BEN ASHAARI



Kementerian Pendidikan Malaysia dah kasi tarikh 'kembali ke sekolah'. Anak anak , ada yang dah lengkap segalanya. Ada yang belum.  Qhaliff , dah ready. Zahra , masih ada yang kurang. Beg , kasut belum dibeli. Saja tak beli awal awal untuk Zahra. Qhaliff je dah ready awal sebab 'ada rezeki' untuk dia. 

Sejujurnya , aku masih risau nak antar anak anak ke sekolah dengan situasi sekarang. Kes masih tinggi di tempat aku ni , Selangor. Tapi di Sepang , kes tak tinggi. Kes pekerja asing je banyak. Alhamdulillah , namun aku perlu berhati hati juga.. terutama anak anak ! 

Pengalaman aku sewaktu awal Covid 19 , menghantar mengambil Qhaliff  di sekolah dapati aku perlu sediakan stok pelitup muka atau face mask dalam begnya. Begitu juga dengan sanitzer dan juga sabun. Maklumlah , ke tandas tu dah pasti. Dan waktu makan tu pun nak kena basuh tangan dan mulut. Sabun kena ada. Takkan nak bawak sabun buku ke sekolah lak kan ? Pihak sekolah pun , jika sediakan sabun, pastinya jenis picit picit tu.. 

Atas sebab tu , aku lengkapkan anak anak dengan kit perlindungan diri ni yang dibuat sendiri atas inisiatif rakan aku dan menjualnya di Lazada dan Shopee. Sangat berguna dan bagusnya siap ada tali yang ikat face mask. Ini untuk elakkan face mask tu diletakkan merata rata.. dan tersangkut di leher jer ! Bagus la kan ? Haa.. 


Boleh dapatkan di SINI..

Share
Tweet
Pin
Share
No comments



" Bang, bang.. cepat.. ada serangga masuk dalam telinga ni.. " jerit wife aku dari dapur. 

Serangga ni pun ! Time ni gak la nak masuk. Dok sedap layan drama Korea ni kot ! Cuba la masuk time gaduh ngan aku kee.. baru la best ! Nak tengok dia nak tegur aku ke tak ! Haaa.. Mesti turun ke tanah punya ego dia ketika tu.. kan kan ? Orang perempuan ni, time bergaduh, memang kita jadi tunggul kat rumah ha. Tiba tiba diorang macam ada super power. Semua benda boleh buat sendiri. Bila dah ok, nak angkat minyak masak pun tak larat.. tetiba ! Hahahaha.. 

Ok , sambung. Aku pun bergegas la ke dapur. Cuak gak la. Aku ni , bab panca indera jangan dibuat main. Benda sensitif. Mata , telinga , hidung , mulut.. haaa ! Jangan main main ha.. Kan ? Setuju ? Angguk skit. Macam borak ngan kayu je aku ni. Hahaha.. 

Nah.. tau apa aku buat ? Aku tanya la dulu. Serangga apa yang masuk ? Lipas ? Lalat ? Tenuk ? Dia pun tak tau.. Dok sedap memotong tiba tiba dengar ada benda terbang masuk. Aku pun pelik la ngan natang tu. Telinga bini aku lak jadi sasaran nak landing. 

Nak buat camana eh ? Aku berfikir sejenak ala ala Profesor Serba Tau. Haa.. ada idea ! Kita lemaskan dia. Aku ajak wife masuk bilik air. Jangan fikir bukan bukan yer.  Nak curah air masuk telinga ke ? Aku tengok dia masukkan air ke lubang telinga belah kanan. Aku pelik la.. 

" Dia masuk lubang mana ? Kiri ke kanan ? " tanya aku.

" Kiri.. " jawab dia sambil masukkan air lagi.

" Dah tu kenapa masukkan air kat lubang kanan ? " tanya aku sekali lagi. 

Dia pun cakap la.. kalau masuk air belah kanan , air akan menolak keluar serangga tu di lubang kiri ! Hurm... Betul ke ?? Aku mengimbas rajah telinga di dalam kepala aku. Tetiba dah macam Doktor Kim lak aku.. ala , doktor dalam drama Korea tu la. Korang apa tau.. Layan drama petang petang jer.. Lain level.. Hahaha.. Sentap la tu.. Hahaa.. gurauuu ! 


Tak mungkin betul cara dia.  " Sejak bila lubang telinga kita bercantum ? " tanya aku. Dia pandang aku semacam. Haish.. sungguh dia punya kelayakan akademik jauh tinggi dari aku  tapi dalam sesetangah bab , aku lagi bijak dari dia ! Hahahaha.. Realiti !! 

Aku suruh dia dekat dengan bekas simpanan air dalam bilik air tu. Aku suruh dia tahan nafas. Pastu masukkan kepala dia dalam tu ! Haaa, kasi rendam satu kepala terus ! Baru lemas serangga tu dah akan keluar dari lubang tu ! Baru padan muka dia.. 

Aku terbayang aksi aksi kelemasan serangga tu sambil ketawa ! Isteri aku pandang aku semacam. 

" Bang , hibah saya tak banyak pun. Tak berbaloi nak lemaskan saya. " kata dia. Dah pulak ??? Dah tu camana ??? Aku tanya lagi ada ke tak serangga dalam tu ? Aku amik gayung dan ceduk air. Suruh wife telengkan kepala dan masukkan sedikit air.. Kemudian keluarkan air tu semula.. 

" Ha.. macam takda dah je ni.. " kata dia sambil menarik nafas lega. 

Aku pandang dia.. " Betul takda ni ? " tanya aku. Dia angguk. Terus ke dapur dan sambung kerja. Sejak hari tu, aku senantiasa memandang dia.. lain macam sikit perangai dia selepas serangga tu masuk. Aku risau yang masuk tu bukan serangga tapi alien yang dah merasuk dia. Tingkah laku dia pun dah lain sejak dua menjak ni. Contoh ? Contohnya dia berpuasa direct seminggu dah ni. Biasanya mesti sehari dua. Seminggu direct ni , ajaib ! Huhh.. 


Ok.. Untuk makluman korang , terdapat beberapa cara yang boleh membantu mengatasi masalah serangga masuk ke dalam telinga ni... Mula-mula ;
  1. Jangan panik dan tetaplah berusaha untuk tenang
  2. Jangan menggunakan jari atau cotton bud untuk kedalam telinga.Kaedah ini hanya akan membuat serangga masuk lebih jauh lagi ke arah dalam telinga.
  3. Segera miringkan telinga ke arah yang berlawanan dan titiskan sedikit baby oil sehingga serangga dapat jatuh dengan sendirinya.
  4. Gunakan minyak zaitun yang sudah dihangatkan terlebih dahulu sebelum meneteskannya ke dalam telinga. Ini akan membuat serangga mati dan mudah untuk dikeluarkan.
  5. Jangan menggunakan air untuk memaksa serangga, cara ini akan membuat serangga panik dan menimbulkan luka di telinga anda.
Sekiranya anda tidak berjaya mengeluarkan serangga dari telinga anda, sebaiknya jangan dipaksakan. Jika anda mengalami simptom seperti merasakan sakit di dalam telinga, telinga meradang bahkan membengkak, atau bahkan mengalami kesulitan dari degi pendengaran, segeralah periksakan telinga anda ke doktor terdekat agar mendapatkan penanganan yang tepat.

Ada paham ? Ilmu asas ni kena tau juga kita. Jangan main buat jer. Aku risau kalau ada yang panik dan tak tau nak buat apa apa .. dia sambung tengok citer Korea jer. Esok je la gi klinik ! Hahahahaha..
 

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

Tertonton video ni di Twitter. Tergamam aku tengok. Aku cam ? What ??? Aku baca di komen situ katanya dah biasa buat di kalangan keluarga dia ! Tapi budak tu bukan adik dia pun. Anak angkat keluarganya. Adoi laa.. 

Geram pulak aku tengok. Aku ada 3 orang anak pun takda la nak ajar buat gitu. Geram geram pun , masa dorang tidur tu aku cium pipi atau dahi. Rasa sayang pada mereka. Sayu.. sedih.. macam macam perasaan ada bila tengok mereka tidur ! 

Tapi cium mulut ? Huhhhh.. Ni bukan Amerika ! Kena lak kau dok berpakaian gitu siap bertasbih. Apa jadah contoh kau nak tunjukkan tu ? Pelbagai komen dilemparkan. Tak bersetuju dengan perbuatan tu. Ada netizen.. netizen gak !! Buat report polis katanya. Hari ni , polis dah buat tangkapan ! Terbaik !!

Video dia di Tik Tok pon banyak memaparkan adegan.. Hurm.. Bengong la. Dan khabarnya Tik Tok dah padamkan video video tu.  Info dari pembacaan aku melalui komen komen di Twitter. Dan ada juga gambar dia sebagai founder produk.  Huhuh.. 

Produk apa ?  Antaranya adalah produk untuk lelaki la.. 





Dan kita sebagai ibu bapa di zaman ni , kena waspada ! Waspada pada semua orang tak kira dekat atau jauh.. lindungi anak anak kita yang kecil itu. Mereka tak tau apa apa. Sehinggalah mereka dah bijak berfikir mana baik dan buruk.. barulah boleh lepaskan mata kita tu. Selagi tu, jangan sesekali lepaskan !

Kat bawah ni ada beberapa tips untuk kita kenali mengenai Sexual Grooming ! Ini penting yer.. Atau bahasa dulu , diorang sebut ' Bela Baik Baik.. ".  Gitulah.. 

Ditulis oleh : Dr. Rozanizam Zakaria.

Sexual Grooming atau antunan seksual bermaksud perbuatan dengan sengaja mendekati, berbaik dengan sesorang (mangsa) contohnya kanak-kanak dengan bagi membina hubungan emosi dengan TUJUAN mengurangkan penolakan sebarang perilaku seksual terhadap mangsa.

Is mungkin berlaku akibat terhutang budi, harta atau tautan emosi dengan pemangsa. 

Ada 6 peringkat sexual grooming 
  1. Mendapatkan sasaran (cari mangsa yang fragile) 
  2. Dapatkan kepercayaan (tunjuk reputasi pemangsa) 
  3. Mengisi keperluan mangsa (beri apa yang mangsa tak ada)
  4. Mengasingkan mangsa (ajar mangsa merahsiakan)
  5. Perilaku seksual 
  6. Kekalkan penguasaan keatas mangsa (ugutan, suapan). 

Ia adalah proses, tak berlaku dalam sehari dua. Sexual grooming adalah kesalahan di bawah Akta kesalahan seksual terhadap kanak-kanak 2017.

Tangungjawab ibubapa 

  1. Pencegahan adalah kunci utama 
  2. Bina hubungan emosi dengan anak-anak supaya anak-anak tidak mencari orang lain. 
  3. Ajar anak berkongsi masalah dengan ibubapa, bina kepercayaan 
  4. Berkomunikasi dengan anak-anak secara telus
  5. Monitor penggunaan media 
  6. Tegas dengan peraturan berkait dengan hubungan sosial luar keluarga 
  7. Lapor kepada polis jika berlaku. #psikologisikecil


Jaga jagalah anak kita. Pemangsa di luar sana , sedang memerhati ! 



Share
Tweet
Pin
Share
1 comments


Selepas mandi , dia akan cari baju Ferrarinya. Dia akan selang seli hari memakainya. Hari ni pakai, esok cuci, lusa pakai ! Adoilah.. kalau berterusan , reput cepat baju tu ! Huhhuh.. Dan tadi, Qhaliff  tolong bersihkan mulut dia selepas makan roti coklat. Comot ! Air terkena sedikit di lengan dia. Dia punya meraung macam kena belasah dengan samseng jalanan ! Hahahahah.. Mengelupur aku dan Qhaliff. Cepat cepat bukak baju dia.. dan jemur ! Nasib baik mentari terik di luar sana. Sekejap je kering. Tak sampai pun 5 minit ! 

Sian dia. Sayang sangat dia ngan 'Ferrari' dia tu ! Disebabkan hal tu , aku belikan dia 3 helai lagi baju Ferrari  pelbagai warna. Suka laaa dia sangat pun ! Dan dia mintak satu lag.. Headphone Ferrari ! Er... ada ke ??? 



Aku try cari di Lazada.. Takda headphone Ferrari. Di Google tu ada la. Tapi yang untuk racing tu haa.. Untuk headphone tu, tak da la pulak ! Mahal lak harganya tu. Dia nak gak tapi tak beria. Aku cakap la mahal. Dia faham. Dan berlalu. Sian.. Barulah aku memahami perasaan sian terhadap anak tu. Patutlah kita dulu cakap parents ni manjakan anak dia.  Bukan apa.. bila terbayang saat mereka kecil , kita menumpang kasih sayang denga dia.. bermanja dengan dia... tiba tiba besar , dah jadi lain ! 

Aku cuba Google cari headphone Ferrari tanpa pengetahuan dia. Ada kau ! Cun cun lak tu ! Tapi tak jual di Malaysia la. Huhuh.. Meraung mamat tu kalau nampak ! 



Tak pe la nak.. Kecik kecik tak payah nak pakai headphone lagi. Rosak gegendang tu ha. Nikmati bunyi bunyi yang ada buat masa ni. Nanti dah besar , belilah sendiri.. Huhuhu.. Dapat beli kereta sekali , lagi bagus ! Hahaha.. Tapi pastikan beli dengan duit berkat.. Bukan duit rakyat atau duit haram ! 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments



Siapa yang pernah melancong ke New Zealand pasti akan tersenyum bila mengingati saat saat  manis ketika di sana , kan ? Bukan setakat permandangan yang cukup indah lagi menawan tapi juga akan teringat akan produk produk makanan yang ada dijual di sana tu... kannn ? 

Tapi apakah yang pasti korang bawa balik ke Malaysia sebagai buah tangan ? Antaranya ialah.. Susu Pushoi Valley dan biskut Cookie Time ni kan ? Hehehe.. Dua ni antara yang pasti dibeli punya ! Bila teringat pun dah terliur..kan kan ? 

Nah... sekarang pandemik ! Semua tak leh gi melancong. Tapi tiba tiba teringat akan keenakan biskut Cookie Time ! Adoi la. Mesti syok makan ketika layan drama Korea. Memang sempurna sungguh ketika tu ! Hahahaa.. 

AMARAN: BISKUT INI BOLEH MENYEBABKAN KETAGIHAN DAN DISYAKI ANDA TAK MAHU BERKONGSI DENGAN SESIAPA. SATU MEMANG TAK CUKUP. JADI, DINASIHATKAN UNTUK MEMBELI LEBIH DARIPADA SATU UNTUK MENGELAKKAN PERTELINGKAHAN.
 
Sekarang ni, korang tak payah dah pergi ke New Zealand nak rasa biskut Cookie Time yang famous amos kat sana tu. Kat Malaysia pun dah ada TAPI aku kasi tau awal awal yer, stok adalah terhad. Cookie Time ni memang sedap sebabnya coklatnya pasti akan cair di mulut bila makan. Dan jangan risau..  dijamin HALAL. 

Tak caya , cuba tanya kawan kawan korang yang pernah ke NZ tu.. Ramai yang bila makan kat sana, dah teringat-ingat bila balik ke sini. Kalau korang belum sempat lagi pergi ke sana, bolehlah feeling-feeling kat New Zealand dengan makan makanan dari New Zealand. Nak pergi ke sana pun tak boleh sebab sempadan antarabangsa ditutup.



Cookie Time ni memang menjadi kegilaan ramai. Nak lagi sedap, ada cara makannya:
  1. Panaskan dalam ketuhar sekejap.
  2. Pecahkan Cookie Tme dan makan dengan susu.
  3. Simpan dalam peti ais dan makan waktu masih sejuk.

Apa kata mereka yang dah pernah merasai Cookie Time ?

  •  Finally arrived! Alhamdulillah. The best cookies ever that we really miss after NZ trip back in 2018. -Shiham Fouzi-
  • Rasa bagai bermimpi bila the best NZ cookies ni berada di depan mata. Bagai tidak percaya, pada musim Covid, berpeluang untuk mengimbau kembali kenangan bersama Cookie Time! Rasa seolah-olah sedang berada di New Zealand, melayan keindahan di sana sambil makan cookies. Rasa macam tak cukup pulak grab 3 pek je aritu. Anak-anak asyik duk repeat je ni. Memang sedappp. Sangat-sangat rekemen kalau sapa-sapa belum mencuba. -Khairul Fahmi-
Kalau anak-anak korang tengok pek bungkusan mesti suka sangat, ada kartun merah yang comel tengah ngap biskut ni. Comel sangat. Terus teringin? Macam rasa kat tekak je Cookie Time ni? Maaflah kalau buatkan korang rasa teringin sangat nak cuba. 

Oh ya... Sekarang ni, ada kombo jualan Cookie Time dengan buku resipi Legasi Emak pun ada. Beli dua dalam satu.  Tengah heboh sekarang ni, 340 orang penulis mendokumentasikan resipi dan cerita ibu mereka menjadi 8 buah buku.

Pertama di Malaysia yer. Ini bukan sekadar buku resipi biasa biasa yer ! Ini buku luar biasa – buku resipi bercerita. Anda memang bertuah kalau memiliki 8 buah buku ini.

Ingat.

Ingat. 

Ingat. 


324 resipi pengkarya. 8 resipi chef tamu  dari  Chef Amer, Chef Lynn Hassan, Chef Asma Nordin, Puan Sue M Arukin, Chef Norzailina Nordin, Chef Zaidah Mohd Noor  dan  #SuperDaddy, Khairul Abdullah. 8 resipi penulis tersohor, Sri Diah Shaharuddin.

Semuanya ada  340 resipi. Fuh takkan tak terpikat lagi kot ? Tahu tak, satu resipi cuma RM1.35 sahaja? Siap dapat petua masakan, kisah hidup dan panduan kehidupan lagi. Berbaloi-baloi.

Antara resipi yang terdapat dalam 8 buah buku ini ialah:
  • Sekaya Labu
  • Jongkong Perak
  • Ikan Pari Masak Lada 
  • Nasi Lemumi Berulam
  • Daging Hitam Yang Teh
  • Ikan Kering Goreng Berasam
  • Rendang Kerang Pedas Mak Mah
  • Asam Pedas Darat Keladi Tok Timah
Terliur sihhh, baru baca tajuk resipi! Rambang mata kan? Itu baru 8 resipi, ada lagi 332 resipi dan cerita yang anda perlu cuba dan baca. Sungguhlah berbaloi.  Diulangi ,  FAKTOR X mengapa patut dapatkan buku ni yer ! 

>>> Ada 8 resipi chef tamu.
>>> Ada 8 video chef tamu buat demo memasak.

Bagaimanakah caranya? 

Mudah jer. Mula mula , imbas dengan Kod QR. Okey tak? Teruja? Muat turun aplikasi kod QR. Imbas kod QR di muka belakang buku BKH #legasi_emak.

Saksikan satu demi satu demo memasak. Video berdurasi 3 hingga 7 minit. Bergembiralah tuan puan yang beli 8 naskhah BKH #legasi_emak. Akan dapat tonton 8 video memasak chef profesional. Gitu!

Ada 3 pilihan untuk korang kalau berminat.

1. HARGA SATU PEK BESAR COOKIE TIME NI RM 70 TERMASUK KOS POS. DALAMNYA ADA 7 KETUL BISKUT. MAHAL?   - 900 pek dah terjual walaupun orang kata harga biskut ni harga biskut kayangan. Barang import kot. Kos penghantaran pun dah RM 16,000.
  • wassap.my/601156355256/CookieTime
  • wassap.my/601156355256/CookieTime
  • wassap.my/601156355256/CookieTime
2. PEK COOKIE TIME + BUKU NASI LEMAK SAMBAL BILIS – RM100 TERMASUK KOS POS
  • wassap.my/601156355256/kombo2
  • wassap.my/601156355256/kombo2
  • wassap.my/601156355256/kombo2
3. PEK COOKIE TIME + KOMBO 8 BUKU – RM300 TERMASUK KOS POS
  • wassap.my/601156355256/Kombo9
  • wassap.my/601156355256/Kombo9
  • wassap.my/601156355256/Kombo9
Cookie Time ada 48 PEK SAHAJA LAGI. Tawaran ini hingga HARI INI sahaja ya. SEHINGGA 11.59 MALAM INI SAHAJA.

Cepat bertindak SEKARANG juga. Kalau tak tempah, tak dapatlah Cookie Time dan buku ni. 

Bonus ! Dengan pembelian Cookie Time , korang akan dapat baucar diskaun bernilai RM200 seorang. Sah sehingga Disember 2025 !


Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (60)
    • ▼  Disember 2025 (1)
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes