Kenapa perlu takut ambil whey protein ? Risau nanti dapat kencing manis ??

by - Jumaat, Disember 17, 2021

Sebenarnya , memang risau gak nak amik suppliment workout ni ! Masa awal awal kenal gym, aku lebih sekadar amalkan pengambilan protein natural seperrti susu, ayam , ikan , telur  dan daging. Menjadi tu memang menjadi tapi letih gak nak amik semua tu setiap hari. Kena pulak bujang... takda sapa nak tolong sediakan. Hahaha.. Paling tiidak pun, seminggu sekali gi Kenny Rogers , ayam sekor tu.. selamba aku bedal ! Puashati. Tapi jauh lak nak gi Kenny tiap minggu. 

Pastu kawan aku syorkan amik suppliment. Katanya jangan risau.. Takda steroid dalam tu. Aku risau je la takut buah pinggang rosak kalau amik bahan bahan terlarang ni. Jangan memandai mandai kalau takda ilmu mengenainya. 

Aku disyorkan amik Mass jika nak besarkan lagi badan atau amik whey protein jika sekadar nak maintain je atau turunkan berat badan. Aku memilih amik whey jer.Untuk pengetahuan, protein whey akan membantu  mengekang kelaparan, pulih cepat dari senaman dan hilang lemak sambil mengekalkan otot. 

Dijadikan cerita , maka pergilah kedai jual suppliment workout ni kat KL. Masa tu takda la lagi jual online. Harganya.. fuh ! Berpeluh nak bayar tapi demi nak mendapatkan susuk tubuh gagah.. ku tempuhi jua mencekau duit di dalam dompet ! Hahaha..

Dah beli.. balik tak sabar nak rasa ! Pergh.. manis ! Brand yang aku beli ni memang popular la tapi tu la.. manis ! Kemudian , cirit birit memula tu. Nak tunggu sebati , memang lama la. Adeh.. Tapi apa boleh buat... tu je pilihan jenama yang aku ada. 

20 tahun berlalu.. yer, aku mula berjinak jinak dengan gym ni seingat aku pada usia awal 20an . Aku berhenti main bola sepak dan layan besi. Tu pun sebab perut dah naik ! Heeee... Lagi pun terpikat tengok ada satu brada tuu ketika dia main bola di padang. Badan sasa gitu. Hahahaa.. 

Ok sambung.. 20 tahun berlalu... aku dah cuba macam macam jenis jenama whey. Ada yang sesuai dan ada yang tidak. Contoh yang tidak ni , ianya akan buat aku kembung perut dan ketidakeselesaan pada perut aku. Seminggu gak la aku merana ! Terus buang walaupun baru je beli. 

Dan paling risau ialah kandungan gula yang tinggi dalam setiap pengambilan whey protein tu. Maklumlah, keturunan aku ni ada kencing manis dan darah tinggi. Orang kata, ianya boleh menurun pada waris. Huhuh.. Tu pasal aku kena jaga. Aku dah tengok betapa 'sengsaranya' arwah ayah aku dok disiplin makan ubat. Setiap hari , ikut jam ! Adeh.. letih.

Alhamdulillah.. bermula tahun 2020 lepas , aku telah berkenalan dengan MMX Whey Protein. Aku pernah cuba sekali kawan tu syorkan pada aku. Memang kena ngan badan aku tapi dek kerana aku jenis suka cuba whey yang semakin banyak pilihan , maka aku berubah pada yang lain lak. Tapi akhirnya, aku kembali ke MMX Whey protein. 

Aku baru guna 2 tong MMX Whey Protein dan satu tong MMX Isolean. Hasilnya ? Memang aku puashati la. Badan tak naik besar sangat , berat badan maintain cantik dan paling utama , tekanan darah dan gula dalam darah cantik jer ! Alhamdulillah.. 

Yang penting.. kita kena rajin bersenam dan juga jaga makan. Tujuan amik whey protein ni adalah sebagai makanan tambahan. Banyak manfaatnya. Jika nak harap pada makanan natural saja , memang tak cukup untuk aku. Kos membeli makanan pun satu hal lagi. Dengan beli MMX Whey Protein ni, cukup dah untuk aku , pada hari itu.  Gitulah... 

Mana nak beli ? Kat Lazada ada, kat Shopee ada dan boleh terus beli di web Nutrition Pro jer. Senang. Harga.. bagi aku ok je sebab boleh tahan hingga 2 bulan. Jangan makan macam makan nasi.. Memang tak tahan la 2 bulan ! Huhuh... Dan satu lagi , aku tak perlu risau produk tiruan ! 

Tapi jika korang ada penyakit seperti masalah buah pinggang dan kencing manis , kena tanya doktor korang dulu la yer.. Jangan main bedal lak. 










You May Also Like

0 comments