Risau dengan masa depan anak anak ?
Enjoy sakan diorang cuti sekolah ni. Masa balik kampung hari tu, Pegang buku dan buat latihan , sesekali. Kelas FlyHigh pun dah tamat ! Kalau tak , memang dok berharap dari situ la. Dengan aku , kena berperang dulu baru nak belajar. Jenuh memaksa. Tapi ngan mak diorang, tak berani lak. Terus dengar kata. Haish...
Sejujurnya , aku risau dengan masa depan diorang. Bukan diorang ni tak reti apa apa tapi dek kerana silibus silibus diorang sekarang ni , di luar kemampuan aku untuk mengajar. Bukan aku tak tau tapi boleh menghadirkan tekanan darah tinggi gak la. Hahaha.. Bayangkan Tahun 1 dah belajar ayat majmuk ! Aku dulu darjah satu baru belajar mewarna awan di langit kot !!
Esok... 2021 berakhir dan menjelmalah 2022. Bermakna Qhaliff akan naik tahun 4 , Zahra 2 dan Aariz, tadika. Aku tak harap banyak dari anak anak aku ni. Aku cuma nak mereka ni berilmu pengetahuan dan memanfaatkannya. Kita belajar banyak di tahun 2020 dan 2021. Mereka yang ada skill dan berilmu ni , berjaya teruskan kehidupan tanpa bantuan dari mana mana pihak terutama kerajaan !
Ditambah lagi dengan keputusan UPKK baru baru ni , aku dapati ramai je ibu bapa kecewa sebab anak anak mereka tak berjaya dapat keputusan cemerlang. Bagi aku, bukan itu yang kita kejar. Kita nak anak anak kita berilmu pengetahuan. Nak mereka belajar supaya mereka manfaatkan ilmu tu. Bila tiba waktu solat, mereka tanpa perlu disuruh , terus bangun dan solat. Membaca Al Quran dan memahami kandungannya seterusnya memanfaatkannya. Gitu..
Dan paling penting , anak anak kita tu.. beradab ! Payah dah nak jumpa anak anak bila jalan depan orang tua, tunduk hormat atau pun bila berselisih dengan kita , nak beri salam mahupun menegur sapa kita. Wat dek lagi ada la.. Kan kan ?
Ini pentingnya bila berguru. Dengan guru guru inilah mereka akan pelajari pelbagai. Bukan sekadar untuk lulus peperiksaan dengan cemerlang bahkan menjadi insan cemerlang dan gemilang. Kan kan ? Ramai je berjaya tapi gagal dalam kehidupan. Contohnya mereka yang korup ! Mereka ini bukan calang calang tapi apa dah jadi dengan mereka ? Haaa.. tu contoh paling mudah la..
Alhamdulillah.. tak lama lagi , kelas FlyHigh akan kembali. Anak anak aku pun dah mendaftar. Mereka yang di Tahun 6 pun akan ke Tingkatan 1 tapi apakah mereka dah bersedia ? Bagaimana pula mereka yang bakal amik peperiksaan SPM ????
Sebarang pertanyaa, boleh terus je whatsapp ke Fly High. Nanti mereka berikan penerangan lengkap mengenai kelas kelas yang bakal ada di tahun depan. Yang penting, berikan yang terbaik untuk anak anak kita... selebihnya, kita berdoa agar mereka berjaya dalam kehidupan mereka.
FlyHigh :
0 comments