Aku serba salah !

by - Sabtu, Disember 25, 2021

 

Hurm... aku sebenarnya dalam dilema ! Berperang dengan rasa risau.. dengan rasa serba salah ! Antara persimpangan dilema ! Pengalaman lalu membuatkan aku jadi begini. Serba salah dibuatnya. Hurm... memang nampak aku seperti pentingkan diri sendiri tapi... entahlah.

Ditambah lagi dengan ketidakpatuhan SOP di depan mata aku sedangkan kita tahu akan bahayanya jika dijangkiti virus itu ! Aku tak kisah jika aku saja yang kena tapi bagaimana pula jika anak isteri turut terpalit sama ! Bayangkan.. aku balik Kelantan pun aku tak berani nak merayau sana sini disebabkan ramai yang tidak patuh pada SOP. 

Sedih... sayu hati ni. Terasa kejam. Terasa zalim ! Memang orang lain ok jer.. Diorang tak kisah 'mengorbankan' diri. Aku ok jer tapi entah... Aku tak nak menyesal di belakang hari ! Yang mungkin akulah puncanya. Aku akui aku insan yang mudah terleka. Mudah cuai ! Bila berlaku, maka aku akan asyik memikirkan sepanjang hari... sepanjang minggu ! 

Setiap hari aku baca kisah kawan kawan yang positif Covid 19. Membuatkan aku jadi trauma ! Apatah lagi bila melibatkan kehilangan nyawa orang tersayang. Betapa mereka menyesal kerana sedikit kecuaian.. orang tersayang jadi pertaruhan ! 

Hurm.. apa yang mampu aku buat ialah.. ikhlaskan hati aku. Hanya pada Allah aku berserah. Maafkan aku , kawan kawan ! Aku hanya mampu membantu mana yang aku terdaya. 



You May Also Like

3 comments

  1. kita doakan yg baik2 je..utk je yg mampu buat

    BalasPadam
  2. Betol. Nak bantu tenaga xmampu. Dapat bantu stakat yang mampu dan doa.

    BalasPadam
  3. Walau macam mana pun tetap kena keluar cari rezeki tetapi patuhilah SOP bukan untuk diri sendiri tetapi untuk keluarga

    BalasPadam