BEN ASHAARI



 

image

KUALA LUMPUR – Kempen pemboikotan Astro bermula hari ini apabila lebih 70 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diterajui Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyeru tiga juta ahli dan penyokong mereka supaya tidak membuat pembayaran bil selama tiga bulan berturut-turut ke stesen televisyen berbayar itu.

Arahan itu turut meliputi pemboikotan terhadap barangan dan pengiklan yang mengiklankan produk mereka di stesen televisyen berkenaan.

Langkah ini diambil setelah amaran dan rayuan yang dibuat sebelum ini dipandang sepi oleh Astro malah stesen itu dilihat semakin angkuh mempertahankan pendirian mereka.

Pengerusi Majlis Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata, walaupun tanpa Astro, pengguna kini masih boleh beralih kepada perkhidmatan Unifi dan juga perkhidmatan menggunakan aerial seperti yang wujud selama ini.

” Kita tak mati tanpa Astro, kita juga bukan nak bermusuh dengan mereka, tetapi kita tidak mahu mereka sesuka hati menekan kita dengan pelbagai bayaran seolah-olah mereka mempunya kuasa mutlak untuk berbuat apa saja sehingga sanggup mengetepikan pandangan pelanggan, termasuk arahan daripada kerajaan sendiri.

” Astro jangan pandang remeh kempen ini kerana kita pernah berjaya dalam kempen pemboikotan beberapa barangan sebelum ini dan kita akan membuktikan sekali lagi ‘kemampuan’ kita pada stesen televisyen terbabit.

” Sekejap lagi kita akan mula menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) kepada semua ahli , kempen ini akan berkuatkuasa sehingga Astro akur pada permintaan kita” tegasnya.

Tunku Azwil menambah, dengan memperoleh keuntungan sehingga RM800 juta pada tahun kewangan yang berakhir pada 2010, tidak ada sebab untuk Astro terus menekan pelanggan mereka dengan caj yang melampau.

Astro baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan melakukan pelarasan terhadap pakej yang ditawarkan berkuatkuasa 11 Julai ini dengan harga langganan diselaraskan bergantung kepada pakej pilihan pelanggan.

Sesetengah pelanggan mungkin mengalami kenaikan sekitar RM1 hingga RM15 sebulan, manakala yang lain pula akan menikmati penjimatan RM4 hingga RM14.95 sebulan.

Bagaimanapun notis mengenai kenaikan bayaran perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Astro kepada pelanggannya dianggap tidak sah kerana tidak mendapat kebenaran dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terlebih dahulu, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Dalam perkembangan yang sama, Tunku Azwil berkata, usaha licik Astro juga jika tidak dibendung, akan membunuh masa depan industri penyiaran negara.

” Untuk pengetahuan anda, Astro mengenakan caj iklan yang rendah kepada syarikat yang ingin mengiklankan produk mereka, iaitu sama dengan kadar iklan stesen radio.

” Caj ini sudah tentu tidak boleh ditandingi oleh stesen televisyen tidak berbayar seperti RTM dan TV3,  akhirnya pengiklan akan lari ke Astro secara perlahan-lahan dan kesemua stesen televisyen percuma ini pasti akan mengalami kesukaran untuk bertahan,” ujarnya.

Mengenai pandangan yang mengatakan pihak Astro terpaksa menaikkan kadar cajnya disebabkan program berkualiti yang disediakan, Tunku Azwil berkata, ia bukanlah alasan untuk menambahkan beban.

Ujarnya, jika itu dijadikan alasan untuk menaikkan harga, ia ibarat satu ‘ugutan’ kepada para pelanggannya.

” Kepada kerajaan, tolonglah bela hak pengguna kerana kita dah ada pelbagai akta seperti Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

” Pengguna muak dengan gelagat Astro yang sudahlah memonopoli pasaran hampir 20 tahun lamanya, mereka juga bertindak berlawanan dengan semangat 1Malaysia iaitu rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan,” ujarnya. – Oleh SYAHRIL A. KADIR (

sumber - Mynewshub.my

Share
Tweet
Pin
Share
49 comments

 

Ego adalah bahasa latin bermaksud self-esteem atau harga diri. Ego dibahaskan dgn mendalam dalam ilmu psikologi di Barat. Tapi dalam bahasa harian Islam atau ilmu tazkiah nafs (tasawwuf syar' iy) , EGO bermaksud takabbur.

Takabbur bermaksud merasakan dirinya lebih tinggi dari orang lain. Dalilnya: azZumar: ayat 72 (sejahat-jahat tempat kediaman kalian ialah simutakbbirin (orang yg besar diri)

Ego si lelaki selalunya dikaitkan dengan kekerasaan dan sifat tidak bertimbang rasa kepada kaum hawa. Lelaki merasakan dirinya lebih mulia dari perempuan. Ia juga dikatakan male ego atau machoisma atau sifat macho lelaki. Cth: lelaki enggan melakukan kerja-kerja rumah, semuanya dilakukan oleh isteri.

Ego pemerintah ialah sifat zalim dan menafikan hak rakyat dan memandang hina kepada mereka. Cth: sifat kebanyakan pemimpin diktator.

Dengan bahasa mudah, EGO ialah sombong.

1. Ujub

seseorang merasai ajaib atau kagum dengan kehebatan dirinya.
Dalilnya: dalam perang Hunain, tentera Islam tewas pada pusingan awal kerana tentera Islam merasa ujub dengan bilangan mereka dan kejayaan mereka membuka kota Mekah. Lihat atTaubah: ayat 25

3. Riak

Riak pula menyerang keikhlasan dalam beribadah. ia merosakkan ibadah, Dalilnya: surah al-Maun (107: 4-7)

Takabbur/ego, ujub dan riak nampaknya sama saja di sisi ilmu tasawwuf. sebab ia semua merosakkan hati dan amal.

(Ref: al-Islam oleh Prof Hasbi asSiddiqiey, PT Rizqi Putra, Semarang, Id. Penawar bagi Hati oleh Syaikh Abd Qadir alMandeeli, Jahabersa)

sumber : al-Ahkam.net

Dalam dunia blog.. cuba kita lihat setiap hari ... ada saja entri yang menarik untuk dibaca ... tapi bila kita baca entri tu , ada saja mereka asyik menuding kesalahan orang lain dalam tak sedar seolah mereka saja yang betul ..

Mmg betul tujuan adalah untuk menyedarkan pembaca .. tapi bagaimana pula dengan diri sendiri ? Contoh bila bab isu artis .. Fasha Sandha yang berbikini .. Berapa ramai wanita kita yang 'berbogel' setiap hari ? Berapa ramai pulak lelaki mencuci mata walaupun kata tak nak lihat tapi bila tengok macam nak telan je perempuan tu ? Tapi yang kita menulis , kita tujukan saja pada artis tu ... hurm...

Cakap pandang pandang... Fikirkanlah sebelum menulis.. Mana tau ,itulah tulisan kita yang terakhir ... dan tulisan kita itulah yang ditinggalkan untuk dijadikan 'saham' kita.. Cuma untung atau rugi saja kesannya ..

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Mak aih .. dah lebih 1 ribu komen !! Masing-masing dengan cara ayat tersendiri .. Ramai tanya , bila nak abis ni ?? Jawapan seperti mana yang korang baca dalam tu laa.. Yang terakhir tu la pemenang .. Ramai dah mula mengalah .. Ini ibarat satu permainan la.. Orang yg terakhir  tu la menang .. haaaaa.. hehehe ...

Sebenarnya kan , ada satu rahsia kat segmen ni ... Berapa ramai dah mula berkenalan dalam ni ? Haaa.. dah mula bertegur sapa ? Dan satu lagi , mereka yang suka spam , ni la peluang yang aku bagi.. spam je la.. hehehe.. ok la kan ? Bukan selalu aku buat ..

Tu antara rahsia kenapa aku buat .. Kalau orang pk aku dapat trafik , bayangkan mereka yang join tu.. mereka pon dapat kan ? Sebab tu aku suruh tinggalkan link sekali .. Sesenang je dapat trafik dari pembaca lain ..

Jadi bila aku nak tutup ni ? Hehehe.. komen terakhir yang bertahan selama sejam itulah pemenangnya .. Hurm... Hadiah dia ? Macam aku kata tadi , blog dia aku promosi selama sejam di waktu kemuncak .. Kalau aku takde idea untuk update blog , aku biarkan lagi la entri dia tu.. haaa.. ok la kan ? Takkan nak bagi duit kan ? mana puashati ..

Apa aku cerita ni ??? G la tengok sendiri kat SINI

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Popular di kalangan blogger ... Ok ? Bukan retis atau sebagainya..

Seronok jadi blogger ? Seronok .. Best.. Ramai kawan .. Ramai gak lawan .. Ramai peminat .. ramai penyanjung.. Apa yang diorg minat .. apa yang diorng sanjung pon aku tak tau ..

Aku ? Popular ke ? Maaf la yer .. kalau orang tegur aku kat mana mana , aku tersipu sipu malu .. Cam baru baru ni , aku di tegur oleh seorang rakan blogger .. Tak de la pulak nak bergambar mesra .. Atau mintak autograph.. Apa yang berlaku adalah , dapat kawan baru.. Sedangkan blogger tu baru sehari dua berblog ..

Kalau orang kata aku popular , aku nafikan terus .. Aku tak langsung popular .. Hanya berapa kerat orang je kenal blog aku .. Kalau popular , sah sah aku jadi jemputan sana sini cam UJANG tu.. Tu baru dikira popular.. kan Jang kan .. Haaa.. Ceh.. nak backlink gak tuuu.. Ni... UJANG akak www.azfar9897.blogspot.com .. sila hafal.. bakal pelakon nanti nehh..

Sambung .. Aku masih jauh lagi untuk mengejar status tersendiri dalam dunia blog ini .. Masih terlalu jauh .. masih dengan strategi strategi tersendiri .. Namun aku masih pandang ke belakang .. Masih mengenali rakan rakan yang banyak membantu aku .. Mat Gebu yang paling lama .. dan paling baru ialah Ira yang senantiasa membantu senaraikan link walaupun dalam keadaan tidak sihat ..

Dalam dunia persahabatan , kita kena terima dan juga memberi .. Jangan rasa diri tu dah cukup besar bila dah berjaya berlari .. Kalau setakat berlari setaman , simpan je la .. Terlalu jauh lagi untuk melangkah ..

Buat rakan rakan blogger ... Hari ini bukan penentu hari esok .. Hari esok bukan penentu kejayaan kita .. Segalanya bermula dari akhlak kita sendiri ..Dengan miliki akhlak yang mulia , tak kira hari apa sekali pon , adalah hari terbaik kita !

Share
Tweet
Pin
Share
36 comments

 

Kalau orang tanya aku , mana FB wife aku ? Aku jawab ada la.. Dia nak low profile .. Kalau yang tau tu , tak pe la.. Yang tak tau tu , tak yah la amik tau.. Tak penting .. Biarlah aku ngan dunia aku.. dia dengan dunia dia , di dalam FB ini ...

Bagi aku , ini lebih baik kerana boleh terhindarnya dari fitnah pada masa akan datang .. Sapa tau kan ? Hati manusia ni , macam macam .. Dalam tak diam ada je syaitan membisik .. kan kan ?

Tapi bagi mereka yang dok berkalut bercinta dalam dunia maya ni , nasihat aku satu je la.. Pandai pandai la elakkan fitnah.. Tak perlu la nak bagitau satu dunia tentang indahnya percintaan korang tu .. Dan , jika bergaduh .. abis satu galaksi tau korang bergaduh .. Padahal baru je kenal sehari dua .. Haaa..

Kalau benar sayang dan cinta .. Gunakanlah akal.. nak bergurau ke apa ke , pikiaq la dulu... masing masing ada hati dan perasaan .. Jangan main sedap jer terutama nak post sesuatu di wall tu haaa.. Tu kat Fb.. Kat Twitter lagi !! Pastu bila nak pujuk pon guna je wall ! Apa punya gentleman daaaa... Kasi calar , kasi la ubat .. Ubat mestilah lebih baik untuk elakkan parut tu nampak bertahun lamanya !

Share
Tweet
Pin
Share
37 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (5)
    • ▼  Februari 2026 (2)
      • Risau gastrik , gerd di bulan puasa ? Ni tips mudah..
      • Mudah di Tiktok sebenarnya.
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes