BEN ASHAARI



Terasa sakit kepala tiba-tiba bila menonton television atau gunakan handphone. Pelik gak ! Nak kata tak pakai cermin mata, aku pakai jer. Aku ada bertanyakan pada rakan aku yang juga ada ilmu dalam penjagaan mata ni. Katanya..... Ha ! Ini menarik. Aku tak pernah tahu pun bab ni. 

Ada beberapa punca  jika ianya melibatkan cermin mata yang kita guna hari hari tu ! Pertama , calar ! Jika calar. cahaya masuk menerusi kanta cermin mata dan terkena pada bahagian calar tu.. apa jadi pada cahaya tu ? Mestilah akan pecah dan terbias ! Bila cahaya kena pada anak mata, dah tak tau nak fokus mana.. Secara amnya gitulah.. 

Antara bingkai yang popular sekarang

Keduanya , jika katanya dah lama. Maklumlah , kanta zaman sekarang ni banyak plastik. Jadi bila dah lama.. ianya akan mula pudar dan kabur. Melainkan jika kanta kita tu , jenis berkualiti. Macam aku punya ni jenis biasa jer. Dalam setahun dua memang kena tukar baru. 

Dalam erti kata lain, cermin mata aku ni walaupun bingkainya tip top tapi cerminnya perlu aku tukar. Memang terasa kelabu la penglihatan aku. Adeh...Dan memang ada je kawan kawan aku rajin tukar spek tiap tahun. Katanya sebab ni lah.. Dan juga bingkai kan sekarang murah murah dan banyak design. Duit ada , apa lagi ! Heeee... Takda duit, guna yang biasa biasa tapi mata mesti mau jaga ! Kalau rosak mata.. duit banyak pun tak guna ! Nak operate mata , lagi mahal ! Haa..cenggitu.. 

Betullah gak kan ? Lebih lagi korang yang bekerja tu.. dan ditambah pulak sekarang ni , dengan kereta berlampu putih makin bermaharajalela di jalanan.. tak kira waktu dah pun diorang pasang ! Memang akan butakan mata bagi mereka yang puna masalah rabun silau ni ! Yang takda rabun silau pun akan terasa sakitnya di mata. 

Solusi bagi aku.. Esok kena pergi ke Eyes Vision Group di Sungei Wang. Kat sini je memang cepat siap la spek kalau buat. Harga pun leh kawtim gitu.. Dan paling mudah.. bagitau je berapa bajet kita, diorang akan syorkan mana mana bingkai dan cermin untuk kita. Pastikan ada anti UV dan juga anti silau yer ! Penting sekarang ni.. 


Bingkai tahan lasak. Kena tukar cermin setahun sekali. Cermin bajet ok dah.


Antara yang setia kembali ke Eyes Vision Group kerana servis yang memuaskan hati.

Antara selebriti yang jadi pelanggan setia



Booking sekarang atau walk in je terus ke Eyes Vision Group. Nak berwhatsapp untuk pertanyaan pun boleh. 

Alamat Eyes Vision Group :  Ground Floor G-096, Sungei Wang Plaza, Plaza Bukit Bintang, 55100, Kuala Lumpur
Whatsapp : Mr. Jun ( 0163636464 )








Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

Sejak kebelakangan ni ,  kami rajin membeli air kelapa. Sekali beli, dalam 3 atau 4 biji sekali gus. Dan akan abis dalam 2 hari macam tu jer. Huhuh.. Kenapa begitu kemaruk sekali air kelapa kebelakangan ni ? Sejujurnya.. tak tau pun kenapa tapi rasa puas jer bila minum air kelapa ni. Mungkin sebab cuaca panas kot dan tekak jadi kering. Nak minum air lain, memang aku tak nak ! Selain air putih memang aku memilih sedikit. Melainkan dah takda pilihan. 

Dan pastinya ,isi buah kelapa muda ni jadi tarikan ! Kan kan ? Hahaha.. berebut. Tapi sebenarnya , payah nak dapat kelapa muda yang betul muda. Kebanyakan dah matang. Maka isi dia agak liat sedikit. Huhu... kan kan ? Kena cari betul betul baru boleh dapat yang muda. Harga pun rasanya lain skit kot ? 

Bab air kelapa muda ni, kita tahu khasiatnya kan ? Bagi mereka yang bersukan dan nak hilangkan kepenatan tu, memang air kelapa ni padu la ! Begitu yang kepanasan. Aku takkan amik air kelapa yang ditambah gula. Aku lebih suka asli. 

Air kelapa adalah rendah kalori dan secara semula jadinya bebas daripada lemak dan kolesterol. Ia mempunyai kandungan karbohidrat dalam bentuk gula dan elektrolit yang mudah dicerna. Ia mempunyai kalori yang rendah, kurang kandungan garam, dan kaya dengan kandungan kalium yang ternyata lebih tinggi berbanding daripada minuman sukan.

Isi kelapa muda ni apa lak khasiatnya ? Isi kelapa mengandungi minyak kelapa, yang boleh meningkatkan kolesterol HDL (baik) dan mengurangkan kolesterol LDL (buruk). Penambahbaikan dalam hal ini boleh mengurangkan risiko penyakit jantung kita. 

Kajian menunjukkan bahawa trigliserida rantaian sederhana (MCT) dalam buah ini boleh menggalakkan perasaan kenyang, pembakaran kalori, dan pembakaran lemak, yang semuanya menyokong penurunan berat badan. Selain itu, kandungan isi buahnya yang tinggi dengan serat dapat memberikan perasaan kenyang, yang boleh membantu mencegah pemakanan secara berlebihan

Isi buah kelapa bantu kesihatan penghadaman kita. Kelapa tinggi dengan kandungan serat, yang membantu meningkatkan jumlah najis dan menyokong fungsi usus, yang menjadikan sistem pencernaan anda kekal sihat. Oleh kerana buah ini juga tinggi dengan kandungan lemak, ia dapat membantu tubuh kita menyerap nutrien yang larut lemak, termasuklah vitamin A, D, E, dan K.

Faedah lain isi kelapa pula , ianya mampu menstabilkan gula darah. Buah ini boleh menurunkan gula darah dan mengubah bakteria usus kita untuk membantu mengawal gula darah. Isi kelapa juga boleh meningkatkan imuniti. Mangan dan antioksidan dalam kelapa boleh membantu meningkatkan sistem imun anda dan mengurangkan keradangan. MCT buah ini mungkin juga mempunyai antivirus, antikulat, dan sifat-sifat penekan tumor.

Selain itu , isi kelapa boleh memberi manfaat kepada otak kita. MCT dalam minyak kelapa memberikan sumber bahan bakar alternatif kepada glukosa, yang dapat membantu individu yang mengalami gangguan otak atau fungsi otak, seperti penyakit Alzheimer.

Tapi awas ! Kita perlu mengawal pengambilan buah ini samada air buahnya atau isi buah ini untuk mengelakkan pengambilan secara keterlaluan yang mungkin boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lain.



Sumber  Manfaat Buah Kelapa: Hello Doktor


Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

Hari pertama

Beberapa hari kemudian

Menanti hari pembebasan

Semuanya kerana aku post kembali komen seorang kawan pada posting gambar di Facebook ! Aku gunakan yang ayat mudah jer. Takda la kaitkan dengan Kobit atau sebagainya. Sekadar beritahu ianya bagus untuk meningkatkan sistem imunisasi tubuh badan kita jer.. Terus si Facebook sekat aku. Adehhh..  

Rasanya tu kali ke 3 aku disekat dalam tahun 2021 ni. Hahahah.. Dapat la berehat sat dari mengomen , posting dan juga mengelike. Mampu tengok je kawan kawan bergumbira di situ. Hahahaha.. Nak buat apa kan ? Salah sendiri tak amik tahu syarat syarat baru Facebook ni. 

Aku bukanlah menjual produk tu pun. Sekadar membantu rakan rakan yang mencari suppliments yang bagus untuk diamalkan. Aku sendiri pun awalnya tak yakin bagusnya produk ni tapi bila mana ada kawan sendiri yang ambil selepas keluar dari wad , aku pun cuba je la. Lagi pun macam aku kata , ianya ada Cendawan Susu Harimau. Tu sebab aku kata ianya bagus dan berkesan. Bukanlah untuk elak dari dapat virus tapi sebagai membantu meningkatkan sistem pertahanan dalam badan. Gitulah.. 

Aku nak letak gambar tu tapi takut lak. Kang Google lak sekat aku. Naya usaha aku selama 13 tahun ni. Hahahaha.. Biarlah yer.. Tapi sekadar nak bagitau korang , hati hati bila posting di FB tu yer terutama yang mencari rezeki di media sosial. Kang ada yang 'menganggur' seminggu dua !





 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Ketika beriadah sambil bersenam di Putrajaya baru baru ni, aku ada tunjukkan sejenis cendawan pada Aariz. Dia cukup teruja. Bermacam soalan dia tanya ada aku. Jenuh gak la nak menjawab. Antaranya , kenapa cendawan tu beracun dan tak boleh dimakan. Qhaliff dan Zahra pun tujukan pelbagai soalan juga. Adeh.. Tak pasal pasal aku kena cari info pasal cendawan ni. 

Tapi bagus gak la bila dia tanya soalan soalan pada aku yang mana aku sendiri pun tak pernah amik tahu bab ni walaupun aku minat makan cendawan. Dan baru baru ni ada kes sekeluarga keracunan dek kerana makan cendawan beracun, menambahkan lagi minat aku untuk membaca pasal cendawan ni. 




Persoalan maut.. camana nak kenal cendawan tu beracun atau tidak ? Yang mana boleh dimakan dan yang mana tak boleh ? Jenuh gak kalau takda ilmu bab ni. Nak selamat, jangan kutip cendawan di dalam hutan ! Hahaha..

Bila bawa mereka mengenal alam , barulah mereka seronok. Dunia mereka dengan gajet selama PKP ni , membuatkan aku kasihan dengan mereka. Sampaikan si Qhaliff siap bertanya pada aku... " Daddy, ramai kawan tak masa kecik dulu ? Kawan Qhaliff kat sekolah jer.. "

Rasanya.. aku kena bawak diorang masuk hutan cuti sekolah ni. Tapi masalahnya... mak diorang tak suka lak ! Adeh.


 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Kebelakangan ni , aku nampak ada je kawan kawan di media sosial post pasal sakit mereka. Macam macam. Dan kebanyakkanya adalah berpunca dari gaya hidup mereka sendiri. Ada yang mesej aku secara peribadi dan bertanya dan ada juga aku mesej mereka dan bertanya. 

Antaranya berpunca dari tekanan kerja dan juga faktor pemakanan. Tekanan kerja ni, aku memang dah rasa. Awal usia 20an aku dah ada Hypertensi ! Sangat memeritkan. Bila tekanan darah tu naik, memang dunia jadi kacau bilau. Nak bukak mata pun tak boleh. Apa yang kena buat .. makan ubat tahan sakit dan tidur ! Tapi sampai bila nak macam tu ? Lama kelamaan , buah pinggang rosak ! Ada dah kawan aku meninggal dek kerana selalu makan ubat gitu. Pernah berbual dengan dia.. dia sendiri nasihatkan elakkan makan kerap ubat tahan sakit ni. 






Kalau rasa kerja kita tu sangat membebankan , nasihat aku... carilah kerja lain. Kalau rasa kerana komitmen atau tanggungan tu tinggi, maka cari solusi dengan pantas. Bincang dengan majikan atau tukar gaya hidup kita. Contohnya , jika kerja jam 8 pagi maka selepas subuh tu.. gi la brisk walk dalam setengah jam gitu. Di kawasan taman rumah sendiri pun dah ok.  Kemudian, sarapan pagi pula cari makanan yang sihat sihat. Elakkan makanan yang berat terutama yang tinggi kandungan gula, garam dan minyak. Ada banyak dah jual sekarang ni. Contohnya aku sendiri ambil Very Good dan juga oat yang dicampur dengan whey protein. 

Kemudian , selepas kerja.. jika hari masih petang , gi la brisk walk di taman taman. Tenangkan diri dulu. Jika malam hari, pun boleh juga. Tak perlu lama lama pun. Tak perlu berlari pun. Jalan je dah cukup. Tujuan adalah untuk tenangkan diri dan hilangkan penat. Bukan dengan melepak di kedai kedai makan ! Itu dah salah. Makan bukan cara untuk hilangkan tekanan ! Makan hanyalah untuk meneruskan kehidupan. 

Kena pastikan tekanan darah terkawal setiap hari 

Belajar bernafas dengan betul. Tenangkan diri dan kawal emosi. Seterusnya , pemakanan. Ni paling utama. Jika makan kita dah tak betul... memang dalaman kita hancur ! Elakkan tengok makanan makanan viral di media sosial. Belajar memasak atau minta pasangan kita tu , masak makanan yang rendah lemak, garam, minyak dan juga elakkan minum minuman yang manis. Kena tahu juga makanan yang dibeli di mana tak sesuai untuk kita juga seperti roti putih  dan sebagainya. 

Aku tertonton satu video di media sosial. Lokasinya di utara negara kita. Di restoran nasi kandar. Perghhh... beratur panjang giler orang nak makan situ ! Sejujurnya, memang sedap nasi kandar ni. Kalau aku makan, pasti bertambah ! Maka sebab itulah aku elakkan makan di restoran mamak dan juga restoran tom yam ! Kalau aku singgah makan.. memang hancur diet aku. Sebab tu aku kata , kita kena tau di mana kelemahan kita dan elakkan ! Bila kita berjaya elakkan.. inshaAllah kita akan sihat. 

Rugi tak makan makanan sedap ? Tak pe la.. Aku dah rasa pun. Dan memadailah aku makan sekadar untuk rasa jer. Sebulan sekali mungkin ? Daripada aku kena bergantung pada ubat doktor dan juga kena makan ubat  ikut masa ! Aku makan je makanan yang ada di luar sana tu. Bukannya tak makan tapi bukanlah tahap kebulur ! Asal viral , gi cari dan sanggup beratur panjang untuk makan ! Nah.. bukan style aku. Aku makan je apa yang ada.. halal dan tak perlu aku bersusah payah nak beratur apatah lagi dengan kes Covid 19 yang mana pembawanya dah tak boleh dikenalpasti sekarang ni. 

Bonus bila kita jaga pemakanan

Didik keluarga untuk sayangkan kesihatan. 

Satu lagi... dengan anak anak kita tu ! Asal bercuti , cari makanan best best ! Dari kecil kita dah ajar mereka makan makanan yang sedap sedap. Dengan tiada kawalan bab kalori dan juga kandungan , kesannya jangka panjang memanglah akan ada. Obesiti terutamanya ! 

Kita kena tunjuk contoh. Makan je apa yang ada. Yang penting , kandungan dia. Bagitau anak anak kenapa semua ni penting. Dan kena rajin berpuasa. Anak anak pun akan nampak dan mereka belajar dari kita. 

Mati.. semua orang akan mati ! Tapi janganlah kita susahkan diri kita sebelum mati. Jika terus mati, tak pe.. Jika menderita dahulu camana ? Kena potong kaki ? Kena ulang alik jumpa doktor ! Silap hari bulan.. makan ubat doktor lagi banyak dari makan nasi bila dah sakit nanti !

Hati hatilah.. Nak makan tu boleh.. tapi sederhana. Bila dah sedap, berhentilah.. bak kata Tun Mahathir. Bukan persoalan nak hidup lama tapi kesihatan sekarang sangat bernilai. Kalau duit ada banyak , tak pe.. boleh buat pelaburan pada doktor nanti bila dah sakit.. 

SEDERHANA kuncinya... 

Tips mudah yang aku buat.. Makan pagi , cari yang berzat ! Makan tengahari, cari yang berkhasiat dan mengenyangkan. Makan malam.. jangan malam selepas jam 8 malam ! Kalau lepas workout tu, janganlah makan yang berat dan pastikan jangan tidur terus lepas makan. 

Jika korang bersukan.. selepas bersukan mesti lapar kan ? Elakkan makan di restoran yer. Jika yer.. cari makanan yang tinggi protein dan elakkan makanan berminyak , bergaram dan minum yang manis manis. Tak guna bersukan jika tak jaga makan ! 







Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (61)
    • ▼  Disember 2025 (2)
      • Proses pemulihan dan menguatkan kembali sendi otot !
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes