklat oh Vanilla Coklat ni , tenyata aku rasa aku layak layan National Geography atau History jer .. Kenapa ? Rasa cam tua daah .. Tapi nasib baik penyelamat malam tadi ada .. Bila tonton Sujudku di sejadah , baru aku tau .. drama macam ni rupanya sekarang menarik minat aku .. Hehe..
Diorang kata SWWEEETTT giler tengok diorang ! Ni sahih dok lamun cinta tuuu … Hahah.. Jangan marah aa .. Serius laa .. Aku yang kaki novel ni pon dok tercari babak sweet tuu ..
“ Zara .. I love u ! “
Keras siottt !! Kena belajar dari Aaron Aziz atau Fahrin mahupun Dato Shah Rukh Khan .. Macam cakap I LOVE U kat tunggul kayu jee .. Nasib baik aku bukan awek dia .. Kalau tak , sahih aku suruh dia ulang 18 kali lagi ..
Patut la drama Seth Tan tu meletup atau Ombak Rindu panas melecur lecur .. Sweeett jeee tengok eh ? OK la .. mmg kita ni bangsa yang mudah tersentuh dengan kelembutan ..
Kuat komplen eh ? Nape lak tak leh komplen ? Takkan nak main telan je.. Kita bayar wooo .. Melalui tontonan , mereka dapat iklan .. haa.. Kita nak yang bagus dan mereka pon nak hasilkan yang bagus. Kalau main telan je , jawabnya kualiti makin teruk ..
Nak pakai kopiah pasni.. Mesti sweet aku kan ? Sweet ? Oh pliss .. Tu laa diaa .. Nak yang hensem jee .. Bila lelaki pilih yang cantik , kata jgn tengok rupa .. Caitt ..
Ternyata aku semakin tua .. hahaha ..
Salam ..
Lama aku tak bebel pagi pagi.. Tak abis abis dengan berita , rancangan tv dan juga shopping .. Boring kan ? Hurm..
Sejak bergelar blogger sepenuh masa ni , aku rasa masa aku pon sama gak keje dulu malah lagi penat . Penat minda ! Tapi yang penting adalah kepuasan , kan ?
Tidur , kul 2 pagi .. setiap hari .. Bangun subuh , pastu lelap kembali setengah jam sebelum g antar wife . Kalau ngantuk teruk , mmg dia kena drive sendiri la kecuali kalau aku nak g gym petang , nak tak nak aku terpaksa antar gak ..
Terasa sungguh perbezaan bila umur dah melebihi 35 tahun. Corak pemikiran pun dah jauh berbeza dari aku umur 20an dulu. Bila ingat kembali apa yang aku buat dulu , rasa cam sangat membazir masa .. Sangat tidak berfaedah ! Tapi aku bersyukur pada Allah , umur aku panjang hingga ke hari ini , untuk memperbetulkan hari hari semalam.
Singkat kehidupan kita sebenarnya. Cuba bayangkan kita mati .. Janji janji Allah pada kita sesudah kita mati. Dalam kubur seorang diri. Menanti seksaan mengikut dosa dosa kita .. Astagfirullah al’azim.Banyak sungguh dosa aku .
Entahlah .. Memikirkan dunia ni , aku rasa tak kemana langsung. Sbb itulah sekarang ni aku cuma cari duit untuk terus hidup bersama keluarga aku. Untuk rasa mewah atau kaya raya tu , jauh sudah dari hati aku. Cukuplah aku bahagia di samping keluarga aku.
Bersyukurlah .. Jangan mengeluh. Kita tak lama atas dunia ni..
Telefilem di TV2, Sujudku Di Sejadah malam ni mmg .. hurmm .. mcm mcm perasaan ada ! Lakonan Fauziah Nawi , Mas Muharni , Datuk Jalaluddin Hassan dan Razali Hussain.
Sangat menarik ! Tau tau je la bila Fauziah Nawi berlakon .. Hurm.. Memang menjadi watak yg dibawanya. Kira aku boleh geleng kepala gak la bila dengar dialognya tu .. Pergh.. Insaf wehh !
Hurm .. sedih cerita ni .. Memang sangat penuh dengan pengajaran .. Antara telefilem yg menarik sepanjang Maulidur Rasul kali ni ..
Dialog-dialognya mmg penuh bermakna walaupun dilafazkan oleh penjahat ! Haaa .. Camana tu ? Hurmmm .. Sayangnya telefilem ini ditayangkan di Tv2. Bukan aku kata tak ok Tv2 ni cuma aura TV2 ni tak sekuat TV3 .. Kalau kata TV3 , confirm , panas punya !
Harapnya Kementerian Penerangan buat sesuatu yang lebih untuk tingkatkan lagi aura TV2 ni .. Pasti boleh punya ..
Menariknya dalam telefilem ni , Datuk Jalaluddin Hassan membawa watak pondan ! Haaa … Serius mmg menjadi la watak dia ni walaupun tak berat mana .. Kira pondan yg nak bertaubat ..
Pengajaran .. Jaga mulut .. Jangan percaya sangat kat kawan .. Dan bukan semua manusia itu nak jadi jahat ..
Bagi mereka yang tak sempat menonton telefilem ni , download la.. Tak rugi punya tonton sbb mmg best ..
Dua lagu latar yang mmg best sepanjang telefilem ini dinyanyikan oleh Opick ( Taqwa ) dan Iwan ( Pengasih ) .. Kalau tak kerana telefilem ni , aku tak tau pon lagu ni best .. Hehe ..
Alhamdulillah .. Pujian buat TV2 ! Senantiasa ada hadis hadis yang keluar di selang seli dengan iklan.
Dah berapa episod aku layan drama ni Vanilla Coklat .. Jalan cerita yang menarik .. Skrip yang aku rasa mmg sesuai utk mereka kaki novel sayangnya watak Aamir dan Zara , tak cukup mantap.
Jangan bagi alasan masih baru .. Mereka patut buat ‘kerja rumah’ untuk memastikan lakonan mereka nampak lebih hidup terutama sebagai suami isteri yang tidak ngam tapi dalam ‘diam aku mencitaimu’ itu ..
Izara Aishah, Aiman Hakim Ridza mmg sesuai dalam drama ni cuma belum mampu buat hati aku terusik atau tersentuh .. Biasanya bila drama bersiri gini , bila keluar BERSAMBUNG , pasti akan membuatkan kita tumbuk lantai namun tidak untuk drama ini , bagi aku la ..
Kena banyak belajar dari pelakon senior lagi pelakon pelakon muda skang ni .. Jangan pacak muka yer .. Kalau lebih Islamik lagi best sbb ramai remaja yang menonton drama ni ..
Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain berkata sepanjang tempoh tiga hari bermula 31 Januari lalu, empat kes rogol dilaporkan berlaku di daerah Arau, dengan tiga daripada mangsanya adalah gadis bawah umur.
“Susulan itu, kita turut menahan tujuh lelaki untuk membantu siasatan dengan majoriti kes dikenal pasti berpunca daripada perkenalan melalui Facebook,” katanya
Sumber – Bharian
Hurm .. Macam dalam entri aku tadi yang bertajuk Bercinta cara klasik lebih selamat di zaman ini ? , yg mana aku bagi tips menarik la untuk mereka yg baru baru nak kenal dunia percintaan ni . Bukan apa , mungkin kolot tapi selamat. Walaupun terpaksa tunggu lama , tapi yang utama adalah diri sendiri dan keluarga. Kalau benar ada cinta , maka berkorbanlah. Bukan berkorban dengan tipu mak bapak dan akhirnya makan diri .
Jangan perbodohkan diri sendiri. Yang laki pon satu hal. Wat keje gini , ingat boleh lepas ke ? Sedap sekejap je bang .. Pastu derita la ko sepanjang hidup !