Kita perlu bersedia untuk masa hadapan !

by - Rabu, Disember 22, 2021

Menutup tirai 2021... berbaki 9 hari lagi. Malaysia masih berduka. Aku dah berkali kali taip dalam entri ni dan kemudian delete. Entah camana nak sampaikan perasaan aku ni. Takut nanti salah sampai.. ada yang sedih dan ada yang terasa. 

Sejak sampai Kelantan hari tu, aku tak henti henti mendapatkan maklumat di Twitter mengenai banjir yang melanda Lembah Klang , Pahang dan juga Negeri Sembilan. Bangga melihat kawan kawan turun membantu mangsa banjir.  Aku , terkandas di Kelantan.. sekali lagi ! Apa yang aku mampu lakukan ialah memanjangkan posting posting dari Twitter ke Facebook. Alhamdulillah, ianya membantu sedikit sebanyak.



Esok , baru nak gerak balik ke Kuala Lumpur. Tu pun risau juga. Tawakal pada Allah. Teringat banjir di tahun 2014 , ketika dalam perjalanan pulang. Sayu.. melihat rumah mangsa mangsa banjir. Kehilangan dan kemusnahan harta benda. Kereta tenggelam dan pastinya rosak abis ! Kos baiki bukan seratus dua. Makan puluh ribu. Esok, entah bagaimana pula.. 

Rasanya rakan pembaca pun dah tengok ribuan gambar banjir yang viral sejak Jumaat lepas. Aku letakkan sekeping dua untuk dijadikan memori buat aku. Ramai dah plan nak bercuti di cuti sekolah ni tapi apakan daya.. kita mampu merancang. 

Semoga Allah ampuni kita semua.. Dan mereka yang terkesan dalam bencana ini , aku doakan kalian dilindungi Allah. 




Dan satu pengajaran yang aku dapat dari bencana ini ialah... siap siaga menghadapi bencana. Sebelum ni , sejujurnya aku cam... Yeke , kita perlu buat lebih lagi aku duduk di tempat yang cam.. kerajaan mesti akan tolong dengan segera punyalah ! Tapi rupa rupanya... Huhu... Kita kena jaga diri kita ! Jangan harapkan kerajaan 100% dan kepantasan bantuan tu cepat sampai ! 

Malas nak menuding jari. Kita dah tahu dan nampak dari dulu lagi bagaimana 'mereka' menangani banjir di negeri negeri lain. Tapi sayangnya, kita tak belajar dan rasa cam.. kita tak mungkin akan kena. Rupa rupanya... 

Maka dengan ini... sesampainya aku di KL nanti, aku akan order life jacket dan boat kanu yang boleh memuatkan ahli keluarga dalam tu. Dan paling penting.. anak anak kena tahu berenang ! Aku memang dah hantar berenang pun sebelum ni tapi Covid 19 melanda.. kelas berenang terus terhenti ! 

Dan satu lagi.. BOB atau Bug Out Beg perlu ada disediakan. Dalam keadaan kecemasan, kita terus capai je beg tu dan keluar dari rumah. Di zaman ini , nampaknya kita dah perlu bersedia atas segala kemungkinan yang boleh berlaku... Tak boleh nak kata dah.. Ala, rumah aku di kawasan tinggi.. Atau duit aku banyak dalam bank tu ! Haaa.. 

Semoga ianya menjadi pengajaran buat kita di masa akan datang.



Semoga Bermanfaat ! 


You May Also Like

2 comments

  1. yer kena get ready ,bencana i tak tahu bila, at least bersedia hadapi segala kemungkinan.

    BalasPadam
  2. Setuju sgt...Persedian yg terbaik utk keluarga...Walaupun tak pernah kena banjir,wajib ada.

    BalasPadam