BEN ASHAARI



Semalam tengok live di Twitter , pelancaran Samsung Galaxy S21 5G dan Samsung Galaxy Ultra 5G serta earbuds dia yang cukup menawan jiwa aku ! Hahahaha.. Samsung ni memang jadi kegemaran aku sejak beralih arah dari Sony. Sony best tapi sayangnya.. haa ! Ops.. ni bukan cerita pasal jenama lain. Heee..

Tergoda sudah aku dengan design serta ciri ciri terkini S21 ni. Design dia pun lebih nampak keayuan sedikit berbanding S20 yang nampak lebih jantan. Kiranya S21 ni ala ala KPop atau Kdrama la skit. Sapa minat , sesuai la ! Hehee.. jangan marah naa.. 

Ok ok.. didatangkan dalam beberapa warna yang cukup menawan. tu aku kata.. warna godaan Kpop gitu ! Tapi syok tengok aksesori dia. Ketika pembentangan mengenai earbuds dia.. fuh , tergoda tul laaa dengan ciri ciri dia tu ! Jam, aku tak minat nak miliki. Heee.. Oh ya.. kalau tengok di web Samsung , ada banyak casing menawan ! Harga mesti ratus ratus tu.. Huhuh..



Ciri ciri atau Spesifikasi dia.. korang leh tengok kat bawah ni. Kalau tak nampak. boleh terus ke web Samsung. Sekarang ni dah pre order untuk miliki Samsung Galaxy S21.


Dalam penerangan semalam,  aku dapati untuk tele camera dia masih belum cukup umph ! Haaa.. Tapi tu untuk jarak yang memang jauh benar la ! Kalau dah umph , aku rasa memang aku jual dah DSLR aku tu. Hahahaha... Tapi untuk macro cun ! Nah , kalau korang kaki selfie, kamera depan dia padu benar ! Bokeh dia gempak.

Untuk Samsung Galaxy S21 Ultra tu.. boleh guna S Pen ! Fuh... gempak ! Manakala sistem operasi dia dah up ke One UI3.. Aku suka... aku suka ! Heee.. 



Harga dia .. bermula dari RM3699 hingga ke RM5899. Gempak ? Hahahah.. Ikut siri dia dan storage dia. Yang sampai mahal sangat tu sebab storage dan Ram dia.. 512 GB dan 16GB Ram.  Mahal laaa.. heee.... 

 
 

Nah.. part ni menarik ! Hahahaha.. Dah takda travel charger ! Dijual secara berasingan. Hahahaha.. Dan juga tiada earphone. Huhuhuh. Maka korang kena bijak la semasa beli tu. Mintak free gift la masa beli tu.. cam beli kat Seng Heng ke.. Kedai kedai lain , aku tak sure. Beli direct Samsung , ada free gift gak la.. 

Amacam ? Tergoda ?

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Sejujurnya aku terkejut bila tengok postingnya di Instagram. Seorang yang cukup happy go lucky dan meriah serta aktif. Tiba tiba tengok terdampar begini ! Aku cam.. Allahu ! Semalam baru tengok posting dia kat gym.. workout dengan badan sadonya ! Tiba tiba.. ? 

Sebenarnya dah 2 orang kenalan aku di Instagram sakit teruk akibat Covid 19. Seorang lagi bukan calang calang orangnya. Berpangkat besar dan bergelar Dato. Selepas tu , postingnya banyak ke arah kebaikan. Alhamdulillah.. 

Aku rasa ramai nak tau kisah kawan ni. Bagaimana dia melawan Covid 19 yang ramai dok pandang rendah kemampuannya jika di dalam badan kita ! Jangan main main yer.. Kawan kita ni , 30 hari dalam wad melawan Covid 19 ! 

Semoga kita amik pengajaran dan kesedaran ! Patuhi SOP. Jarakkan diri ketika berbual. Guna Face Mask. Senantiasa basuh tangan. Jangan bersentuhan ! Jangan keluar rumah jika tiada keperluan. Tak kira la ko di negeri PKP atau tidak ! Buat masa sekarang , kita kena anggap mereka di depan kita tu , berpotensi ada Covid 19 ! Diorang positif, kita juga yang akan ikut join kena kuarantin ! 











Dari Instagram bro ZickoSyah

" ALHAMDULILLAH AKU SEMBUH DARI VIRUS COVID-19 STAGE 5 ! Melawan covid-19 Stage 5 selama 30hari !!! 

Syukur Alhamdulillah.  Aku sihat juga selama berberapa hari melawan virus covid-19. Ni antara serba sedikit pengalaman aku kena virus covid19.  Moga moga ada yg baru dijangkiti atau yang belum kena jangkiti , kita ambil iktibar semoga kita di jauhkan dri dijangkiti virus ni.  Ramai menganggap kalau terkena ni , kena kurantin 2 minggu bagi pnadol dan boleh balik ternaya tidak covid ada peringkat dia. Ni serba sedikit tahap jangkitan covid19: 
Terdapat 5 peringkat klinikal COVID-19. 
  • Tahap 1. tanpa gejala. 
  • Tahap 2. simptomatik dan tiada radang paru-paru. 
  • Tahap 3. simptomatik dan radang paru-paru. 
  • Tahap 4. simptomatik, radang paru-paru dan oksigen tambahan diperlukan. 
  • Tahap 5. sakit teruk dengan kegagalan multiorgan. 
Aku adalah sorang yg paling jaga SOP, sampaikan kedai dan COD pun aku tak buka sebab risau kena jangkit. Ramai yg msg macm mna boleh kena.  Sebenarnya kalo mau jawab soalan tu mmg susah sebab kita tak nampak virus ni. kita hanya boleh buat andaian kena di sana kena di situ tapi x sahih. Usah buat andaian berteka teki dengan pesakit berikan kata2 semangat sudah memadai. 

Sebenarnya sebelum kena masuk wad aku sudah demam on off. Makan panadol sihat pas tu sakit balik . 5 hari juga aku tahan sakit d rumah. Lepas tu ada kekuatan sikit baru la p hospital, Lepas check doktor sahkan aku POSITIF COVID-19. 

Sedih juga tapi tawakal ja mau sembuh, aku kurang bernasib baik sebab aku mempunyai symptom yg teruk, ada jenis covid x symptom. ni antara symptom aku: 
  • demam 
  • sakit kepala 
  • hilang deria bau 
  • Sesak nafas 
  • batuk 
Lepas chek aku terus kena bawa di pusat kurantin Kota Belud. Malam pertama aku bergelut sendiri demam yg teruk sakit kepala , demam time tu teruk suhu 38.8 . Sampai la malam ke 2 di pusat kurantin di Kota Belud aku kena chek dan di bawa semula ke hospital untuk rawatan chek tekanan darah dan sebaginya. 
  
Pukul 3 am,  doktor maklumkan aku akan di hantar di HQE . Tepat pukul 4 am mcm tu aku sudah start muntah-muntah. Pakaian habis basah . Pas tu tukar baju hospital. Pukul 5am ambulance hantar dari Kota belud ke HQE dalam perjalanan mmg aku x sedar time tu aku pakai bantuan alat pernafasan. s
Sampai ja naik kerusi roda p emergency HQE. Ndak menyangka time tu aku boleh terkena virus, bila tgk kiri kanan semua pakai PPE  perasan time tu jgn cakap la takut pun ada sebab yala covid ni mana ada ubat !!

Time di emergency aku kena check jantung paru-paru dan mmg covid sudah serang paru-paru badan penuh dengan wayar time tu . Lepas 8 jam di emergency aku terus di bawa masuk wad biasa untuk hari pertama d HQE. Malam pertama d wad biasa aku mula rasa demam tapi dalam keadaan terkawal. hari kedua keadaan aku makin teruk nafas makin sesak, malam tu juga aku dipindahkan wad , tingkat 3 di HDW( unit rawatan rapi ) sebelah dengan ICU. 

Sampai di HDW baru oksigen aku dinaikkan lagi, sebab nafas makin sesak serius mmg susah bernafas padahal aku takda sejarah asthma dan sebagainya. Keadaan aku makin terkawal di HDW. Keesokkan harinya keadaan aku makin sesak nafas dan ditukar lagi oksigen yg lagi tinggi. Mcm2 jarum kena. Serius sakit lagi-lagi kena jarum saraf nadi untuk check tepat oksigen dalam badan.

Selama berapa hari di HDW, kencing & berak semua d atas katil. Tapi aku jarang buang air besar time di HDW. Tapi pernah sekali aku buang air besar semuanya dI atas katil..😢 Paling risau adalah bab meneran. Bila-bila masa boleh sesak nafas. Yes, lepas meneran aku sesak nafas yg xampun. Kesian nurse semua dorang yg buat bersihkan. Aku keluar juga air mata. Balik-balik aku ucap “ tq nurse” “ Ndak apa, bha.  Bisa sudah kami yg penting kamu sihat ”. Hanya Allah balas jasa baik dorang selama aku di sana . Tq nurse dan doktor yg jaga aku d hdw HQE1. Sedih kencing dan buang air besar d katil .

Keadan pun semakin hari semakin ok.  Aku boleh sudah bcakap dulu time masuk wad bercakap ja aku penat dan boleh sesak nafas. Tapi, alhamdulillah makin ok. Doktor ada check jantung dia cakap ada bengkak sikit dan takut paru-paru ada darah beku. Pas tu dorang akan buat CT Scan untuk detail. Masuk terowong ct scan mmg seram lagi lagi masuk ubat dalam badan. Risk dia ubat tu boleh rosakkan buah pinggang tapi Alhamdulillah keputusan ct scan ok. 

Alhamdulillah lepas berapa hari di HDW, oksigen makin pulih dan paru2 mula berkembang dan boleh bernafas dengan tenang, tidak lama tu aku dipindah ke wad biasa  tapi masih pakai bantuan alat pernafasan.

setelah 4 hari d wad biasa perkara yg paling happy adalah aku x perlu sudah guna bantuan alat pernafasan. syukur alhamdulillah dan selepas 11 hari d wad barula merasa masuk toilet ! 

Paling happy bila dapat mandi. Ya Allah.. teruja mandi setelah 13 hari tak mandi. Menangis dalam toilet berdoa time mandi 😢. Alhamdulillah keadaan aku di wad biasa makin ok cuma kadar gula dalam badan naik mungkin disebabkan ubat dalam badan dan selama di wad aku hari2 kena insulline.

Keadaan aku semakin hari semakin ok di wad biasa. Alhamdulillah. tapi tangan pula bengkak bekas jaram ( bengkak yg amat sakit ) ambil masa lama nak pulih keluar wad pun masih bengakak dan sambung makan antibiotic. 

Selain bengkak bahu pula tisu koyak, mmg sakit  tak dapat tido dalam wad xtau pasal apa mungkin terlalu banyak baring d wad atau sakit sudah lama . Lepas keluar wad aku sambung buat rawatan di biorehab. Sekarang masih buat rawatan susulan di Birorehab. 


Pesanan untuk semua .. 

Dont be selfish!!! 

Frontliners keje siang malam tanpa rehat dah setahun, ambil risiko yg sgt tinggi. Kes makin naik, hospital penuh, ambulan smpai tak cukup. Wang ringgit tak payah cakaplah. Berapa dah hbs, tapi masih ade lagi yang jenis dont care dont bother, sebab ape, sebab tak kene kat batang hidung sendiri.

Semoga doa yg ikhlas dr semua ni Allah makbulkan dan hapuskan lah musibah yg melanda kita semua dan selamatkan semua pesakit yg sedang bertarung dgn Covid 19 ni.. ya Allah.
.
Ameen YRA
Zicko Syah 
Bekas pesakit covid19 Stage 5 "

Begitulah sedikit perkongsian darinya. Sedikit sebanyak memberi kesedaran buat aku dan juga rakan rakan yang merasakan Covid 19 ni cumalah selsema biasa saja. Kalau dah kena , sembuh dalam masa yang singkat, Alhamdulillah.. Jika berpanjangan , moga moga cepat kembali sembuh seperti sedia kala.



Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

Ini antara masalah mereka , yang suka makan nasi ! Tak boleh tak makan nasi. Mengigil kepala lutut katanya kalau tak dapat nasi sehari. Dah dapat nasi , nak lauk sedap sedap pulak. Takkan nak makan nasi kosong je , kan ? 

Jujur aku bagitau korang.. aku pun out bab ni ! Kekadang nafsu makan tu datang.. aku bedal jer la ! Tak kira dah apa dah ! Kalori tinggi ke rendah ker..tak kisah dah ! Yang aku tau , lepas makan.. aku kena workout untuk bakar kalorie tu ! Tapi bukan mudah nak bakar kalori , ok ! 

Maka sebab itu, kita perlu tau.. perlu amik tau.. apa yang kita makan tu ! Jika kita nak turunkan berat badan dan nak kurus tapi sihat pada masa yang sama.. apa yang perlu di makan ! Apa kandungan dia.. berapa kalori dia ! Kandungan khasiat yang ada dalam makanan tu ! 

Google jer ? 

Ala.. malas laaa... Letih nak tengok handphone dah ! Buku ada ? Ahaa.. ada ! Aku baru je beli 2 buah buku resepi diet tulisan Tengku Asmadi. Saja nak tambah ilmu dan pada masa yang sama , wife aku dah buntu nak masak makanan untuk aku walaupun aku tak demand apa apa yang sedap ! Cuma aku tak nak makan makanan yang ada garam , lemak , gula dan berminyak yang banyak. Camana tu ? Hahaha.. 









Aku bukanlah jenis jaga makan sangat tapi kena beringat. Umur dah lebih 40 an. Luar nampak mantap.. tapi dalam sapalah yang tahu ! Haaaa... kan kan ? Huhuh.. Maka kena jaga jagalah. Makan sedap tu boleh.. tapi berpada pada. Janganlah selalu.. sesekali makan sedap, terasa nikmatnya.. Huhuh.. kan kan. 

Dalam tempoh PKP ni, kita jagalah diri kita sendiri. Janganlah masak tak jadi. Sayang makanan tu. Gunakan resepi yang mudah dalam buku ini untuk menikmati makanan dan pada masa yang sama... kita sihat ! 

Kata Tengku Asmadi.. 

Jika kurus yang anda kejar 
Maka kurus yang anda dapat

Jika cantik yang anda impikan 
Yes , cantik yang anda dapat

tapi.. 

Jika sihat jadi matlamat 
anda akan dapat sihat ,
kurus dan cantik ! 

Dapatkan buku Diet Viral  dan Nak Kurus ni di www.kitabfitness.com
Instagram : @kitab_fitness

 

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

PKP kali ni tak la seketat macam dulu. Walaupun kes tinggi mencanak.. er , jangan rujuk gambar.. tu kaki ! Takda yang mencanak dalam gambar tu yer.. Huhuh.. Ok , sambung.. walaupun kes tinggi mencanak tapi kelonggaran ada pada negeri yang berPKP ni. Masih boleh meniaga makanan , jogging , berbasikal , keluar beli barang 2 orang.. dan beberapa lagi kelonggaran. 

Aku ? Hari ni... aktiviti seperti biasa.. cuma takda gi gym je la. Lain lain , sama je rutin. Huhuh.. Rasanya rutin akan berubah bila anak nak bersekolah nanti. Masa tu lain skit la.. 

Walapun wife WFH , jemur kain tetap tugasan aku. Kalau dia jemur , aku tak dapat la nak berposing gitu. Hahaha.. Berani buat gitu sebab jiran dah pindah. Oh , sapa amik gambar ? Aku guna Samsung Galaxy Note 20 Ultra kot.. hehee.. tekan dari kejauhan gitu jer.. He.. tak yah pening pening. 


Lepas jemur pakaian.. aku jemur diri sendiri aku lak. Nak dapatkan vitamin D yang dikatakan mampu melawan virus Covid 19 ! Haaa.. korang nak percaya atau tidak.. terpulang ! Aku ? Selagi boleh kutip.. aku kutip ! Bukan la takut mati tapi tak nak susahkan anak bini. Kalau aku sakit waktu gini, sian diorang. Anak anak masih kecil... Huhuh.. 


Bersenam... di rumah jer. Aku sasarkan 1000 kalorie setiap hari. Kalau lebih tu, Alhamdulillah. Nak berpeluh dan aktif jer. Kalau tidak , asyik nak tidur dan makan jer. Tak pun , nak bedal makanan jer aku haa.. Dah tak da apa nak buat ? Makan sambil layan Netfilx ! Adoi.. mampus ! Menjemput darah tinggi dan kolestrol la jawabnya aku.  



Dan hari ini bersejarah buat aku. Aku berjaya cipta resepi makanan dah yang cukup gempak di Tanah Melayu ini ! Aku namakan dia , Telur Goreng Harimau Ketawa Terbahak Bahak ! Yer.. aku dah patentkan telur goreng ni ! Dalam erti kata lain , orang lain tak leh guna dah nama telur goreng ni.. Kena guna nama lain. Contoh Telur Terkentut Mak Dia ker... Atau Telur Bawal Masak Kicap.. haaa.. gitu lah ! Menarik tak ? 

Dan aku akhiri hari pertama PKP 2.0 ni dengan mandi dalam di kolam private nun di  Hard Rock Cafe Sepang. Anak anak pun suka. Alhamdulillah.. Kami ikut SOP walaupun dalam kolam. Berjaya membuat penjarakan sosial gitu.. 



 Esok ? Tak tau lak laaa.. aktiviti. Mak diorang kena gi opis ! Kerja lak. Aku dan diorang di rumah. Adeh... Nak suruh belajar , liat memasing. Nak tunggu diorang amik buku, satu hari baru berjaya. Tu pun lepas anak tekak keluar. Huhu..

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments


Dulu , aku sering terfikir.. kalau aku ada anak , camana la nak basuh berak diorang ! Huhuhu. Aku rasa korang pun cam tu gak kan.. terutama lelaki ! Tapi ada je perempuan yang dah kawin pun, berak anak dia tak nak basuh. Geli sangat katanya.. Huhuhu..

Alhamdulillah.. aku dah jaga 3 orang anak aku sejak diorang kecil lagi. Takda pengasuh dan tak hantar rumah pengsauh pun. Dari mula lahir hinggalah dah tak guna diapers ! Er , Aariz masih lagi guna. Hurm... dah sampai masa kot nak stop guna. 5 tahun dah. Huhuhu.. Ok , tu isu lain. Nanti cerita camana nak hentikan anak dari guna diapers. 

Di rumah.. jika wife ada sekali pun , tugas basuh berak anak ni , aku yang buat. Hahaha.. Nak berbalah ngan bini pun tak guna. Lelaki kena beralah ! Buat je la. Geli ? Tolak tepi. Tu darah daging ko kot ! Huhuh.. Nak harap sapa lagi ? Pengasuh ? Hurm... 

Maka.. kita yang dah besar ni.. yang dah bijak pandai ni.. Yang dah bergaji besar ni.. Mau kena ingat kembali.  Jangan dok ingat lahir lahir , dah pandai berlari dan cari makan sendiri. Jangan sesekali kurang ajar dengan orang  tua kita ! Bersyukurlah mereka jaga kita dengan baik sekali. Bagi makan pakai dengan sempurna di kala mereka sendiri tidak cukup serba serbi. Bersyukurlah... 

Basuh berak anak bukan mudah ! Baru tengok najis kat diapers tu , ada yang dah muntah muntah ! Huhuh.. nak gambar tak ? Aku nak letak ni... nak ? Hahahaa..

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (61)
    • ▼  Disember 2025 (2)
      • Proses pemulihan dan menguatkan kembali sendi otot !
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes