Banyak kali dah aku ditanya mengenai bayaran blogger oleh blogger ! Camana nak dapatkan income dari blog dan bagaimana nak minta dibayar melalui kerja kerja yang mereka buat. Hurmm.. Aku tak suka tulis sebenarnya. Aku lebih suka duduk borak dan bertukar pandangan. Sebab apa begitu ? Aku malas nak berbalah di media sosial.
10 tahun dah aku di dunia media sosial. Pernah sebilik di Korea dengan blogger terkenal Malaysia yang lebih awal berblog dari aku dan pendapatanya berganda lumayan dari aku ! Beberapa hari bersamanya , macam macam cerita aku dapat dan juga tips mengenai dunia blog.
Ada beberapa jenis blogger di Malaysia ni :
- Bekerja profesional sepenuh masa dan blog cumalah hobi di masa lapang.
- Blogger separuh masa dan ada kerja kerja sendiri seperti agen insuran dan sebagainya
- Blogger sepenuh masa dan pendapatannya dari dunia media sosial.
Blogger kena bijak ! Dari dulu lain , ramai blogger kena pijak ! Aku antaranya. Bila dah sedar , aku tukar cara aku dan ianya berhasil ! Alhamdulillah.. Tak kaya tapi boleh la sara anak bini dengan hasil dari penulisan maya aku. Bukan bertaraf profesional tapi punya tarikan tersendiri.
Ok.. Sebagai blogger , kena tau yang mana boleh percuma dan mana yang kena bayar ! Tapi sebelum kita nak demand sebarang bayarang atau pun token , pastikan kita punya level di mana ! Zaman ni populariti amatlah penting. Tak kira blogger , instafamous , Youtuber , Tweeter, streamer, ghost writer dan apa jua gelaran di media sosial , perlu ada populariti ! Jika anda popular , tak perlu dah nak tunjuk sebarang bukti. 'Mereka' akan cari korang sendiri.
Bagaimana pula jika tak popular ? Sediakan bukti ! Apakah bukti itu ? Ok.. buat satu profile khas dan juga rate card. Tulislah infomasi yang penting di dalamnya. Antarnya , trafik blog harian dan bulanan. Job job yang pernah korang terima dari brand terkenal. Letak juga jumlah followers yang korang ada. Tak kira la FB , IG , Twitter , Youtube dan sebagainya. Bagi bukti jika ada. Jangan main taruk angka tanpa sebarang bukti. Cari pasal namanya.
Alasan network ? Ececece... Korang bila gi event , pertama sekali cari kawan kawan blogger ! Pastu duduk sembang borak ! Ada ke gi jumpa PR atau tetamu yang lain kemudian berbual santai dan bertukaran kad perniagaan ? Ada ??? Tak ramai buat gitu. Maka itu bukanlah mendapatkan network. Tapi gi untuk tolong 'mereka' promote event tu jer.. Rugi dah kan ?
Alasan network ? Ececece... Korang bila gi event , pertama sekali cari kawan kawan blogger ! Pastu duduk sembang borak ! Ada ke gi jumpa PR atau tetamu yang lain kemudian berbual santai dan bertukaran kad perniagaan ? Ada ??? Tak ramai buat gitu. Maka itu bukanlah mendapatkan network. Tapi gi untuk tolong 'mereka' promote event tu jer.. Rugi dah kan ?
Jika ada kedua dua ni , korang boleh demand bayaran ! Jika tiada ? Jangan risau.. Korang boleh lagi dibayar jika pandai berkomunikasi. Camana ? Tanyalah mereka yang offer job tu pada korang. Jika mereka menghubungi korang , pastinya korang seorang penulis yang bagus ! Mereka nak gunakan khidmat korang tu ! Takkan percuma ??? Melainkan jika tawaran diberikan tu berbaloi !
Berbaloi ? Camana berbaloi tu ??? Makan jer ok tak ? Ke dapat tidur di hotel ? Atau dapat gi jalan jalan ? Secara jujurnya , aku akan tengok offer tu datang dari sapa? Jika agensi PR , aku akan tanya bayaran sebab mereka pun akan charge client mereka. Diorang pun nak ada gaji dan nak bayar gaji pekerja mereka. Takkan free kot ? Kalau mereka dibayar , kita camana lak ?? Melainkan offer tu menarik.. Contohnya makan di tempat yang gempak gempak dengan kos yang berbaloi.. trip melancong ke luar negara atau dalam negara di lokasi yang kita memang impikan ! Nah.. ini berbaloi..
Dan jika datangnya dari mereka yang tidak bekemampuan seperti baru buat bisnes atau bajet mereka ciput , ini terpulang kepada budi bicara korang dan cara mereka approach korang. Sedekah. Niatkan gitu jer.
Seperkara yang perlu korang tau... bila korang demand bayaran bermakna korang kena berikan yang terbaik buat mereka. Dan ini yang penting ! Kebanyakkan blogger suka janjikan mereka boleh berikan pulangan yang tinggi ! Kononnya jualan akan lebih tinggi dan client korang akan untung besar ! Atau client korang akan harapkan sale akan lebih tinggi ! Korang kena fahamkan tugas korang cuma buat promosi dan awareness ! Jika mereka harapkan keuntungan , minta mereka gi ke TV atau Radio mahupun pasang je papan iklan di tepi jalan ! Kalau setakat bayar RM100-200 pastu harap untung besar , lebih baik kita beli je produk tu dengan harga borong dan kita jual sendiri ! Lagi untung begitu !! Kan ?
Panjang nak tulis ni tapi aku pendekkan. Banyak entri nak kena tulis ni ! Huhuh.. Rezeki.. Alhamdulillah. Akhir kata... jadilah blogger yang bijak. Jangan dikerah korang punya kreativiti tapi korang tak dapat apa apa ! Dapat syok sendiri jer ! Yer , aku dah rasa 9 tahun lepas menda ni. Sampai satu masa , korang terfikir...
Anak di rumah ditinggalkan.
Masa terbuang.
Bil internet kena bayar.
Handphone problem.
Terkejar masa nak update blog.
Duit tol , petrol..
Duit pengasuh..
Mau bijak la skit yer. Kalau win win situation , pastikan pihak terbabit mempromosi korang juga. Bukan amik hasil korang pastu post di page mereka tanpa sebarang kredit pun ! Bila viral .. korang nak kata apa ? Tu aku punya tu ? Tapi apa bukti ? Page tu yang dapat untung .. korang ?
Berbakti atau nak buat khidmat masyarakat sekali pun... kena selidik latar belakang ! Jangan telan air liur bila dengar atau baca , Youtuber masyuk ... Instagrammer masyuk.. Tapi blogger ? Syok sendiri !