BEN ASHAARI




Aku terbaca kisah seorang single daddy yang menjaga 3 orang anaknya di Twitter. Katanya tiada lagi me time sejak PKP ni. Anak tak boleh ke sekolah , ke taska atau ke rumah pengasuh. Semua kena jaga sendiri. Dia punya tekanan atau stress.. Allahu... memang giler punya stress ! Kalau dapat gi kerja , ok la.. merasa la jap me time ! Ni tersekat di rumah dengan anak anak yang.. hurm.. aku rasa korang pun tahu camana kan ?

Di Facebook.. aku terbaca posting seorang kenalan wanita. Dia meniaga dari rumah juga. Amik order dan hantar. Di rumah juga dia kena jaga anak anak yang sedang membesar. Aku tak pasti berapa umur anak anaknya tapi sian aku membacanya. Beberapa orang meninggalkan komen turut beritahu mereka stress sampai nak kemas umah pun rasa nak muntah ! Maka umah pun terbiar buat sementara. 
Aku memahaminya ! 

Kalau takat duduk rumah dan jaga mereka, senang jer ! Tapi anak anak yang perlu belajar secara online , buat kerja rumah , kena belajar .. semua kita kena uruskan ! Bukan mudah nak suruh mereka belajar woii. Boleh bikin rusuhan dalam rumah ! Kena lak diorang ni memang dah manja ngan kita.. Memang kena ayam ayam je la ngan diorang.. 


Cam kes aku.. memang aku jaga anak anak aku dari kecil tapi diorang dah membesar. Kena pandai membaca , mengira dan mengaji. Huhu... Memang berperang la aku ngan diorang ni. Nak tunggu diorang pegang buku, macam macam diorang nak. 

Mula mula makan.. 

Pastu susu... 

Disusuli dengan pergaduhan..

Dan diikuti dengan tangisan.. 

Barulah nak belajar.. 

Masa tu , masing masing dah muncung ! 

Mood nak belajar dah ke laut ! 

Tu belum yang si kecik menjarum abang ajak main game ! 

Akhirnya...

Aku jadi Hulk ! 

Akhirnya aku guna pendekatan begini..

Kasi masa kat diorang. Lepas Zohor , semua belajar hingga jam 3 petang. Pastu tv , aku bukak Youtube pembelajaran jer. Belajar Bahasa Melayu. Suku kata dan sebagainya. Atau pembelajaran Sains seperti National Geographic. 

Petang , baru aku kasi handphone jap. Dalam jam 6, keluar bermain di luar.  Malam , mak diorang ajar lak.. Mengaji , buat kerja rumah. Dengan aku , lebih pada pendekatan old skol la... Heee.. Dan diorang boleh ikut cara gitu. Win win situation ! 

Yer.. si kecik pun dah pandai demand ! " 5 minute je , daddy ! ".  Dan diorang ikut apa diorang cakap. Sebab kalau tak ikut , diorang tau apa akan jadi pada diorang.. 

Jadi apa ? 

Mungkin aku bukak pintu dan letak diorang kat luar ! Malam malam buta. Meraung la weh ! Mau berani nak buat ? Dah kena sekali dua.. serik weh.. 

Atau..

Kalau masih dok mengila main phone.. aku dah hammer sekali ! Satu phone dah gone with the wind ! Memang aku menyesal la pastu tapi kesannya tetap ada. Diorang memang takut sebab tau aku akan buat punya. Haa.. aku memang akan buat walaupun pastu akan menyesal. Hahahaa.. 

Ok pointnya mudah jer.. Anak anak ni bila buat hal, sebenarnya diorang memberontak. Yelah, diorang pun manusia. Bila duduk rumah jer.. memang boleh giler ! Kita ni boleh la gak keluar jap jap.. Diorang tak boleh langsung ! 

Belajar tu.. belajar la.. tapi kejap kejap dah la. Kalau memanjang belajar jer, kita sendiri boleh mental ! Maka kena la duduk sama sama dengan diorang. Barulah diorang tak buat hal. 

Dan.. luang je la masa dengan diorang buat sementara ini. Kita tak tau apa ada depan kita tu ! Silap silap Covid 19 masuk rumah.. dah satu rumah kena duduk wad.. berpisah dengan anak anak. Time tu baru nak merindu ? Hurmm.. 


Share
Tweet
Pin
Share
2 comments


Minggu ke 3 eh ? Sat check entri lepas.. Ok , confirm ! Ini minggu ke 3. Sejujurnya aku tak dapat layan 100% sangat semua persembahan peserta. Tapi yang mana aku jangka ke final itu , aku tengok la. Hehehe. Dan yer, mereka memang calon ke final. 

Sapa ? Boleh baca kat entri aku yang aku dah buat awal awal ! Hahaha.. macam tikam no ekor lak eh ? Hehehe...  Baca - Siapa Juara Gegar Vaganza 2020 ? . Ini cuma ramalan aku berdasarkan populariti dan juga kemampuan mereka pada masa yang lepas.. Aku punya pendapat la. Korang punya, aku tak leh nak kata apa la. Heee..

Persembahan dari Indigo , aku terus rasa mereka akan terkeluar minggu ini. Tapi mereka bernasib baik kerana bro Yantzen tak dapat buat persembahan dek kerana kurang sihat. Faham faham je la kan.. tak sihat , tak leh masuk pentas gitu... Huhuh.. 

Tapi bro Yantzen pun bernasib baik kerana tidak terkeluar dek kerana tak dapat buat persembahan. Tapi Dato Ramli MS buat keputusan bijak.. tidak ada sapa sepatutnya terkeluar minggu ini. Kiranya nak kena adil la kan ? Cuma bagi aku... kalau nak nampak adil , minggu depan bro Yantzen kena nyanyi dua lagi dan di situ markah penuh dibuat berbanding yang lain.. Ha , kan ? Heheee.. cadangan aku je la.. 

Noraniza Idris , Muss , Linda.. Bagi aku, diorang power minggu ni. Mungkin lagu diorang dapat kot ? Yang lain tu... aku tak leh nak komen sebab tak tengok sangat. Tak berjaya menarik minat aku ketika tu kot ? Hahahaha.. 

Minggu depan.. mencabar la jugak. Dan semua peserta kena bersaing dengan lebih bersungguh kerana Linda , Noraniza Idris bukanlah peserta yang calang calang ! Dua ni spesis buat kerja bersungguh punya. 

Dan aku rasa... Indigo atau Eva mungkin terkeluar minggu depan. Well... Hee...

Top 5 Markah Peserta Minggu ke 3 :

1. Ayu Damit ( 80.60% )
2. Noraniza Idris ( 73.40%)
3. Linda Nanuwil (70.80% )
4. Muss ( 69.60)
5. Aju ( 68.80 )


Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

Bila keluar je telefon pintar baru , wajib diorang kata menjimatkan bateri atau bateri besar ! Pergh.. sakit tul hati aku weh ! Bagi aku sama jer.. Bila install je Whatsapp , Facebook, Instagram dan aplikasi yang selalu guna , terus bateri cepat cair !!! Kan kan ? 

Boleh nak dikatakan , sehari berkali kali charge. Bila dah penuh. pakai tak sampai sejam dua dah kurang 80%. Tu belum nak layan movie bagai haaa atau dengar lagu. Perghh.. sampai rasa nak dapatkan bateri berkuasa nuklear je ! Tu pun kalau ada la.. heee..

Ok.. aku rasa ramai orang cam aku ni.. Yakni kurang nak explore handphone kecuali guna , guna dan guna ! Kan ? Haaa.. Setelah hampir 3 tahun aku guna Samsung Galaxy Note 9 aku ni, akhirnya aku dah tau camana nak jimatkan bateri telefon aku ni. 

Caranya gini jer.. Korang kena buka bahagian SETTING telefon korang tu. Kemudian tengok di bahagian Battery. Kat situ, mesti ada bahagian yang bagitau apakah aplikasi yang korang guna terkini dengan meriahnya. Korang mesti tau kan... bila dah bukak aplikasi tu, 'diorang' takkan tutup punya. Aktif la gitu sampai kita sendiri 'matikan' dia ! Haaa.. Sebab tu bateri cepat cair !! 

Kalau dalam Samsung Note 9 ,  bahagian Battery tu dalam Device Care. Jika Oppo , di bahagian Battery terus.  



Kemudian di bahagian APP POWER MANAGEMENT tu , korang klik.  Dan klik DEEP SLEEPING APPS tu. Yang sini untuk kasi 'tidur' terus aplikasi korang. Maksudnya korang tak nak ada sebarang update terkini di situ. Contohnya Facebook atau Instagram. Aku tak nak tau apa apa berlaku dalam tu melainkan aku on. Bila aku klik Facebook, dia akan buka dari 0. 

Haaa.. bila tak nak guna , dia akan terus off... kira macam shut down la.. Kena faham ,aplikasi ni tak da butang shutdown kecuali LOG OUT.  Kalau LOG OUT lagi senang. Hahahaha.. Tapi risau terlupa password atau jenuh asyik nak LOG IN jer.. kan kan ? 


Untuk aku, setelah aku tau apa aplikasi yang kerap guna , maka aku letakkan dalam ruangan tu. Amik kau ! Aku tak nak tau apa apa update. Notifikasi memang aku dah tutup lama dah. Semak ! Kecuali email jer. Heeee.. 


Dan hasilnya pagi tadi..  bila aku bangun dari tidur, bateri aku cuma kurang 2% je berbanding sebelum ni , 20-30% walaupun tak guna ! Nah... amacam ? Untuk telefon jenama lain , korang cuba check bahagian Foreground atau Background. 

Selamat mncuba.. Untuk Iphone ? Iphone tu apa ? Hahahahahah... hahahahaha... hahahahaaa....
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Setiap hari , wife balik rumah..kelihatan lesu. Alhamdulillah , dia tetap lakukan tugasan harian seperti biasa di rumah sebagai seorang ibu dan juga isteri. Dan sebelum tidur , dia mesti akan mintak aku urut betis dan tapak kakinya. Lenguh. Tu belum bahu dan lehernya. Punca ? Tekanan kerja ? Atau banyak bergerak di pejabat ? 

Sampailah ari tu, kakinya terseliuh. Dia cukup takut untuk berurut. Aku pegang kaki dia pun dah melompat.. ni kan pulak nak suruh orang urut ? Ada gak kena sepak kat situ ! Hahahaha... Tindakan spontan gitu.. 

Teringat sorang kawan aku ni.. dulu aku pernah buat fisio dengan dia. Memang bagus orangnya. Cukup berpengalaman dan berilmu. Bukan calang calang la. Banyak yang dia tau dan belajar. Dan Alhamdulillah, masalah lutut yang aku derita hampir setahun , hilang selepas dia buat fisio. 2 kali treatment jer.. ! Kalau tidak , nak berlari pun tak boleh. Kat gym, aku kena balut lutut aku dulu sebelum nak angkat besi. 

Puan Atikah dari The Rehab Physio , yang buat treatment dari rumah ke rumah .. dah aku buat booking! Saja nak suprise wife ! Walaupun dia takut , aku yakinkan dia. Hahahah.. Cuba dulu.. baru tau ! Kalau sakit , tak yah buat dah... Gitulah.  Tapi aku tau, kawan kawan yang dah buat fisio dengan Puan Atikah, sangat sangat berpuashati hingga booking untuk sesi seterusnya. 

Yup.. SOP kena jaga ! Dalam mencari rezeki, kita tetap jaga kita. Jangan main belasah jer ! Treatment dimulakan dengan wife aku dulu. Saja aku suruh dia buat dulu untuk dia tahu camana Puan Atikah punya penangan ! Hahahaha... 

Mula mula sesi interview. Tanya soalan dan kita perlu jujur menjawabnya. Jangan sembunyi apa apa kerana risau akan beri kesan sampingan jika kita sembunyikan. Contohnya jika pernah buat pembedahan , patah ke.. jangan cakap tak pernah ! Haa... bahaya tu ! 

Puan Atikah juga akan ajarkan buat regangan. Ini sebenarnya  yang menjadi masalah buat kita semua.  Mengadap komputer lama, duduk atas kerusi lama.. tidur lama... bangun bangun terus bergerak tanpa lakukan regangan. Terkejut otot badan kita weh ! Haaa.. 

Masalah pada wife aku ialah kaki. Dia jarang jarang sangat bersukan lepas bernikah. Sibuk sangat. Aku pun tak tau la apa yang dia sibuk sangat tapi memang kelihatan sibuk. Kekadang aku perhati gak depan rumah aku.. kot kot ada BMW atau Merchedes muncul secara tiba tiba.. Hasil dari kesibukan dia. Hahaha.. Gurau gurau..  Sibuk membantu aku mencari rezeki untuk keluarga. Huhu.. Sebab tu aku hadiahkan dia , hadiah tidak ternilai ini ! Haaa.. Apa guna kasi emas berlian tapi badan sakit sakit , kan? Hehehehe.. 

Ok sambung.. Aku minta Puan Atikah fokus pada bahagian leher dan bahu dia. Aku tau dia ketegangan di situ..  Dan memang dia menjerit walaupun Puan Atikah tekan tak kuat tapi tepat pada titik yang tegang tu. 






Lepas selesai wife , giliran aku lak. Aku pun masalah ni banyak. Satu badan. Dan aku tak boleh duduk lama di lantai atau sofa. Mesti akan sakit pinggang lepas tu. Masalah otot tegang di bahu, leher, belakang badan dan bahagian bawah badan ! Semuanya berkaitan. Hahahaha.. Dan dia buat.. pergh ! Giler menjerit aku. Tak bernafas tapi aku tak nak dia berhenti ! Hahaha.. Camana tu ? Bukan sakitnya tu macam sakit kena tumbuk ke apa tapi sakitnya cam.. sedap tapi sakit ! Haa..gitulah ! 

Dan bila selesai dia buat.. memang terasa laaa leganya. Kalau nak tau kesan lagi best.. tunggu sehari dua. Memang terasa ringan badan. 






Boleh henjut kaw kaw kat gym pasni ! Hahahaha.. Pastu kena cari Puan Atikah semula untuk kasi ok semula. Hahaha.. Well.. no pain , no gain la ! Oh ya, selain masalah otot cam aku ni... The Rehab Physio ni ada buat pelbagai lagi treatment seperti stroke , parkinson , ostreo apa tu.. ala.. teringat biskut oreo lak. Terus lapar ! Korang tengok sendiri la kat web dia tu. Semua dah lengkap. Kalau nak berminat , terus whatsapp dia. Jangan lak mesej nak beli rantai emas lak. Dia tak jual. 

Moga cerita aku ni dapat membantu korang yang memerlukan khidmat seperti aku buat tu. Bukan urutan Bali atau manja manja tau.. Ni kasi korang sihat dan mental korang kembali waras seperti sediakala. Yer , aku tau.. sakit badan ni boleh bikin kita stress dan mental kacau bilau ! Dan hadiahkanlah buat tersayang korang tu. Jangan tunggu sakit teruk baru nak buat... sian diorang. 

Info lanjut : 

Instagram : https://www.instagram.com/therehab_physio/
Web : http://www.therehabphysiomy.com/
Whatsapp : klik https://wa.link/ptyed4 ( 011-5553 2903 )

Baca juga kisah kawan aku ni yang dah mencuba :

Fisio di Rumah jer oleh Meliza dan Pengalaman buat fisio di rumah oleh YB. Shehan





 

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

Bila aku tengok undian tinggi bersetuju pada gambar di atas tu , aku tertanya.. siapakah agaknya yang mengundi tu eh ? Apakah kawasan dia terlibat sama ? Jika ya, apakah dia hanya duduk di rumah , diselubungi selimut ketakutan ? 

Bukan apa.. kita dah diajar dan dididik... ikut SOP , ikut SOP ! Automatik dalam diri ni , dah biasa dengan norma baru kehidupan ! Tiada bersalaman.. jarakkan dengan orang lain.. gunakan penutup mulut , pakai sanitizer... tapi bila jadi kes macam ni , abis semua orang terlibat kena duduk di rumah ! 

Yer.. aku paham nak putuskan rantaian... tapi jika orang macam aku ni , 24 jam duduk di rumah , Covid 19 memang tak jangkiti aku tapi aku boleh mati dek kerana stress !  Dengan layan karenah anak yang tak pergi sekolah.. perhatikan pendidikan secara online , buat kerja sekolah.. dan malam tidur ! Rutin berpusing begitu untuk 2 minggu ! Weh, boleh giler kau ! Dulu masa PKP pun dah tahap bingai duduk rumah. Bila dah boleh keluar rumah tu, terasa lega la sangat. Bila dilonggarkan lagi boleh bersenam di luar rumah.. lagi ok ! 

Seluruh Kuala Lumpur dan Selangor ! Sabah tu aku tak pasti la kat mana area panas tapi kalau macam tempat aku , Bandar Baru Salak Tinggi di Sepang.. hijau ! Apakah patut kena duduk rumah gak ??? Kalau RED ZONE tu , aku paham la.. Buat macam sekarang ni buat.. PKPD terus ! Memadailah tak boleh keluar daerah.. Jika sampai nak bersukan pun tak boleh.. mati keras weh ! Dah la stress dengan masalah sedia ada.. mestilah nak lepaskan stress tu dengan cara betul yakni bersukan seperti berbasikal dan bersenam ! 


Di taman perumahan aku.. petang petang anak anak berbasikal , bermain badminton dan ibu bapa pulak ada yang berjogging. Masing masing tau apa kena buat.. Jarakkan antara satu sama lain ! Takda la pun nak berpeluk peluk atau nak bersalaman ! Berlari.. amik udara segar , berpeluh.. dan balik rumah !

Dan pada masa sama.. anak anak aku pun turut belajar di luar rumah. Sekurangnya tengok tumbuhan hijau. Takda la nak tengok tv atau gajet jer ! Diorang pun turut berpeluh dan paling penting.. malam mudah nak tidur sebab aktiviti harian dan memenatkan mereka. 




Dan gym pulak ! Sejak PKP dilonggarkan , gym memang ramai orang datang. Tapi jumlah orang dalam gym, dihadkan ! Tak boleh ramai ramai. Setiap 2 jam , gym akan dibersihkan. Manakala botol penyembur mengandungi air Dettol atau sanitizer diletakkan di setiap mesin. Mereka yang nak guna dan dah guna, dikehendaki bersihkan semula. Maka orang lain yang nak guna , tau tahap kebersihan mesin tersebut ! 

Bukanlah tergedik nak berbadan sado pun.. sama macam bisnes lain , nak buka pusat gym ni bukanlah murah. Kos tinggi. Sewa bulanan.. sewa mesin ! Jika mereka yang cintai bina badan ni tak support.. abis la pusat gym ni. Mereka akan bungkus ! Seterusnya , jika keadaan kembali reda, pusat pusat gym terpaksa kenakan harga mahal untuk keahlian ! Pergh.. tak mampu dah weh nak gi gym ! 

Jangan kata lak kemas rumah pun bakar kalori ! Ada korang nampak akak akak duduk rumah tu berbadan sado dek kerana kemas rumah ? Hehehe.. bukan nak berbadan sado pun.. tak sekurang kurangnya , nak la kemas dan kekar gitu ! Untuk kesihatan paling penting ! Di gym, boleh release tension ! Kesihatan mental kena jaga.. Barulah hidup sihat ! 
 



Kesimpulan aku.. jika nak perketatkan  sila tengok kawasan ! Jangan nak pukul rata . Kalau nak pukul rata , pukul dulu ahli politik yang menjadi punca dan juga mereka yang balik dari Sabah , tak reti nak kuarantinkan diri selama 14 hari walaupun mereka negatif dari awal lagi !! Kami yang jaga SOP dari awal lagi adalah mangsa. 

Kalau nak gak perketatkan, aku harap perketatkan satu Malaysia. Baru adil dan saksama ! Lalaalaaaa..



Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (61)
    • ▼  Disember 2025 (2)
      • Proses pemulihan dan menguatkan kembali sendi otot !
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes