Bila matahari itu menghilangkan diri !

by - Rabu, Disember 29, 2021

 


Setiap pagi selepas subuh, aku berusaha merajinkan diri untuk berjalan kaki atau brisk walk dalam 40 minit. Aku akan lakukan sebelum matahari muncul. Kenapa aku beria sangat nak jaga kesihatan ni? Sebenarnya.. ianya bukan sekadar nak jaga kesihatan jer tapi ini antara cara aku bersyukur dengan kehidupan yang aku ada sekarang. Jika dulu, awal awal pagi.. aku dah bersiap nak ke pejabat ! Aku terfikir.. sampai bila aku nak macam ni ?Isnin sampai Jumaat.. rutin aku sama jer ! Balik rumah.. dah malam hari ! Stress ! Takda masa untuk diri sendiri dah. Nak ada pun,  kena amik cuti atau tunggu hujung minggu. 

Takkan nak tunggu tua baru nak ada kehidupan sendiri ?? Sampailah satu ketika tu, lutut aku sakit. Aku tak boleh nak berlari laju dah ! Nak berjalan pun berhati hati. Terasa macam satu kehilangan dah. Rasanya 2 tahun gak la aku sakit gitu. Sampailah satu hari tu, aku disyorkan buat satu fisio dan ianya mengubah hidup aku selepas tu. Terasa seperti baru dilahirkan. 

Dan sejak tu... aku manfaatkan PAGI aku. Perubahan yang aku buat turut mengubah kesihatan aku. Sebelum tu, aku terasa yang aku dan Hypertension seperti kembar ! Tak dapat dipisahkan. Rupa-rupanya boleh. Aku cuma perlu ubah gaya hidup jer rupanya. ! Haish... aku dah plan nak amik ubat darah tinggi jer. Tu belum lagi diabetis mahupun kolestrol ! Maklumlah, orang kata ni penyakit 3 serangkai. Dengan usia aku sekarang ni,tak mustahil dah. 

Setiap pagi.. aku bertemankan matahari ! Nampak matahari keluar, terasa sangat bersyukur. Aku tahu hari ini tenang tanpa banjir ! Yer... sekarang ni , hujan lebat pun dah menakutkan ! Dek kerana ketamakan dan ketololan segelintir manusia membuatkan ramai manusia lain kesusahan. Manusia jenis ni patut dicampakan saja dalam gunung berapi ! Bukan salah hujan atau matahari ! Tapi sikap manusia itu sendiri.

Minggu lepas.. aku di Kelantan. Sepanjang di sana , matahari dilindungi awan tebal yang membawa hujan. Aku dah plan untuk brisk walk di pagi hari tapi sayangnya.. sepanjang aku di sana, pagi hari asyik hujan. Sejuk.. Maka pagi hari aku dihabiskan dengan tidur jer. Huhuh.. Merugikan !

Alhamdulillah.. sejak balik Sepang ni, matahari muncul kembali di setiap pagi. Dan aku manfaatkan pagi aku tu untuk menikmati udara nyaman serta mengutip vitamin D secara percuma. Sambil memerhati insan insan memandu laju ke pejabat... Yer, aku dah lalui semua tu. Respek ! Mereka meneruskan kehidupan walaupun hakikatnya mereka ingin mengubahnya... 

Apa pun jadual kehidupan kita.. kita patut bersyukur , ikhlaskan dan paling penting...nikmati kehidupan ini sementara kita mampu lakukan. 

You May Also Like

0 comments