Kerja kerajaan rileks doooh !
Mampu tersenyum baca respon rakan rakan pengguna Twitter membalas tweet di bawah ni. Macam macam respon ada. Dan seperti yang dijangka aku, menghentam lagi ramai berbanding yang mempertahankan. Suasana di Twitter ni berbeza sekali dengan di Facebook. Aku rasa ramai lebih suka membaca dari nak habiskan masa berbahas di sini... macam aku ! Hahahaha.. Penat otak dan bikin stress je !
Aku pernah kerja kerajaan secara kontrak. Pertama , sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih. Alhamdulillah.. pengalaman 2 tahun mengajar membuka mata aku bagaimana situasi sebenar di sekolah. Gaji, tak sampai RM700 pun tapi dia punya tekanan , perghhh ! Aku mula dapat HYPERTENSION di sini.
Kemudian di Kementerian Kewangan , rasanya dekat gak kot 1 tahun. Kat sini , kerja aku ialah tukang susun fail, amik fail dan hantar fail pada staff yang memerlukan. Meja aku, dalam bilik fail.. seorang diri ! Hahahaha.. Takda komputer yer. Maka dari awal pagi hingga petang hari , aku tengok fail jer. Gaji , tak sampai RM800 tapi kena ulang alik dari Cheras. Tapi aku suka sebab impian aku jadi kenyataan. Aku memang teringin nak bekerja dalam bangunan MOF ni sejak di awal awal dibina. Ketika awal Putarajaya dibina, aku rajin lalu sini. Memang bangunan MOF ni antara yang tercantik di Putrajaya.
Kemudian aku dapat kerja baru di Kementerian Pelancongan Malaysia di PWTC. Impian jadi kenyataan gak ni ! Bangunan PWTC ni , lejen ! Semua pemimpin negara pernah berada dalam bangunan ni. Maka terasa bangga la kerja dalam bangunan ni. Hahahaha.. Dan di sini , aku masih lagi kerja kontrak. Nah , kerja aku kat sini.. boleh dikatakan multitasking la. Cuma tak buat kerja PTD je la. Hahahah.. Dan HYPERTENSION aku berterusan. Alhamdulillah , gaji kecik gak la tapi cukup untuk aku sehinggalah aku dilantik jadi pegawai kontrak. Aku kena uruskan bab IT di sini.
Untuk pengetahuan, sebelum aku bekerja kerajaan ni, aku dah bekerja di 2 syarikat swasta , sebagai pengaturcara komputer. Gaji memang 4 angka la. Jauh beza dari kerja kerajaan ni. Tapi dia punya cabaran dan level stress pun , padu la ! Hahahaha... Ngeri bila teringat balik. Seronok lagi jadi blogger ! Hahahaha..
Di Kementerian Pelancongan, aku pernah jaga kaunter. Memang kami di sini , buat syif. Orang tak putus putus datang ! Tapi masalah yang jaga kaunter ni ialah.. jika pertanyaan perlukan jawapan segera , kena dapatkan dari pegawai atas. Tak boleh suka suka kasi jawapan. Nanti kau bermasalah ! Dan macam macam karenah la perangai orang yang datang. Jika tak suka ngan jawapan kita, nanti diorang report atasan. Kita lak kena menjawab ! Fuh... penat weh ! Kita ni nak jujur dan amanah bila bekerja tapi bila dah main kabel kabel ni.. hurm.. di situlah bermulanya masalah ! Faham kan ?
Lepas pukul 5 pun masih ada yang datang dan kami masih melayan. Bila tak layan, bisinglah diorang ! Hehehe.. Bila dah tutup kaunter , baru la dapat tarik nafas legaaa ! Pastu sambung buat kerja kerja dalaman skit seperti update data, statistik dan sebagainya. Malam baru balik. Takda OT ye. Berkhidmat untuk kerajaan. Bila dapat arahan kena kerja luar... huhuuh... orang luar kata seronok ! Leh duk hotel bagai. Hahahaa.. Kau nak kerja luar , anak anak camana ?
Selepas berhenti kerja , Ya Allah.. dia punya nikmat.. lain macam ! Hahaha.. Sebelum berhenti tu, aku ingat lagi.. aku 'kurang ajar' dengan Menteri. Lama dah aku teringin nak buat ! Hahahaha.. Geram punya pasal kat dia tu. Meluaaaat !
Kerja sebagai penjawat awam ni , kalau merasa dari bawah hingga ke pegawai.. memang kau akan jadi penjawat awam yang bagus ! Tapi bila kau bekerja sekadar untuk dapat gaji.. tu yang ramai tak amanah dan ikhlas. Ketika minta kerja , semua boleehhh ! Maklumlah, belum dapat. Dah dapat TETAP , baru nampak belang memasing. Di sektor swasta tak boleh buat macam ni.. terus kena buang ! Sektor awam tak leh. Kenapa tak leh ? Tu korang kena tanya kawan korang yang keja kerajaan ni.
Nak betulkan sistem dalam pentadbiran kerajaan ni... bukan susah pun ! Senang jer. Mulakan dengan memilih wakil wakil rakyat yang betul ! Jika wakil rakyat yang dipilih ni betul dan buat kerja dengan amanah dan ikhlas , inshaAllah.. sistem pentadbiran dalam kerajaan terutamanya.. akan cantik dan sempurna.
Tunggu PRU 15 nanti.. korang ubahlah sendiri ! Benda boleh ubah.. apahal nak kekalkan ? Hahahahaha.. Pastu sendiri bising.
1 comments
eerrrmm. government staff masih dengan ementaliti lama. sekarang dah zaman moden - aman digitalization,smeua benda dah boleh buat online sekarang
BalasPadam