Aku tahu.. ramai yang tertekan dalam diam. Aku tak nafikan , aku juga begitu. Pelbagai alasan. Hilang pendapatan. Rindukan keluarga yang jauh di mata. Yang risaukan pelajaran anak anak. Kehilangan ahli keluarga tercinta. Yer, aku tak dapat membantu. Cuma aku dapat berdoa semoga Allah berikan ketabahan, rahmati kalian semua. Allah sedang menguji kita semua. Baik yang kaya... yang miskin. InshaAllah, akan ada hikmah menanti kita semua.
Kita yang dewasa ini sedang tertekan. Bayangkan anak anak kita. Tak boleh keluar rumah.. tak jumpa kawan kawan. Ditambah lagi 'dipaksa' belajar secara maya. Bukan mereka tak nak tapi payah nak faham dan terpaksa ibu bapa membantu. Tak pe la.. kita buat mana yang termampu. Jangan kita saling memaksa.
Bagaimana nak elakkan tekanan perasaan ? Pertamanya , mestilah dekatkan diri kita pada Allah. Kedua.. yang ini penting. Ramai tertekan kerana mereka 'keletihan' mental dan fizikal. Tidur awal. Bangun awal ! Tak boleh tidur awal ? Mudah jer.. Di siang hari , jangan tidur. Banyakkan aktiviti fizikal. Bersenam selepas subuh. Buat yang biasa biasa pun dah memadai. Atau sekarang ni tengah popular jump rope atau skipping. Sejam je dah ok. Kalau takda, buatlah senaman asas. Di Instagram , di Youtube, di Facebook... ada je mereka yang sudi kongsi video secara percuma. Ikut je mana yang termampu. Ingat ye... Tidur awal ! Kita jadi stress bila kita tidur lewat. Jangan ingat kita tidur lama di siang hari tu dah cover tidur kita tu. Salah tu ! Tu yang buat kita rasa lebih rasa lemah dan tidak bertenaga !
Yang ketiga pula.. jaga pemakanan ! Apa yang korang makan tu, akan pengaruhi korang dalam tak sedar ! Kuantiti pengambilan makanan juga penting. Jangan asyik makan... makan dan makan ! Bila perut membusung , korang mula stress ! Berat badan naik. Kemudian datanglah penyakit seperti tekanan darah tinggi dan juga diabetis. Organ dalaman mau jaga selain otak dan hati !
Keempat.. luangkan masa bersama anak anak di sebelah petang. Letak semua gajet. Duduk bermain dengan mereka. Berbual ke.. apa saja. Asalkan bersama mereka. Perlu kita tau, di ketika ini masa yang kita ada kadang kadang boleh hilang sekelip mata ! Nah.. tengok saja keadaan kita sekarang. Dulu kita boleh balik beraya di kampung. Tapi ada yang tangguh kata , tahun depan pon boleh.. atau esok esok la aku balik. Sapa tahu kita ada 'esok ' dah sekarang ni ?? Esok belum tentu ada untuk kita !
Kelima... buat perancangan. Jika dalam kesukaran, dapatkan pertolongan rakan rakan. Minta pandangan mereka. Minta bantuan mereka. Ramai je sudi membantu dalam ketika ini. InshaAllah. Ada jalan keluar. Jangan seksa diri anda dengan memikirkan sesuatu yang terlalu jauh untuk difikikan.
Bersabarlah. InshaAllah... kita akan berjaya tempuhi bersama sama. Buat masa ini, stay strong ! Tarik nafas dalam dalam dan lepaskan perlahan lahan.. Lakukan berulangkali sebanyak 20 kali. InshaAllah anda tenang. Kalau rasa berat sangat dada tu , ambil wudhu.. dan sujudlah kepadaNya. Merayu dan merintihlah. Pintalah.. mengadulah... Jangan dipendam.













