Kenapa aku disekat di Facebook selama 6 hari !
Hari pertama
Beberapa hari kemudian
Menanti hari pembebasan
Semuanya kerana aku post kembali komen seorang kawan pada posting gambar di Facebook ! Aku gunakan yang ayat mudah jer. Takda la kaitkan dengan Kobit atau sebagainya. Sekadar beritahu ianya bagus untuk meningkatkan sistem imunisasi tubuh badan kita jer.. Terus si Facebook sekat aku. Adehhh..
Rasanya tu kali ke 3 aku disekat dalam tahun 2021 ni. Hahahah.. Dapat la berehat sat dari mengomen , posting dan juga mengelike. Mampu tengok je kawan kawan bergumbira di situ. Hahahaha.. Nak buat apa kan ? Salah sendiri tak amik tahu syarat syarat baru Facebook ni.
Aku bukanlah menjual produk tu pun. Sekadar membantu rakan rakan yang mencari suppliments yang bagus untuk diamalkan. Aku sendiri pun awalnya tak yakin bagusnya produk ni tapi bila mana ada kawan sendiri yang ambil selepas keluar dari wad , aku pun cuba je la. Lagi pun macam aku kata , ianya ada Cendawan Susu Harimau. Tu sebab aku kata ianya bagus dan berkesan. Bukanlah untuk elak dari dapat virus tapi sebagai membantu meningkatkan sistem pertahanan dalam badan. Gitulah..
Aku nak letak gambar tu tapi takut lak. Kang Google lak sekat aku. Naya usaha aku selama 13 tahun ni. Hahahaha.. Biarlah yer.. Tapi sekadar nak bagitau korang , hati hati bila posting di FB tu yer terutama yang mencari rezeki di media sosial. Kang ada yang 'menganggur' seminggu dua !
0 comments