BEN ASHAARI



PKPB menjelma lagi. Dan mula merebak dari satu negeri ke satu negeri. Aku yakin semua negeri bakal terlibat sekali lagi dengan PKPB ni. Buat masa ni , masih beberapa negeri 'terselamat' tapi kes kes kecil mula dah menjelma di satu satu daerah. Semoga Allah lindungi kita semua. 

Ok.. satu masalah yang aku nampak ialah... kita kurang peka part penjagaan makanan ! Perlu kita tau, jika kita tak jaga part ni , kita akan mudah dapat penyakit ! Makan jajan atau makanan segera yang ditambah dengan pelbagai perisa yang diproses sangatlah tidak bagus untuk kesihatan. Kita nak lari COVID 19 tapi kita jemput lak darah tinggi , sakit jantung , kencing manis  dan macam macam lagi penyakit mai ke dalam badan kita ! Dan ketahuilah ,  harga bila ke klinik dan hospital sangatlah mahal terutama jika kita ditahan ! Huhuh.. Kalau ada insuran , selamat la gak. Kalau takda ? Nak gi hospital kerajaan ketika ni , faham faham je la kan ? Tiada penjaga ! 

Aku ada masalah dengan tekanan darah tinggi ! Ketika aku jadi cikgu sandaran di usia 26 tahun gitu, aku dah diberitahu doktor yang aku ada hypertension ! Bila check tekanan darah , doktor akan pandang aku semacam. Dia pelik kenapa aku cam biasa jer.. Sepatutnya aku dah boleh jatuh pengsan gitu. Aku telan air liur bila dia kata gitu. Bukan sebab takut tapi doktor tu cun ! Huhuh.. Aku rasa tekanan darah aku naik sebab tengok dia kot ? Hahahaha... Tapi yer.. memang aku selalu sakit kepala , sakit belakang leher dan di batang hidung rasa cam...hurm.. bila urut part part tu ,terasa lega. 

Doktor kasi surat.. Dia tanya aku nak gi check hospital tak ? Aku tak nak. Dia kasi ubat.. Suruh datang lagi 2 minggu. Balik rumah.. ubat tu aku buang. Aku bagitau mak aku. Dia buatkan air daun betik. Dia rendam air tu dan kasi aku minum. Alhamdulillah.. lega la juga pastu. Huhuh... Sejak tu, seminggu sekali aku amalkan minum air tu. Masalah tu muncul bilamana aku stress dan tidak jaga pemakanan serta tidur aku ! Suka tidur lewat.. makan megi dan makan di kedai kedai yang banyak letak perisa MSG gitu. Lepas makan, mesti akan sakit kepala ! Huhuhu.. 

Bila tukar kerjaya.. masalah tak selesai. Dalam seminggu , mesti aku akan MC punya. Wajib ! Sakit kepala dek kerana tekanan darah tinggi. Hurm... Akhirnya aku buat keputusan. Nasib baik dah kawin masa tu. Wife banyak tolong aku part ni. Dia sediakan pemakanan yang sihat. Buatkan sandwich dan masak makanan yang kurang garam. 

Bila aku dah tau banyak perkara seperti gula punca kepada kanser , garam tidak bagus bila ada dalam makanan, penggunaan minyak dalam masakan dan sebagainya , aku mintak wife jangan lagi letak garam dalam makanan aku , tiada gula dalam minuman aku dan juga gunakan minyak pilihan ketika masak. 

Dan paling penting ialah kena rajin minum jus buah buahan dan sayuran. Gabungan buah dan sayuran memberi kesan baik pada tubuh badan kita. Seminggu sekali , aku minum air asam keping. Yang ni untuk turunkan tekanan darah tinggi dengan cepat. Kalau korang ada masalah tekanan darah tinggi tu. amikla beberapa keping asam keping , letak dalam cawan. Basuh sekali je pastu rendam dengan air panas. Biarkan suam. Pastu minum. Lepas minum , sila tidur yer ! Rehat. Tu jika malam. Jika siang , aku suka minum awal pagi selepas minum air suam. Minum secawan . Aku buat setiap hari Isnin jer.. seminggu sekali je. Awal awal dulu , aku minum tiap malam. Sekarang ni je seminggu sekali. 

Alhamdulillah.. sekarang dah umur 44 tahun. Aku tak pernah lagi gi check doktor dan taknak lagi. Hahaha.. Bukan apa.. bila gi check kang.. haaa ! Faham faham je kan ? Kita elok elok sihat.. bila dapat tau ada sakit itu ini, terus mental down ! Huhuhu.. Baik aku kawal begini jer. Kalau pendek umur , aku tak leh nak kata apa dah la kan ? Mana leh kawal , kita kawal.. selagi mampu ! Part ni , jangan ikut perangai aku yer ! Huhuh.. Korang gi la check yer.. kalau dah umur 30 tahun ke atas.

Oh ya.. bersenam setiap hari tau.. Paling kejap pun setengah jam. Berjalan kaki atau berlari anak je dah memadai. Kalau tak nak pun , naik turun tangga dengan cara squat gitu.. Ada banyak cara bersenam di internet. 


Kebaikan dan Khasiat Buah Delima dari page Pakar Penjagaan perut & Kesihatan Anda. Maaf yer... aku copy paste part ni sebab dah cantik dah dia tulis. Kang aku edit atau cut cut part penting, tak cun lak kandungannya.. Disebabkan ianya bermanfaat untuk kita semua , maka sebab itulah aku amik je semua contentnya. 

Buah delima merupakan salah satu buah yang sangat terkenal dengan kandungan nutrisinya di seluruh dunia. Buah tersebut berasal dari India Utara, Pakistan, Iran dan Afghanistan. Selain itu, buah ini juga boleh didapati di Malaysia, Asia Selatan, California, Afrika dan lain-lain.

Buah ini berwarna oren kekuningan, merah ataupun ungu. Isinya pula berwarna merah jambu dan mempunyai biji yang kecil. Rasanya manis berjus.

Buah delima juga popular dalam bidang perubatan dan kecantikan kerana ia mempunyai kandungan yang sangat baik untuk badan. Perkara ini telah diamalkan sejak beribu tahun yang lalu!

Dalam entri ini, anda akan disajikan dengan:

7 Fakta Nutrisi Buah Delima
4 Kebaikan dan Khasiat Buah Delima (dari pelbagai sudut)
3 Kajian Kes Ke Atas Khasiat Buah Delima
4 Peringatan Tentang Pengamalan Buah Delima
Kesimpulan

7 Fakta Nutrisi Buah Delima

Berikut adalah beberapa senarai nutrisi yang terdapat dalam buah delima:

Buah delima sangat baik kepada kesihatan kerana ia mempunyai kandungan anti oksida yang lebih tinggi daripada beri asai (acai berry) ataupun teh hijau.
Buah delima mempunyai kadar Vitamin C yang tinggi, dalam 100ml mengadungi 16 peratus kadar keperluan harian seseorang.
Selain itu, buah delima juga mempunyai kadar Vitamin K yang tinggi, dimana boleh membantu kesihatan tulang. Tambahan lagi, buah delima mengandungi Vitamin B yang mana boleh membantu badan memproses protein, karbohidrat dan lemak.
Buah delima mengandungi manganese untuk membantu perbentukan struktur tulang semasa proses metabolik dan potasium yang boleh mengkalkan fungsi selular dan mengawal kadar bendalir dalam badan.
Buah ini juga mengandungi kadar fosforus, magnesium, kalsium, zink dan zat besi yang tinggi. Manakala, kandungan lemak dan kolestrol dalam buah ini sangat sedikit.
Buah ini hanya mempunyai 130-150 kalori, yang mana 105 kalori tersebut daripada biji (kita kebiasaannya tak makan biji tersebut).
Biji tersebut mempunyai kadar kalori sedemikian kerana mengadungi minyak tidak tepu, gula dan karbohidrat. Pada masa yang sama, biji tersebut mengandungi serat dan protein.
4 Kebaikan dan Khasiat Buah Delima

Buah delima sudah digunakan dalam bidang perubatan di Timur Tengah sejak dahulu lagi. Pada masa itu, ia digunakan sebagai tonik untuk menyembuhkan penyakit ringan seperti ulser dan cirit-birit.

Jus buah delima mengandungi anti oksida seperti anthocyanin dan asid ellagik, gallic acids, dan flavanoids seperti quercetin yang mana boleh melindungi anda daripada kencing manis (diabetes), sakit jantung, osteoarthritis dan beberapa jenis kanser yang lain.

1. Khasiat Dari Sudut Kecantikan

Pengembalikan Sel. Buah delima boleh melindungi epidermis dan dermis kulit dengan membantu pengembalian sel kulit, menolong perbentukan semula tisu-tisu badan, penyembuhkan luka-luka dan memperbanyakkan peredaran darah ke kulit.

Minyak dalam biji buah delima juga memainkan peranan dalam menguatkan dan membantu lapisan epidermis kulit. Ha ini kerana bijinya juga mengandungi kadar nutrisi yang tinggi.

Melindungi Daripada Cahaya Matahari. Buah delima dapat melindungi kulit daripada sun burn dan merawat sebarang masalah kulit disebabkan terlalu kerap terdedah dengan cahaya matahari. Tambahan lagi, ia boleh melindungi kulit daripada radikal bebas matahari, yang boleb menyebabkan kanser. Minyak dalam buah delima mempunyai anti oksida yang boleh membantut perbentukan tumor dan barah kulit.

Lambatkan Proses Penuaan. Pemakanan buah delima boleh mengelakkan anda daripada hyper pigmentation, bintik-bintik penuaan, bintik-bintik hitam, garis muka dan wrinkles yang biasanya disebabkan oleh pendedahan yang terlalu banyak kepada cahaya matahari.

Mengekalkan Awet Muda. Buah delima mempunyai kandungan yang boleb melembutkan kulit dan wajah. Pada masa yang sama menghasilkan elastin dan kolagen tambahan yang boleh mengembalikan keanjalan kulit.

Memulihkan Kulit Yang Kering. Buah delima ada kalanya dimuatkan dalam produk-produk kecantikan kerana ia mempunyai struktur molekul yang boleh masuk ke dalam lapisam kulit dan memberikan kelembapan tambahan.

Buah delima mengandungi punicic acid, satu bentuk omega 3 yang mengekalkan tahap kelembapan pada kulit.

Merawat Muka Berminyak dan Berjerawat. Buah delima sangat berguna kepada kulit yang berminyak dan berjerawat juga. Sapukan perahan buah delima pada permukaan kulit yang terjejas boleh mengurangkan perbentukan serum dan mengawal perbentukan jerawat. Tambahan lagi, buah ini juga boleh mengurangkan kesan parut disebabkan jerawat.

Buah Delima Sebagai Face Mask. Campurkan 1 sudu teh powdered green papaya, grape seed oil, dan grape seed extract dengan 2 sudu teh perahan delima. Kemudian sapukan pada muka. Biarkannya selama sejam dan bilas dengan air yang bersih.

Merawat Keguguran Rambut. Minum jus delima secara berkala boleh menguatkan akar rambut. Hal ini boleh mengelakkan masalah keguguran rambut, lantas memberikan anda rambut yang sihat.

2. KhasiatDari Sudut Kesihatan

Menghilangkan Radikal Bebas. Delima mengandungi kadar anti oksida yang tinggi seperti hydrolysable tannis dan polyphenols yang mana boleh mengurangkan kesan radikal bebas dalam badan.

Melindungi Kesihatan Jantung. Delima membantu membuang plak pada saluran darah dan membuatkan arteri lebih fleksibel. Dengan ini, dapay mengurangkan masalah saluran darah. Pada masa mengurangkan risiko artherosclerosis, iaitu punca utama masalah jantung.

Dengan pengambilan jus buah delima boleh mengurangkan tahap kolestrol buruk (LDL) dan meningkatkan kolestrol baik (HDL), yang mana boleb meningkatkan tahap kesihatan jantung dan mengurangkan risiko masalah kardiovaskular (jantung).

Melawan Kanser. Buah delima mengandungi anti oksida yang mana sangat efektif dalam melawan beberapa jenis kanser, termasuklah kanser payu dara, prostat dan kulit. Selain itu, anti oksida juga memainkan peranan untuk melawan sesetengah penyakit yang lain.

Bahan anti oksida akan menyebabkan perbentukan sel darah merah untuk menyahtoksinkan badan dan membentuk sistem daya tahan badan lebih baik.

Delima juga dipercayai boleh memberikan apoptosis, satu proses di mana sel itu akan memusnahkan diri sendiri. Pengambilan segelas jus delima setiap hari boleh membantut perbentukan sel kanser dalam kanser prostat. Tambahan lagi, ia juga boleh menghalang aromatase, satu enzim yang memainkan peranan yang penting dalam perbentukan kanser payu dara.

Membantu Sistem Penghadaman. Delima membantu sistem badan mengeluarkan enzim dengan sifat anti-bakteria yang boleb membantu sistem penghadaman dan melawan pelbagai penyakit makanan yang dimakan. Buah delima juga boleh merawat sembelit.

Cara pengambilannya adalah dengan mencampur 1 sudu teh madu dan 1 sudu teh perahan/jus buah delima ke dalam satu gelas.

Meningkatkan Selera Makan. Buah delima sangat sesuai untuk kanak-kanak yang tidak mempunyai selera makan. Ibu bapa digalakkan memberikan mereka minum segelas jus delima. Ini boleh membantu mereka untuk lebih berselera untuk makan.

Menyembuhkan Anemia. Anemia merupakan satu masalah kesihatan disebabkan oleh kekurangan sel darah merah dalam badan. Buah delima mempunyai kadar zat besi yang tinggi. Ini boleh meningkatkan kandungan hemoglobin dalam darah, dan lantas menyembuhkan penyakit anemia.

Mengurangkan Inflamasi. Delima mengandungi Vitamin C yang mana merupakan satu bahan anti-inflamasi. Ini boleh membantu anda mengawal dan mengurangkan penyakit asma, sakit tekat, batuk dan bersin.

Membantu Peredaran Darah. Buah delima juga sering digunakan untuk melegakan masalah darah tersumbat dalam saluran darah. Perkara ini boleh disebabkan oleh sesorang itu tidak mengamalkan pemakanan yang baik dan mungkin juga kerana merokok.

Membantu Mengurangkan Berat Badan. Kajian menunjukkan bahawa buah delima mempunyai khasiat semulajadi yang boleh mencuci badan dari dalam, detox dan membantu pembakaran lemak yang tidak digunakan. Oleh itu, buah delima sangat sesuai dijadikan satu makanan amalan setiap hari bagi sesiapa yang ingin mengurangkan berat badan.

Mengawal Kadar Gula Dalam Darah. Walaupun buah delima mengandungi fruktos, ia tidak meningkatkan kadar gula dalam darah sepertimana buah-buah yang lain. Kajian menunjukkan bahawa tiada peningkatan gula dalam darah bagi pesakit kencing manis yang mengamalkan pemakanan/peminuman buah delima setiap hari selama 2 minggu.

Mengawal Tekanan Darah. Buah delima juga boleh mengurangkan tekanan darah tinggi. Jus buah tersebut boleh mengurangkan inflamasi pada saluran darah bagi pesakit masalah jantung. Ia merupakan aspirin semula jadi, yang mana boleh mengelakkan perbentukan gumpalan darah.

Menghalang Perbentukan Plak. Anda mungkin tidak percaya, namun jus buah delima boleh digunakan sebagai pembersih mulut, seperti mana yang dijual komersial di luar sana. Beberapa kandungan dalam buah tersebut mempunyai sifat anti plak yang tinggi.

Kajian menunjukkan bahawa buah delima boleh mengurangkan plak pada mulut (disebabkan oleh perbentukan organisma) sebanyak 84%.

3. Khasiat Tambahan Kepada Lelaki

Mengurangkan Risiko Mati Pucuk. Pemakanan dan peminuman buah delima secara berkala boleh mengurangkan risiko kanser prostat, mati pucuk ataupun atherosclerosis. Kandungan anti oksidanya yang tinggi boleh mengelakkan anda daripada risiko penyakit-penyakit tersebut.

Merawat Kanser Prostat. Kajian menunjukkan bahawa dengan pengambilan buah delima boleh mengurangkan dan dalam beberapa kes boleh menyembuhkan pesakit kanser prostat.

4. Khasiat Tambahan Kepada Perempuan

Memberikan Kesihatan Ketika Mengandung. Buah delima mengandungi niacin, asid folik, potassium, kalsium, vitamin c, zat besi dan serat yang tinggi. Kandungan ini boleh mengekalkan tahap kesihatan wanita yang sedang mengandung dan perkembangan bayi.

Sifat buah delima yang anti inflamasi mengekalkan peredaran darah, sangat baik untuk perkembangan fetus bayi. Selain itu, buah delima mempunyai potassiun yang mana boleh mengelakkan kekejangan semasa mengandung. Pengambilan buah delima secara berkala oleh ibu yang mengansung boleh mengurangkan risiko kelahiran tak cukup bulan.

Pengambilan jus delima semasa mengandung boleh mengurangkan kekejangan dan masalah tidur yang biasanya dialami oleh wanita yang berbadan dua. Delima juga boleh meningkatkan kadar peredaran darah ke janin, yang mana boleh mengurangkan risiko kerosakan otak.

Mengurangkan Risiko Kanser Payu Dara. Kajian menunjukkan bahawa kandungan ellagitannins dalam buah delima boleh mengelakkan perkembangan sel kanser payu dara.

3 Kajian Kes Ke Atas Khasiat Buah Delima

Sekiranya anda tertanya-tanya, betul ke buah ini mempunyai banyak khasiat? Percayalah bahawa sudah melakukan kajian terhadap buah ini, bahkan sejak zaman dahulu lagi. Berikut adalah salah satu daripadanya.

1. Kanser Prostat

Satu kajian pada 2006 telah menemui bahawa meminum 227ml jus buah delima setiap hari boleh melambatkan perkembangan kanser prostat lelaki. Namun, walaupun kajian tersebut dilakukan dengan penuh teliti, terdapat beberapa pihak yang tidak bersetuju dan meminta beberapa kajian tambahan untuk menyokong penemuan ini.

2. Arteri yang sempit (Carotid Artery Stenosis)

Satu kajian telah dilakukan pada 2004 tentang pesakit Carotid artery stenosis, mendapati bahawa pengambilan 50ml jus delima setiap hari selama 3 tahun boleh mengurangkan kesan buruk kolestrol kepada arteri sebanyak 50%, dan boleh menghalang perbentukan kolestrol dalam badan.

3. Masalah Jantung

Satu kajian telah dibuat pada 2005 ke atas 45 pesakit yang mempunyai masalah jantung. Mereka diberi minum 238ml jus delima selama 3 bulan dan hasilnya sangat memberansangkan. Peredaran darah mereka semakin baik dan risiko sakit jantung semakin berkurang.

4 Peringatan Tentang Pengamalan Buah Delima

Sebelum anda mengamalkan pemakanan buah delima, anda perlu mempertimbangkan beberapa perkara kerana buah ini boleh memberikan kesan yang negatif sekiranya anda tidak mengikut senarai di bawah:

1. Jus delima tidak digalakkan diambil oleh orang yang sedang mengalami selesema, batuk, cirit birit ataupun penyakit yang berkaitan.

2. Jus delima mempunyai anti oksida yang boleh merendahkan tekanan darah. Oleh itu, sekiranya anda sedang mengambil ubat tekanan darah dari doktor anda, anda tidak digalakkan untuk meminum jus delima ini. Hal ini kerana berbuat demikian boleh menyebabkan anda mendapat tekanan darah yang sangat rendah (hypotension).

3. Orang yang mempunyai alahan pada sesetengah tumbuhan dan asma ada kemungkinan mempunyai alahan pada buah ini. Alahan yang biasa adalah muntah, mata berasa gatal dan kesukaran bernafas.

4. Buah delima boleh mengganggu kesan beberapa ubat, terutamanya ubat kolestrol.

Kesimpulan

Untuk mendapatkan semua khasiat dan kebaikan daripada buah ini, anda digalakkan untuk meminum satu gelas jus buah delima setiap hari. Buah ini agak murah dan tidaklah terlalu mahal, kerana ia senang untuk ditanam dan sesuai dengan iklim di Malaysia.

Sekiranya anda ingin mendapatkan kesihatan yang baik berpanjang, silalah masukkan buah delima dalam menu pemakanan harian anda

Info  dari Page : Pakar Penjagaan perut & Kesihatan Anda


Ok.. epal hijau , beet root , tomato , lobak dan lemon. Gabungan ni memang bagus ! Gunakan slow juicer untuk buat jus buah buahan ni. Lemon tu perahkan je jusnya. Tak yah kisar sekali. Aku tak pernah try lagi la kisar sekali. Tak tau camana rasa.. Huhuh.. 

Kelebihan beet root aku pernah ceritakan di blog ni. Baca di link SINI.


 Amalkan.. Jangan tunggu masuk wad, baru nak amalkan... 

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments



Hurm... termenung jap ! Apa jadi jika gym ditutup ? Aku tak kisah pun sebenarnya cuma yang akan jadi masalah ialah bisnes akan lingkup dan pekerja bakal hilang pekerjaan. Yelah , nak cover camana dah bisnes, kan ? Sekarang ni pun aku tengok nak kata buat duit pun tak leh dah.. Dan jika ditutup , orang macam aku ni , kena cari aktiviti lain la. 

Ok la gitu.. Aku tau pun ada pusat gym , memang ke laut SOP dia. Dah kasi bukak , tak reti pulak nak ikut SOP. Kata 10 orang , tapi aku kira.. lebih lak ! Pastu tak boleh sparring , korang bantai main berjemaah. Dah satu hal kat situ ! Belum lagi part sanitize lagi. Ikutkan camana ? Hurm.. ikut je la kalau nak buat bisnes ! 



Tapi bagaimana pula jika tak boleh beriadah petang petang selepas ni ? Hurm... Sejujurnya , mereka yang duduk umah jaga anak.. urus kelas pembelajaran online memang akan stress punya. Bila dapat keluar, rehat la jugak kepala otak. Anak anak lak dapat la lepaskan segala energy dia di luar.. Tapi ikutlah SOP kan ? Tu pun ada gak yang ke laut.

Kalau keras kat rumah jer, aku rasa aku boleh kembali dapat hypertension weh ! Wife pun bukanlah work from home memanjang. Dia kena gi gak pejabat dan aku kena urus 3 orang anak sendirian. Fuh.. sian diorang gak sebab bila aku jadi HULK ... huhu... kecut perut la gak memasing. Tapi 5 minit je la kecut perut. Pastu aku lak kecut perut ! Huhuh..

Aku harap.. jika nak perketatkan , jangan fokus pada rakyat jer yer.. Geng geng politik tu jangan dibiar gitu lak yer ?? Tengok ke laut je memasing tanpa ikut SOP.. Hurm.. 


Rakyat tetap diutamakan... yer.. diutamakan. Apa apa , rakyat kena dulu ! Ceh... bak kata sorang YB tu la.. Semua salah rakyat ! Haih.. Sabar je la yer kan ? 

 

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Korang biasa jaga orang tua ? Atau kanak kanak ? Atau punya punya sikap belas atau ikhsan terhadap mereka yang memerlukan ? Nah.. ini satu peluang untuk korang menambah ilmu dan juga memulakan kerjaya di samping dapat pahala besar ! Fuh... bukan semua mampu buat ni tapi semua boleh buat ! Cuma kena tau cara dan juga keikhlasan diri.. 

Ingin mencuba sesuatu yang baru yang mana pastinya akan berbaloi untuk anda di satu hari nanti ? Tak de pengalaman ? Takda ilmu ?  Tak pee.. mereka akan dapat membantu korang dari kosong sampai mahir. Bagus kan ? Haaa... 

Apa yang korang akan terima semasa kursus singkat tu nanti ialah ialah menjalani kursus latihan pengasuh satu (1) hari yang terdiri daripada kelas dan pengalaman langsung di kemudahan iCenter dan iHome.

Bayaran kelas adalah RM70 dan setelah selesai kalian akan diberi peluang untuk menjadi sebahagian daripada pasukan iREHAB. 

Apa lagi ?? Mulakan kerjaya anda di iRehab di kala ramai sedang kehilangan pekerjaan ! Jika anda terpilih serta berkelayakan. 








Untuk pertanyaan lebih lanjut, jangan ragu untuk menghubungi mereka di talian 017 988 0324 atau 012 9061690. Maklumat lanjut layari: 

Fb : https://www.facebook.com/irehab.neurocare/
Ig : https://instagram.com/irehab.neurocare
Web : https://irehab.com.my/
 

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments


Dua minggu dia mintak aku repair basikal dia. Tayar bocor. Tapi aku tak nak. Aku suruh dia kayuh dengan tayar bocor tu gak. Memang akan rosakkan tayar tu tapi aku nak dia tau , erti kepayahan dan kesukaran.  Jangan tahu nak kayuh laju dan selesa jer..

Seminggu dia kayuh dengan tayar begitu. Akhirnya ari tu dia merayu aku tukar tayar. Ok la.. dua minggu dah dia training dengan tayar gitu. Kaki dah kuat la skit. Maka aku pun turut la permintaan dia. Sian.. Kat rumah asyik 'disuruh' buat itu ini hingga dia persoalkan.. 

" Kenapa asyik abang jer ??? " . Dan aku beritau kenapa dia dan dia ! Balik balik , dia ! 

Aku kata.. " Jika daddy dah takda nanti, abang akan bertanggungjawab jaga ibu.. jaga adik adik ! Sapa lagi daddy nak harapkan ?? Tu tugas abang. Dari sekarang abang kena rajin. Faham ? " . Dia angguk. 

Dan esok lusa , tanya lagi.. Hahahaa.. 

Dalam 2 hari ni , aku mencari kedai basikal di sekitar Sepang. Kedai basikal ada tapi stok tiub dan tayar size basikal Qhaliff, takda. Hurm.. Takda rezeki dia. Sian tengok muka dia. Redha je tanpa banyak cerita.  Hurm.. 

Pagi ni, aku gi gym. Di sana ada la kawan baru gym. Berborak la macam macam cerita selepas selesai workout. Pastu aku cerita pasal basikal anak. Dia kata area Dengkil ada. Uik ? Aku tak biasa area Dengkil. Dia pun kasi tunjuk arah jalan bagai. Hurm.. senang cerita, aku Google je.. Dan jumpa ! Wah... dekat je dari gym. 10 minit. Tapi ada POLIS lak ! Aduhh.. Apakah aku dikira rentas daerah ? Hampa terus.

Pastu teringat dia cakap dia tinggal area situ. Kalau dia boleh lepas gi gym di Kota Warisan , takkan aku tak boleh masuk ke situ lak ? Huhhu.. Aku perjudikan masa. Cuba nasib. Mana tau ada rezeki anak. Huhuh.. 

Pasang Waze.. Gerak ke sana. Dan.... POLIS tu takda pun. Alhamdulillah.. huhu... Sampai di kedai basikal tu, aku terus tanya tokey dia. Ok la... pekerja sana dan tokey peramah. Ko tanya soalan , dia jawab. Dan basikal yang dia jual cantik cantik. Murah pun murah la. Untuk beriadah la. Untuk geng kayangan punya , aku tak tau la pulak harga dia. Tak tengok belah dalam pun. Huhhu..






Alhamdulillah.. siap dah ! Tayar baru ngan tiub, RM30. Malas nak mintak kurang. Terus je setuju. Dan aku berkenan basikal warna purple kat atas tu. Nak kasi kat Zahra. Huhuhu.. Patut la 'mereka' kata.. bila tengok barang barang cantik , teringat kat anak anak. Kasi kat diorang. Tapi bila anak anak dah besar.. dah kerja.. nampak barang cantik , sibuk nak belikan kat buah hati yang belum jadi pasangan sah pun ! Hahahaha.. kan kan ? 





Dan petang tadi.. semua pusing taman ! Sekali ngan wife aku paksa sekali. Asyik duduk rumah buat kerja jer. Dapat la pusing dua pusingan taman.. Huhuh... Ok la... Ini masa untuk bersama sama , kan ? Nanti diorang dah besar.. sibuk main ngan kawan kawan lak.. 





 

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

Maksud : Rehabilitasi adalah merupakan suatu proses untuk membantu seorang pesakit untuk pulih selepas kecederaan atau penyakit dengan mengambil kira factor-faktor di atas. Proses rehabilitasi merangkumi penjagaan, rawatan dan sokongan yang diperlukan untuk membolehkan seseoarang pesakit mencapai tahap keberdikarian yang semaksima mungkin.

Aku pernah buat review mengenai satu pusat rehabilitasi yang terletak di Subang. Korang boleh baca mengenainya di artikal ini , iRehab Pusat Sehenti Fisioterapi dan Stok di Kuala Lumpur . Dan buat mereka yang memerlukan terapi ini mesti agak risau nak pergi ke hospital hospital awam atau swasta disebabkan Covid 19 , kan ? Alhamdulillah , iRehab dapat membantu korang meneruskan sesi rawatan  seperti yang di syorkan kerana rehabilitasi adalah keperluan terutamanya selepas stroke. 

Yer, aku percaya disebabkan pandemic ini, korang mungkin menghadapi kesukaran untuk menghadiri sesi rawatan physiotherapy, occupational therapy dan speech therapy kerana semua hospital terutama hospital kerajaan perlu mengurangkan pesakit yang hadir untuk rawatan pada satu masa.

Pihak iRehab prihatin di atas kesukaran korang yang sedang hadapi dan dengan ini telah menawarkan pakej rawatan dengan harga terendah supaya mereka yang memerlukannya masih boleh menghadiri sesi rawatan dengan kerap untuk membantu penyembuhan.

Bagaimana caranya ? Korang hanya perlu tunjukkan kad temujanji hospital korang dengan tarikh yang korang hadiri atau perlu hadiri untuk mendapat harga diskaun ini. 

Hubungi iRehab sekarang di 012-9061690 atau 017-9880324 untuk membuat temujanji dan pertanyaan lebih lanjut.



Maklumat lanjut di website dan media sosial di bawah ni :

Web :  https://irehab.com.my/ 
Facebook: https://www.facebook.com/irehab.neurocare/
Instagram : https://instagram.com/irehab.neurocare

Semoga Allah permudahkan urusan anda ! 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (61)
    • ▼  Disember 2025 (2)
      • Proses pemulihan dan menguatkan kembali sendi otot !
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes