BEN ASHAARI



Kisah pembelajaran secara online masih hangat diperkatakan di media sosial. Sememangnya banyak masalah timbul bila melibatkan kelas online ni. Termasuklah untuk aku sendiri ! Masalah internet yang kerap putus memang bikin aku hangat hati ! Celcom aku guna.. Digi pun aku guna ! Tapi jap ok jap tidak ! Nak guna Unifi ? Memang tidak la.. Asyik takda port.. takda port ! Malas dah.. 

Bebenang dari Doktor Ana ni menarik perhatian aku dan ramai netizen di Twitter. Ceritanya memang bikin hati aku sayu. Ceritanya mengenai bagaimana cikgu ni , buat kelas online dan pada masa sama jaga anak dia. Jom baca.. 


" Salute!!  

Ini yang buat saya kagum pada cikgu ni! Anaknya masuk sebab jangkitan paru-paru Yang memerlukan oksigen, Masuk wad isolasi sebab nak screen utk covid. Saya tengah periksa anak nya, Mata saya ternampak laptop terpampang 'Kementerian Pendidikan Malaysia', 


Saya tanya, "Puan cikgu?" 

"Aah doktor, Saya nak buat kelas online ni.. Saya minta izin ya, saya tutup langsir semua tak nak ganggu pesakit lain.." 

Beberapa minit lepas tu dari jauh kami dengar beliau mengajar, 

"Differentiation for additional maths.."

Tenang melayan soalan pelajar, Haa.. Tengok semangat seorang guru. Anak nya tengah pakai oksigen di sebelah, sekali sekala anak merengek minta di pangku. Sambil sambung mengajar sambil dipangku anaknya.. 

Sambil kaki dihenjut untuk tenangkan si anak..

Sambil terus mengajar.. Murid-murid hanya nampak langsir hijau sebagai background yang sebenarnya langsir 'cubicle' di wad kanak-kanak hospital. 

Syabas cikgu! Kadangkala kita hanya nampak apa terpapar, Disebaliknya mungkin 1001 jerit perih dipihak sana.


Doktor Ana

Cikgu ngan Doktor.. dua dua aku respek mereka ni ! Di kala pandemik ni , mereka adalah insan insan yang banyak 'dikerah' fizikal dan mental untuk memastikan segalanya berjalan dengan lancar ! Dari segi perubatan mahupun pendidikan ! Tahniah buat anda semua ! 
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

Sebak hati membaca lemparan Tweet dari Shafiq Fhadly. Pagi ni saja banyak kisah kisah rakyat yang aku baca di Twitter. Mana yang termampu, aku sumbang sedikit. Ada kisah 3 keluarga ibu tunggal tinggal serumah dengan anak anak dalam keadaan daif. Rumah yang cukup.. hurm... sedih aku. Biasanya akan aku tunjuk pada anak anak aku supaya mereka bersyukur dengan apa yang mereka ada terutama adanya ibu bapa yang setiap hari menjaga dan mengambil berat mengenai mereka. 


Ramai yang mula terkesan. Hilang pekerjaan. Hilang pendapatan dek kerana Covid 19 ! Bagi yang senang , mereka  bolehlah membantu orang orang sekeliling yang memerlukan bantuan. Inilah masanya untuk memanfaatkan harta harta yang ada. Sungguh merugikan melepaskan peluang begini. Bukanlah untuk dikenang tapi untuk saham akhirat kita kelak.

Ok.. ini cerita dari Shafiq Fhadly. Moga kerajaan dan pihak terbabit terutama wakil wakil rakyat tu, sila bekerja lebih keras lagi. Ini tugas tugas anda ! 






 









Tahniah buat Tuan Shafiq. Anda salah seorang dari mereka yang telah memainkan peranan sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab. Bukan sekadar 'bising' di media sosial tapi turut turun padang membantu meringankan beban mereka yang memerluan. 

Kita bagaimana pula ? Apa peranan kita ?

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Dulu.. masa aku kecik kecik , aku tak minat langsung kari ikan ! Tak suka sebab ada banyak tulang ! Adoi laa... memang sungguh aku tak penyabar orangnya. Baran , cepat panas ! Tapi cepat la sejuk. Cuma sayangnya, bila dah sejuk... aku dah lukakan hati ramai orang. Satu sikap yang tolong jangan contohi. Kena belajar banyak banyak bersabar. Sebab tu kena makan ikan banyak banyak sebab kena bersabar.. Aku punya pendapat la ! Heee... 

Bila dah besar ni, barulah aku tahu betapa nikmatnya kari tu terutama bila layan nasi kandar ! Allah , nikmatnya ! Huhuh... Dan bila dah kawin ngan wife yang mana kelahiran Kelantan, ada karinya juga. Tapi berbeza dengan kari yang biasa mak aku buat.. Mak aku punya kari Penang.. kari mamak ! Huhuh.. Dia punya rempah giling... gulp ! 

Tapi aku jarang nak mintak wife buatkan kari sebab aku nak jaga badan. Kalau dia buat , memang aku akan makan bertambah ! Memang wife aku marah. Huhuh.. Sebab apa ? Sebab aku ni kena jaga badan untuk elak penyakit 3 serangkai. 

Kalau aku teringin sangat.. aku gi makan kat restoran mamak jer. Tapi tu dulu la.. Sekarang , aku dah jumpa restoran yang bikin kari yang cukup padu ! Mana lagi padu ? Mak aku punya ? Wife atau restoran tu punya ? Jawapan aku ialah.. kalau 3 ni ada depan mata, aku makan. Kalau yang lain.. aku kurang bernafsu ! Hahahaha... Bukan jaga hati tapi realiti ! 

Kari Lubook Makan King 

Kari wife 

Kari mak aku.. kalau simpan sampai esok , perghhhh .. padu dia , jangan cakap la.. Dia ada resepi rahsia. Orang Penang la katakan.. Heee..


Tapi sejak PKP ni, aku akan halakan kereta aku ke Lubook Makan King Viral jer kalau teringin nak makan besar. Kat situ , aku terbuka selera nak makan. Tambahan lagi ada sambal tempoyak dia ! Allah... sedap sungguh la.. Kena benar dengan tekak aku. Wife aku pun suka. Dan anak anak , suka nasi ayam dia. Memang tak berpeluang aku nak rasa kalau aku tapau bawak balik rumah. Huhuh.. Kalau nak jauh skit , aku gi Kuala Pilah. Hahaha.. Tu kalau pergi , memang..gulp ! Masak lomak cili api dia haa..

Di musim PKP ni , Lubook Makan King , ada buat menu tambahan yang mana kalau korang kena time panas panas , memang berasap laaaa telinga ! Hahaha.. Kambing bakar dia. Selain tu , sotong .. eh , banyak laaa yang sedap. Tengok menu kat bawah ni. Memang bikin terliur. 






Kesimpulan... wife aku masak memang sedap. Tapi aku tak nak dia masak selalu sedap ! Sebulan sekali ok dah. Yang hari hari tu, aku suruh dia lebihkan pada anak anak. Aku ikut makan. Kalau teringin nak sedap , aku tapau jer kat Lubook Makan King Viral. Senang. Wife pun setuju je.  Anak anak berselera. Nasib PKP.. kalau tak , makan kat sana jer. Lagi syiok ! 

Mak aku ? Tak yah cakap la.. hahahah.. nama pun mak kan ? 












Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Terbaca lemparan Tweet.. 

Terkedu aku dibuatnya.

Tapi dah dijangka. Kes masih terlalu tinggi. Bukan tinggi tau.. tapi terlalu tinggi ! Bayangkan yang positif pun dah kena kuarantin di rumah melainkan jika punya gejalan atau berada di stage yang memudaratkan diri. Terdapat 5 peringkat klinikal COVID-19. 
  • Tahap 1. tanpa gejala. 
  • Tahap 2. simptomatik dan tiada radang paru-paru. 
  • Tahap 3. simptomatik dan radang paru-paru. 
  • Tahap 4. simptomatik, radang paru-paru dan oksigen tambahan diperlukan. 
  • Tahap 5. sakit teruk dengan kegagalan multiorgan. 
Pandang muka anak anak. Mereka berlari sana sini dalam rumah. Bermain. Gembira seolah olah tiada apa apa berlaku. Yang mereka tahu , virus dan jaga SOP. Dan mak ayah, kepeningan. Memikirkan hutang hutang yang perlu dibayar ! Mana nak korek duit ? Kalau boleh bekerja atau meniaga , boleh la gak menampung hidup. Hutang , belum tentu dapat dibayar ! 

Tunduk sayu. 

Mereka yang berharta , boleh rehat dengan tenang di rumah. Yang tiada harta ? Mula merancang macam macam. Yang dalam fikiran , cumalah anak anak yang bakal meminta makanan. Jika jenis tak kuat makan.. ok lagi ! Anak anak aku, memang dah diajar makan berat sekali sehari jer. 

Benarkah akan ada Full Total LockDown seperti yang dah mula viral di media sosial ?



Kerajaan mesti dah fikirkan kesannya. Ini langkah terbaik. Dah beri macam macam nasihat tapi masih lagi ada yang endah tak endah.. Kesannya , pada kita juga. Kalau nak tuding pada kes PRN yang lepas , aku lebih suka menuding pada punca masuknya si pembawa virus tu ! Pintu sempadan bocor !!! Rasuah . Hukuman lebih berat patut dikenakan seperti hukuman mati pada tekong.. yang terima rasuah. Jika tidak , bila nanti kes dah surut , kita akan ulangi masalah sama ! Sampai bila bila takkan selesai ! 

Terkini...





Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Aku ternampak posting seorang kenalan di Facebook mengenai Covid 19. Aku pernah baca beberapa posting dia sebelum ni tapi aku anggap biasa jer. Hari ni ada satu lagi posting dia. Dan aku terkejut membacanya ! Seolah tak percaya gitu. Aku terus mesej dia dan mintak kebenaran untuk upload dalam blog aku atas niat untuk berkongsi pengalaman dan menyebarkan peringatan mengenai bahaya Covid 19 dan minta mereka yang masih leka dan alpa mahupun yang anggap semua ni cumalah sandiwara semasa.. kita berjaga jaga dan ambil tahu. Kalau tak nak percaya , tak pe tapi jangan menyebabkan orang lain jadi mangsa ! 



Posting gambar di atas membuatkan aku berminat nak cari posting posting lama dia. Mencari di mana ekornya dan hingga ke hujung rambut. Sejujurnya aku pun antara mereka yang kurang nak percaya sangat pasal Covid 19 ni tapi nak tak nak, aku kena terima realitinya bila mana rakan kenalan aku dimasukkan wad dan mereka bukanlah sekadar selsema atau positif saja.. tapi ada yang sampai terbaring atas katil dengan berhari hari lamanya ! 

Panjang coretan Puan Rahayu Ahmad di Facebooknya selepas dia dapat tahu dia berada dalam rantaian mereka yang dijangkiti virus Covid 19. Katanya dia pun tak tau dari mana dia dapat walhal level bawah dia negatif ! Ini bermakna, kita tak tau siapa di sekeliling kita ni sebenarnya dah pun dijangkiti cuma tiada simptom dan kelihatan sihat seperti biasa. Maka adalah penting , kita ikut saranan kerajaan dengan mengikuti SOP yang diwajibkan pada kita tu. 

Bayangkan kesannya pada mereka yang memang aktif bersukan.. tiba tiba. Jom baca antara coretannya , Tujuan catatannya hanya untuk memberi kesedaran buat mereka yag masih memandang ringan mengenai bahayanya Covid 19 ni pada mereka yang tidak berkeupayaan ! Dalam sihat pun boleh dijangkiti , bayangkan mereka yang ada penyakit kronik ! 





Kesan Selepas COVID-19 ( Rahayu Ahmad )

Dalam post saya seblum ini ada saya nyatakan bahawa setiap ujian kesakitan yg Allah berikan kpd kita pasti ada kesannya walaupun telah sembuh. Apalagi COVID-19 iaitu virus yg baru sahaja melanda dunia dan masih banyak kajian yg dilakukan utk mengetahui ‘ciri-ciri jahat’ virus ini apabila menyerang manusia.

Saya tiada simptom ataupun gejala sepanjang saya positif COVID-19. Sejurus saya telah discharge dari tempoh kuarantin, saya mulai rasa kelainan kpd tubuh badan saya iaitu pada sistem pernafasan saya. Nafas saya terasa pendek, sesak dan cepat keletihan. Saya mula mengalami kesan-kesan setelah sembuh dari COVID-19 seperti yg sahabat-sahabat saya kongsikan. 

Info berkaitan ini telahpun saya perolehi sebelum saya terkena jangkitan. Sahabat-sahabat saya yg terdiri drp org2 yg aktif dalam sukan basikal dan larian telahpun memberi amaran ini supaya saya lebih bersedia dgn pelbagai kemungkinan. Inilah kerisauan saya dari dahulu kerana saya adalah seorang yg sgt aktif dalam sukan dan ia pastinya akan menyebabkan prestasi saya jatuh. Akhirnya ia turut dialami oleh saya.

Saya mulai sedar juga pd minggu kedua saya melakukan workout di dalam bilik kuarantin, nafas saya (heart rate) cepat berada di Zone 4. Seperti nasihat doktor saya dan sahabat-sahabat yg lain, lakukan senaman ringan terlebih dahulu agar badan saya tidak terkejut. Saya turuti semua nasihat tersebut dengan sentiasa berdoa agar Allah memulihkan saya seperti sediakala.

Namun, saya kuatkan diri saya utk membuat eksperimen ke atas diri saya. Saya buat larian 5km pada hari kedua selepas discharge, dan saya sedih. Prestasi saya seperti saya telah berhenti lebih setahun dari bersukan. Larian saya lemah dan HR Zone saya cepat berada di Zone 4.

Saya kongsikan prestasi saya seperti di dalam gambar. Saya akui, saya sedih dan risau. Sahabat2 saya yg tahu tentang prestasi saya dlm larian, pasti tahu di tahap berapa pace saya. Tapi saya tidak boleh patah semangat dan menangis di hujung katil sahaja. Saya perlu mencari jalan. 

Saya bukan manusia yg mudah putus asa. Mmg saya sedih dgn kesan yg berlaku tapi ia tidak mematahkan semangat saya.  Saya telah berjumpa dengan doktor utk menjelaskan masalah yg saya hadapi (of coz doktor yg pakar). Alhamdulillah masalah yg saya hadapi sgt minor kerana antibody saya sgt kuat dan ditambah pula saya adalah sgt aktif. Saya diminta utk mengikuti sesi terapi secara online dgn Dr. Renu untuk mempelajari teknik pernafasan dan memperbaiki sistem dalaman saya semula. 

Saya juga dinasihatkan oleh doctor utk mengambil dosage tambahan kesemua supplement yg saya consume setiap hari dan ditambah dengan beberapa lagi supplement utk tujuan recovery (membaiki tempat2 di dalam organ yg mungkin bermasalah akibat virus COVID-19). Saya juga diajar tentang cara pemakanan supplement yg betul utk mendapat manfaat yg sebenar dan mengelakkan drp perut terganggu. 

Alhamdulillah. I feel better now.

Sekali lagi, saya membuat experimen ke atas tahap badan saya. Saya kuatkan mind saya utk melawan smua ini dan melakukan satu lagi sesi semalam. Alhamdulillah saya berjaya tamatkan larian 5km dgn pace yg lebih baik. Dan saya berhenti setakat 5km shj kerana tidak mahu memberikan terlalu byk tekanan di dalam tempoh recovery. 

Heart rate saya masih cepat berubah ke Zone 4 tetapi yg peliknya saya tidak rasa tercungap pun (bila tercungap smpai tidak boleh bercakap semasa senaman bermaksud heart rate berada di tahap 4). Agak pelik tapi saya tetap percaya dgn device yg saya gunakan utk memantau heart rate saya. Apabila HR masuk ke Zone 4, saya memperlahankan kelajuan larian saya utk kembalikan ke Zone 2. Itulah yg saya lakukan sehingga tamat sesi larian.

Apa yg saya cuba kongsikan disini ialah utk org yg tidak aktif seperti saya, mungkin masalah ini tidak sangat dirasai sbb kdgkala org merasakan nafas pendek dan cepat rasa letih mgkin kerana penat bekerja, tidak ckup rehat atau faktor umur. Jadi, masalah ini akan berlanjutan dan akan memberi risiko di masa akan datang. Namun bagi saya yg sentiasa memantau tahap heart rate dan prestasi saya, maka saya dapat ketahui masalah yg saya hadapi di mana ia sgt berbeza dgn sebelum ini.

Jadi, sentiasalah berjaga2 di dalam situasi COVID-19 yg melanda negara kita. Jangan ambil ringan dgn mengatakan ‘ala badan saya sihat mesti kalo kena COVID-19 ni mcm kena flu je. Habis kuarantin nti okay balik’.. Please jangan terlalu riak. Kita belum tahu kesannya di dalam jangkamasa panjang. 

Again pesanan saya, COVID-19 belum ada ubat. Prepare your body utk imunisasi yg lebih kuat dgn pengambilan supplement spt Vitamin D3, Vitamin C, probiotic, b-complex, madu dan hasbatussauda. Apabila badan kita ready, apa shj virus yg kena, in shaa Allah, badan kita akan boleh terima dan melawan semula. Itulah yg kita mahukan. Usaha. Usaha. Usaha.

In shaa Allah saya kongsikan lagi dalam live saya di Facebook. Semuanya utk tujuan memberi pemahaman yg lebih berkaitan COVID-19. Semoga ia dapat membantu komuniti kita hidup dlm keadaan yg baik dan sihat. Amiin... ". Boleh ikut post post Puan Rahayu di Facebooknya. 

Samada nak amik tahu atau tidak , terpulang. Yang penting , kita jangan jadi penyebar pada orang lain. Jaga SOP... 


Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (61)
    • ▼  Disember 2025 (2)
      • Proses pemulihan dan menguatkan kembali sendi otot !
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes