Ramai gagal patuhi SOP di restoran !
Wife ajak makan di luar dengan anak anak. Biasanya , kami akan bungkus bawak balik. Tapi kerana dah kelaparan sangat hari tu, maka aku bersetujulah untuk dine in jer. Tu pun kena pilih tempat yang terbuka dan takda ramai orang.
Aku perhatikan di restoran yang aku masuk ni , kakitangan dia memakai double face mask. Bagusnya ! Tapi yang tak bestnya ialah pelanggan dalam restoan ni ! Makanan belum sampai tapi face mask dah dibuka. Kemudian , berbual sakan. Adoilah... takkan tak paham paham lagi kot ??? Tak kisah la kau tu sihat atau dah siap booster bagai maka boleh je bukak face mask tu !
Perlu tahu.. kes Covid 19 ni beribu je setiap hari. Dan kita ni pun tak tau samada kita ni pembawa senyap atau tidak ! Tak nampak virus tu ! Maka kita perlu amik pendekatan selamat.. Kita jaga orang lain sebagaimana orang lain jaga kita.
Caranya mudah jer... Selagi kita tak makan , jangan buka pelitup muka atau face mask kita tu ! Kita tak sedar.. tiba tiba ada je orang lalu belakang kita. Siap bawa anak lagi ! Dan anak kecil ni , tak pakai pelitup muka. Janganlah kata sapa suruh bawa budak budak gi tempat terbuka.. Jangan gitu ! Sekarang ni kita dah kena belajar hidup begini. Tapi ikutlah SOP yang disuruh tu.. Kau nak berbual, berbuallah.. tapi pakailah face mask tuuu !
Dan bila makanan dah sampai.. makanlah ! Bila makan , jangan bercakap. Kasi abis makanan tu dulu.. barulah sambung borak ! Dah abis makan , masa nak selfie.. pakailah face mask ! Mudah jer. Tujuan , kita nak jaga orang lain. Tu jer. Kalau kita buat macam ni, orang lain akan ikut.
Melainkan jika kita di tempat yang betul betul terbuka dan ada aliran udara yang bagus.. haaa , bukak laaa ! Tapi pastikan bukan di khalayak umum...
Sedih bila baca posting kawan kawan yang terkena jangkitan dan paling menakutkan... sekarang ni cuti sekolah.. Buka sekolah nanti, apa cerita anak anak kita ??
3 comments
selamat menjamu selera
BalasPadameven kat kedai makan pun memang kena jaga SOP..kadang tu tgk kt kedai makan masing2 lepaskan mask sedangkan makanan pun belum order
BalasPadamNgeri tengok ragam orang. Tu yang kadang fikir berkali-kali nak keluar walau dah cucuk vaksin. Sebab segalanya mungkin. Baru-baru ni baru beberapa hari, pegawai yang dulu pernah jadi ketua PC di tempat kerja baru je meninggal asbab covid. Tiga hari demam. Buat test negatif. Hari keempat test lagi positif, terus pergi hospital, sampai hospital terus meninggal. hari yang sama pergi hospita, meninggal dan tengahari kebumi. Allahu.
BalasPadam