Kasut sekolah Pallas tetap jadi pilihan anak ku !

by - Khamis, Disember 16, 2021


Sekolah dah kembali buka. Pakaian seragam sekolah , dah ketat ketat ! Bukan sebab naik badan tapi makin meninggi dan membesar. Kasut terutamanya. Dah tak muat. Nak suruh pakai gak , kesian. Kita tau kasut ni memainkan peranan penting bila nak bergerak ! Jika ketat, mampu beri kesan buruk pada emosi anak anak. Rasa tak selesa ketika berjalan , berlari mahupun ketika duduk ! 

Aku minta Qhaliff pakai kasut lama dia. Memang tak muat dah. Yelah kan.. budak sedang membesar. Kalau beli yang besar besar , tak sesuai gak. Nak tak nak, beli yang besar skit je dari ukuran asal kaki dia. Dan jenama kasut pilihan aku untuk dia , tetap Pallas ! Kenapa Pallas ? Sejak dari tahun 1 lagi dia dah guna Pallas dan tak pernah komplen pun pasal kasut tu. Dia selesa sangat dah dengan Pallas. Bila dah selesa, kenapa nak tukar lain kan ? Dan setakat ni, Alhamdulillah.. tak mengadu lenguh pada kaki dia. Kita pun tahu, jika kasut tu tak sesuai dengan kita.. mesti akan beri kesan pada kaki terutamanya. 

Untuk Qhaliff , selepas diberitahu pembukaan sekolah.. terus aku buat belian kasut secara online. Masa tu nak bawak gi ke kedai kasut , aku tak berani lagi. Lagi pun memang dah selesa beli secara online jer. Takda nak kalut pun. Ada banyak masa dan delivery pun pantas jer. 

Ada beberapa kriteria atau ciri yang aku titik beratkan ketika membeli kasut sekolah. Kasut sekolah masa kini dah serupa macam kasut sukan ! Bukan sekadar untuk berjalan tapi berlari ! Malah boleh juga digunakan untuk brisk walk bersama sama aku bila cuti sekolah. Tak perlu dah nak beli kasut sukan bagai. Jimat , dah jimat sangat !

Informasi tentang ciri ciri penting dari website Pallas  : 



1. Sistem pengudaraan ( Cepat kering  dan pengudaraan yang selesa ) : Material yang digunakan memang bagus. Cepat kering tu sangat penting. Dengan cuaca yang tidak menentu sekarang ni, amatlah penting jika kasut yang terkena air itu mahupun mereka yang ada masalah kaki mudah berpeluh, perlu kering dengan cepat. Dan pada masa yang sama, ada pengudaraan yang baik di dalamnya walaupun memakai kasut untuk jangka masa yang agak lama. 



2. Sokongan Arch ( Melegakan tekanan kesan di otot kaki: Insole yang betul dan lebih baik digunakan. Ini akan melegakan otot otot kaki si pemakainya.


3. X - Light  ( Lebih ringan ) : Kasut yang lebih ringan memang jadi impian kanak kanak. Serupa macam tak pakai jer ! Tapi rupa rupanya... ha ! Ada kasut yang sempurna di kaki mereka. Fuh , nak berjalan lama pun ok jer. Apatah lagi berlari kan ? 


Amacam ? Bagus, kan kasut sekolah Pallas ni ? Walaupun ada banyak jenama di luar sana , Pallas tetap tampil mengancam ! Bukan calang calang punya kasut sekolah. Telah terbukti bagus sekian aku sekolah dulu. Bayangkan dah berapa lama ???? 

Untuk pembelian secara online, boleh buat di : https://www.wow2wee.com/


You May Also Like

4 comments

  1. Nampak selesa kasutnya. Boleh la nak ushar bila cari kasut sekolah anak nanti.

    BalasPadam
  2. sokongan arch dan juga jenis kain cepat kering tu memang bagus.

    BalasPadam
  3. Anak-anak Nina pun pakai Pallas! Tak tukar lain dah. Puashati dengan kualiti nya.

    BalasPadam
  4. Kasut ni memang menjadi pilihan mak ayah sekarang. Kualitinya bagus dan tahan lasak. Harga pun berpatutan.

    BalasPadam