Tunaikan zakat dengan mudah melalui E-Zakat Pay atau secara online jer !
Aku rasa ramai tahu yang 'terduduk' sekarang ni. Pelbagai punca menyebabkan mereka terduduk. Kehilangan peniagaan, kehilangan pekerjaan dan juga kehilangan tempat bergantung yang selama inilah menyalurkan segala perbelanjaan keluarga. Ada yang dari M40 dah jadi B40. Bayangkan pula B40 ni camana pulak ?
Secara jujurnya, ketika awal tahun ni, aku sendiri pun terjejas pendapatan. Yelah, PKP kan. Nak keluar gi buat job atau event memang tak boleh la kan ! Malah client sendiri pun dah terjejas bisnes mereka. Alhamdulillah.. Mendung berlalu.. langit kembali cerah ! Kerajaan tarik semula PKP dan ekonomi kembali rancak dan berkembang. Aku sendiri nampak mereka yang mengeluh selama PKP ni, kembali tersenyum. Syukur kepada Allah.
Bila ekonomi kita dah kembali ok.. pendapatan pun dah naik dan berkembang, maka kita jangan lupa la yer untuk menunaikan tanggungjawab kita. WAJIB yer.. Kita kena bayar zakat setiap pendapatan yang kita terima tu.
Apa ? Nak bayar di tempat kelahiran ? Er... korang tinggal mana ? Kerja kat mana ? Atau berniaga di mana ? Kalau di Selangor, kenapa nak bayar kat negeri lain ? Kenapa tak boleh ? Bukan tak boleh.. tapi kita kena tau seperkara.. Jika satu hari nanti, kita memerlukan bantuan dari pihak zakat tempat kita bermastautin, camana ? Haaa.. macam aku la. Aku sekarang tinggal di Sepang , Selangor. Kalau aku bayar zakat di KL, andai satu hari nanti aku dalam kesusahan.. atau anak anak aku perlukan bantuan untuk sambung belajar di kala aku tidak berkemampuan, pada siapa aku nak pergi ? Kalau rujuk pada alamat di Mykad, aku bermastautin di Selangor. Atau jika satu hari nanti aku jatuh sakit seperti buah pinggang rosak.. perlu buat dialisis , camana ? Kos perubatan bukan murah. Pastinya aku mengharapkan bantuan zakat korang kan ?
Dan seperkara lagi.. Ketika zaman jahil aku.. er, sekarang pun jahil gak la tapi tak la macam dulu... huhu.. Ada gak la kesedaran bab zakat ni. Ada yang kata , baik bagi pada orang perseorangan dari pada pihak yang sepatutnya. Kenapa ? Nanti mereka akan salah gunakan duit tu ! Adehhh.. Jangan gitu ! Tanggungjawab kita, bayar zakat. Tanggungjawab mereka, tunaikan amanah. Dan duit tu, diagihkan dengan sebaiknya.
Jika rasa tak yakin.. boleh je tengok di web Lembaga Zakat Selangor.
Ok.. aku malas nak bebel bab ni. Aku cuma nak ingatkan je. Jika korang ada pekerjaan , perniagaan, harta benda seperti emas , wang simpanan, KWSP dan pelaburan , maka wajiblah buat tafsiran. Jika cukup nisab... maka bayarlah. Dan simpan resit. Nanti boleh dapat pelepasan cukai. Seperti yang aku kata tadi , korang boleh rujuk sendiri di laman web Lembaga Zakat Selangor untuk maklumat lebih lanjut bab ni.
Cara pembayaran zakat , ada banyak cara. Tapi aku nak bagitau cara yang mudah yang aku biasa buat iaitu E-Zakat Pay. Bayaran secara FPX ( Online Banking Payments ) , Jom Pay dan juga Touch n Go. Sangat mudah dan pantas terutama bagi mereka yang tak suka usung duit tunai banyak banyak. Maka gunakan je kaedah ini. Takda isu dah tak sempat nak bayar atau takut nak bawak duit banyak di jalanan.
Dan ini ada satu berita menarik buat pembayar zakat. Peluang untuk menangi hadiah menarik menanti korang. Menariknya ialah.. hadiah yang dimenangi, akan korang kongsikan bersama asnaf terpilih ! Nah... kan bagus gitu !
Jom Tunai Zakat " Menang & Kongsi " akan berakhir pada 31 Disember 2021 nanti. Jangan lepaskan peluang yer..
Manfaakan harta anda. Ianya mampu jadi penyelamat kita di akhirat kelak. Tunaikan kewajiban berzakat anda.
Facebook : https://www.facebook.com/zakatselangor
Instagram : https://www.instagram.com/zakatselangor/
No Telefon : 1-300-88-4343 (9:00 pagi hingga 4:00 petang)
5 comments
Terima kasih Aben atas peringatan..
BalasPadamPenulisan yang santai tapi penuh info.
BalasPadamTunaikan zakat.. insyallah hidup lebih berkat 😊🤲
BalasPadamsyukran.. semakin mudah sekarang ni ye :)
BalasPadamHari tu ada tanya abah pasal zakat simpanan. Abah ckp kena dizakatkan lg² kalau simpan emas dan ada simpanan duit tak terusik. Huhh, tq ben atas pencerahan. Kena cek status diri cmne ni.
BalasPadam