BEN ASHAARI




Fuh... kuruskah aku ? Hahahaha.. Apakah rahsianya ?? Korang tau kan aku bersenam dari mula aku berblog ni ? Badan aku naik turun cam belon jer terutama bila lepas Ramadan... memang badan akan naik bagai dipam pam ! Hahahaa.. 

Tak kisah la.. naik ke turun ke.. tapi yang buat aku pening kepala ialah bila banyak makan di hari raya ni tapi bila membuang.. tak lawas sangat ! Cerita benar dari dulu ni. Hahaha.. Bila tak lawas , mula la serabut. Perut rasa tak sedap. Buncit semacam bila pakai baju. Kan kan ? 

Bahasa kasarnya.. taik banyak lagi tu ! Hahahaa.. Maaf la yer. Tapi tu la hakikatnya ! Masuk banyak.. keluar hampas sikit jer ! Yang lain , tersangkut dalam tu ! Ramai jadi macam ni melainkan mereka yang takda masalah dengan pelawasan. Biasanya orang begini, jaga makan atau dalam pengambilan makanannya memang cukup serba serbi seperti buah buahan , sayuran hijau yang segar. Kalau jenis masuk protein seperti ayam, ikan , makanan laut atau makanan segera, memang akan bermasalah laa..

Aku punya kes.. memang amik banyak protein ! Maka paham paham je la.. Bila aku buat jus detox yang mana kandungannya banyak buahan dan sayuran , memang lawas la esok harinya. Tapi nak buat jus detox tu.. adoi laaa ! Sebulan sekali ok la.. Nak buat hari hari.. malas betul nak basuh juicer aku tu. Huhuh.. 

Nah.. hari ni., hari pertama Aidilfitri. Dari awal pagi dah makan macam macam. Dah tu, tak bersenam. Adoilahh.. Malam , sambung makan. Perut dah penuh ! Tak selesa dah rasa. Huhuhu... 
 

Baru-baru ni, aku ada review satu produk. Serius produk ni sangat sesuai dengan aku. Bila membuang pun , aku tak rasa pedih. Perut memulas pun takda la memulas cam tak sabar sabar dia nak keluar.. gitew ! Hahaha..  Kiranya sempat di tandas dengan selesanya. 

Dan sebab tu jugak la aku boleh post gambar kat atas tu. Hahahaha.. Dah clear segala hampas. Bila masuk balik, penuh la perut tu. Hahahah.. Sebab tu  kena bersenam dan jaga makan. Maka selamatlah perut. 

Tu je la.. aku nak kongsikan pada korang. Hahahaha... Nak tau apa aku amik eh ? Hehehe.. Aku amik menda ni bila aku makan banyak jer. Bukan hari hari pun. Tak nak bergantung sangat. Tapi benda ni memang berguna sangat ! Bahan yang digunakan pun bagus woo.. memang jenis yang aku selalu guna dalam jus detox aku.. Ada beet root dan ada lemon.. Padu kan ? Hahaha.. 

Ok... baca kat SINI..
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Berasal dari Tanjung Bungah , Pulau Pinang. Cikgu Nizam Bin Salahudin , berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Long Jekitan , daerah Baram di Sarawak adalah antara calon Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021. Cikgu Nizam  yang mendapat jolokan Aristotle , berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris ( Teaching English As A Second Language ) dari Universiti Malaya telah menabur bakti di Bumi Kenyalang sejak 2012 hingga kini. 

Cikgu Nizam mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Sains. Sekolahnya yang terletak di kawasan pendalaman yang mana pelajarnya  majoriti berbangsa Penan. Bukan mudah baginya namun dek kerana pengalaman luas dalam bidang metadologi pengajaran dan pembelajaran , Cikgu Nizam berjaya laksanakan tugas beliau dengan kreatif dan efektif ! 








Menggunakan lagu lagu Bahasa Inggeris untuk menarik minat dan perhatian adalah antara cara yang beliau gunakan supaya anak anak muidnya mencintai Bahasa Inggeris. Manakala dalam mata pelajaran Sains pula. beliau menitikberatkan penggunaan peta minda bersama pensil warna agar mereka mudah mengingati. Kesannya , setiap tahun peratusan kelulusan bagi kedua mata pelajaran tersebut meningkat.

Bagi memastikan anak anak murid beliau cemerlang ketika di sekolah , Cikgu Nizam amat menitikberatkan disiplin dan pada masa sama , mereka seronok belajar di sekolah. Pada musim cuti sekolah, beliau sering mengadakan kelas tambahan dan menghabiskan masa dengan menceriakan kelasnya dengan pelbagai nota ringkas dan juga bahan bacaan yang berwarna warni. Segalanya, menggunakan wang sakunya sendiri. 

Pada tahun 2018 , beliau menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang atas semangat dan dedikasi yang ditunjukkanya. Satu pencapaian yang membanggakan. Selain mengajar , beliau aktif dalam pelbagai lagi aktiviti di luar sekolah. Berikut adalah beberapa pencapaian luar biasanya : 
  • Aktif dalam bidang penulisan puisi , cerpen , rencana , resensi buku dan lirik lagu. Karya karya beliau pernah mendapat perhatian dan dikongsi oleh Pustaka Negeri Sarawak.
  • Menjadi Panel Hakim bagi Pertandingan Mengarang Sajak Sekolah Rendah Karnival Kokurikulum Secara Dalam Talian Bagi Peringkat Negeri Sarawak
  • Menyertai Resensi Buku Peringkat ASEAN 
  • Menyertai Pembacaan Pusi Peringkat Dunia Covid 19 yang dianjurkan oleh Penyair Malaysia
  • Memenangi Hadiah Penghargaan Sayembara Menulis Puisi Islam ASEAN sempena Mahrajan Persuratan Dan Kesenian Islam ASEAN 2020 
  • Mendapat Saguhati Cerpen Seram 2020 Peringkat Negeri Sarawak Kategori Umum 
  • Berjaya tersenarai dalam The Malaysia Book of Records sebagai penerima " Most Numbers of Online Learning Certificate Obtained During MCO" 


Hurm... bukan mudah nak mengarang cerita mengenai Cikgu Nizam ni. Boleh dibuat novel ikutkan. Huhu.. Terlalu banyak cerita dan pengalaman beliau yang menarik dikongsikan pada aku. Kebolehan beliau dalam bidang penulisan  merupakan sesuatu yang wajar diketengahkan.  Bukan sahaja dalam penulisan buku dan novel, beliau juga banyak terlibat dalam penulisan karya kreatif termasuklah puisi dan lagu. Dan sememangnya pengalaman dia sebagai Guru wajar dibukukan dan aku harap ianya menjadi realiti satu hari nanti. 

Semoga berjaya  dan Selamat Hari Guru  , Cikgu Nizam ! 
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Kes Covid 19 di Selangor seperti tak ingin berakhir. Macam yoyo tapi tetap tinggi ! Tapi puncanya, semua orang tau dari mana ! Tak tau la apa kerajaan pusat dan kerajaan negeri punya pelan perancangan untuk membendung selain dok PKPD di kawasan terbabit. Merah saja di kawasan tu. Tak nampak sinar cahaya kehijauan di situ. Kluster demi kluster !


Dan aku jangkaan aku tepat akhirnya... meletus ! Terutama selepas kes rentas negeri ketika cuti sekolah baru baru ni. Ada puak puak degil yang balik ke kampung atau ada yang dari kampung ke bandar telah mencetuskan gelombang baru dalam negara ! Degil bebenar. Tak paham aku. Menyusahkan sungguh. Yang nak gi kenduri satu hal.. yang sibuk kononnya nak balik kampung tengok mak ayah satu hal.. tapi tengok mak ayah kejap je.. selebihnya merayau sana sini ! Huhhh..

Kesannya ? Nah.. kali ni kita beraya dalam rumah jer ! Tapi la kan.. Kalau kes tak tinggi sekali pun, aku tak rasa kerajaan akan bukak pintu sempadan negeri. Kenapa ? Tahap disiplin mematuhi SOP masih rendah ! Aku, kau.. mereka.. sama jer ! Kita sendiri tau la. Nampak. Di tempat kerja. Di restoran. Di dalam gym.. ketika beriadah. Nampak masih ramai gagal nak mematuhi SOP yang disarankan dan diwajibkan kerajaan. Masing masing dok anggap diri tu kebal ! Kebal satu hal.. yang anggap Covid 19 ni satu penipuan pun satu hal. Penat aihhh. 


Yeay... awal April dulu.. katanya PALSU ! Takleh rentas daerah tu , tipu katanya. Aku mampu gelak je la. Sebab dah nampak pun raya kena duduk rumah. Jika dibenarkan beraya.. perghhhh ! Boleh bayangkan insan insan yang bakal bersalaman.. berpelukan... tanpa hirau SOP ! Bagi puak ni, sakit nanti... masuk je la wad. Frontliners kan ada. Apa susah. Tak pun.. makan je habbatussauda. InshaAllah sihat. Tapi diorang terlupa... rantaian yang bakal terhasil. Orang orang tua yang bakal masuk ke ICU. Mereka yang ada penyakit kronik bakal terkesan dalam tak sedar ! Aduh.. menakutkan ! 

Keadaan dah tak sama seperti dulu. Lagu lagu raya yang kita dengar sekarang ni.. bakal jadi kenangan terindah sewaktu kita kecil dulu.. sewaktu kita remaja dulu.. Sekarang, dah lain. Nak raya sebulan pun dah tak mungkin untuk beberapa tahun. Aku jangka , sehingga 2025 ! Melainkan rakyat Malaysia terutamanya... kembali berdisiplin seperti rakyat New Zealand. Oh dan juga ahli politik kita la.. Jika mereka punya otak yang sihat , inshaAllah Malaysia bakal 'beraya' lagi. 


PKP sehingga abis raya sebulan. Tiada lagi 'open house'. Tiada lagi kunjung mengunjung. Dan tiada lagi pembaziran makanan ! Yang ni aku bersyukur sangat. Huhuh.. Dan tiada lagi shopping raya beribu ringgit. Banyak jimat. Boleh dah simpan duit untuk beli emas ni. Huhu.. 

Bila baca kat media sosial.. cubaan cubaan merentas negeri berlaku.. aku geleng kepala. Spesis beginilah yang bikin kes merebak di dalam komuniti. Yer.. aku tau.. Rindu mak ayah. Tapi apa guna kita balik ke kampung.. dalam keadaan tidak tenang. Tak tau apa yang kita bawa pulang untuk mereka. Terpaksa tunggu 2 minggu untuk pastikan mereka 'selamat' dari virus. Dan kita lak, bila balik.. sah sah tak duduk diam dalam rumah. Merayau sana sini pulak. Huhuh.. 

Bila kes naik.. yang terkesan ialah mereka yang nak teruskan kehidupan dengan kais pagi makan pagi ni. Anak anak yang mencari ilmu pengetahuan. Mereka yang tak tau lagi camana masa hadapan mereka.  

Bantulah frontliners kita.. bantulah negara kita. Pulihkan kembali negara kita. Kemudian, kita berayalah sepuashati kita. Bila ? Segalanya terpulang pada kita sendiri. 


Dan aku.. Tengahari di Syawal pertama , baru boleh aku 'beraya' ! Huhuh.. Baru boleh post mintak ampun dan maaf pada kawan kawan di Facebook ! Ni gara gara video Covid 19 kat India tu la punya pasal. Rasanya sebelum ni pun pernah post video tu ! Hahahah.. Dah post, baru teringat. Tapi sayangnya.. sudah terlambat ! Mak Zukenbek dah sekat aku. Cepat tul dia. Hanat tul ! 

Tak pe la... aku berPKP la dulu buat 2-3 hari ni di Facebook. Huhuh... Mampu baca posting kawan kawan. Like tak leh.. komen pun tak leh. 

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments


Saja aku test update software semalam. Memang lama dah aku mengharapkan ada  Dual Recording ni pada Samsung Galaxy Note 20 Ultra aku ni. Sebelum ni hanya Samsung Galaxy S21 jer yag ada. Huhuh.. Telan air liur je tengok kengkawan amik video dengan mode Dual camera ni. Cam syok lak. Hahahaha.. 

Dan semalam , jadi kenyataan. Kalau tak ada tu, memang aku plan nak tukar phone jer. Eh.. hahaha.. Ada gak kena jeling ngan wife nanti. Apa nak buat..kan ? Dah memang gini kehidupan seorang insan yang bergelumang dengan teknologi. Tak de la nak kejar sangat tapi kena la uptodate gitu. Bukan apa.. nanti kata kita blogger cincau je .. Ha ! Tak syok ar.. 

Ok tak alasan gitu ? Hahaha.. Apa pun.. nanti nak test power ketika jogging sorang diri. Sambil jogging, boleh bebel. Atau memandu. Nak amik anak balik sekolah , dah tak boleh. Tak tau bila la pulak sekolah nak buka. Huhuh.. 

Kualiti , nampak cam best. Belum try upload kat Instagram lagi ni. Nak try upload tanpa edit dulu. Tengok camana impak dia. Aku malas nak edit edit ni. Biar nampak 'bodoh' skit video tu. Baru gempak. Hehehe.. Walhal malas. Huhuh.. Apa pun..TQ la Samsung sebab kasi update latest software ni. Samsung memang rajin update. Lalalaaa..

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Tak kira ! Nak gi beraya gak walaupun tak leh rentas daerah apatah lagi negeri ! Janji beraya ! Dapat gi umah kawan kawan terdekat.. jiran tetangga ke. Ok dah ! Nak kasi ada feel raya tu ! Huhuh.. Kan kan ? Baru best walaupun tak sebest beraya di kampung. 


Boleh.. gi la beraya ! Tapi ingatlah yer.. Covid 19 ni , ada yang tidak bergejala. Kita nampak sihat jer. Tapi rupa-rupanya ada virus dalam badan kita. Dan ianya berkemampuan untuk menjangkiti orang lain seterusnya memberi kesan mudarat pada mereka. Kita bakal dipersalahkan ! Takkan kita nak mintak maaf jer ??? Walhal kita dah diberitahu berkali kali... Jangan ! Jangan dan Jangan ! 

Kalau kes dalam negara rendah sekali pun , belum tentu kita mampu gi beraya. Melainkan kita berjaya mematuhi SOP dgn sebaiknya. Tapi sayangnya.. walaupun kes Covid 19 , SIFAR.. ramai yang degil.. engkar dalam mematuhi SOP. Dia rasa dia kebal... dia rasa dia sihat. Tapi hakikatnya, dia tau dia mampu dijangkiti dan menjangkiti. 


Pelbagai cerita frontliners dalam minggu ni kita dengar dan baca. Mereka dah penat. Mereka dah lesu. Mereka pun perlu berehat Mereka pun ada keluarga untuk dilindungi. Tapi mereka memilih untuk melindungi kita semua tapi kita sibuk pikir nak beraya ? Hurm..

Kita kena tau.. keadaan tak sama seperti sebelum Covid 19 ni. Entah berapa tahun kita kena hadapi semua ini. Ini ibarat perang dunia. Kita kena hadapi sendiri. Setiap negara berperang ! Ada negara sudah berjaya kerana kerajaan dan rakyat mereka berdisiplin. Kita dah hampir berjaya.. hampir ! Jika kita pernah lakukan hampiri kejayaan.. tidak mustahil kita mampu lakukan.. sekali lagi !


Duduk rumah... duduk rumah.. Kita sama sama putuskan rantaian ! Kita kena putuskan rantaian... Kita kena cuba lagi dan terus mencuba ! Kalau bukan untuk kita.. lakukan untuk anak anak demi masa depan mereka. 
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (61)
    • ▼  Disember 2025 (2)
      • Proses pemulihan dan menguatkan kembali sendi otot !
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes