BEN ASHAARI



Yearghhh.. Orang kata , kalau nak bercuti..gi Matta Fair ! Kat sana nanti macam macam harga promosi ada. Kena pandai pilih jer. Tak kira la nak bercuti dalam negara ke, luar negara ke... semua ada ! Kena sabar dan pandai pilih. Jangan tertipu udah laa.. Cari yang boleh dipercayai.

Bagi yang travel sendirian atau bersama sama rakan ke Jepun dengan menggunakan pengangkutan awam seperti keretapi dan bas terutamanya , nahh... boleh dapatkan pas SUICA ! SUICA adalah kad E-money prabayar untuk bergerak dan Belanja. Tidak perlu lagi membeli tiket dari mesin penjual layan diri. Hanya sentuh Suica anda ke pintu masuk tiket dan tambang ditolak secara automatik dari Suica anda.

Suica boleh digunakan bukan sahaja untuk JR EAST Trains, tetapi juga Subway dan bas. Suica juga boleh digunakan untuk membayar barangan dengan e-wang. Beli minuman ringan dan kopi dari mesin layan diri dan kereta api. Malah beli akhbar din stesen kios tanpa mengetuk duit syiling.

Untuk perjalanan di Jepun, Suica membuat perjalanan yang lebih menyenangkan.



Khas untuk MATTA FAIR 2018. Kunjungi booth² dibawah ini untuk lebih discount dan hadiah untuk pembeli bertuah. Sila ke booth berikut : 

1.Kopetro
2.Holiday Tours
3.Pearl Holidays
4.Mayflowers

Note : Sila tunjukkan promo ini untuk hadiah misteri .



Share
Tweet
Pin
Share
7 comments
Ok.. kalau korang rajin baca blog aku dan follow media sosial milik aku , pastinya tahu aku dah mencuba pelbagai produk rawatan rambut yang ditawarkan di MBH HairCare. Jangan risau... harga setiap rawatan ditawarkan mereka adalah mampu bayar. 

Kalau belum pernah baca lagi , aku leh syorkan baca dulu di entri Kulit Kepala Bermasalah dan MBH , Bukan Sekadar Rawatan Rambut. Harap lepas baca kedua dua entri ni , korang lebih paham la apa yang aku buat kat MBH HairCare ni , kan ? Hehehehe.. 

Nah... kali ni aku kembali lagi ke MBH HairCare , Kajang untuk teruskan rawatan rambut. MBH Ultra Shine Treatment nama diberi. Heheehhe... 


Untuk apa treatment yang aku amik ni ? Haaaa... meh aku stori mori skit..  Rawatan yang aku amik ni bertujuan untuk merawat shaft yakni bahagian rambut & scalp (kulit kepala) dengan menggunakan teknologi nano mist bagi memerangkap partikel vitamin rambut menjadi halus & mudah untuk diserap ke dalam helaian keratin rambut. Rawatan ni mengandungi 6 langkah lengkap. Kesannya ialah :
  • Meningkatkan kekuatan ikatan protein 
  • Membantu memperbaiki struktur rambut dan mengurangkan kekerintingan
  • Menjadikan bersinar sekurang-kurangnya 3 bulan
  • Melindungi rambut daripada kerosakan akibat cahaya matahari

Dengan menggunakan nano steamer keratin mask dipancarkan masuk ke dalam helaian rambut lapisan shaft dan melakukan aktivitinya bagi menyihatkan dan menjadikan rambut bersinar 3 kali ganda.  Rawatan ini boleh dirasai hasilnya sejurus selepas melakukan rawatan. Rambut kekal sihat, tidak kusut lembut & bersinar dalam jangka masa panjang. Kandungan keratin mask terdiri dari pro keratin complex , jojoba oil , Vitamin A, Vitamin C , Pro Vitamin B5.


" Secara saintifik, rambut terdiri daripada “cuticle” yang bersisik. Vitamin rambut mempunyai partikel yang sangat besar untuk menerobos ke dalam lapisan ini. Oleh yang demikian, titisan air berbentuk nano dari mesin Oxynano mampu menyelit ke dalam sisik rambut & memaksa partikel vitamin untuk menyelaputi partikel ini. "

Selain itu, kulit kepala juga turut diberikan rawatan “mint” untuk meastikan kulit kepala kekal segar
& tidak berbau. InshaAllah.. selepas ni aku akan kembali lagi. Ada satu lagi rawatan untuk rambut dan kulit kepala ni. Tunggguuuu ! 

Untuk maklumat lanjut , sila hubungi MBH HairCare di :

Facebook : https://www.facebook.com/mbhhaircaremalaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/mbh.haircare/
No tel : +60 19-206 6956
Alamat : 19G-1, JALAN REKO SENTRAL 8, TAMAN REKO SENTRAL,
Kajang, Malaysia
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments


Ingatkan drama Korea yang bakal 'mengikat'  aku tapi rupa rupanya tidak. Takda kepuasan di akhir drama Korea kecuali filem jer. Drama, meleret.  Maka aku ubah kembali ke Hollywood.

Nahhh.. Ni drama politik yg serupa mcm 24. Menarik! Kekotoran politik yg tiada penghujungnya.. Huhu.. Mangsanya, mereka yg tak bersalah. Yang menyimpan rahsia.. bakal jadi mangsa. Fuh..

Kat dalam kereta tgk sambungan.Kat gym.. tandas.. Eh!! Hahahaaaa... 
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Dengan masalah air agak meruncing di KL dan Selangor , baru baru ni membuatkan ramai penduduk ibukota merancang percutian singkat... keluar dari bandar atau cari tempat yang tiada masalah air ! Hehehe.. pastinya akan ada tercari cari hotel yang dalam bajet mereka serta terdapat tempat tempat menarik berhampiran. 

Nah... aku dan keluarga aku memilih The Regency Hotel Kuala Lumpur. Kenapa sini ? Baru baru ni aku ada lihat rakan blogger #KBBA9 membuat review mengenai The Regency KL ni.  Tertarik aku nak mencubanya. Wife pun ok jer. Anak anak lak memang dah bising ajak tidur hotel.  Citer banyak tarakk..call hotel terus buat tempahan. Dan Alhamdulillah , ada bilik untuk kami sekeluarga. 

Dari Sepang nak ke The Regency Hotel KL ni , mengambil masa 50 minit. Perjalanan kebetulan lancar dengan menggunakan Waze. Sejujurnya , aku tak tau kat mana The Regency Hotel KL ni walaupun aku dah dengar berpuluh kali nama hotel ni. Dan tak sangka sama sekali ianya berada di tempat yang biasa aku dan arwah ayah aku pergi... pasar Chow Kit ! Tiba-tiba segala kenangan bersama arwah mengimbas kembali. Al-Fatihah buat ayah ku. Rindu kat arwah. 

Dalam jam 12 tengahari , aku sekeluarga tiba dan parking di bahagian bawah. Mudah nak parking. Kalau tak nak parking di bawah, ada tempat parking di Wisma Safuan. Banyak pilihan dan mudah. 

Yer.. sebuah hotel lama tetapi terjaga dengan baik dan sedang dalam penambahbaikan. Alhamdulillah , urusan masuk selesai dan mudah. Jika ada masalah dengan bilik, maklumkan dengan segera dan tindakan akan dibuat dengan serta merta. Bagitau pihak pengurusan.. bukannya amik gambar dan upload di media sosial kemudian ajak mengutuk berjemaah ! Tak sihat perangai gitu yer...

Dan bilik aku ada masalah dengan penghawa dingin. Aku maklumkan dan segera ditukarkan ke bilik lain. Aku ok jer. Selagi mana pihak hotel layan dengan baik , aku takda apa nak dikomplenkan. Yelah, aku bukan bayar beribu ringgit pon. Bilik aku tu baru beberapa ratus je semalam. Dan yang penting selesa dan... permandangan luarnya , superb ! 

Bilik aku... ok la kan ? Bilik air selesa. Ada bathub. TV pon ada banyak pilihan rangkaian. 



Dan permandangan di luar.. Alhamdulillah.. cuaca cantik sangat ! 







Kalau hujan , mesti indah lagi permandangannya.. Ok , apa yang menariknya kalau menginap di The Regency Hotel KL ni . Ahaaa... Terletak di Jalan Raja Alang , dan berhadapan dengan pasar Chow Kit... mudah nak cari tempat makan yang menarik... shopping tak kira masa... dan nak dapatkan pengangkutan awam seperti teksi , LRT untuk ke KLCC , Sogo , Jalan Tunku Abdul Rahman atau sebagainya... mudah sangat ! Nak ke Kg.Baru ? Jalan kaki jer ! 

Berdepan dengan pasar Chow Kit yang cukup sibuk.. 



Aktiviti.. ada kolam renang dan bilik mesyuarat yang besar. Aku terlupa nak amik gambar bilik mesyuarat. Sibuk nak mandi kolam dengan anak anak.. heheee...


Bab makanan ? Heheheeee... Diorang memang amik berat bab makanan. Jika yang nak makan tu kanak-kanak , pastinya rasa akan disesuaikan dengan kanak-kanak.... Jika orang tua macam aku , hahahaha... wow ! Tu jer aku leh kata... 

Sarapan pagi.. makan tengahari dan malam. Memang menyelerakan sama sekali. Jangan risau soal harga sebab murah je ! 







Selesai percutian singkat aku sekeluarga  2 hari 1 malam yang santai. Yang penting, semua dapat air dan tak perlu 'tunggu' air. Heeee...

Check out.. Balik Sepang. Best! Pasni tau dah mana nak g bercuti dan shopping utk raya. Heee. Okeh... kalau nak maklumat lebih lanjut mengenai The Regency Hotel Kuala Lumpur ni , boleh layari laman web mereka, The Regency Kuala Lumpur. Buat tempahan terus kat situ pon boleh jer ! 

The Regency Hotel Kuala Lumpur
3, Jalan Raja Alang, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia 
Telephone: +6 03 2262 2000
Email: centralsales@theregencyhotel.my
Share
Tweet
Pin
Share
25 comments
Qhaliff minta izin nak 'main' handphone. 5 minit masa diberikan. Itu yang biasa dibuat ketika dia minta izin dari ibunya. Qhaliff menurut saja. Selepas 5 minit , bila kita minta.. dia akan beri. Mudah. Tak da berlaku kes kes guling. Dia pun dah bijak. 

" Qhaliff.. kepala tu. Jangan menunduk gitu sangat. Nanti sakit leher.." . Tegur aku. Qhaliff segera betulkan cara duduk dan pegang telefon pintar. Dan yang aku perasan... setiap apa saja yang dia buat , aku tegur.. dia pasti akan kembalikan pada aku atau pada adik dia. Maksudnya , apa yang diajar pada dia , dia akan 'turunkan' pada orang lain. 

Pointnya ? Kanak-kanak sekarang ni pintar pintar belaka. Faktor pemakanan atau genetik, aku bukan pakar menilainya tapi yang pastinya. mereka di usia 1 tahun ke atas ni , jangan dipandang ringan tahap pemikiran mereka. Mereka sudah pantas menyerap dan menggunakannya kembali. Ibu bapa kena bijak manfaatkan peluang peluang begini. 

Aariz , 1 tahun ++.. dah pandai bawa diri bila kena marah

Apa kena buat bila dapati anak kita semakin pintar atau mula reti menggunakan otak mereka ? Yer... cara terbaik hantar mereka ke tadika atau tabika. Dan ibu bapa lepaskan segalanya pada guru guru di sana. Pandai pandai la korang mengajarnya. Hurmm.. satu kesilapan dah dimulakan di situ. 

Dan di tadika...anak anak kita dididik dengan pelbagai ilmu oleh guru guru yang berpengalaman. Terima kasih cikgu-cikgu sekalian. Teringat aku tahun lepas... Qhaliff di usia 5 tahun. Aku pergi ke Hari Terbuka dan bertemu dengan guru kelasnya. Dia menerangkan pencapaian Qhaliff. Di sini kesilapan aku ! Qhaliff dimaklumkan belum lancar membaca. Aku terlupa ! Dan aku mula tekankan bab membaca pada Qhaliff. Aduh.. silap sangat perbuatan aku tu ! Perbuatan aku ditegur oleh wife. Aku ubah. Aku serahkan bab ni pada wife. Dan Qhaliff lebih selesa dengan wife bab belajar ni. 

Aku ajar apa lak ? Hurmm.... akhlak ! Er , aku tak la kata akhlak aku tu bagus.. Tapi  aku cuba ajar sebaik mungkin. Dan semalam wife panggil aku. Ketika tu dia sedang ajar Qhaliff membaca. Alhamdulillah...banyak dah kemajuan dia. Dan paling bagus , Qhaliff semakin matang. Selain belajar di sekolah.. ketika bersama sama aku pon dia banyak belajar. Aku bawa dia keluar ketika berjumpa orang atau keluar berdua makan bersama. Suruh dia berinteraksi dengan orang dewasa.. seperti nak order makanan. Kena beri keyakinan pada dia. Tapi aku belum bersedia untuk lepaskan dia keluar bermain dengan rakan rakan setaman perumahan yang jauh dewasa dari dia. Dia belum bersedia sama sekali. 

Ok ok.. Aku terbaca satu artikal yang sangat bagus semalam di blog PnNoraZura Ismail. Aku copy paste sini eh. Aku tau , ramai malas nak klik dan baca kat sana.. Aku mudahkan.

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK - PERLUKAH ANAK PANDAI MEMBACA SEAWAL 7 TAHUN? 

Teks : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


SETUJUKAH ANDA, anak-anak  yang bakal berumur 7 tahun yang  akan   memasuki  tahun 1 di sekolah rendah perlu dipastIkan telah pandai membaca?  

Sebagai seorang pengiat industri pendidikan awal kanak-kanak,  jawapan saya  ialah  sangat tidak bersetuju sama sekali.  Jawapan yang sering tak terjawab di minda saya,  aduhai mengapa perlu menekan  dan memaksa anak-anak di bawah 7 tahun ini belajar beria-ria  dan buat latih tubi membaca seperti anak-anak yang telah bersekolah? Kenapa nak marah pada anak memasuki umur 7 tahun yang belum dapat membaca lagi?  

Sebenarnya, kita sebagai pendidik dan ibu bapa belum memahami  anak-anak. Dan paling parah, kita tidak memahami konsep pendidikan awal kanak-kanak. 

Suatu ketika dulu, saya pernah membuat kesilapan  dalam merealisasikan pendidikan awal kanak-kanak ini kepada anak-anak berumur 4, 5 dan 6 tahun . Ketika itu saya mengusahakan perniagaan TADIKA saya sendiri. Matlamat akhir saya dan juga bagi memenuhi harapan tinggi ibu bapa ialah di akhir tahun pembelajaran nanti, anak-anak ini mesti sudah  boleh membaca. Maka , saya akan sedaya upaya memastikan matlamat tersebut tercapai. Apa yang saya buat? Antaranya, saya perkenalkan kepada ibu bapa program membaca dengan cepat,  adakan  sesi belajar  ‘one to one’  dengan anak-anak kecil ini ,  adakan kelas tambahan membaca.  Lagi, saya beri latih tubi membaca setiap hari dan hakikatnya saya paksa emosi anak-anak ini  untuk belajar.  Hasilnya, kerana anak-anak ibarat span yang mudah menyerap apa sahaja,  lalu  ramailah anak-anak keluaran TADIKA saya boleh membaca dengan baik . Malah, bukan sekadar bacaan dalam Bahasa Malayasia bahkan bacaan dalam bahasa Inggeris juga.  Itulah yang diimpikan ibu bapa.

Aduh, bangganya saya kerana dapat melahirkan anak-anak yang boleh baca di awal usia. Anak-anak itu terus dilabel sebagai anak yang cerdik dan pintar yang boleh membaca di awal usia sebelum 6 tahun.  Itu yang kebanyakan TADIKA akan cuba capai. TADIKA yang dapat mengeluarkan  anak-anak yang boleh baca, itulah TADIKA yang terbaik pada pandangan dan persepsi ibu bapa. Secara tidak langsung inilah perkara utama yang dapat mempromosi TADIKA supaya ramai lagi ibu bapa yang menghantar anak ke situ.


Tetapi, saya mula perasan, anak-anak yang boleh baca awal usia biasanya adalah anak-anak yang kurang keyakinan diri, penakut, pemalu, pendiam, kategori anak-anak yang tak banyak bermain malah kurang pandai bergaul dan berkomunikasi.  Mereka mempunyai emosi yang kurang sihat dan self esteem yang rendah.  Saya perasan itu semua. 

Saya juga perasan , anak-anak yang tak pandai baca pada usia 5@6 tahun adalah anak-anak yang tak boleh duduk diam, aktif dan banyak bermain serta banyak meneroka dan banyak keinginan serta perasaan ingin tahu. Saya mula tertanya mengapa?

Bila saya terjun ke bidang pendidikan awal kanak-kanak yang lebih muda sedari 0 hingga 4 tahun, saya mula sedar akan kesilapan saya. Saya mula belajar mengenai  tahap demi tahap perkembangan kanak-kanak. Saya korek pelbagai potensi awal  yang boleh dibentuk di peringkat  awal usia anak-anak.  Dan apa yang penting saya mula belajar memahami tingkahlaku , kerenah serta sikap semulajadi  kanak-kanak. 

Saya teruja untuk mengetahui bahawa antara sikap atau tabiat semulajadi anak-anak ialah BERMAIN. Kerja hakiki anak-anak  di bawah umur 7 tahun ialah BERMAIN dan bukannya belajar.

Selama ini persepsi saya dan juga kebanyakan ibu bapa di luar sana terhadap pendidikan awal kanak-kanak andalah salah. Pendidikan awal bukan bermaksud  memberi pelajaran formal seperti membaca kepada anak-anak. Pendidikan awal bermakna mengenalpasti tahap perkembangan  dan memberi galakan untuk anak mencapai tahap perkembangan yang tertentu. Pendidikan awal juga bermakna mengenalpasti  potensi diri anak  dan membantu  mengilap potensi tersebut.

Justeru itu,  saya dan anda sebagai  pendidik  maupun ibu bapa perlu tahu dan faham akan setiap aspek  tahap perkembangan kanak-kanak supaya  kita dapat beri galakan ,sokongan dan dorongan untuk anak.

Apakah aspek perkembangan awal kanak-kanak?

Perkembangan sosiemosi – bentuk emosi yang positif pada anak seperti yakin diri, berani
Perkembangan  bahasa – galak anak menggunakan bahasa yang betul dan bijak berkomunikasi
Perkembangan kognitif – galak anak berfikir , menggunakan deria untuk meneroka dan belajar pelbagai dari alam dan persekitaran.
Perkembangan kerohanian- terapkan nilai moral, akhlak dan ketuhanan
Perkembangan fizikal – galak anak tingkatkan moto halus dan moto kasar
Perkembangan  kreativiti dan estetika – galak anak supaya kreatif dan mempunyai imiginasi pelbagai


Malah mengikut kurikulum PERMATA yang menjadi panduan perkembangan pembelajaran di TASKA , antara perkembangan lain yang turut perlu dibentuk pada anak  ialah perkembangan sahsiah  - belajar bergaul  dan komunikasi  serta literasi awal.  


Bagaimana  pula cara terbaik menggalakkan semua aspek perkembangan ini? Adakah melalui pembelajaran formal seperti di sekolah? Adakah dengan memberi anak-anak kecil ini latih tubi dan pelbagai tugasan atau kerja rumah.

Tahukah anda sebenarnya setiap aspek perkembangan  ini boleh diterapkan kepada anak-anak dengan mudah hanya melalui  bermain sahaja.  Bukankah bermain kerja hakiki anak? Mereka memang bermain tetapi secara tak langsung mereka banyak belajar menyuburkan pelbagai aspek perkembangan tersebut  hanya melalui bermain. Jadi, biarkan anak-anak  bermain.

Anak main blok, mereka berfikir bagaimana susun blok menjadi tinggi
Anak main  pasir, bina istana, mereka cuba merealisasikan imiginasi mereka.
Anak berlari sekeliling rumah@ taman, mereka belajar meneroka persekitaran
Anak main olok-olok dengan kawan sebaya, mereka belajar bersosial dan bergaul serta berkomunikasi dengan bahasa yang betul.
Anak yang suka usik itu ini, mereka mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi.
Anak yang aktif berlari, mereka membina kecergasan diri.

Jad, mengapa perlu dipaksa anak duduk sebelah anda dengan keadan anda marah dan tinggi suara untuk  ajar mereka membaca. Mengapa pula masih ada TADIKA yang menyusun ruang susunatur dalam kelas sama seperti belajar di sekolah? Mengapa  pihak TADIKA perlu stress ajar anak-anak membaca dan beri pula kerja rumah yang banyak.


Entah kenapa saya memang tak boleh terima kalau dengar seorang cikgu di TADIKA cuba menakutkan dan menginggatkan ibu bapa supaya memastikan anak-anak boleh baca dengan baik sebelum  masuk tahun 1. Mereka terangkan pada ibu bapa betapa hebatnya persaingan akademik anak-anak  di  tahun 1. Kalau  kebetulan jika  anak 6 tahun  itu tak boleh baca, cikgu cadangkan pula  ibu bapa hantar anak ke kelas tambahan.  Bagi saya, memadai sajalah kalau anak yang tak boleh baca itu telah kenal huruf dan boleh menyebut dua sukukata. Mereka bukan tak pandai , mereka cuma belum bersedia. Percayalah.

Ini cerita anak saya yang berumur 6 tahun.  Saya hanya hantar dia ke TADIKA sebaik umurnya 6 tahun. Baru ni, saya baca ‘whatapp group’  dari guru TADIKA nya. Cikgu post  jadual peperiksaan akhir tahun dan pesan ibu bapa pantau anak-anak belajar di rumah.
Kalau ibu bapa lain, mungkin akan rasa cikgu TADIKA sangat prihatin .Aduhai kesian anak-anak, tahun-tahun di mana  kerja hakiki mereka sepatutnya bermain tetapi mereka perlu pula duduk menelaah seperti kakak abang yang akan menghadapi peperiksaan di sekolah.

Sekali lagi, ingin saya ingatkan, hakikatnya anak-anak memang perlu bermain. Hakikatnya anak-anak ini  tidak perlu dipaksa untuk belajar. Percaya tak bahawa apa yang perlu diterapkan terlebih dahulu ialah ilmu mengenai kehidupan disamping membentuk anak dalam setiap aspek perkembangan  yang telah saya nyatakan tadi.  Keinginan untuk belajar akan datang sendiri bila anak telah bersedia menerima pembelajaran formal. Masanya pasti akan muncul juga. Yang pasti setiap anak adalah berbeza pencapaiannya.  


Teringat saya  pernah terbaca bahawa pendidikan awal anak di Jepun bermula dengan mendidik akhlak. Pendidikan berteraskan peperiksaan bermula hanya bila anak berumur 10 tahun sahaja.

Berbeza dengan sistem pendidikan  kita yang telah  diwarisi begini, bila  nak masuk  tahun 1 sebolehnya anak mesti dah boleh  membaca dengan baik. Cikgu di tahun 1 suka kalau anak-anak sudah boleh membaca.  Lalu kasihan anak-anak yang dikelompokkan dalam kumpulan belum boleh membaca.  Seawal usia 7 tahun anak-anak telah mula dinilai tahap pencapaian akademiknya. Bukahkah sebenarnya dalam silibus pembelajaran tahun 1 anak-anak perlu diajar semua huruf dan gabungan sukukata hingga boleh baca. Akan tetapi,  anak-anak ini pula dikategori sebagai anak-anak yang ketinggalan.  

Lain orang mungkin lain pandangan. Mungkin ada ibu bapa tidak setuju dengan pandangan saya bahawa  anak tidak perlu dipaksa untuk belajar membaca.

Tapi saya membuktikan salah seorang anak saya  yang tidak boleh  membaca di awal usia dan yang kurang penonjolan akademik  ketika di sekolah rendah ( kini dia berusia 19 tahun),  dia merupakan pelajar terbaik SPM di sekolahnya,. Bakal menduduki STPM tahun ini dan dia akan membuktikan dia  bakal  pelajar terbaik STPM di sekolahnya juga.  Satu ketika dulu, ketika di sekolah  rendah dia tidak  pernah dapat nombor 1 dalam kelasnya.

Apa yang penting, biarlah anak-anak  kecil yang di bawah 7 tahun ini belajar kerana minat dan kesediaan  mereka. Tugas kita beri dorongan dan galakan bukan paksaan.  Apa yang penting,  kejayaan anak-anak bukanlah hanya diukur dari kejayaan akademik sahaja. Lihatlah kejayaan anak pelbagai aspek. Setiap anak mempunyai potensi diri yang berbeza.  Apa sahaja potensi yang berjaya digilap dan diserlahkan oleh anak,  itulah kejayaan buat anak-anak. Jangan lupa juga  doa kita sebagai pendidik dan juga ibu bapa. 


CHILDREN ARE NATURAL LEARNERS. 
CURIOSITY IS THE ENGINE TO ACHIEVEMENTS

Alangkah bagusnya jika ada di Malaysia


Apa pendapat korang ? Pendapat aku.. aku setuju dengan artikal sama sekali. Aku sebagai bapa pun sendiri tertekan  tengok anak anak dah ada kerja rumah. Tengok buku latihan mereka pon dah buat mata aku terbeliak. Ada yang kata kita kena ikut zaman ! Nah , apa la sangat pencapaian di zaman kita ni. Ada MRT je pun. Bukannya ada kereta terbang atau bangunan di angkasa. Tak banyak mana pun perbezaan ! 

Yang aku nampak ialah... anak anak sekarang , adab dan tatasusila mereka semakin hancur ! Tak reti nak hormat orang tua. Tiada lagi jalan menunduk. Tiada lagi ' maafkan saya, tumpang lalu yer. '. Tiada lagi senyuman bila bersua dengan mereka yang tua. Aku tak salahkan cikgu. Ada orang tua sendiri pun tunjuk perangai gitu. Itulah hakikat yang berlaku di negara kita. 

Tak kira la sekolah biasa ke.. sekolah agama ke.. ini yang aku perasan. Dan inilah yang patut kena ubah. Jangan diajar mengenai akhlak Rasulullah s.a.w tapi tak mewarisinya. Yang mengajar pon tak buat gitu.. apatah lagi yang diajar ! Nah, ini berpunca hanya sebab nak ilmu saja tapi tidak mengamalkan. Nak ilmu semata mata untuk duduki peperiksaan. Dapat markah tinggi dan cemerlang. Cukup ! 

Nak tuding jari kat sapa ? Dasar pendidikan negara ? Hurmm.. 
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (61)
    • ▼  Disember 2025 (2)
      • Proses pemulihan dan menguatkan kembali sendi otot !
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes