BEN ASHAARI




Pergghhh.. dia punya naik , memang tak leh dibawak berbincang sama sekali ! Hahaha... Terkejut gak aku. Puas aku fikirkan kat mana salah aku ?? Er... banyak gak la. Hahaha.. Memang minggu lepas , diet pemakanan aku tak terjaga. Saja je tak dijaga. Nak enjoy makan sesekali. Sesekali.. kononnya ! 

Aku kembali ingati detik detik pemakanan yang aku lalui minggu lepas. Nasi air atau bubur memang jadi menu utama. Aku ingatkan tak beri kesan pada badan aku rupa-rupanya itulah punca kepada membulatnya perut aku itu ! Huhhh.. 

Kenapa ?? Faktor air yang banyak membikinkan perut jadi kembung. Bukan sebab lemak tepu mahupun pelbagai lagi bahan bahan terlarang yang memasuki perut aku lalu membentuk lemak lemak yang berlevel profesional ! 

Dan ditambah lagi.. dah beberapa hari aku tak brisk walk di pagi hari dek kerana tumit melecet ! Kalau di usia yang muda satu ketika dulu, aku redah gak la walaupun melecet. Tapi bila dah masuk usia usia kematangan manusia ni , aku tak berani nak main main dengan luka ! Risau ada diabetis tanpa diduga memandangkan arwah ayah aku ada penyakit tu. 

Menurut fakta dari HelloDoktor , " Kencing manis dikategorikan sebagai penyakit yang boleh diwarisi. 

Namun, ia tidak bermakna bahawa anda pasti akan mendapat kencing manis sekiranya ibu atau bapa anda mempunyai penyakit ini. 

Anda hanya mempunyai risiko yang lebih besar untuk mendapat diabetes keturunan disebabkan faktor genetik keluarga. ". 


Maka aku perlulah berhati hati ! Kang ada yang kena potong kaki. Jangan main main yer bab ni. Tunggu sehari dua lagi , baru boleh kembali berjalan kaki di pagi hari. Rindu awek awek di jalanan tu nak selisih dengan aku.. cenggitu ! Harap wife  aku tak baca part ni. 

Nah... itulah puncanya kekembungan pada perut aku itu. Maka minggu ni dan minggu depan , aku kena jaga pemakanan. Ada trip travel bersama Ben & Nash Adventure Travel Sdn Bhd. Nak travel bersama aku ? Hahaa... Jomm... banyak projek ni. SOP sangat dititik beratkan yer. 

InshaAllah... minggu ni aku kembali uruskan badan aku ni. Bukan nak tayang badan ke apa... tapi bila badan aku kembali naik , automatik akan menganggu kitaran ekosistem dunia. Haaa.. bila ekosistem dunia terganggu , tekanan darah aku akan naik semula. Bila dah naik... hurm.. paham paham je la ! Aku risau Aariz dapat adik je nanti.. di usia gini ! Haaa ! Cenggitu alasan aku. 


Selain jaga makan.. aku kena amik  MMX Amino Shredd bagi membantu meningkatkan lagi metabolisma badan supaya pembakaran lemak lebih cepat berlaku. Bila dah ok , hati pun dah kembali senang dan tenang. Gituuuu ! Oh ya... alhamdulillah, MMX Amino Shredd ni tak ganggu tekanan darah aku. Dah dua bulan aku amik. Dua minggu lepas je aku tak amik sebab dah abis ! Hehee.. Baru nak beli semula. Bacak kisah MMX Amino Shredd juga di BERSENAM DAH TAPI PAYAH BETUL NAK HILANG LEMAK ! GUNA JE MMX AMINO SHRED NI ! 

Sejujurnya.. boroi aku ni disebabkan dua perkara je... satu , ketika nak amik gambar ni , aku dok tahan sakit perut. Tu membulat jer ! Kedua.. air banyak sebab seminggu tu aku suka makan sup ayam dan sup sayur.. Recovery tenaga gitu. Bagus woo ! Tapi berlemak kat perut tu memang ada la. Bukan senang nak kasi lean yer ! Disiplin bab makan tu penting ! Tak larat nak ikut woiii ! Lain la aku terpilih nak berlakon untuk filem di Turki. Fuh, awek Turki cun cun. 

Ok.. Sekian ! 

Notis Pemberitahuan : Bukan salah isteri masak sedap yer tapi salah tak kawal nafsu pemakanan. 




Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Lama dah aku rancang nak tukar bantal kepala ni. Asyik sakit leher jer bila bangun tidur ! Ingatkan berpunca dari workout yang tak betul atau tak buat warm up mahupun warm down.. Heee.. terus main balik rumah macam tu jer tapi rupa-rupanya tidak ! Segalanya sebab bantal kepala tu yang dah masuk usia 10 tahun. Hahahaha... Lama kauuuu ! Dah anak 3 pun. Dok guna bantal yang sama gak. Sayang nak buang orang kata.. 

Bila gi tidur kat hotel.. terasa laaa perbezaannya dengan bantal di rumah. Terus rasa nak bawak balik je bantal bantal tu. Hahaha.. Tertanya gak mana nak dapat bantal yang sesedap tu. Seingat aku ada dua hotel yang mana bantalnya sedap banget ! Satu , hotel Hilton. Dan kedua , Swiss Garden. 

Dan baru baru ni aku sekeluarga ke Aeon Nilai. Tetiba aku teringat akan bantal yang aku lama dah nak beli. Terus aku cari alang alang dah kat situ. Dan rezeki , AKEMI punya bantal tengah buat jualan murah. Habiskan stok...Dan harganya murah banget !! Berbaloi beli..

Malam tu aku cuba buat pertama kali..belum sempat nak berbual , aku terlena dah. Heee.. dan bangun tidur , leher dah tak sakit ! Fuh..puashati.. Patutlah dari dulu lagi aku dengar produk AKEMI ni mmg confirm puashati punya !! Nasib baik sempat beli.. sebab bila gi balik Aeon Nilai untuk beli lagi..abis sudah !





Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Hurm.. seluar panjang Adidas aku mereput dek kerana kerap pakai ketika bersenam waktu pkp hari tu. Bukan sehelai tapi 3 helai ! Aduh... Nak beli baru, harga bukan calang calang ! Lagi pun design dia cam.. sama je. Harap logo dia je besar ! Hahahaha... 

Aku tengok kat Lazada.. cari seluar panjang senam yang sesuai. Yang dari China ada 2-3 aku beli. Memang ok cuma lama betul nak tunggu dia sampai ! Hahahaa.. 2 minggu gitu. Berdarah mata tunggu. Ternampak Decathlon punya seluar yoga. Ada dua jenis. Aku beli ! Dua dua. Harga pun murah. Harapnya berbaloi. 


Beberapa hari tunggu.. sampai ! Pantas cuba pakai. Fuh.... sedap giler ! Memang best guna gi gym. Kalau buat squat tu, tak risau la nak terkoyak. Kain mudah regang atau strechable ! Yang bagusnya , jika aku tarik naik tinggi ke lutut pun , pastu dia tak tetap tak longgar lepas tu ! Dia kembali ke size asalnya. Gituuu.. 

Dek kerana itu.. aku up lagi 2 pasang menjadikan 4 pasang kesemuanya ! Hahahaha.. Bagus gak pakai jika berkain pelikat jer. Heeee.. Pakai gi jogging memang best la.. Buat mandi sungai pun syok. Cepat kering. Dan paling syok.. harganya ! Sepasang seluar Adidas tu, aku boleh dapat 4 pasang seluar yoga ni ! Tak ke berbaloi ? Haahaha.. time time gini, kena jimat cermat. Kita belum keluar dari pandemik merbahaya ni. Kan kan ? 

Harga..RM39 jer. Ok la kan ?






Share
Tweet
Pin
Share
No comments


JEBAT.. Nama hulubalang yang tak perlu diperkenalkan lagi ! Memang terkenal dengan kejaguhannya dalam sejarah Kesultanan Melayu Melaka. Maka sebab tu aku nak cuba produk terbaru di pasaran ni. Sejujurnya aku memang berhati hati dalam nak mencuba produk produk terkini. Takut sakit kepala dan tekanan darah naik semula.

Aku tertarik dengan JEBAT keluaran T.Teja ni adalah kerana kandungannya dan cara pengambilan mudah untuk mereka yang beminat. Tak perlu nak bancuh bagai. Koyak dan terus hirup atau minum jer. Kalau rasa nak lagi syok.. sejukkan dulu dalam peti ais. Bukan beku kan tau ! Hahaha.. Jadi ais batu lak nanti. 


Baru 2 kali aku mencuba JEBAT ni.. Saja aku tak amik selalu sebab aku ada juga ambil bahan bahan natural yang aku buat sendiri. Dan nak jimat untuk masa terdesak dan memerlukan seperti bila dalam keadaan terlalu keletihan akibat aktiviti seharian. Memang terasa seperti direcharge tenaga semula. Dan paling bahaya... bila isteri dekat ngan kita ! Automatik.. Haaa ! Dalam penat penat tu... korang paham paham je la. Kang aku cerita lebih.. kata melucah lak ! 

Apa kelebihan JEBAT ni sampai aku tertarik nak mencubanya ? Kandungan gabungan utamanya seperti Kurma , Madu Asli , Maquiberi , Kranberi , Gojiberi , Halia , Ginseng , Bawang putih , Halba , Bunga Cengkih , Lada hitam , Ekstrak biji labu , Kulit kayu manis , Bawang merah dan tidak lupa juga Tongkat Ali ! Nah.. padu padu kan kandungan dia.

Alhamdulillah.. dua kali aku cuba dan dua dua berkesan dengan pantas. Kiranya sangat bagus untuk aku gunakan ketika bersukan mahupun memandu jauh terutama bila balik Kelantan. Biasanya memang aku akan cepat mengantuk. Dan bagusnya, aku tak pening kepala lepas tu. 






Manfaat bahan kandungan : 
  • Kurma - membantu pelancaran usus yang sihat dan mempunyai anti oksidan yang tinggi
  • Madu Asli - melembapkan serta mengurangkan parut kulit.Melindungi kulit dari sun burnt. Membantu menenangkan saraf dan meningkatkan tidur yang lebih lena pada waktu malam.
  • Maquiberi - membantu melawan keradangan dan kaya dengan anti oksidan. 
  • Kranberi - membantu penglihatan dengan lebih jelas 
  • Gojiberi - membantu memberikan sokongan sistem imun dan membantu mengalakkan kulit yang sihat.
  • Halia - membantu menjaga kesihatan mulut dan membantu menenangkan otot yang tegang 
  • Ginseng - tinggi dengan antioksidan yang boleh mengurangkan keradangan dan membantu melawan keletihan serta meningkatkan tenaga
  • Bawang Putih - membantu memerangi selsema biasa dan membantu membersihkan kulit 
  • Halba - membantu menenangkan masalah perut dan pencernaan serta membantu mengurangkan lemak.
  • Bunga Cengkih - anti keradangan , membantu meningkatkan sistem pencernaan 
  • Lada Hitam - membantu melawan kedutan , membantu membuang kulit yang kusam dan mati serta mengurangkan pigmentasi. Lada hitam juga mampu membantu mengurangkan berat badan serta membantu sistem penhadaman.
  • Kulit Kayu Manis - membantu mengurangkan parut dan juga jerawat . Membantu meningkatkan metabolism seterusnya mengurangkan berat badan.
  • Ekstrak Biji Labu - anti radang semulajadi 
  • Bawang merah - rendah kalori. tinggi vitamin dan mineral. Tinggi dengan antioksidan dan mempuyai sifat antibakteria 
  • Tongkat Ali - membantu melegakan tekanan dan juga membantu meningkatkan sistem imun. 

Kelebihan JEBAT ni ada banyak. Antara yang disenaraikan ialah  memberi tenaga tambahan untuk lelaki , mengurangkan bintik hitam dan putih di muka , mengurangkan kesan gelap akibat sinaran matahari pada kulit dan membantu pelancaran usus yang sihat. Memang bagus sekali kesannya.

Adakah JEBAT selamat untuk diminum ? Ya. JEBAT selamat dan telah melepasi akta makanan di bawah Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan. Dan biasanya kesan pengambilan boleh dilihat seawal 1 hingga 3 hari , bergantung kepada tahap toksin seseorang. Dan biasanya disyorkan ambil sekurang kurangnya selama 3 bulan. Baru nampak hasil yang baik. 

Cara nak minum , senang jer.. JEBAT ni dalam bentuk cecair.  Hanya perlu koyakkan saja sachet tu. Ambil satu paket sehari atau dua paket. Boleh diambil sebelum atau selepas makan. Goncang sebelum digunakan. Mudah je kan ? 

Harga, RM88.. tidak termasuk kos penghantaran. Bagi aku ok harganya sebab kandungannya yang premium tu. Barang baik, takkan murah lak kan ? Kalau rasa kesihatan kita tu mahal harganya... pandai pandailah melabur yer. 

Bagi yang ada masalah kesihatan seperi tekanan darah tinggi, sakit buah pinggang dan sebagainya, dapatkan nasihat doktor terlebih dulu yer. Untuk pembelian atau maklumat lanjut . boleh rujuk di : 

Facebook : Salasiyah Hassim
Instagram : Jamu TunTeja.KakTejah
Flowpage : https://flowpage/kaktejah
Whatsapp : 0192665704


Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Beberapa hari lepas, ketika dalam perjalanan ke Putrajaya.. aku bertanyakan satu soalan pada anak anak aku. “ Apakah memori yang Qhaliff dan Zahra ingat bersama daddy, sampai sekarang ?” Dan mereka pun menjawab satu demi satu. Terkejut gak aku sebab dia boleh ingat sedangkan ianya berlaku ketika mereka dalam usia 4-5 tahun termasuklah aku menghadiri ke Sukan Sekolah pertamanya. Bila mak diorang tanya lak.. heeee..

Cipta seberapa banyak memori semampu kita dengan anak anak. Bukan apa.. kita tak tau apakah kita ada esok hari ? Ditambah sekarang ni dengan kehadiran virus virus durjana yang menanti masa untuk merosakkan sistem imunisasi badan kita ! 

Maka semalam, aku sekeluarga ke Taman Tugu Negara. Perancangan dibuat bersama dengan keluarga adik wife aku. Khabarnya kat sana menarik untuk family hiking . Dan semalam, hari Ahad ! Sampai awal pagi.. orang dah beratur panjang nak masuk ! Tu dia aihhh.. Tak pe la.. Batal terus niat tu.
 
Terus menghala ke Taman Burung KL atau KL Bird Park. Kami orang pertama sampai ! Hahaha.. Yelah, kami kat situ dah dalam kul 8 pagi. Terpaksa tunggu hingga jam 9 pagi. Yer, KL Bird Park buka jam 9 pagi ! Nasib baik sampai awal. Sebab tak lama kemudian, ramai dah mula beratur. Alhamdulillah.. dengar cerita , tempat tempat gini mendapat perhatian dan kunjungan ramai. Bukan apa.. ketika PKP ari tu, pusat jagaan haiwan begini kekurangan dana untuk membekalkan makanan dan juga membayar gaji pekerja. 

Tiket… warga negara Cuma RM25 dan kanak kanak RM12. Sila bawa Mykad yer. Dan anak anak aku sangat gembira berada dalam ni. Siap ajak lagi datang. Terutama Aariz tu… Tak penat langsung dia berjalan sejauh 3KM di dalam tu. Maklumlah, ada abang sepupu dia yang sudi layan dia.. Tak ingat langsung dah kat daddy dia. 

Alhamdulillah.. mereka semua gembira dan pada masa yang sama... face mask tetap dipakai ! Selepas tu terus balik ke Sepang. Singgah sebentar untuk gunting rambut Qhaliff dan Aari8z. Sejujurnya aku berat nak gunting rambut Aariz tu. Tapi kesian kat dia lak. Hahaha.. Dia dah nampak macam perempuan lak. Dengan muka jambu jambu gitu.. Nak tak nak.. aku kasi suruh pontong pendek. Lagi pun nak sekolah dah kan.. Dia kena biasakan diri dengan rambut pendek. 

Di dalam kedai gunting rambut tu, aku risau dia tak nak. Aku letak sekali dengan abang dia. Seronok lak dia nak gunting rambut. Siap nak ajak berborak lak dia. Best part.. beberapa kali dia suruh abang tukang gunting tu berhenti jap.. dia nak tengok rambut dia ! Hahahaa.. Dan bila dah selesai.. dia suruh bersihkan perut dia sekali ! Hahahaha.. lucu anak aku sorang ni ! 

Ketika aku kasi gambar kat wife aku yang sedang menunggu di dalam kereta.. Zahra komen.. " Huh.. Aariz dah tak comel ! " Hahaha.. Ooo.. selama ni comel la eh ? Tak pernah lak dia cakap ! Haish... 

Itulah memori yang akan aku kenang... Tak perlu sampai ke luar negara untuk cipta memori terindah.. memadai dengan mereka yang tersayang.. 









Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (4)
    • ▼  Februari 2026 (1)
      • Mudah di Tiktok sebenarnya.
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes