Kereta bau hapak ? Bilik tidur tiada wangian ? Boleh cuba BLIESE ni.

by - Sabtu, Disember 04, 2021

Tiap kali aku gi basuh kereta , aku mesti beli pewangi kereta. Kemudian menyesal. Kenapa ? Sebabanya bau dia terlalu menyengat. Ada juga yang ok baunya tapi.. dua tiga hari kemudian.. dah kosong botol dia ! Eh.. dah kenapa cepat lak abis ? Adeh... 

Baru baru ni ada sorang kenalan mesej aku. Katanya abang dia agen satu jenis produk ni. Dia mintak aku tolong promotekan. Aku kata ok je. Takda da masalah. Hantar je produk tu pada aku. Nanti aku cuba pastu aku bagi pendapat aku. Kalau rasa bagus produk ni, aku promote di blog dan media sosial milik aku. 

Dan hari berikutnya, aku terima. Terus aku pasang BLIESEMATIC SET AUTO SPRAY  di dalam bilik aku. Set setiap 15 minit sekali spray. Dan aku letak bauan Tropical Spa. Bila dia spray... memang wangi. Aariz pun suka . Terasa wangi dan harum je bilik. Terus terasa ngantuk nak tidur ! Tiap pagi, aku matikan. Jimat bateri dan wangian dia. Heee... 

Formula ‘Anti Bakteria’ dan ‘Essential Oil’ yang khas untuk setiap bauan. Terdapat 4 bauan berbeza yang menemani Bliesematic. Dengan isi kandungan 300ml per unit, ia dapat bertahan sehingga 3000 semburan.



Manakala untuk kereta , aku guna Bliese Wooden Cap ni. Aku beli 5 jenis. Aku tanya dia mana yang top 5. Aku nak yang tu. Nak letak dalam kereta dan bilik air. Heee... Kasi wangi. Dan memang terasa la kewangian dia bila letak dalam kereta. Paling berbau wangi ialah Victoria Vanilla ni. Aku tak suka bau vanilla. Tapi yang ni lain pulak bau dia. Biasanya aku akan pening tapi jenis Bliese ni, tak da la pulak. Wife aku sendiri kata wangi. 

Lega rasa.. anak anak bila naik kereta pun tak da nak komplen bagai.. 


Manakala Perth Pandan ni , aku letak dalam kereta Livina aku yang dah berusia 8 tahun tu. Huhuhu.. Macam macam kejadian ada berlaku dalam kereta tu. Maka faham faham je la kan ? Mesti macam macam bau ada. Jenuh gak la membersihkannya. Macam macam pewangi dah guna tapi payah nak tahan lama. 

Aku guna ni... Bau dia semerbak ! Maklumlah...pandan kan ! Tapi tak peritkan hidung. Aku rasa sesuai sangat je guna ni dengan Livina. Harga pun tak la mahal untuk sebotol ni. Pakai sebulan sekali pun ok dah kan ? 

Dan ada banyak lagi bauan untuk korang pilih. Jangan risau. Ada kawan kawan yang dah cuba memang katanya berbaloi... 





Antara kelebihan Bliese ni ialah ianya bukan sekadar pewangi saja tetapi diperkaya dengan minyak aromaterapi yang mana membantu mengurangkan stress dan membantu kita ketima memandu untuk berasa lebih tenang apatah lagi bila anak anak dok bergaduh kat belakang tu ha ! Hahahaa.. 

Untuk info atau pembelian lebih cepat dan pantas , boleh whatsapp terus ke 011.636.44.800

You May Also Like

0 comments