BEN ASHAARI



Teringat pertama kali aku ke Butik Sellection sebulan yang lepas. Ketika di sana, aku yang tak biasa masuk butik barangan berjenama begini agak kekok. Dulu biasa la ke Star Hill atau KLCC tu untuk cuci mata tengok barangan berjenama ni. Tapi mampu tengok dari luar je la. Segan nak masuk. Hahahaa.. 

Tapi selepas tu baru faham bagaimana Sellection ini mampu memikat pelanggan pelanggan samada melalui online atau pun offline. Malah ramai saja yang menjadi pelanggan tetapnya. Walaupun ketika Perintah Kawalan Pengerakkan (PKP) , mereka masih berjaya membuat jualan malah semakin meningkat lagi secara online menerusi Facebook, Instagram dan juga web Sellection.

Bagusnya, pelanggannya terdiri dari pelbagai lapisan. Malah selebriti terkenal, VIP, orang kebanyakan tak putus putus keluar masuk butik Sellection ini. Mereka berpuashati dan ada yang kembali samada melalui online atau pun offline ! 

Apakah rahsia kejayaan Butik Sellection ini ?

Kerjasama sepasukan dan juga suntikan semangat yang senantiasa dari pemilik butik Sellection ! Nah.. ini yang jarang nak aku dengar. Teamwork sangat penting. Jika pemimpin itu sekadar memberi perintah sebagai boss , memang out la bisnis ! 

Tapi jika sebaliknya... pemimpin turun padang dan turut bersama staff yang lain, insyaAllah... mereka pasti berjaya ! Itulah yang dilakukan oleh mereka. Sama sama dalam memperjuangkan perniagaan jualan barangan yang asli dan berkualiti dari luar negara ini.

Kejayaan datang bukan sekelip mata ! 

Menyingkap rahsia kejayaan Puan Rafidah yang membina legasi Sellection, beliau sudah pun melalui pelbagai fasa sebelum berada di peringkat yang selesa namun perjuangan belum lagi selesai ! Katanya ini baru permulaan. Masih punya misi malah jauh lagi dari KEJAYAAN ! pada 1 Mei 2021 nanti , genaplah 3 tahun pembukaan Butik Sellection di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.

Tu dia aihhh ! Semangat macam ni patut ada dalam diri tak kira dalam apa jua bidang sekali pun. Jangan cepat berpuashati dan mendabik dada ! 

Keratan tajuk artikal dari MSTAR yang menceritakan penghijrahan Rafidah dari Motreal, Canada  sejak 2014 telah membuka peluang kepadanya untuk memajukan perniagaanya sebagai personal shopper


Pengalaman hidupnya di Canada banyak mendidik beliau untuk menjadi ketua atau pemimpin yang baik. Senantiasa ceria walaupun dalam kekalutan. Beliau pernah melakukan empat kerja dalam satu masa termasuk menjadi pembantu hotel , tukang kemas serta pembantu dapur dengn pendapatan CAD$10 sehari sebelum mendapat pekerjaan tetap sebagai Software Tester di sebuah syarikat di Motreal. Walaupun dah ada kerja tetap, dia masih melakukan kerja kerja sampingan bagi mencari pendapatan tambahan Sebab tu aku tak hairan , orang sepertinya boleh berjaya malah boleh pergi lebih jauh lagi... sedikit masa nanti ! 

Antara cabaran beliau di Montreal ialah menjual mufin pisang yang mana resepi mufin pisang itu direkanya sendiri dengan menggunakan tepung bebas gluten. Bukan mudah untuk menjual mufin pisang di sana ditambah pula beliau bertudung , ada yang memandang pelik dan skeptikal terhadapnya. Namun itulah guru baginya. Mereka yang melalui pengalaman begini saja mampu melawan segala ujian untuk berjaya !

Hasil dari jualan mufin pisang itulah beliau melabur ke barangan berjenama. Dari situ timbul idea untuk menjadi personal shopper  apatah lagi video demo  mengenai pelbagai beg tangan di kongsikan di laman sosial mendapat sambutan dan berjaya mengumpulkan sejumlah pengikut. Ditambah lagi dengan perkongsian artikal mengenai dunia fesyen di blognya , menaikkan lagi namanya seterusnya mewujudkan Sellection ! 

Pada 1hb Mei 2018, secara rasminya Butik Sellection dibuka kepada semua rakyat Malaysia. Butik pertama milik Puan Nor Rafidah Khairuddin ini terletak di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur. Pelbagai barangan berjenama  dari USA, Kanada , Eropah dijual dengan harga mampu milik malah boleh dibeli dengan bayaran ansuran !

" Saya menjual barangan ini kerana saya ingin memberikan peluang kepada rakyat malaysia yang ingin memiliki barangan berjenama dengan harga mampu milik. Saya juga mahu memberikan pengalaman istimewa kepada pembeli seolah membeli terus dari butik dan outlet. Walaupun saya seorang penjual, saya juga adalah rakan alam maya anda. 😊 Saya sentiasa menambah koleksi barangan dan cuba memberikan perkhidmatan terbaik agar dapat merealisasikan impian pembeli semua. Saya memiliki ramai pelanggan tetap. Alhamdulillah. " - Rafidah Khairuddin, pengasas Sellection.


Begitulah sedikit sebanyak mengenai Sellection dan  latar belakang kejayaan pengasasnya , Puan Nor Rafidah. Ianya mampu memberi inspirasi kepada mereka yang berjaya dalam bidang perniagaan. Tidak mengunakan marketing yang mengarut sama sekali ! Segalanya diusahakan atas pengalaman kehidupan yang jarang orang nak perolehi. Sangat mencabar ! 

Tidak lupa pada suaminya , Encik Abdul Hadi Wisman yang menjadi tulang belakang kepada beliau dalam perjuangan perniagaannya ini. Bermula di Montreal seterusnya di Kuala Lumpur. suaminya itu sering memberikan semangat kepadanya. Terbaik ! 







Untuk pengetahuan , Butik Sellection mengadakan live di Facebook dan Instagram setiap hari. Kena rajin masuk la kalau nak tengok barangan terkini dan juga tips tips menarik dari Puan Rafidah sendiri dan juga teamnya. Bagi aku berbaloi la kalau korang kaki handbag ni ! Hahaha.. Aku suka je tengok tapi adakalanya menjauhkan diri sebab tak tahan tergoda tengok beg beg untuk lelaki terutamanya Heheeee..

Sekali lagi.. tahniah buat Butik Sellection atas pencapaian dan ulangtahun ke 3 ! Buat Puan Rafidah dan suami , teruskan perjuangan sehingga SELLECTION mempunyai jenama sendiri dalam dunia fesyen. Aku bangga dapat sendiri duduk berbual dan mendengar sendiri pengalaman mereka dalam dunia perniagaan ini. Aku yakin, jika mereka di puncak satu ketika nanti.. mereka tetap seperti ini kerana mereka bermula dari bawah....bawah sekali dan tau, jika angkuh dan ego di dalam diri.. bakal membuatkan mereka jatuh ke bawah.. 

Facebook : https://web.facebook.com/brandedhandbagsbyrafidah
Instagram : https://www.instagram.com/sellectioncom/
Web : https://sellection.com/

Tahniah, Puan Rafidah ! 


Share
Tweet
Pin
Share
15 comments

Dah pulak... macam tahun lepas dah ni ! Hahahaa... Memang dah dijangkakan pun. Kita pun kena faham je gak la. Mereka jalankan tugas. Nak kata lebih lebih , nanti diberi kata dua lak.." Nak kerja atau nak berhenti kerja ? ". Sian lak kan ? Diorang pun ada keluarga juga. 

Kalau nak tuding jari.. tuding pada mereka yang hari tu sibuk rentas negeri , balik ke kampung tu ha ! Entah camana mereka dapat rentas negeri pun pelik la. Walhal dikatakan setiap pintu masuk tu ada sekatan jalan raya yang ketat ! Camana boleh terlepas ? Malah mak mertua aku di Kelantan pun persoalkan camana jalan depan rumah dia tu , boleh banyak kereta berbanding hari hari biasa ! Dah boleh lepas, sibuk gi kenduri kendara lak ! Nahhh.. tengok apa jadi sekarang kat sana.

Bagi aku.. kalau nak balik tu, balik je la. Jumpa mak ayah. Dah ! Jangan la merayau sana sini. Tak perlu sibuk nak gi kenduri kendara bagai. Melainkan kalau kita tu dah benar benar clear.. dah buat swab test sebelum balik.. Bukan 3-4 hari sebelum balik yer.. tapi bila dah buat swab tu, kita kuarantin diri di rumah. Pastikan diri selamat... InshaAllah. 

Raya ni.. aku masih pikir. Bukan tak nak pergi. Tapi kena pergi pada hari yang takda orang pergi. Haaa... Aku risau jer.. Mak aku tu pun bukan muda lagi. Kena jaga la juga. Haish.. 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Alhamdulillah... sampai dah pesanan aku. 2 hari lepas buat pesanan secara online melalui  aplikasi F&N Life , aku dapat mesej di Whatsapp yang mana pesanan akan dihantar esok harinya. Wah, teruja aku. Walaupun boleh je aku nak gi beli di pasaraya tapi aku taknak ! Hahaha.. Kes Covid 19 meninggi semula. Risau ngan anak anak. Maka buat je belian secara online. Mana yang boleh elakkan, aku elakkan. Gitulah.

Download aplikasi F&N Life dan godek la apa yang boleh dibeli. Sekarang ni ada kempen Keberkatan Plus Plus. Beli secara online ni banyak kelebihan. Dapat point atau kumpul mata yang mana boleh ditebus semula kemudian. 

Ok.. apa yang aku beli ? Sempena bulan Ramadan yang mulia ni , aku nak perbanyakkan sedekah. Nak amik keberkatan sementara aku berkemampuan dan berkeupayaan. Huhuhu.. Aku beli Hidrat Ramadan Bundle. Dalam tu ada 12 botol air 100 Plus. Tujuan aku, nak kasi pada adik beradik , kawan kawan dan jiran aku yang aktif orangnya. Huhuh.. Berbaloi la kan ? 



Kenapa perlu muat turun aplikasi F&N Life ni ?

Aku dapati aplikasi memudahkan kehidupan mereka yang macam aku. Ada orang puashati bila membeli di pasaraya tapi aku tak lak. Jika aku ke sana , aku akan beli macam macam termasuklah makanan yang tak perlu sama sekali ! Dah jadi pembaziran.. kan ? Simpan dalam almari.. lama lama rosak gitu jer..

Kemudian , ada beberapa set bundle yang sesuai untuk keluarga seperti Pek Kasih Ramadan , Pek Kasih Raya. Yang Pek Kasih Ramadan tu, bagus untuk persediaan berbuka puasa dan juga sahur manakala Pek Kasih Raya tu , persediaan untuk menyambut raya. Masak Masak Raya Bundle pun bagus. Tak yah nak pikir banyak dah di pasaraya. Semua ada kat situ. 

Antara produk produk yang boleh didapati di aplikasi ini ialah 100 Plus , F&N , Seasons, Oyoshi Green Tea, Teapot, Ice Mountain, Sunkist, F&N Fruit Tree , FarmHouse ,  F&N Magnolia dan Susu Sejat F&N. 

Yang paling penting, MEJIMATKAN ! Nah... kan bagus dah tu ! Dari segi masa dan wang, dah menguntungkan. 




 


F&N
Cara nak guna aplikasi ni , mudah jer. 
  1. Download di SINI 
  2. Daftar dan isi butiran peribadi. 
  3. Buat pengesahan di email. 
  4. Pilih dan bayar. 
  5. Siap ! 
Mudah je kan ? Haaa... kenapa nak susahkan diri.. Kalau ada masalah, boleh je tanya terus pada mereka melalui Live Chat.

Info lanjut , sila ke : 
Facebook : F&N 
Instagram : F&N 




Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

Poster ni viral di media sosial.  Aku cam.. WOW ! Kena gi tengok ni. Asyik membeli secara online je ni. Sesekali kena turun shopping mall. Bukan apa.. kadang kadang. nak beli kasut untuk digunakan harian mestilah nak cari yang bagus , berkualiti dan harganya.. aku mampu bayar la ! Hahaha.. Nak cari yang mahal mahal di zaman Covid 19 ni, aku rasa cam tak berkeupayaan la pulak. Maklumlah, kena bersedia untuk hari mendatang. Kita dah belajar banyak perkara setahun dua ni.. kan kan ? 

Tawaran dari Bata ni memang gempak la ! Hahaha.. Bagi yang pernah ke Bata, mereka tahu yang produk yang ada di premis ni bukan calang calang punya. Dan untuk pengetahuan , Bata ni bukanlah jenama cap ayam yer.. Kalau korang tak tau, boleh Google sendiri dari mana datangnya Bata ni. Haaa ! Duta dia pun bagus.. tak da isu panas untuk marketing murahan ! 

Promosi Bata Cahaya Raya bersama Fattah Amin dan Fazura menawarkan 'Belanja RM125 dapat RM25 Baucer Diskaun ' ! Boleh dapati di semua kedai Bata.


Nak dijadikan cerita , aku sekeluarga semalam.. awal awal pagi dah ke IOI Mall , Putrajaya. Untuk pengetahun , aku tak rentas negeri yer. Hehehe.. IOI Mall ni terletak dalam negeri Selangor walaupun ada sebut Putrajaya. Dan aku jangkakan , sebelum tengahari akan meriah dengan mereka yang nak membuat persediaan berhari raya walaupun tak boleh balik kampung ! Huwaaaaaa ! Cedeh.. nasib boleh shopping ! Tapi shopping raya , tetap kena ada... kan kan ? Hahaha..

Aku tau.. ada yang kata ' Bata jer ?? ' .. Huih , jangan perlekeh wooo ! Bata ni bukan sebarangan punya jenama. Kalau korang masuk ke premis Bata sekarang ni , korang akan terkejut. Kualiti , rekabentuk dan paling penting , harganya yang korang tak percaya sama sekali ! Ingatkan mahal tapi rupa rupanya.. Dan paling penting , ialah kaki kita tu.. Bagi yang mengutamakan keselesaan pada tapak kaki, dicadangkan Bata. 



Banyak pilihan untuk lelaki dan perempuan. Untuk kanak-kanak pun banyak. Dan menariknya, dalam Bata ni bukan saja ada jenama Bata tapi ada juga jenama lain. Terkejut gak aku. Cantik pulak design dia. Dulu masa aku kerja, kasut kerja aku memang aku beli kat Bata jer.  Bagus untuk tahan lasak. Heee.. Pastu boleh je tukar baru setiap kali keluar design baru. Takda la rasa rugi pun. 

Rambang mata jap.. Hahaah.. Nak amik mana untuk raya ni? Memandangkan tak boleh rentas negeri , maka aku nak cari kasut yang boleh jalan jalan untuk jangka masa lama.. Plan nak merayau sana sini di tempat percutian dalam negeri jer.. 

Dalam kepala aku.. nak cari kasut untuk g gym, berjalan jalan. Wife komplen asik pakai sandal biasa je. Masa bercinta dulu, smart bukan main. Dah kawin.. ala ala jer masa keluar bersama. Adeh , setepek kena ! Yelah.. cari yang smart laaa kali ni. 





Ok...berkenan ni ! Ada dua warna menarik perhatian aku. Aku post di media sosial dan bertanyakan pendapat.. ramai syorkan warna coklat sebab yang hitam tu dah biasa guna jer. Lagi pun yang coklat tu, boleh dikenakan dengan pelbagai jenis seluar.. 

Untuk kasut sukan atau riadah..ada banyak pilihan juga. 











Dua pasang.. dah lebih RM125. Aku punya sepasang. Wife punya sepasang.. Kemudian kasut Zahra dan Qhaliff pung dah lebih RM125. Maka aku boleh dapat 2 keping baucar RM25. Maka aku boleh belikan kasut untuk Aariz. Haa, bagus tak perancangan membeli belah aku ? Hehehe.. Kena bijak berbelanja. 

Bijak kan ? Hahaha.. Selesai bab kasut. Boleh bergaya dah di hari raya nanti. Jangan jadikan alasan tak boleh rentas negeri untuk tidak bergaya di hari raya ! Huhu.. 

Untuk ketahui produk terbaru Bata , sila klik SINI  manakala untuk mengetahui lokasi Bata berhampiran anda , sila klik SINI.

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Jauhi kesibukan bandaraya ! Jauhi orang ramai. Cari tempat mendamaikan untuk menikmati kehidupan. Sebab itulah kita perlu kekalkan hutan dan selamatkan kawasan kawasan hijau kita di Malaysia ini. Semakin banyak hutan ditarah.. semakin botak negara kita. Apa yang kita nak tinggalkan untuk anak cucu kita nanti ? Nak gi melancong ke negara luar.. entah bilanya ! Kalau dulu, kena simpan duit. Sekarang ni ??? Huhuh.. Apakah kita akan melihat keindahan dunia melalui internet dan menikmatinya melalui kaca television sajakah selepas ni ?

Oleh itu... ayuh kita sama sama.. jaga hutan kita ! Sama sama kita perjuangkan agar pihak pihak terbabit lebih peka dalam mengekalkan kehijauan bumi Tuhan ini atau kita akan melihat debu debu merah satu keindahan. Tak mustahil ! Sekarang ni pun kita dah nampak kesan manusia terhadap alam sekitar !



Nah... Bagi mereka yang tak boleh merentasi ke negeri lain cam aku ni.. apa kata kita layan je dalam negeri masing masing. Selangor sendiri kaya dengan tempat tempat menarik untuk dilawati ! Heeee.. kan kan ?

Bila gi ke sana.. tolong jaga kebersihan dan keindahan alam yer. Jangan gi rosakkan lak. Huhuhu.. Jom tengok 9 tempat menarik di Selangor ni yang sesuai untuk kita dan keluarga beriadah..

1) FOREST RESEARCH INSTITUTE MALAYSIA (FRIM), KEPONG

Antara tempat menarik untuk melakukan aktiviti dengan gabungan alam semula jadi adalah di Forest Research Institute Malaysia (FRIM), Kepong. Dengan keluasan 600 hektar, ia dikelilingi oleh Hutan Simpan Bukit Lagong di mana tempat ini menyediakan pelbagai aktiviti kepada pengunjung yang datang. Salah satu tarikan terbaharu di sini ialah ‘Sky Walk’, manakala antara aktiviti yang boleh dilakukan di FRIM adalah seperti berjoging di Rover Track, berjalan kaki di kanopi, berkelah dan berkhemah bersama keluarga, hiking, berbasikal malah berpeluang mempelajari tentang keunikan alam semula jadi. Bayaran masuk yang dikenakan adalah sebanyak RM5 dan tambahan RM5 akan dikenakan jika pengunjung membawa kamera untuk mengambil gambar. Satu fakta menarik - FRIM, Kepong ini pada mulanya merupakan tempat perlombongan, kemudian menjadi kawasan kebun sayur dan kini ianya merupakan sebuah kawasan hutan dengan suasana yang nyaman dan tenang yang boleh dilawati pengunjung.


Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi: FRIM (03-62797000 atau 03-62797575).



2) TAMAN EKO RIMBA KANCHING

Taman Eko Rimba Kanching merupakan tempat aktiviti pelancongan eko yang wajib dilawati di Negeri Selagor. Tempat ini mempunyai suasana air terjun yang cantik untuk bergambar dengan laluan pendakian yang mencabar. Ini kerana Sungai Kanching mempunyai 7 lapisan air terjun setinggi 208-meter yang mana semakin tinggi dakian, semakin sukar perjalanan untuk mendaki. Bukan itu sahaja, pengunjung juga dapat meluangkan masa bersama keluarga dengan menikmati suasana alam semula jadi sambil berkelah. Bayaran masuk adalah RM1 (dengan MyCard) pada hari biasa, RM2 (dengan MyCard) pada hari minggu dan RM5 jika tanpa MyCard.


Untuk maklumat lanjut, layari www.selangor.travel atau hubungi 03-55132000.


3) SKYTREX SUNGAI CHONGKAK, HULU LANGAT

Dikenali dengan “Malaysia First Flying Fox Park”, tempat ini mempunyai elemen flying fox yang lebih panjang berbanding cawangan lain di Langkawi dan Melaka. Di samping itu, Skytrex Sungai Chongkak juga dikelilingi dengan kehijauan hutan serta aliran sungai di bawah laluan rintangan. Terdapat 3 pakej yang disediakan untuk pengunjung di mana setiap pakej mempunyai 25 halangan berbeza dan mengambil masa sejam untuk dilengkapkan. Bayaran masuk ke Skytrex Sungai Chongkak adalah dalam lingkungan RM50 hingga RM130 mengikut pakej yang dipilih.


Untuk maklumat lanjut, layari www.skytrex-adventure.org  atau hubungi +6013 276 9841.


4) BUKIT BROGA, HULU LANGAT

Bukit Broga merupakan tempat yang paling sesuai untuk mendaki bagi semua golongan umur kerana perjalanan dakian yang kurang mencabar dan mudah. Bukit yang hanya berketinggian 400-meter dari paras laut ini mengambil masa sejam untuk sampai ke puncak. Apa yang menarik, di puncak bukit ini dipenuhi dengan kehijauan lalang. Dengan gabungan rumput lalang dan pemandangan yang cantik, bergambar di puncak Bukit Broga amat sesuai untuk dijadikan kenangan. Selain itu, terdapat juga gerai yang menjual air kelapa di puncak bukit untuk pendaki menikmati pemandangan sambal melepaskan dahaga. Bayaran serendah RM1 dikenakan untuk mendaki bukit ini. Satu fakta menarik, pendakian Bukit Broga sebanyak 10 kali adalah bersamaan dengan pendakian ke Gunung Kinabalu. 


Untuk maklumat lanjut, layari www.mpkj.gov.my  atau hubungi 03-87377899 / 03-87371789.


5) WHITE WATER RAFTING, HULU SELANGOR

Terletak di Kuala Kubu Bharu, aktiviti white water rafting ini amat menyeronokkan bagi yang ingin mencuba aktiviti air lasak di sungai sepanjang 8km. Bukan itu sahaja, terdapat juga banyak aktiviti lain yang boleh dilakukan di Sungai Selangor. Aktiviti berakit ini sangat sesuai dilakukan secara berseorangan, serta bersama pasangan, keluarga dan kumpulan dari semua peringkat umur dari 8 hingga 88 tahun, menjadikan aktiviti ini ideal di Malaysia. Kadar bayaran dianggarkan dari RM199 hingga RM800 dengan penyertaan minimum seramai 2 orang.


Untuk maklumat lanjut, layari www.malaysia-whitewater-rafting.com  atau hubungi +6012- 4653307.


6) WATER TUBING, HULU SELANGOR

Water Tubing adalah salah satu aktiviti yang boleh dilakukan di pekan Kuala Kubu Bharu selain white water rafting. Aktiviti tubing ini menyeronokkan lebih-lebih lagi dilakukan bersama rakan-rakan kerana ia tidak memerlukan dayung, dan hanya perlu mengikuti arus sungai. Sekiranya arus kuat, maka kelajuan tiub akan bertambah laju. Jika sebaliknya, peserta perlu menolak air sungai dengan menggunakan tangan untuk bergerak ke hadapan dengan lebih laju. Anggaran harga untuk melakukan aktiviti tubing adalah RM30.

Untuk maklumat lanjut, sila e-mel ke rentasadventures@gmail.com  atau hubungi 011-11414674.

7) TAMAN ALAM KUALA SELANGOR

Taman Alam Kuala Selangor merupakan sebuah taman semula jadi yang dikelilingi dengan hutan paya bakau yang menarik. Ia juga mempunyai laluan hampir 4-kilometer untuk pengunjung selusuri dan menikmati persekitaran alam. Bagi penggemar burung, anda boleh ke menara tinjau yang disediakan untuk melihat dan mengambil gambar lebih kurang 150 jenis spesis burung dari serata dunia termasuk burung migrasi dari negara Siberia dan Rusia. Pengunjung juga boleh bergambar di kawasan paya bakau kerana susunan pokok-pokok yang cantik di sana. Selain itu, bayaran sebanyak RM4 akan dikenakan untuk orang dewasa dan RM1 untuk pengunjung di bawah 16 tahun.


Untuk maklumat lanjut, layari www.kuala-selangor.com atau hubungi 03-32892294.


8) 4X4 ADVENTURE TERATAK RIVERVIEW, HULU SELANGOR

Apa kata anda meredahi hutan dengan menaiki kenderaan jenis 4x4 yang menyeronokkan dan mencabar daripada lawatan biasa di bandar. Kenderaan jenis 4x4 yang disediakan akan menjelajah melalui jalan hutan yang kehijauan terus ke kawasan kampung-kampung tradisional, ladang buah-buahan, seberang sungai, kawasan paya dan batu-bata serta air terjun. Selain itu, pengunjung boleh berkelah dan berenang di sungai sambil menikmati keindahan alam semula jadi. Lingkungan harga untuk merasai pengalaman pengembaraan dengan kenderaan jenis 4x4 ini adalah mengikut kepada permintaan dan itinerari yang diinginkan oleh pengunjung dengan mininum 6 orang peserta.


Untuk maklumat lanjut, layari www.teratakriverview.blogspot.com  atau hungi +6012-5653397.


9) PARAGLIDING (BUKIT JUGRA, KUALA LANGAT & BUKIT BATU PAHAT, HULU SELANGOR)

Anda boleh terokai bandar Jugra dan Batu Pahat dan menyaksikan pemandangan alam semula jadi yang indah dari puncak bukit dengan melakukan aktiviti paragliding yang disediakan di Bukit Jugra, Kuala Langat dan juga Bukit Batu Pahat, Hulu Selangor. Dengan ketinggian 400 kaki dari paras laut, dua tempat popular ini wajib dikunjungi bagi sesiapa yang gemarkan aktiviti mencabar dan ingin mencuba pengalaman terbang di udara. Masa yang sesuai untuk melakukan aktiviti paragliding ini adalah pada bulan Mac hingga September dan bayaran dikenakan untuk melakukan aktiviti ini dianggarkan berjumlah RM320 seorang.


Untuk maklumat lanjut, layari www.mdkl.gov.my atau hubungi 03-31803694 / www.mdhs.gov.com atau hubungi 03-60641235.


Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (61)
    • ▼  Disember 2025 (2)
      • Proses pemulihan dan menguatkan kembali sendi otot !
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes