Kenapa bayi mudah terlena bila diletakkan di dada kita ?

by - Isnin, Disember 27, 2021

Mereka yang pernah pegang bayi, mesti akan perasan bab ni kan ? Kenapa bayi bila diletakkan dada kita, dia akan senyap dan kemudian terlena ? Tapi kena pastikan dia dah makan la. Sebelum makan, jangan mimpi la dia nak lena ! Mesti nangis nak makan punya. Bila dah kenyang, nah.. ni masa dia untuk tidur ! Dan cara paling mudah jika tak nak guna buaian , dodoikan di dada kita jer.. Pergh... berkat pengalaman membesarkan 3 orang anak.

Baru baru ni, aku dukung anak kawan aku. Dah lama tak dukung bayi sejak Covid 19 melanda ni. Memula tu agak janggal tapi sekejap jer.. Dan paling best, tak sampai seminit , si baby dah lentukkan kepala dia di dada aku. Pastu mula nampak dia khayal. Hahahaa.. Mengantuk la tu ! 

Tapi kita perlu tahu yer bab ni. Jika kita dalam keadaan aktif , atau marah mahupun mood tak elok.. jangan la buat yer. Bayi akan menangis dan tak nak kat kita. Jangan dipaksa tidur dengan cara gitu. Kenapa eh ??? 



Sejak dalam kandungan , teman mereka adalah denyutan jantung ibu mereka. Denyutan jantung adalah muzik buat mereka. Ketenangan bunyi jantung , mendodoikan mereka. Begitu juga kita. Jantung yang aktif membuatkan kita makin segar. Jika rentak jantung kita sekata dan tenang... nah , umpama instrumental yang mendamaikan.

Kita yang dah dewasa ni.. kena rajin rajin bersenam untuk pastikan dapat jantung yang sihat. Di kala kita berehat, jantung juga akan berehat. Jika kita tidak sihat , di kala kita berehat pun jantung akan laju. Ketika tu.. kita mungkin dah kena angkut ke hospital ! 

You May Also Like

0 comments