5 blogger pilihan malam ni dipilih sehingga jam 2 pagi.. sapakah menjadi pilihan aku malam ni berdasarkan komen komen yang ditinggalkan ?
#1
5 blogger pilihan malam ni dipilih sehingga jam 2 pagi.. sapakah menjadi pilihan aku malam ni berdasarkan komen komen yang ditinggalkan ?
#1
Aku manusia.. kadang-kadang bila kita berkongsi sesuatu , jika terdapat kesalahan dan kesilapan , cara terbaik ialah dengan menegur .. Cara menegur pulak biarlah dengan bijaksana .. Kena tau gak la mana tua mana muda ..
Bila yang tua menegur yang muda , kita tau yang muda cepat melenting atau cepat tersentap .. gunakan cara diplomasi.. berikan sebab musabab .. kalau tak boleh terima , maka terpaksa nilai semua segala perbuatan..
Manakala bila menegur yang tua , kita tau yang tua mudah terasa hati .. Cam aku la contoh.. Perlu jugak bijak berkomunikasi.. cam nak menegur ayah kita la... kena ada cara .. Bukan la suruh tunduk hormat... ada caranya ...
Cara menegur juga membezakan antara seseorang itu berpendidikan tinggi atau sebaliknya .. Aku suka ditegur untuk membetulkan aku tapi aku tak perlu ditegur dengan keras atau caci maki .. Hubungan kita adalah saudara seagama dan juga rakan .. Tak susah kan ?
Kadang kadang aku rasa bersalah .. kenapa ? Bila sesuatu yang aku tau tu , aku sembunyikan .. Bukan apa , bila aku cerita atau khabarkan , maka akan ada yang kata aku berlagak ... Tapi bila aku kongsikan pulak , maka ada yang akan pijak kepala aku semula ..
Ada seorang rakan bagitau , seorang guru silat takkan ajar kesemua ilmunya kelak risau akan bersilat semula dengannya .. Pergh... Betul gak kan ? Tapi berbeza dengan dunia blog ni ... rezeki masing masing .. Cuma cam aku bagitau dalam entri aku INI.. Bila mula bersaing , tiada persaingan sihat berlaku .. pasti akan ada mula menikam dari belakang .. Walaupun dalam dunia blog !!
Hurm... tapi bila aku habis baca buku tulisan Bob Lokman , aku kembali ke dunia nyata.. Semua itu cumalah dunia saja ... Apakah yang kita cari di dunia ini ? Sehingga sanggup berbalah balah ? Berbaloikah ?
Jadi aku berpegang .. rezeki aku milik Allah .. jika itulah yang Dia beri , maka aku amat bersyukur.. sekurangnya aku tak perlu mengemis lagi untuk mendapatkan sesuap nasi.. Aku tak perlu mencuri untuk membeli roti ..
Namun aku tetap berhati hati.. Risau pisang berbuah berkali kali..
" Aku cinta padamu " ... " Sampai ke mati cinta ku ini bersama mu " .. Dan banyak lagi ayat ayat cinta yang sangat mudah keluar dari mulut manusia .. Tapi apakah mampu dia melaksanakan apa yang dia kata itu ?
Baru baru ni aku tertonton satu selingan di television .. seorang lelaki yang terdampar lumpur kerana penyakit dan dijaga dengan rapi oleh isterinya dan turut punya anak anak kecil ...
Aku hanya mampu mengucapkan dalam hati , " WOW ! " ketika itu .. Suaminya tu tak mampu buat apa apa .. hanya terbaring .. dan isterinya cekal .. Bukan mudah ... Aku dapat rasanya ini kerana mereka dah biasa hidup susah... Kalau hidup senang ?
Sambung baca skit dari buku AKU , ISABELLA DAN TOK KENALI , tulisan Bob Lokman ( search kat tepi ni untuk tengok kulit bukunya jika berminat nak beli ) ...
Aku tertarik dengan bahagian ni ... hurm.. membuka mata sungguh.. ianya buka filem mahupun drama yang biasa kita tontong .. Ianya realiti ..
" Teman engkau tahu , aku lumpuh dan menderita sakit berpunca daripada aktiviti aktiviti yang terlalu lasak semasa muda dulu .Ia menyebabkan rasa sakit di bahagian belakang badan . Selain itu badan aku bertambah besar ( gempal ) dan ia memberi tekanan tinggi kepada tulang belakang . Jadi akhirnya tulang belakang ku tidak dapat menahan beban itu dan menyebabkan aku lumpuh .
Aku hilang tenaga.terkuras kekuatan , hilang sebahagian besar rasa percaya diri yang aku miliki selama ini dan tak mampu bergerak seperti aku yang dahulu.. Engkau bayangkan teman , penderitaan ini sangat memeritkan. Nikmat itu ditarik oleh Allah sekelip mata ..
Dalam kesusahan itulah isteriku mengundang masalah pula buatku , Dia lari meninggalkanku terkontang-kanting .. terumbang ambing..Sepi dan sunyi dalam kesakitan yang telah sedia menderaku.Hatiku patah berkeping-keping .. " ( Buat pengetahuan korang , dia nikah untuk kali ke dua tidak lama kemudian selepas sembuh dari penyakitnya )..
Hurm.. Menurut tulisannya sebelum tu pendapatan dia diantara 200 ribu hingga RM 300 ribu setahun ... Hurm.. bayangkan tiba-tiba semua itu berlaku pada dia dalam sekelip mata ! Dalam tempoh tu la dia ilang segala-galanya .. Dalam tempoh 6 bulan .. Sekejap jer ..
Bayangkan kita yang masih lalai dan leka ini ...