Kenapa aku dan isteri kemaruk air kelapa muda ?
Sejak kebelakangan ni , kami rajin membeli air kelapa. Sekali beli, dalam 3 atau 4 biji sekali gus. Dan akan abis dalam 2 hari macam tu jer. Huhuh.. Kenapa begitu kemaruk sekali air kelapa kebelakangan ni ? Sejujurnya.. tak tau pun kenapa tapi rasa puas jer bila minum air kelapa ni. Mungkin sebab cuaca panas kot dan tekak jadi kering. Nak minum air lain, memang aku tak nak ! Selain air putih memang aku memilih sedikit. Melainkan dah takda pilihan.
Dan pastinya ,isi buah kelapa muda ni jadi tarikan ! Kan kan ? Hahaha.. berebut. Tapi sebenarnya , payah nak dapat kelapa muda yang betul muda. Kebanyakan dah matang. Maka isi dia agak liat sedikit. Huhu... kan kan ? Kena cari betul betul baru boleh dapat yang muda. Harga pun rasanya lain skit kot ?
Bab air kelapa muda ni, kita tahu khasiatnya kan ? Bagi mereka yang bersukan dan nak hilangkan kepenatan tu, memang air kelapa ni padu la ! Begitu yang kepanasan. Aku takkan amik air kelapa yang ditambah gula. Aku lebih suka asli.
Air kelapa adalah rendah kalori dan secara semula jadinya bebas daripada lemak dan kolesterol. Ia mempunyai kandungan karbohidrat dalam bentuk gula dan elektrolit yang mudah dicerna. Ia mempunyai kalori yang rendah, kurang kandungan garam, dan kaya dengan kandungan kalium yang ternyata lebih tinggi berbanding daripada minuman sukan.
Isi kelapa muda ni apa lak khasiatnya ? Isi kelapa mengandungi minyak kelapa, yang boleh meningkatkan kolesterol HDL (baik) dan mengurangkan kolesterol LDL (buruk). Penambahbaikan dalam hal ini boleh mengurangkan risiko penyakit jantung kita.
Kajian menunjukkan bahawa trigliserida rantaian sederhana (MCT) dalam buah ini boleh menggalakkan perasaan kenyang, pembakaran kalori, dan pembakaran lemak, yang semuanya menyokong penurunan berat badan. Selain itu, kandungan isi buahnya yang tinggi dengan serat dapat memberikan perasaan kenyang, yang boleh membantu mencegah pemakanan secara berlebihan
Isi buah kelapa bantu kesihatan penghadaman kita. Kelapa tinggi dengan kandungan serat, yang membantu meningkatkan jumlah najis dan menyokong fungsi usus, yang menjadikan sistem pencernaan anda kekal sihat. Oleh kerana buah ini juga tinggi dengan kandungan lemak, ia dapat membantu tubuh kita menyerap nutrien yang larut lemak, termasuklah vitamin A, D, E, dan K.
Faedah lain isi kelapa pula , ianya mampu menstabilkan gula darah. Buah ini boleh menurunkan gula darah dan mengubah bakteria usus kita untuk membantu mengawal gula darah. Isi kelapa juga boleh meningkatkan imuniti. Mangan dan antioksidan dalam kelapa boleh membantu meningkatkan sistem imun anda dan mengurangkan keradangan. MCT buah ini mungkin juga mempunyai antivirus, antikulat, dan sifat-sifat penekan tumor.
Selain itu , isi kelapa boleh memberi manfaat kepada otak kita. MCT dalam minyak kelapa memberikan sumber bahan bakar alternatif kepada glukosa, yang dapat membantu individu yang mengalami gangguan otak atau fungsi otak, seperti penyakit Alzheimer.
Tapi awas ! Kita perlu mengawal pengambilan buah ini samada air buahnya atau isi buah ini untuk mengelakkan pengambilan secara keterlaluan yang mungkin boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lain.
Sumber Manfaat Buah Kelapa: Hello Doktor
6 comments
prnh jugak minum air kelapa muda ni dalam tempoh yg brlarutan, tapi lpas tu stop...bila da rse jenuh minum..heee
BalasPadamterbaik. rindu kelapa muda rumah mak.. nak balik kampung.. heehee
BalasPadamTiap minggu wajib pekena air kelapa. Suka plain tak yah Gula. Kelapa pandan sedap sungguh!
BalasPadamUma aku laa tak putus air kelapa, sekali beli 5 biji.. sebab sini 5 biji soploh hengget hehehe.. tu kat dapo ada tu lagi 3 biji lom bukak...
BalasPadamDapat yang fresh dari pokok sedapnya..
BalasPadamthanks for sharing the info. baru tahu banyak kebaikkannya
BalasPadam