BEN ASHAARI




Terpandang pipi dia. Merah lain macam ! Tapi dia tak mengaru. Aku panggil dia dan membelek pipi dia. Hurm... pipi gebu dia dah dinodai dek si nyamuk. Semalam , di pangkal leher dia. 3 das gak la kena. Terus aku suruh dia gi amik gel mandian Azyma Care. Terus dia bangun dan ke tandas. 

Kemudian dia kembali. Tersengih sengih. Terus aku pam sekali. Kemudian aku calitkan pada pipi dia. Semalam , aku buat begitu gak dan setakat ni , Alhamdulillah... berkesan untuk hilangkan kegatalan akibat digigit nyamuk tu. 

Yaa... aku sendiri gunakan bila kegatalan pada kulit. Jika tidak, memang mengaru je la jawabnya. Kesannya.. melecet dan kemudian berparut ! Nasib baik ada Azyma Care. Begitu juga jika Zahra atau Qhaliff alami masalah kulit gatal. Bukan sebab alergik tapi kerana digigit serangga halus. Tak tau la dari mana diorang datang tapi bila dah kena gigit tu.. hurmm..

Kenapa aku 'lebihkan' Azyma di rumah aku ni ? Pertama.. kandungan dia yang unggul tu ! Kalau korang baca di web Azyma , korang akan faham. Kedua , bau dia selepas mandi. Memang harum dan menyegarkan. Kalau lepas workout kat gym tu.. balik rumah , mandi.. segar dan lena bila tidur ! 






Yer.. memang terbaik ! Sekarang ni Azyma bukan sekadar produk beli di online je. Dah ada di banyak farmasi dalam negara kita. Malah mereka sedang mengembangkan sayap ke negara negara jiran. Itu tandanya produk mereka bukan sebarangan. Bagi yang pernah cuba , mesti akui punya. 

Boleh dapatkan Azyma Care di www.azymacare.com atau farmasi farmasi terpilih. Nak beli melalui agen pun mudah. Ikut kerajinan korang la tapi yang pasti.. belian tu memang berbaloi !

 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
 

Kali ni, Gegar Vaganza menarik ! Kenapa ? Aku nampak niat  baik Astro kali. Terbaik. Malah artis artis yang join kali ni, memang padu padu. Cuma sorang dua je la. Dah boleh nampak bakal terkeluar awal. Punya bakat tapi rasanya pertandingan ni bukan untuk diorang la.. 

Drama dah bermula tapi bagi aku bukanlah drama yang dibuat buat. Aku follow sorang artis ni dan memang mengetahui kesusahan dia sejak awal PKP hari tu. Ditambah pula dengan baru baik dari serangan satu penyakit yang sering menyerang rakyat Malaysia. Kesian. Semoga Allah permudahkan dia dan murahkan rezeki buatnya selepas ini. Jangkaan aku TOP 3. 

Tertarik dengan penyertaan Apek dan Yassin (SA.YA). Antara punca aku nak tonton Gegar Vaganza kali ni. Peluang ke peringkat akhir memang nampak sebab mereka berusaha ke arah situ. Cuma , yelah.. mereka ni kan pelawak bukannya penyanyi. Moga ada rezeki buat mereka.

Suki Low.. Hehehe.. terpikat lak aku dengan dia. Comel gitu.. Hahaha.. Suara dia padu. Kalau tutup mata dan dengar dia menyanyi.. mesti ingat gadis melayu jati yang menyanyi. Ditambah lagi dengan senyuman dia.. perfect ! 

Aliff Aziz... wow ! Ni satu lagi pesona Gegar Vaganza kali ni. Aku pernah ada job dengan dia sekali. Orangnya memang baik, peramah dan tak banyak bunyi. Ketika dia 'jatuh' tu , aku memang kesian sangat kat dia. Dan bersyukur sangat tengok perubahan dia. Ternyata nampak lain sangat dan begitu matang sekali. Peluang dia untuk juara , memang tinggi jika dia kekalkan momentum dan berpotensi untuk naik semula di industri hiburan. 

Upiak Isil , Nikki , Bandi Amuk antara calon calon ke peringkat akhir. Masing masing 'diperlukan' untuk menarik penonton menonton peringkat akhir. Manakala yang lain tu, kena berusaha keras la untuk pastikan diri layak juga. Bukan mudah sebab dari segi populariti ketika pertandingan ni sangatlah diperlukan. 

Akhir kata... buat ASTRO , asal hujan.. signal hilang ! Apa jadah ? Abis Gegar Vaganza ni.. aku terminate akaun. Grrr.. Dan buat kak Adibah Nor , saya doakan moga dimurahkan rezeki ye. Anda boleh lakukan. 
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Aariz dapat tajaan kasut dari seseorang yang tak dikenali. Seorang sahabat diamanahkan untuk menyampaikan pada aku. Aku pulak kena tunaikan amanah tu. Maka bawak la si Aariz mencari kasut. Tepat pada masanya sebab hari sebelum tu , dia terjatuh ketika berlari di jalan raya. Sandal Adidas yang baru dibeli, agak besar sedikit. 

Nak ke sini , kena datang betul betul ketika dia buka. Kalau tidakkk.. memang beratur panjang la nak masuk. Dan benarlah.. ketika kitorang sampai jam 10 pagi tu.. orang memang dah beratur nak masuk. Tapi belum ramai lagi. Rezeki kitorang , terus dapat masuk. Takda nak pusing pusing pun. Cari outlet Adidas terus. 

Di tingkat bawah, tak banyak pilihan. Naik ke tingkat atas lak. Kat atas ni ada banyak. Aku tertarik dengan dua outlet sukan di sini.. Puma dan Under Armour. Aku masuk ke UA kejap sementara wife beratur nak masuk ke Adidas. 

Dalam UA, yang menarik perhatian aku ialah kasut kasutnya. Memang lawa lawa. Harga pun ok jer.  Dalam RM100+ tu boleh dapat cantik cantik dah. Tergoda tapi takda keperluan. Maka tak perlu nak beli. Lagi pun baru je beli kasut ari tu. Pakai la dulu sampai rosak. Huhuh.. 

Di Adidas tingkat atas ni, ada jumpa yang berkenan. Tanya Aariz.. dia nak yang mana ? Dia pilih yang putih ala ala kasut sekolah ! Pelik kami. Punya banyak yang menarik seperti Marvel Adidas tapi dia tak nak. Dia nak putih tu gak. Maka betullah tekaaan kami.. dia ni jenis pembersih ! Malah baju atau seluar dia, tak boleh nak kena air ! Kalau basah... dia akan tanggalkan dan jemur hingga kering. Begitu juga jika terkena kotoran.. terus menangis dan mintak tukar yang baru. 






 Alhamdulillah... dapat dua pasang ! Harga pun murah je selepas potongan. Rezeki diorang sebab size tu yang tinggal. Dapat , terus keluar dari situ sebab orang semakin ramai. Di Coach , ramai beratur panjang. Outlet lain.. ok ok je.  Di luar , kereta semakin banyak masuk dan semakin meriah orang beratur nak masuk ke dalam Mitsui. 

Kepada yang sponsor kasut tu, terima kasih yer. Semoga Allah murahkan rezeki buat anda sekeluarga.

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Sabtu.. 
Persoalan biasa. Nak pergi mana ? Hahahaa.. Bercuti di luar kawasan ? Ah,  aku dna anak anak malas nak redah kesesakan lalu lintas. Hahaa.. Hotel area KL lak, harga memang di luar kemampuan. Hahaha.. Terpaksa berjimat cermat sekarang ni. Tak tau apa ada di tahun hadapan. Setiap sen, berharga. 

Ada dua pilihan untuk bergerak bersama keluarga. Kalau sorang diri , aku ke gym jer. Senang. Hahaha.. Tapi aku lebih suka dengan keluarga di hujung minggu. Biar anak anak terdidik dengan ikatan kekeluargaan. Dan jangan biasakan nak beriadah , kena cari hotel ! Kena manfaatkan segala tempat riadah percuma yang ada. Heee.. kan kan ?

Pertama.. Bukit Melati , Nilai. Bukit ni memang jadi tumpuan ramai di hujung minggu. Hurm.. Tak sesuai untuk bawa anak anak. Kedua ,  Tangga Putrajaya Steps. Sejujurnya, aku jatuh cinta tempat ni. Luas, bersih dan damai. Kalau datang pagi pagi, bunyian unggas menyerikan telinga aku. Heee.. Sejuk dan tenang. 

Berjalan jalan naik turun dengan keluasan yang aku rasa lebih dari 1km ni , memang membakar kalori. Maka sebelum nak ke sini , aku ke Presint 8 dulu. Kat situ ada satu gerai tepi jalan jual makanan yang siap dibungkus. Nah, makanan dia memang aku suka. Orang kata makanan kantin gitu. Hahaha.. Aku tak suka nak berat berat di pagi hari. 

Tapau siap siap. Lepas beriadah, baru makan. Kat sini boleh makan makan. Pandai pandai la jaga kebersihan yer ! Ada padang kecil kat sini. Boleh bersukan ringan di sini dengan anak anak.  Best !











 Kalau korang sampai di TANGGA PUTRAJAYA STEPS tu, korang boleh lintas ke seberang. Kat sana pun ada tempat bersantai lagi. Aku belum ke sana lagi sebab anak anak dah tak larat. Hahahaha.. Yelah , naik turun tangga, 2 kali. Ikutkan aku , nak buat 4 kali.. tapi diorang merayu suruh berhenti dan kelaparan. Hahahaa.

Saja nak latih diorang dulu kat sini sebelum nak ajak hiking kat Bukit Melati lak.. 



Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Sabtu datang lagi ! Nak gi mana pulak minggu ni ? Minggu lepas , dah pergi ke Sungai Chongkak buat kali ke 4 sejak rentas negeri dibenarkan. Dan kali ni pergi dengan 2 matlamat utama. Pertama , nak sambut Hari Ulangtahun Perkahwinan yang ke 13 dan yang ke 2, nak tangkap ikan ! Bukanlah nak tangkap ikan untuk bawa pulang ke rumah tapi lebih pada tangkap dan lepas. Saja nak buat aktiviti dengan anak anak. 

Sungai Chongkak ni cantik sangat bagi aku. Mendamaikan. Menenangkan terutama bila lepas hujan. Syok sangat ! Dan kelebihan Sungai Chongkak Park & Resort ni ialah boleh bawa masuk kereta hingga ke dalam. Parking di mana kita nak kemudian , beriadahlah. Nak masak ke.. nak mengoreng ke.. nak pasang khemah ke.. silakan ! Tapi jaga kebersihan yer.

Pada hari yang aku pergi tu, tak ramai orang. Pelik juga. Tapi aku rasa mungkin orang dah ramai pergi bercuti di luar kawasan. Banyak pilihan sekarang ni. Walaupun kes positif Covid 19 naik turun, ianya tidak menghalang rakyat Malaysia dari pergi beriadah.

Tapi satu je kelemahan di sini.. Jalan rayanya ! Aku dah mula malas nak ke sini dek kerana jalan raya dia la. Cukup teruk ! Aku dah buat komplen terus ke Tourism Selangor beberapa minggu lepas yakni pada riadah kami yang ke 3.  Ketika pergi masa riadah ke 4 tu, takda lagi perubahan. Mungkin mereka baru amik maklum. Harapnya mereka boleh baiki dengan secepat mungkin. 







Kesejukan Sungai Chongkak ni memang syok ! Nak mandi pun pikir 3-4 kali. Tapi mana tahan tengok air kan ? Hahaha.. Tapi nampaknya , kembali ke sini.. mungkin tahun depan je la kot. Dah terasa jemu terutama jalan masuk ke dalam tu. Jika dah ok , memang terbaik la tempat ni ! 

Nampaknya.. minggu ni kita beriadah di Tangga Putrajaya jer ! Naik turun tangga ni pun mampu bakar banyak kalori. Ada 250 tangga kesemuanya. Dapat berlari naik turun , confirm leh pitam jap. Hahaha.. 

Tempat ni dibuka jam 7 pagi hingga 7 malam. Pakai face mask kat sini walaupun korang di sini atas status beriadah.





Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (4)
    • ▼  Februari 2026 (1)
      • Mudah di Tiktok sebenarnya.
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes