Termenung. Nak jawab camana eh ? Wife tanya. Ada kes Covid 19 di sekolah Qhaliff. Walaupun satu kes tapi bagi aku tak leh pandang remeh ! Pihak sekolah dah ambik tindakan. Cuma yang merisaukan aku ialah.. anak anak aku terutama Zahra.
Kenapa dengan Zahra ??
Dia penah dimasukkan ke wad. Jangkitan kuman di paru paru. Jangan main main yer. Baru ni , aku terbaca di Instagram.. ada kenalan meninggal dunia kerana kes tu. Cerita lanjut , aku tak tau tapi yang aku tau.. sebab jangkitan kuman di paru paru.
Sebab tu aku berbelah bagi. Wife apatah lagi.
Pagi ni.. terbaca di grup Telegram sekolah Qhaliff. Ada kes Covid 19 di sebuah sekolah agama. Yang jadi isunya, murid murid tu. ramai bersekolah kebangsaan di sebelah pagi dan petang. Maka sekolah tu diarahkan 'bercuti' dua hari. Sekolah Qhaliff, takda cerita lagi. Tapi untuk kes lepas , katanya pelajar pelajar kelas tu dah gi swab test dan negatif.
Nekad... terpaksa cutikan mereka untuk minggu ni. Duduk diam diam di rumah buat masa ini.