Kebuluran sangatkah kita ni ?
Kebelakangan ni , aku nampak ada je kawan kawan di media sosial post pasal sakit mereka. Macam macam. Dan kebanyakkanya adalah berpunca dari gaya hidup mereka sendiri. Ada yang mesej aku secara peribadi dan bertanya dan ada juga aku mesej mereka dan bertanya.
Antaranya berpunca dari tekanan kerja dan juga faktor pemakanan. Tekanan kerja ni, aku memang dah rasa. Awal usia 20an aku dah ada Hypertensi ! Sangat memeritkan. Bila tekanan darah tu naik, memang dunia jadi kacau bilau. Nak bukak mata pun tak boleh. Apa yang kena buat .. makan ubat tahan sakit dan tidur ! Tapi sampai bila nak macam tu ? Lama kelamaan , buah pinggang rosak ! Ada dah kawan aku meninggal dek kerana selalu makan ubat gitu. Pernah berbual dengan dia.. dia sendiri nasihatkan elakkan makan kerap ubat tahan sakit ni.
Kalau rasa kerja kita tu sangat membebankan , nasihat aku... carilah kerja lain. Kalau rasa kerana komitmen atau tanggungan tu tinggi, maka cari solusi dengan pantas. Bincang dengan majikan atau tukar gaya hidup kita. Contohnya , jika kerja jam 8 pagi maka selepas subuh tu.. gi la brisk walk dalam setengah jam gitu. Di kawasan taman rumah sendiri pun dah ok. Kemudian, sarapan pagi pula cari makanan yang sihat sihat. Elakkan makanan yang berat terutama yang tinggi kandungan gula, garam dan minyak. Ada banyak dah jual sekarang ni. Contohnya aku sendiri ambil Very Good dan juga oat yang dicampur dengan whey protein.
Kemudian , selepas kerja.. jika hari masih petang , gi la brisk walk di taman taman. Tenangkan diri dulu. Jika malam hari, pun boleh juga. Tak perlu lama lama pun. Tak perlu berlari pun. Jalan je dah cukup. Tujuan adalah untuk tenangkan diri dan hilangkan penat. Bukan dengan melepak di kedai kedai makan ! Itu dah salah. Makan bukan cara untuk hilangkan tekanan ! Makan hanyalah untuk meneruskan kehidupan.
Kena pastikan tekanan darah terkawal setiap hari
Belajar bernafas dengan betul. Tenangkan diri dan kawal emosi. Seterusnya , pemakanan. Ni paling utama. Jika makan kita dah tak betul... memang dalaman kita hancur ! Elakkan tengok makanan makanan viral di media sosial. Belajar memasak atau minta pasangan kita tu , masak makanan yang rendah lemak, garam, minyak dan juga elakkan minum minuman yang manis. Kena tahu juga makanan yang dibeli di mana tak sesuai untuk kita juga seperti roti putih dan sebagainya.
Aku tertonton satu video di media sosial. Lokasinya di utara negara kita. Di restoran nasi kandar. Perghhh... beratur panjang giler orang nak makan situ ! Sejujurnya, memang sedap nasi kandar ni. Kalau aku makan, pasti bertambah ! Maka sebab itulah aku elakkan makan di restoran mamak dan juga restoran tom yam ! Kalau aku singgah makan.. memang hancur diet aku. Sebab tu aku kata , kita kena tau di mana kelemahan kita dan elakkan ! Bila kita berjaya elakkan.. inshaAllah kita akan sihat.
Rugi tak makan makanan sedap ? Tak pe la.. Aku dah rasa pun. Dan memadailah aku makan sekadar untuk rasa jer. Sebulan sekali mungkin ? Daripada aku kena bergantung pada ubat doktor dan juga kena makan ubat ikut masa ! Aku makan je makanan yang ada di luar sana tu. Bukannya tak makan tapi bukanlah tahap kebulur ! Asal viral , gi cari dan sanggup beratur panjang untuk makan ! Nah.. bukan style aku. Aku makan je apa yang ada.. halal dan tak perlu aku bersusah payah nak beratur apatah lagi dengan kes Covid 19 yang mana pembawanya dah tak boleh dikenalpasti sekarang ni.
Bonus bila kita jaga pemakanan
Didik keluarga untuk sayangkan kesihatan.
Satu lagi... dengan anak anak kita tu ! Asal bercuti , cari makanan best best ! Dari kecil kita dah ajar mereka makan makanan yang sedap sedap. Dengan tiada kawalan bab kalori dan juga kandungan , kesannya jangka panjang memanglah akan ada. Obesiti terutamanya !
Kita kena tunjuk contoh. Makan je apa yang ada. Yang penting , kandungan dia. Bagitau anak anak kenapa semua ni penting. Dan kena rajin berpuasa. Anak anak pun akan nampak dan mereka belajar dari kita.
Mati.. semua orang akan mati ! Tapi janganlah kita susahkan diri kita sebelum mati. Jika terus mati, tak pe.. Jika menderita dahulu camana ? Kena potong kaki ? Kena ulang alik jumpa doktor ! Silap hari bulan.. makan ubat doktor lagi banyak dari makan nasi bila dah sakit nanti !
Hati hatilah.. Nak makan tu boleh.. tapi sederhana. Bila dah sedap, berhentilah.. bak kata Tun Mahathir. Bukan persoalan nak hidup lama tapi kesihatan sekarang sangat bernilai. Kalau duit ada banyak , tak pe.. boleh buat pelaburan pada doktor nanti bila dah sakit..
SEDERHANA kuncinya...
Tips mudah yang aku buat.. Makan pagi , cari yang berzat ! Makan tengahari, cari yang berkhasiat dan mengenyangkan. Makan malam.. jangan malam selepas jam 8 malam ! Kalau lepas workout tu, janganlah makan yang berat dan pastikan jangan tidur terus lepas makan.
Jika korang bersukan.. selepas bersukan mesti lapar kan ? Elakkan makan di restoran yer. Jika yer.. cari makanan yang tinggi protein dan elakkan makanan berminyak , bergaram dan minum yang manis manis. Tak guna bersukan jika tak jaga makan !
5 comments
Tips jangan makan selepas jam 8 malam adalah tips yang banyak manfaatnya.
BalasPadamnice sharing aben. betul makan sesekali untuk rasa jer...
BalasPadamkadang2 keinginannya melampau batas..hehe
BalasPadamPerkongsian yang amat berguna bang ben
BalasPadamOrang Malaysia bukan kebuluran dan kelaparan tapi senang sangat tergoda dengan godaan nafsu
BalasPadam