Sapa sangka , kan ? Memang benar kita sekarang dah berubah cara hidup ! Wawasan 2020 dah jadi kenyataan. Tiada kereta terbang ? Itu cuma imaginasi kita.. Fantasi kita tapi kita dah mula bekerja dari rumah , kan ? Kita dah mula belajar dari rumah , kan ? Haaa.. Banyak lagi norma baru yang kita amalkan dan tinggalkan yang lama ! Kita sedang menuju ke alaf baru ! Sedar ?
Bab pendidikan.. Belajar dari rumah. Bukan mudah. Serius , bukan mudah ! Tapi ada banyak kebaikannya. Antaranya ? Tiada kesesakkan lalu lintas di pagi hari , kan ? Bumi selamat. Tiada makanan tidak berkhasiat untuk anak anak kita lagi.. kan ? Jimat ! Mak ayah , kena dah join sama belajar.. tiap kali ada kelas online ! Kalau mak ayah bekerja ? Hehehe.. Carilah solusi.. Aku boleh ? Tak perlu nak fahamkan aku.. Kita sama sama kena cari jalan penyelesaian. Jalan keluar sebab inilah yang realiti sedang kita hadapi. Bukan mimpi ! Kena tukar dah. Tak sama cam dulu. ! Ampang Park pun dah tak da ! Penjara Pudu pun dah takda ! Zaman berubah ! Takkan kita masih nak di tahap yang sama ?
Stress ? Yer.. aku pun ! Kementerian Pendidikan kena kemaskini semula. Anak anak kita tak dapat nak belajar di sekolah , untuk jangka masa yang lama. Tak tau untuk berapa lama. Aku percaya , vaksin masih belum mampu buatkan kita semua kembali ke kehidupan yang sama. Mungkin KPM boleh buat , seminggu sekali ke sekolah... Jadual khas seperti hari Isnin untuk Tahun 1 saja ? Selasa , Tahun 2... begitulah sehingga abang Jamel mampus sampai hari Jumaat. Macam bekerja dari rumah gak la.. kan ?
Pembelajaran Online
Kelas Tambahan
Memantau
Peralatan
Cikgu-cikgu camana lak ? Mereka pun ada anak anak ? Mereka boleh je bawa anak anak ke sekolah. Kan ada kelas banyak. Mereka boleh je online dari kelas tu.. bersama anak anak cikgu yang lain ! Bukan hari hari pun kan ? Buat giliran gitu.. Cadangan je..
Cuma kita kena cari penyelesaian untuk kawasan pendalaman. Internet dan peralatan. Yang ni wakil rakyat kena mainkan peranan ! SPRM kena pantau. Faham faham je la kan ? Yang penting.. buat masa ni , silibus tu kena turunkan skit. Kena fokuskan kemahiran MEMBACA , MENULIS dan MENGIRA. Subjek AGAMA dan MORAL perlu ada juga.
Kelas Percuma Matematik yang dibuat oleh Cikgu Hakim. Tahniah !
Macam sekarang ni.. aku tengok anak aku tu.. baru Tahun 3 dan belajar serupa Tahun 5 punya tajuk.. Matematik ! Cikgu yang ajar pun , bagi satu dua contoh .. dah masuk ke latihan dan kemudian tajuk baru ! Uihh... jangan kata murid , ibu bapa yang tengok pun terkedu ! Boleh krem otak woii ! Biar lambat tapi mereka dapat dan faham !
Pendapat aku je la.. Guru guru tertekan untuk sediakan bahan dan pada masa sama , nak urus anak anak mereka juga. Mereka juga ada anak. Yang ibu bapa pula , stress memikirkan peralatan pembelajaran untuk anak anak.. Dan anak anak , tertekan dengan lambakan latihan ! Hari hari tegang urat suruh anak anak siapkan latihan !
Aku rasa boleh dah lupuskan jawatan jawatan Menteri dan Timbalan Menteri yang tak berfungsi. Duit tu, boleh salurkan untuk ke arah pendidikan negara.. di alaf baru ini !
Ini cumalah pandangan aku dan cadangan aku. Kekurangan memanglah ada tapi pihak terbabit boleh baiki. Kita dah kena ubah cara hidup kita.. ke arah lebih baik ! Contoh ketara kita boleh lihat ialah.. tak perlu lepak kedai mamak dah sekarang ! Tapau dan balik rumah jer.. Mungkin boleh la nak lepak tapi ada had ? 15 minit mungkin ? Kebersihan lebih terjamin kan ?
Sekarang .. masa untuk SURVIVAL ! Teruskan kehidupan...




















