BEN ASHAARI



Selesai belanja wife sebentuk cincin di Kedai Emas Tanah Merah , aku amat kelaparan. Ikutkan , teringin gak sebentuk cincin kat sana tapi tak pe la.. Aku perlu utamakan wife dulu. Ececece.. Ayaat tak hengat !! Hahaha. Tapi tak pe.. memang dah niat untuk dia sebulan sebentuk cincin. Jika ada rezeki lebih. Katanya lebih baik belanja cincin emas dari beli emas biasa tu je. Memang berbaloi dari segi keuntungan tapi wife tak leh pakai pun kan ? Hahaha.. Betul gak. Sekurangnya, dia tersenyum walaupun penat hari hari jaga makan minum pakai anak anak termasuk suaminya.. kan kan ? 

Panjang intro aih.. Ok.. Kompleks Queenville Pemaisuri ni terletak di Bandar Tasik Permaisuri. Sini memang bersepah restoran gempak gempak ! Kalau korang kaki makan , memang puashati la kat sini. Kalau tak cukup sini, korang lintas je jalan. Nah.. bersepah lagi restoran restoran yang padu untuk dinikmati. 

Tapi aku.. sudah jatuh cinta sama ini Jom Laksa ! Kenapa ? Sini ada Asam Laksa yang memang kena dengan tekak aku ! Memang puashati. Sampai aku lantak 2 mangkuk ari tu. Maklumlah, kalori rendah. Hahaha.. Boleh la makan banyak banyak. 

Hari ni... aku ke Cheras lagi. Ada kerja di Dataran Maybank. Tinggal anak anak kat mak aku jap. Pastu ke sana dengan wife. Abis kerja. terus ke sini. Nampaknya , sini bakal jadi tempat mainan aku buat seketika. Nak cuba segala restoran yang ada kat sini tapi buat masa ni, aku nak rasa semua menu yang ada kat sini. 

Dan faktor kedua ialah kakitangan yang sangat membantu. Tarak sombong punya staff. Senyum dan senantiasa pantas bila dipanggil. Harap kekalkan momentum ni ! Hahaha.. Kalau tak kekal , aku tukar restoran sebelah lak ! Melambai lambai gak tu.. Hahaha.. 

Ketiga.. parking sini senang. Parking kat bawah tu jer. Banyak kosong. Tak payah nak berebut parking kat depan tuu haa.. atau parking kat tepi jalan ! Tamooo tamooo tamo.. Parking dalam bangunan tu jer. Senang hati. Nak makan pun tak perlu risau kena saman. Heee..

Keempat.. Harga dia memang ok sangat la ! Oh ya... Artikal aku ni untuk Jom Laksa cawangan Cheras tu yer. Lain lain cawangan , aku tak tau ! Hahahaa..










Puashati nokkk ! Kalau boleh hirup , aku hirup dah ! Hahaha.. Nak order lagi tapi aku risau aku merangkak keluar dari situ. Padat dah perut tapi nafsu nak melantak tu ada lagi. Hahahah.. Dah sedap woi ! Wife aku cakap pun, diorang tak kedekut dengan isi ! Memang padat dengan kandungan. Kuah pun.. slurppp !! 


Pasni nak try nasi nasi dia lak. Kata adik aku, sedap nasi dia. Huhuhu.. Wife aku ajak pindah sini terus. Senang nak turun makan ! Atas tu ada apartment. Hahaha.. Sesedap dia jer. Mau boroi kembali aku haa..

Boleh follow mereka di Facebook dan Instagram yer.. 
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
"Bau apa ni ? Wanginyaaaa... " tanya Qhaliff.

Zahra berlari dari ruang tamu ke bilik tidur selepas terdengar abang dia berkata begitu. Dia memang penyibuk sikit. Apa yang cantik.. yang wangi.. dia memang teruja. Aku senyum je la lepas Qhaliff kata gitu. 

Memang wangi pun ! Aku sendiri akui perfume yang baru aku terima ni , wangi. Memang kena sungguh dengan hidung aku. Dan menariknya , ada banyak jenis bauan untuk lelaki, perempuan dan juga unisex.. dengan harga setiap satunya di bawah RM100 jer ! Bayangkan kita yang jenis suka tukar tukar bauan tapi nak beli satu jenis pun dah mahal.. kan ? Maklumlah , nak guna satu jenis tu confirm bosan kan ? Segan pun satu hal. Takkan nak setiap masa satu perfume tu jer. Nak beli banyak banyak.. mahal ! Kan kan ? 

Ok.. ni aku nak rekemen kat korang. Aku dah cuba.. aku dah try guna pakai termasuk ketika nak tidur, bangun tidur pun masih wangi.. gi gym , kasi berpeluh kaw kaw... bau peluh atau badan wangi gitu.. dan ketika keluar bertemu orang. Wangi senantiasa dengan harga mampu beli dan simpan tanpa rasa bersalah. 

Beyond Scentz ... Yer , Beyond Scentz ni adalah minyak wangi keluaran tempatan dengan bauan mewah yang mana ramuannya dihasilkan di Eropah seperti bauan minyak wangi mewah yang mendapat pengiktirafan International Fragrance Association (IFRA). Sangat sesuai untuk golongan walaupun bauannya seperti minyak wangi mahal tetapi boleh dimiliki oleh semua orang. Senang cakap , harganya tak mahal mana pun ! Oh ya, orang Islam pun boleh guna juga yer.. Hee..







Latar belakang Beyond Scentz

Dilancarkan pada Ogos 2020 oleh seorang yang berpengalaman dalam bidang penerbangan. Afiq Zulkaernaen Idris , telah bekerja keras bagi memastikan Beyond Scentz ni menepati semua piawaian standard antarabangsa agar semua orang mampu memiliki dengan rasa kepuasan ! 


Untuk pengetahuan korang , Beyond Scentz memang wangi ! Aku dah cuba dan jatuh cinta pun. Dah guna ke gym , keluar jalan jalan, tidur.. dan bau dia memang mengiurkan serta mendamaikan. Eh , ada banyak pilihan bau dan size kandungan. Ikut mana korang nak.  Semuanya mudah dibawa travel atau bergerak ke sana sini. Comel comel je botolnya. 

Antara pilihan yang ada ialah Sweet Roses, Sweet Fruity, Midnight Rose, Floral Bouquet, Aromatic Wood, Citrus Wood. Manakala untuk size pulak ada 3 jenis size . 10ml , 15 ml dan 30 ml. Menarik ? Kan kan ? Hahaha..

Kategori Beyond Scentz mengikut bauan dan jantina :
  • Sweet Roses  ( Perempuan )
  • Sweet Fruity ( Perempuan )
  • Midnight Rose  ( Perempuan )
  • Floral Bouquet ( Perempuan )
  • Aromatic Wood ( Lelaki )
  • Citrus Wood   ( Lelaki )
  • VIP  ( Lelaki )
  • Eternite  ( Unisex )




Pendapat aku mengenai Beyond Scentz ? Aku dah try bauan lelaki. Aku suka bau wood ni lama dah ! Maka bau ni memang membuatkan aku relaks dan cool jer. Dan terasa kelakian di situ juga.. Haa, bila kat gym.. bau wood ni memang buat rakan rakan gym tak jeling pada aku. Hahaha.. Bau badan gitu ! Bila nak keluar , aku bawa sebotol.  Bukan apa.. aku suka bau tu sendiri. Orang lain tu , aku tak kisah la bau ke tak tapi aku nak, aku sendiri bau ! Hahaha.. Bau terasa seksi gituuuu.. 

Pendapat wife mengenai Beyond Scentz ? Saya suka guna ketika lepas mandi selepas malam. Baunya begitu mendamaikan. Nak tidur pun , nyenyak. Segala stress akibat tekanan kerja. hilang begitu saja. Begitu juga bila guna Sweet Rose ketika ke pejabat. Staff yang terbau pun bertanya. Mampu tersenyum jer. Diorang ingat perfume mahal. Tanya beli mana.. Jawab je suami hadiahkan. 

Oh ya , Beyond Scentz ni sangatlah sesuai dijadikan hadiah untuk mereka yang dikasihi. Haa... Contoh macam untuk Christmas , New Year , Birthday ke.. Aidilfitri pun boleh wooo ! Kan kan ? Cantik je cara bungkusannya. 






Maklumat lanjut mengenai Beyond Scentz seperti harga , jenis jenis bauan serta size dengan lebih lengkap, korang dapati di laman web Beyond Scentz. 

Nak tak kalau aku buat giveaway untuk korang ? Dapat apa ? Dapat perfume Beyond Scentz ni la... Amacam ? Kalau nak , mudah je caranya.. 

Ikut arahan ni : 
  1. Komen di ruangan komen entri ni dan jawab mengapa korang nak perfume Beyond Scentz ni ?
  2. Share artikal ni di Facebook korang sendiri dan pastikan tag FB BeyondScentz2020. 
  3. Pastikan ada hastag  #BenAshaariBeyondScentzGiveaway untuk mengesan mereka yang menyertai Giveaway ni yer.. 
  4. Jika terpilih , korang perlu upload selfie bersama Beyond Scentz selepas menerimanya di Facebook korang sendiri. Ok ? 
Jika korang sertai Giveaway ni, bermakna korang bersetuju eh ? Boleh ? Mudah je kann... Kalau tak ikut arahan , tak dapat tau ! Haaa... Jika terpilih nanti, aku pm korang sorang sorang. 10 orang bertuah akan terpilih. InshaAllah.. 


Share
Tweet
Pin
Share
35 comments
Tergelak besar aku bila membaca alasan dia. Hahahaha... Apa punya nama dia pilih untuk stadium tu ? Gabungan bahasa Greek dan Arab ? Hahahahaa... Ko pikir ko sekarang di zaman tv hitam putih ke ? Agak agak la skit pun nak kasi alasan. Jangan buat orang lain tu cam takda akal jer. Hadoi laaaa... 

"  Pegawai Daerah Padang Terap, Hakim Ariff Md Noor menyangkal dakwaan yang tular bahawa beliau menamakan Stadium Mini Ffira Mikah di daerah itu sempena dengan namanya yang diterbalikkan.

Nnama baharu stadium berkenaan tiada kaitan dengan namanya dan hanya secara kebetulan menyamai nama beliau sekiranya diterbalikkan. Dalam bahasa Sepanyol atau Greek, ‘Ffira’ bermaksud sesuatu yang hebat, manakala ‘Mikah’ dalam bahasa Arab sempena nama malaikat,"

Hakim Ariff yang juga Yang Dipertua Majlis Daerah Padang Terap berkata, selepas dilakukan penambahbaikan dan penjenamaan semula stadium berkenaan, pihaknya mahu menyuntik semangat baharu dengan pemilihan nama unik bagi menarik perhatian ramai.

“Saya bukan nak kejar glamor. Hasrat saya mahu Padang Terap nampak lebih bersih, cantik dan ceria. Saya tak mahu daerah ini kekal macam dahulu, mereka tak tahu cerita sebenar dan buat andaian begitu,” katanya. Artikal dari sinarharian.com.

Ko rasa ? Hahahahaha.... 




Amenda laaaa weh ! Kalau takda kaitan pun nama, takkan macam tu punya nama stadium ko letak ? Ko kat mana ni ??? Jepun ?? Korea ??? Melucukan ! Dan memalukan ! 
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Pilihan aku selepas tonton final malam ni. Juara Ashira. Muss dalam Top 3. Ayu pun. Tapi apakah pilihan aku ni berjaya ? Huhuh.. Tengok di bawah nanti yer.. Sebelum ni , Ashira bukanlah feveret aku tapi persembahan dia di final ni memang mengancam bagi aku. Dia buat betul betul. Suara pun padu. Malah dalam pusingan sebelum sebelum ni pun dia dalam pilihan juri. Maka tak hairanlah dia mampu menjadi juara Gegar Vaganza 2020 ni. 

Aku punya tekaan la. Amatur gitu... Hahaha.. Apa pun tunggu keputusan.. Ni aku tulis sebelum keputusan keluar yer.. 


Noraniza Idris... hurm... sian Kak Ani. Aku faham apa dia rasa tapi dia patut bersikap profesional. Mungkin faktor umur la kot. Mudah tersentap tapi kita tau.. dia memang mudah sentap dari dulu lagi.. hehee.. Sorry kak Ani. Anda seorang yang bagus. 

Oja.. hurm.. Dia bagus. Tapi macam aku kata dari awal lagi.. akan ada sorang yang berkeuntungan dari sudut fizikal untuk sampai ke final dek kerana mampu menarik penonton terutamanya golongan muda muda gitu.. Aku ingatkan Nomad. Tapi Oja lebih bertuah. Heheheh.. Dan Oja berjaya dapat peminat dari generasi baru.. Heee.. realiti. Sayangnya, final ni suara dia tak begitu menyerlah.. bagi aku la. Tenggelam dengan penyanyi penyanyi lain yang lebih menyerlah. 

Dan pemenangnya... 

No 7.. What ??? Ashira ??? Ke laut tekaan aku ! Hahahaha

No 6..  Oja.. Tahniah bro ! 

No 5.. Linda Nanuwil .. Tahniah ! 

No 4..  Noraniza Idris ... aduh laa... Nak komen kang , sentap lak ! Huhu..

No 3.. Ayu Damit ! Woww... Tahniaah ! 

No 2..  Muss..

Juara ... CLIFF UMAR ! 

Adoi laaaa... Adoi laaaa.... Adoi laaaa... Ni last aku tengok Gegar Vaganza ! Lastttt ! Lasst !!! Lassst !!! Arghhh....  

Entah la nak... aku tak puashati !  Tak puashati ! Tak puashaattiii !! Apa pun.. tahniah bro ! Tahniah buat semua ! Anda semua terbaik... Jangan marah yer.. Sekadar pandangan orang amatur bab muzik ni. Heheee...


Dari zero to hero ! Sapa sangka kan ? Aku pun tak kenal dia weh ! Hahaha.. Skang dah kenal tapi masih tak menarik perhatian aku. Heheheee.. Apa pun.. rezeki kan ? Sapa nak kasi 100 ribu wehhh ! Leh beli banyak cincin emas ! Hahaha...


Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Duit ada ? Nak makan sedap sedap ? Nak makan beramai ramai yang sedap ? Fuh.. nak aku cadangkan sesuatu yang confirm berbaloi baloi ?? Hahahaha.. Aku berani cadangkan sebab aku dah rasa. Korang ada pilihan.. samada nak ke restorannya di Publika atau order online jer.  Kalau di Publika tu , korang boleh terus je ke Postino... makanan Itali yang tidak hidangkan sebarang alkohol. Dimasak oleh chef Melayu Islam yang berpengalaman di Itali dan Dubai. 

Serius.. Perghhh makanan dia ! Hahahaha.. Sesekali kena makan sesuatu yang buat korang kenang sepanjang hayat  ! Hahahaha.. 

Apa yang sedap ? Hahahaha.. aku mampu gelak je la. Kenapa ? Adoi la.. aku kan tengah nak hilangkan lemak lemak perut. Hahaha... Tapi tak pe la.. Bukan selalu kan ? Sesekali makan sedap , apasalahnya. Jangan selalu makan sedap. Tu yang tak betul. Hahahaha..Kan kan ? 

Nah... aku dicadangkan oleh 'orang kuat' Postino beberapa hidangan dan memang padu betul la ! Aku balik rumah , dengan penuh kepuasan. Hahaha.. 

Eh.. haa.. aku makan pizza.. Semua sedap ! Hahaha.. Pastu Nasi Tomato Ayam Masak Merah.. Tak perasan lak ada pari bakar ! Aduh.. Rambang betul mata ! Maklumlah , lama tak keluar rumah. Pastu aku cuba Beef Rendang Fettucine, Creamy Tom Yam Seafood Linguine, Spagetti Daging Gulai Masak Lemak. 

Aku kasi 5 bintang ! Antara makanan sedap pernah aku rasa. Malas nak over claim tapi memang berbaloi la kalau korang nak open table kat opis atau kat rumah tu ! Hahaha.. Tanya kawan kawan yang malas nak keluar makan dan nak makan sesuatu yang lain dari yang lain.. terutama bila dah gaji tu masuk.. hahaha.. 

Kalau di rumah... boleh order pizza untuk anak anak. Huhuh... Yummy ! Aku pun sukaaaa... Hahaha..















Amacam ? Menyelerakan ? Nah...  camana nak order ? Gi je ke web Jom Risto.  Pastu ikut je arahan kat sana. Tengok menu yang korang nak. Tapi sebelum tu tengok dulu kat mana mereka cover untuk penghantaran. Kang tak cover lak.. hahaha.. Sian terliur gitu jer.

Ok... klik kat gambar bawah  untuk terus ke web Jom Risto. Jangan lupa follow Instagram Jom Risto gak yer.. 



SELAMAT MENJAMU SELERA
Jangan lupa war warkan pada rakan korang juga.





 

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (61)
    • ▼  Disember 2025 (2)
      • Proses pemulihan dan menguatkan kembali sendi otot !
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes