Terbaca artikal ni di Astro Awani. Tun Mahathir seolah olah dah terperangkap dengan permainan kaki kaki bakar di media sosial. Perlu tahu yang sebenarnya mereka ni termasuk aku la....marah dengan apa yang berlaku selepas Pakatan Harapan mengambil alih pucuk pimpinan. Pelbagai isu timbul terutamanya manifesto. Kenaikan harga barang tak dapat ditangani , bil air yang dah kena bayar walhal dulu percuma sekarang dan banyak lagi ! Tol yang dijanjikan percuma tapi 'ditukar nama'. Tak perlu pun kasi percuma.. turunkan sedikit demi sedikit. Kena pandai amik hati. Jangan terlalu fokus pada B40 jer.
Ini yang sepatutnya Tun Mahathir tumpukan. Najib mengambil kesempatan bilamana ada peluang terbuka di depan mata. Dan sememangnya takda sapa nak Najib kembali jadi Perdana Menteri pun kecuali 'peminat peminat setia'nya.
Dan Tun M kena perbaiki lagi kelemahan kelemahan di dalam pentadbiran dia. Menteri menteri yang suka ' U Turn' bila bagi kenyataan. Dan juga kena la berjimat cermat. Perlu tahu , apa yang berlaku pada masa yang lepas , dijadikan pengajaran terutamanya menteri menteri ni. Kena pastikan menteri menteri ni , sedar diri. Bukan jadi BOSSKU bila ada kuasa.
Akhir kata .. aku bukan pemerhati politik atau bijak soal politik ni. Cuma seorang rakyat biasa yang cintakan keamanan dan kedamaian. Jangan lupa part Pembalakkan. Heeee... Pon satu isu yang perlu ditangani. Makin ramai peminat Tun M ' U Turn' dan menanti masa jer.
PH di Semenyih , akan tewas sekali lagi ? Jika berlaku , ianya satu lagi petanda dan semakin nazak.




















