BEN ASHAARI



Tiga hari ! Sejak balik dari Kelantan , aku rasa lain macam. Nak kata demam... tak ! Nak kata tak sihat... macam yer tapi tak tau apa kes ? Makan Panadol , hilang kejap.. Tapi datang balik. Hurm... apa salah makan aku pulak kali ni ? Ari tu tau laa... makan sup gearbox.. terus pitam aku haa ! Huhuh.. 

Aku tak syak langsung la sebab tekanan darah aku naik. Ingatkan nak demam. Sebab anak anak dok selsema masing masing gara gara mandi kolam. Diorang ni manja skit... Main air, confirm selsema. Hurm... Tapi tetap nak main air ha ! Aduss... 

Maka malam tadi.. aku mintak wife buatkan air asam keping. Patutnya kena amalkan seminggu sekali. Minggu ni belum minum lagi. Huhuh.. Tu sebab naik ? Dan lepas minum , aku terus tidur.. Lepas subuh , sambung tidur.. Siap mimpi nak gi bercuti ke Jepun ! Hahaha. Punya la rindu kat Jepun tu haaa.. Hahahaha... Tapi sayang , tersadai kat airport sebab tak lepas nak gi. Covid 19 kan ! Huhu.. Menangis gueee..

Alhamdulillah... bangun pagi ni, sakit kepala semua hilang. Terasa kembali segar. Perlukah aku gi check doktor ? Huhuh.. Sah sah kena bebel. Kena bebel tu pun kena bayar tau. Bukan free punya bebelan. Hahaha...


Hurm.. Aku boleh kata hari hari bersenam. Asal ada masa je , terus ke gym dan di gym.. aku abiskan sekurangnya 2 jam bersenam. Jaga makan , 90% . Kekadang tu tak perasan akan kandungan makanan tu. Terutama bila makan di luar. Adeh... Aku rasa sebab tu kot ? Hurm.. 

Kena stop makan luar ? Huhuh.. Kandungan garam pada makanan jualan di luar tu sah sah tinggi, kan. Nampak gayanya... gitulah kot ! Kena stop makan luar skang ni.




Share
Tweet
Pin
Share
7 comments
Dan akhirnya , tercapai gak impan aku nak menginap kat hotel ni. Selama ni aku dok fikir camana nak menginap kat hotel yang berdekatan dengan Wakaf Che Yeh dan bandaraya Kota Bahru dan yang mana memudahkan aku nak akses ke tempat tempat pelancongan menarik di sekitarnya..

Holiday Villa Hotel Kota Bahru.. sekarang ni ada promosi. Harga memang gempak ! Kalau sebelum ni , level level kayangan je mampu duduk. Hahaha.. Aku level kerak bumi jer.. Huhuh.. Alhamdulillah.. rezeki aku di musim Covid 19 ni. Banyak hotel turun harga dan inilah peluang untuk orang orang macam aku , duduk di hotel yang  gempak gempak... terutama di negeri negeri yang kaya dengan produk pelancongan.

Ok... Aku tau.. korang kata banyak homestay , airbnb atau motel di sekitar tu dan lebih murah ,kan ? Hehehe..  Betul tapi bila aku buat survey , ramai kata menginap di sini sangat berpuashati ! Sebab tu korang kena cuba tambah tambah lagi , harga tengah baekkk punya promosi. Kolam renang pun best ! Hahaha.. katil pun best ! View pon syok ! Huhuhu.. parking pon senang. Eh , nak makan sedap pun dekat dekat jer.. Haaa , apa lagi ?

Pakej promosi terkini  !


Hingga hujung tahun !!  Harga bilik bermula dari 15 Ogos 2020 - 31 Disember 2020 .

Superior Room: RM120 per room per night

Deluxe Double / Single: RM140 per room per night

Deluxe Triple: RM180 per room per night

Studio Suite: RM230 per room per night

Family Suite: RM290 per room per night

Harga tak termasuk untuk sarapan pagi yer. Tapi kalau nak sarapan , tambahan RM6 per set. Murah jer kan ?






Gym ada. Kolam mandi indoor ada. Ballroom untuk buat majlis perkahwinan , meeting , gathering , memang terbaik ! Sesuai. Aku dah tengok. Selesa gitu. Tiba tiba rasa nak buat talk lagi kat Kelantan. Heheheh..

Dan bab makan.. Kelantan dan makanan berpisah tiada ! Kalau di hotel dah sedap, buat apa nak cari kat luar kan ? Hahahah.. Yer.. tapi sebelum nak mencari kat luar , apa kata rasa dulu air tangan chef mereka.. Pasti berbaloi. Harga pun murah jer.. Tak rugi pun nak cuba. Kan kan ?

Ada Roti Canai , Roti Telur Goyang , Nasi Dagang, Nasi Kerabu , Nasi Lemak dan French Toast. Fuh.. masa update entri ni pun dah teringat .. terliur kau ! Kelaparan terus. Hahaha. Air percuma.. Teh Tarik.






Amacam ? Nak gi ? Cepat cepat buat tempahan sebelum penuh. Maklumlah , Kelantan selalu jadi pilihan terutama musim cuti. Maka cepat cepat la yer.. Nak lagi syok, gi bukan musim cuti. Huhuh.. Enjoy gitu.. Tak sesak...

Maklumat lanjut :

Facebook : https://www.facebook.com/holidayvillaKB/
Instagram : https://www.instagram.com/holidayvillahotelkotabharu/

Untuk tempahan : 

Tel :  09-7474004
Email : rsvn@holidayvillakb.com
Whatsapp : Www.wasap.my/60189033446 / Www.wasap.my/60189622350


Share
Tweet
Pin
Share
16 comments
Alhamdulillah... dapat gak gi solat sunat Aidiladha di masjid selepas Aidilfitri lepas, buat kat rumah jer.. Dan kali ni , solat sunat dalam Norma Baru. Satu sejarah buat dunia. Dan nak masuk masjid pun kena beratur gitu. Tertib memasing. 

Aku pun upload la gambar ke Facebook. Dan aku tak amik tau pun part MySejahtera aku tu.. Walaupun aku selalu je nampak status di MySejahtera aku tu  , berwarna merah. Aku buat dek je la. Sebab mungkin status tu kasi tau tempat aku tu , berisiko tinggi untuk dijangkiti. 




Aku upload dan beberapa orang kenalan FB tegur. Hurm....Aku tak amik tau pun dan sekadar gelak gelak jer. Tapi bila aku teringat mengenainya , aku terus Google mencari jawapan kenapa risiko 'High'! 

Hurmm...

Dan dapat jawapan.. 

I received a ‘high’ risk status after scanning the MySejahtera QR Code, am I be allowed to enter the premise?

MySejahtera users who are currently classified as Person Under Surveillance (PUS), Person Under Investigation (PUI), Casual Contact or Close Contact will receive ‘High Risk’ status. Similarly, non-MySejahtera users will also receive ‘High Risk’ status if they have answered ‘Yes’ to the health declaration in the Check-In registration page. 

Entry into the premise for ‘High Risk’ visitors is dependent to the particular premise policy. Currently, no rules have been set to deny the entry for the
visitors

Apa kena buat ??? Pengguna yang dapat HIGH ni kena update maklumat kesihatan diberikan pada kita di aplikasi MySejahtera tu. Kita kena jawab dengan jujur dan ikhlas. Jangan tipu. Kalau tipu, kita akan menyusahkan diri kita dan juga semua orang ! Jawab soalan tu dan status akan berubah.. 

Aku jawab dah.. 


Dan automatik status berubah ! Adehh.. Baru la aku paham menda alah ni. Bukanlah buta IT tapi malas amik tahu ! Huhuhuh.. Rupanya begini nak 'main' dia.. Adehh... 
Share
Tweet
Pin
Share
36 comments
Tak pernah aku hadiri mana mana majlis dan memberikan tumpuan terhadap majlis tu ! Ini pertama kali , aku hadiri majlis dan tertarik sangat dengan isi kandungan di majlis ni. Walaupun santai dan sederhana tapi apa yang mereka nak sampaikan pada hadirin , sangat bermanfaat terutama sekali mengenai berkongsi pendapatan keuntungan ! Fuh.. menarik , tertarik... da bomm !  Hee.. 

Bab duit.. sapa tak tertarik kan ? Lebih lebih lagi sejak PKP ni , masing masing mula memasang pelbagai pelan perancangan untuk teruskan kehidupan. Masing masing baru sedar akan kerjaya yang mereka ada sekarang , bila bila masa boleh hilang. Maka.... sediakan pelbagai pelan andai ianya berlaku sekali lagi, korang tak tepuk dahi dah. 

Ok.. di Oasis Ara Damansara pagi tadi ( 26/7/2020) , aku dan beberapa rakan blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari hadiri majlis Auraprenur Meet & Greet Introduce/ Present D'Aura Ambassador anjuran D'Aura. Masing masing hadir dengan satu perasaan ingin tahu.. Apakah yang tarikan kali ini? 

Selepas daftar diri , aku diberikan cenderahati . Seperti dijangka, aku terima produk VCO dalam dua bentuk iaitu softgel dan cecair.. Tiba tiba aku teringat akan satu perbualan aku dengan seorang rakan ketika di Tioman baru baru ni. Sahabat tu dah pun berusia 60 an tetapi tidak sama sekali kelihatan seperti usianya ! Cergas dan segak orangnya ! Bila aku tanya apa rahsianya.. dia kata amalkan pengambilan makanan semulajadi seperi minyak ikan , minyak zaitun dan minyak kelapa dara ! Nahhh... Tu dia !! 

Dua produk ni , D'Aura Softgel dan D'Aura Gold adalah produk yang memang dah dapat sambutan hangat lebih lebih lagi ketika awal  PKP baru baru ni. Dan sebelum tu, D'Aura menjadi pilihan ibu-ibu mengandung di Brunei , Singapura dan juga negara kita sendiri. Memang dah lama dah popular.. Maklumlah , dari tahun 2012 lagi dah mula naik.. 







Ok.. Teruskan cerita.. Hehehe.. Di majlis ni , ada 3 kandungan. Yang pertama , pengenalan Hidayah Bakar sebagai Duta D'Aura. Aku rasa dia memang layak sebab tengok dia pun merendah diri terutama ketika berbicara. Takda riak angkuh atau sombong pun. Sangat sesuai sekali dengan D'Aura. 

Rezeki anak gitu.. Alhamdulillah. Tahniah Dayah.




Kemudian Dayah Bakar memperkenalkan produk baru yang mana dia sendiri bakal gunakan.. maklumlah , bakal melahirkan cahaya mata  pertamanya tidak lama lagi. Dua produk itu ialah Aromatic Virgin Coconut Oil (AVCO)  dan Set Bersalin D'Aura.

AVCO boleh digunakan untuk sapuan pada luaran seperti pada kulit dan rambut. Kaya dengan antioksidan dan berlainan dari berbau harum. Untuk pengetahuan , haruman dari AVCO bukanlah dari bahan campuran kimia tetapi dari ekstrak tumbuhan. Maka ianya selamat untuk digunakan. Hanya sapu , dan tak sampai 10 saat.. AVCO akan meresap dalam kulit dan yang tinggal adalah bau harum. Menarik kan ? Hehehe..



Untuk pengetahuan. AVCO juga boleh bertindak sebagai Double Cleanser  yang mana akan memastikan segala kotoran pada muka dibersihkan dengan sempurna serta membuang kotoran yang menyumbat pori  seperti lebihan minyak dari sunscreen , lebihan solekan dan peluh. Terdapat dua haruman iaitu Floral Fresh dan Morning Dew. Harga baru RM21.90 jer.



Dan yang kandungan ketiga majlis ini ialah Program Aurapreneur ! Kalau korang nak jadi usahawan tapi takda modal atau nak belajar meniaga , nah.. ini masanya ! Mereka bersedia untuk menurunkan ilmu serta berkongsi pendapatan dengan cara menjadi usahawan ! Mereka akan sediakan modal dan sebagainya.. tapi ! Haaa.. bersyarat. Kalau nak tau dengan lebih lanjut , korang kena tanya sendiri ! Mereka dah buat program usahawan ni lama dah. Cuma kali ni nak war warkan sebab ramai hilang punca pendapatan sejak PKP ni. Ini cara mereka 'bersedekah'. Alhamdulillah.. 

Boleh hubungi 019 9999 256


Untuk maklumat lanjut :

Web : www.daura.com.my
Instagram : https://www.instagram.com/daura_hq/
Link Tree : https://linktr.ee/daurahq

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments


Yeargh.. aku saja je update status begini di awal pagi. Hahaha.. Bukan apa.. Kita ni, bila nampak RM, mesti akan terbeliak mata ! Hahaha.. Termasuk aku la. Status tu bukanlah scam atau tipu. Yer , memang pon dah lebih.. Tapi aku dah isytihar pun pada LHDN dan bayar zakat pendapatan setiap tahun pada Lembaga Zakat Selangor. 

Kenapa aku up status gitu ? Sebab orang kita dok galak nak buat Youtube.. galak nak buat video dan dapatkan income dari situ ! Apakah Youtube je boleh buat duit ? Apakah di zaman ni video je orang pandang ? Eh... video ni dari dulu laa.. Dari zaman tv lagi ! Tapi sedar tak , orang masih membaca ?? Tak kira la buku fizikal ke.. e book ke.. Selagi ada mata, orang membaca ! Ingat menonton ni best sangat ke ? Penuh dengan edit tauu.. kasi nampak cun ! 

Berbeza dengan membaca karangan seseorang ! Kita boleh rasa orang tu bercerita dengan jujur dan ikhlas. Malah orang yang bercerita tu pun , seronok sebab tak nampak muka dia pun. Yelah , nak buat video ni.. kena muka kacak dan cun. Kalau muka pecah rumah.. buat video sah sah kena keji ! Tu realitinya. 

Dan blog dari dulu hingga bila bila tetap boleh jana pendapatan ! Kena tau cara dan bagaimana jer ! Sebab tu orang kata... mereka yang berpengalaman dalam hidup ni , merupakan orang yang bertuah ! Pengalaman ni hadir dari pelbagai cara. Sebab tu kita kena kutip semua pengalaman yang ada dan ianya berbaloi di masa akan datang. 

Dan aku memang lebih suka galakkan kawan kawan membaca dari menonton.. 



Ketika awal berblog dulu, aku tak pikir pun soal jana pendapatan. Aku lebih pada minat. Sejak di bangku sekolah lagi aku minat dengan karangan serta mempunyai daya imaginasi yang agak menarik la. Nak cakap daya imaginasi yang gempak , serupa angkat diri sendiri la. Hahahha.. Oh ya , selain menulis , aku juga suka melukis. Ketika tu laaa.. Sekarang jari jemari dan keras kejung ! Hahaha.. Nak tulis nama sendiri pun tak leh nak baca balik... Hahahaa.. Abis kerekot kata orang lama. 

Teringat lagi saat saat aku mula menyentuh blog. Sebelum tu , aku dok 'berkarya' di Facebook.. Kawan baik aku ketika tu syorkan aku supaya buat blog. Tapi aku tak nak. Aku tau 'masalah' aku dengan internet ni. Yer , aku taik internet ! Aku boleh duduk mengadap komputer melayari internet berjam jam lamanya ! Macam macam aku dok buat dan godek.. 

Dan sebelum berkahwin , aku dah pun punya blog sendiri. Tapi ketika tu aku lebih ke arah menulis novel di free web.. GeoCities. Dan belajar mempromosinya di MIRC serta Yahoo Messanger. Tapi terhenti sebab kekangan waktu. Dah ada followers pun ketika tu.. Huhuh.. 

Selepas kawin... aku lebih suka abiskan masa duk mengadap depan tv.. Layan movie. Internet tidak lagi aku layan.Kecuali di pejabat jer.. atas urusan kerja dan sesekali layan Facebook. Ketika tu , Friendster dan Myspace pon masih ada. Facebook baru lagi. Dan follower memang dah beribu dah. Hehehe...  Aku suka mengomel. 

Nah... 10 tahun sudah berlalu. Aku dah pun 'dikejar' LHDN. Dah pon diminta isytihar pendapatan . Dan memang setiap tahun pun aku bayar zakat pendapatan yang mana ketika aku bekerja dulu, nak bayar zakat pendapatan pun tak dapat.. Tak layak ! Huhuh.. Alhamdulillah.. sekarang layak dah.. Suka suka sukaaa ! Tu tujuan kita berduit ni. Dapat bantu umat Islam yang lain. Bukan suruh kumpul harta jer ! 

Ok.. Ada yang tanya kos buat blog. Berapa aku abis untuk naikkan branding nama Ben Ashaari ? Panjang sebenarnya nak cerita ni.. Hahaha.. Aku dah boleh keluarkan e book macam ni. Yelah , 10 tahun lebih kot dalam dunia blogging ni. Macam macam cerita dan pengalaman ada haa..

Bagi yang kenal , tahu la camana kan.. Dan biasanya kalau aku bercerita berdepan dengan orang , mesti orang tu nak jadi blogger punya ! Hehehehe.. Semestinya memang aku galakkan punya. Lagi ramai blogger lagi bagus. Bukan apa.. masing masing ada pengalaman , ilmu dalam diri mereka. Maka keluarkanlah.. berkongsilah ! Manfaatkan buat insan lain.  Kan kan ?

Camana aku buat duit dari blog ? Camana orang boleh kenali BEN ASHAARI ? Panjang nieh ! Ada masa ke nak baca ? Hahaha.. aku tau.. korang tunggu part income je kan ? Korang nak baca atau nak dengar sendiri ? Haaaa.. Hahaha.. 

Sejujurnya , aku bukanlah pakar bab blog. Aku cuma suka bercerita dan impian aku jadi kenyataan sejak bergelar blogger ni ! Macam macam yang aku impikan selama ni.. tercapai ! Dan aku sama sekali tak menyangkanya ! Alhamdulillah.. Rezeki selepas kawin yang mana aku ingat dulu , kalau aku kawin.. aku mesti berhempas pulas mencari rezeki siang malam. Maklumlah , gaji kecik. Huhuh.. Tapi tidak.. aku berhijrah demi keluarga.. Dan janji Allah pada mereka yang berhijrah.. ada rezeki masing masing. Yang penting , usaha dan rajinlah pohon padaNya.. 



Bagi mereka yang tinggal di Kelantan ... Kalau berminat nak dengar sendiri.. InshaAllah.. aku akan kongsikan bersama.  Antara point yang akan dikongsikan nanti ialah ; 

a) Menulis di Facebook vs menulis di Blog.
  • Kelebihan & kekurangan. 
  • SEO. 
  • Platform media sosial tidak bagus untuk penulisan?


b) Kelebihan blog untuk usahawan, industri pelancongan, penulis.

c) Content is the new marketing.

d) Cara jana pendapatan dengan blog.

e) Bagaimana boleh terlibat dalam dunia blogging secara sepenuh masa.

f) Pahit manis dalam dunia blogging.

g) Aktiviti dan program Kelab Blogger.

Amacam ? Rasa rasa ok tak ? Nak pergi jauh lebih mendalam mengenai blog ni, takda la.. sebab talk ni santai je. Tapi inshaAllah bermanfaat terutamanya mereka yang tercari dan mencari cari semangat untuk menulis.. 


Share
Tweet
Pin
Share
12 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (61)
    • ▼  Disember 2025 (2)
      • Proses pemulihan dan menguatkan kembali sendi otot !
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes